Mama Gourmet Restaurant @ 9 Avenue, Nilai

Assalamualaikum semua.

Hari ni saja jalan2 di Aeon Mall Nilai, maklumlah baru buka. Teringin juga nak tinjau-tinjau. Memang masih ramai lagi orang dekat sana. Tapi tak jammed sangatlah macam sebelum ni masa 1,2 hari baru buka haritu. Hehe. So far ok lah nampaknya. Parking masih free lagi. Banyak kedai yang tak ada dalam list sebelum ni, contohnya tadi nampak ada Myeongdong Topokki, Dubuyo dan food court pun nampak banyak pilihan makanan.

Tadi pergi sana dengan junior sekolah. Lunch di Johnny’s Restaurant makan steamboat. Saja nak merasa jalan2 sambil makan di Aeon Mall Nilai tu. Lepas makan tu pusinglah 1 Aeon Mall tu. Jalan2 macam tu je nak survey dulu dan tengok kedai apa yang menarik di sana. Bila masuk tadi banyak jugalah kedai kosong yang masih belum ada tender. Mungkin tak lama lagi penuh lah tu.

Oklah cukup pasal Aeon Mall Nilai. Lepas makan dekat Johnny’s tadi macam masih awal jadi kitorang pun pusing-pusing Nilai. Dekat Nilai ni area Putra Nilai ni jelah yg bestnya sebab banyak kedai makan. Tadi nak makan dessert pulak lepas makan steamboat. Dekat Johnny’s taknak pulak order dessert kan. Haha.

Saja nak try kedai lain. Jadi keluar Aeon Mall Nilai, pergi pulak area Giant Nilai. Semata nak makan dessert je ni, jadi kitorang pun pergilah Mama Gourmet Restaurant. Kedai ni dekat dalam area 9 Avenue, Giant Nilai tapi bukan dalam Giant, kedai luar Giant tu. Baru je buka kedai ni. Dulu merupakan kedai Coffee & Dreams, mungkin tak dapat sambutan orang, lepas tu terpaksa tutup dan buka pula kedai Mama Gourmet ni.



Mama Gourmet Restaurant @ 9 Avenue, Nilai

Suasana dalam kedai ni selesa dan cantik juga. Dekorasi yang simple tetapi klasik dan memadai. Tapi kena cari port yg ok sebab tadi tempat duduk tak rasa aircond, then kami pindah duduk tempat lain. Mungkin tadi aircond nya rosak kot. Ada makanan western, burger, waffle, dessert, crepe, chocolate fountain dan lain-lain lagi. Kedai ini juga menerima order di kawasan sekitar dan menjalankan food delivery. Baguslah juga ada delivery. Call saja dia datang hantar makanan. 


Memandangkan tadi nak makan dessert je, jadi kami pun tengok menu dia bahagian dessert saja. Tengok2 tertarik dengan menu Fruit Cup. Nak makan dessert acah-acah sihatlah konon jadi pilihlah yang ini memandangkan ada buah-buahan. Haha. Lagipun dah kenyang makan di Johnny’s, jadi dessert ni kami order 1 dan kongsi berdua.


Dessert: Fruit Cup
Strawberry, Kiwi, Pineapple, Banana + Chocolate
Harga: RM15.00

Portion dia dengan harga oklah tapi RM15.00 macam berbaloi juga makan yang lain kot. Tapi chocolate dia memang sedap. Tak berapa manis, ok lah sesuai. Letak dengan buah tu memang sedap sangat. Tapi best juga kalau chocolate tu ada lagi banyak boleh letak banyak2 atas buah tu. Haha. Oklah sebab order dessert ni saja tadi, so far dessert yang ni sedaplah. Taktahu makanan dia yang lain sedap ke tak. Overall, service ok, waiter dia orang Arab jadi kena speaking lah sikit nak order. Ada juga waiter orang Malaysia.

Untuk maklumat lanjut:

Alamat: 9 Avenue, Lot A-31, Giant, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 11.00 am - 12.00 am

Facebook: https://facebook.com/mamagourmet/
Share:

Khasiat Ulam Pucuk Gajus

Assalamualaikum semua.

Nama saintifik bagi gajus ialah anacardium occidental, sejenis tumbuhan yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalam. Pucuk gajus yang biasa dibuat ulam ialah pucuk gajus muda. Rasanya kelat masam dan sedap dimakan bersama sambal belacan serta nasi.

Antara Khasiat Ulam Pucuk Gajus

Khasiat pucuk gajus dipercayai boleh mengelakkan terkena penyakit kanser, membantu penghadaman dan sesuai untuk mereka yang menghidap darah tinggi. Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Pucuk gajus juga mampu melawan dan meneutralkan bahan toksik dalam badan kerana terdapat antioksida di dalamnya.

“Pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan dan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.” – Tajuddin Abdul Manap, pegawai laboratori fitoubatan UPM.
Tambah beliau lagi, selain dari khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis (diabetes). Bagi yang ada ulser dalam mulut, bolehlah menggunakan air rebusan pucuk gajus untuk berkumur. Daun pucuk gajus juga boleh disapukan pada pipi untuk mengurangkan sakit gigi dan disapu pada kulit yang melecur dengan menumbuknya sampai lumat.

Secara ringkas, khasiat ulam pucuk gajus:
  • Membantu mengelakkan daripada mendapat penyakit kanser
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh badan
  • Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mengurangkan kadar gula penyakit kencing manis (Diabetes)
  • Membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik
  • Membantu melawan dan meneutral bahan toksik dalam badan
  • Membantu melambatkan proses penuaan dan memiliki wajah awet muda
  • Membantu memberi kesegaran kepada tubuh badan
  • Membantu masalah ulser dalam mulut
  • Membantu mengurangkan sakit gigi
  • Membantu mengurangkan sakit melecur kulit

Ulam Pucuk Gajus, Pucuk Gajus, Gambar Ulam Pucuk Gajus, Gambar Pucuk Gajus, Khasiat Ulam Pucuk Gajus, Khasiat Pucuk Gajus, Ulam untuk awet muda, awet muda, petua awet muda

Kepada sesiapa yang tak kenal dan tak pernah tengok pucuk gajus, gambar dekat atas itulah pucuk gajus. Fresh dan muda lagi baru petik dari pokok gajus yang ditanam di halaman rumah ni. Hihi. Alang-alang petik pucuk gajus ni tadi untuk buat ulam, terfikir pula nak kongsi khasiatnya. Jadi memang banyak juga khasiatnya pucuk gajus ni kan. Semoga bermanfaat!

Sumber: soscili.my
Share:

SEGMEN BLOGLIST BY THE WONDERFUL JANNAH


Assalamualaikum semua.

Jom join!

SEGMEN BLOGLIST BY THE WONDERFUL JANNAH
(Click banner to join)

Tarikh tutup penyertaan: 31 Januari 2019

Fakta menarik tentang Jannah:
Dikenali sebagai Jannah Ramli
Merupakan Orang Asli Semelai, Pahang
Pelajar universiti dalam bidang IT (di Melaka eh, betul ke? ) 
Belajar bahasa Mandarin
Mula blogging sejak Oktober 2018
Selalu review novel di blog
Selalu share resepi makanan di blog
Selalu share tips study di blog
Selalu juga share tutorial IT di blog
Rajin review blog orang lain bila join segmen dan giveaway
Entri khas di blognya setiap Isnin: Motivational Monday
Instagram Jannah: @thewonderfuljannah
Share:

Asid Urik Berlebihan Punca Penyakit Gout

Assalamualaikum semua.

Kenali Apa itu Penyakit Gout

Gout ialah sejenis penyakit yang berpunca daripada asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik ialah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urine). Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 tahun hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout. Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.

Gout, Tanda Gout, Simptom Gout, Rawatan Gout, Pencegahan Gout, Pemakanan Penyakit Gout, Punca Gout, Punca penyakit Gout

Tanda/Simptom Penyakit Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki di mana ibu  jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan terasa sangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyiksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau berbulan-bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi Penyakit Gout
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan dipanggil ’tophi’.
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, Hiperlipidemia, Diabetes
Rawatan Penyakit Gout

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Rawatan Ketika Serangan:

Rehatkan sendi semasa serangan gout.

Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut, jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

Ubatan lain seperti Colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit. (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor) Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan.

Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang:

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

Mengelakkan minuman keras.

Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi.

Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

Gout, Penyakit Gout, Makanan Gout, Makanan yang perlu dielakkan pesakit gout, Pesakit gout tak boleh makan,

Pemakanan bagi Pesakit Gout

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:

ELAKKAN MAKAN
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
KURANGKAN MAKAN
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin

Pencegahan Serangan Penyakit Gout
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal.
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.
  • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air.
Sumber: MyHEALTH KKM
Share:

40 Kali Sebatan dan Minum Peluh Penghuni Neraka Hukuman Untuk Peminum Arak

Assalamualaikum semua.

Arak banyak disajikan di pusat-pusat hiburan dan ia adalah haram bagi mereka yang beragama Islam. Al-Quran jelas menyatakan arak itu haram walaupun ayat larangan diturunkan secara berperingkat kerana pada awal perkembangan Islam, ia menjadi budaya dalam kalangan masyarakat Arab untuk meminum arak.

Berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
 (Surah al-Maidah: 90)

40 Kali Sebatan dan Minum Peluh Penghuni Neraka Hukuman Untuk Peminum Arak, minum arak, minum arak dosa besar, dosa minum arak, hukuman minum arak, hukuman minum arak dalam islam, hukuman minum arak di Malaysia, hukuman bagi peminum minuman keras, hukum minum arak, hukum minum arak dalam Islam, hudud minum arak, sebatan minum arak, berapa sebatan minum arak, 40 kali sebatan minum arak

Rasulullah S.A.W juga mengingatkan pengharaman arak bukan setakat minum, tetapi 10 golongan yang akan dilaknat Allah S.W.T ialah:
  1. orang yang memerah arak
  2. orang yang meminta diperahkan arak
  3. orang yang minum arak
  4. orang yang membawa arak
  5. orang yang menghantar arak
  6. orang yang menuang arak
  7. orang yang menjual arak
  8. orang yang membeli arak
  9. orang yang makan hasil jualan arak
  10. orang yang meminta dibelikan arak

"Semua minuman yang memabukkan merosakkan akal dan menyebabkan manusia kehilangan banyak faedah dan kelebihannya. Hal ini mengakibatkan jiwa mereka menjadi lemah, dikuasai oleh hawa nafsu, timbul rasa benci-membenci dan persengketaan di kalangan orang Islam, sehingga putus hubungan persaudaraan dan hilang rasa kasih sayang. Lebih dahsyat lagi, kesan minum arak menghalang manusia mengingati Allah dan menjauhi mereka daripada rahmat, kurniaan dan ihsanNya.” (Mufti Wilayah Persekutuan)

40 Kali Sebatan dan Minum Peluh Penghuni Neraka Hukuman Untuk Peminum Arak, minum arak, minum arak dosa besar, dosa minum arak, hukuman minum arak, hukuman minum arak dalam islam, hukuman minum arak di Malaysia, hukuman bagi peminum minuman keras, hukum minum arak, hukum minum arak dalam Islam, hudud minum arak, sebatan minum arak, berapa sebatan minum arak, 40 kali sebatan minum arak

Betapa beratnya dosa peminum arak ini, setiap mereka yang meminumnya boleh dikenakan hukuman di dunia berupa hudud dan juga hukuman di akhirat kelak.

Peminum arak juga mengikut hukum perlu disebat sebanyak 40 kali berdasarkan kepada hadis daripada Anas:
"Nabi S.A.W menyebat peminum arak sebanyak 40 kali sebatan dengan pelepah tamar dan selipar."
-Riwayat Muslim (1706)

Nabi SAW bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menjanjikan azab kepada peminum arak dengan minuman lumpur kebinasaan.”
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah lumpur kebinasaan itu?”
Baginda menjawab:
“Peluh penghuni neraka atau perahan ahli neraka.”
-Riwayat Muslim (2002).

40 Kali Sebatan dan Minum Peluh Penghuni Neraka Hukuman Untuk Peminum Arak

Semoga kita semua dijauhkan dari benda-benda kemungkaran.

Sumber: mStar
Share:

Pemandu Teksi Dipenjara 2 Tahun Bunuh Kucing dalam Mesin Dobi

Assalamualaikum semua.

Sebelum ini, viral satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan kejam 3 individu yang membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering dobi berkenaan.

Seorang pemandu teksi yang terlibat dalam menangkap dan memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering sehingga mati dalam keadaan berdarah, yang viral suatu ketika dahulu, dijatuhi hukuman penjara 2 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Selayang dekat sini hari ini. Tertuduh A. Mohanraj, 42, membuat pengakuan tersebut selepas menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan semula kes di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 14 September tahun lalu. Berdasarkan pertuduhan, Mohanraj didakwa dengan kejamnya kerana menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di kedai dobi Queen Self-Service, Taman Gombak Ria,  pukul 12.54 tengah malam hingga 1 pagi, pada 16 September tahun lalu.

Pemandu Teksi Dipenjara 2 Tahun Bunuh Kucing dalam Mesin Dobi

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya meminta agar hukuman ringan dikenakan atas alasan perlu menanggung isteri dan menjaga ibu yang sakit.

Sebelum ini rakan Mohanraj, S.Satthiya, 27, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan sama manakala seorang lagi pekerja kontrak, K. Ganesh, 42, masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah. Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, Roslan Mohd Isa memohon hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh dengan alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah zalim.
“Kes ini melibatkan kepentingan awam kerana menyaksikan tingkah laku menganiayai dan menzalimi haiwan yang tidak mampu melawan adalah satu sikap yang tidak boleh diterima masyarakat. Sebagai seorang manusia yang berakal tertuduh sepatutnya melindungi haiwan kerana haiwan tersebut (kucing) bukan haiwan berdosa atau berbahaya,” katanya
Pemandu Teksi Dipenjara 2 Tahun Bunuh Kucing dalam Mesin Dobi

Sumber: mStar dan Utusan Online
Share:

Pembukaan AEON Mall Nilai Terbesar di Malaysia 17 Januari 2019

Pembukaan Aeon Mall Nilai Terbesar di Malaysia 17 Januari 2019, Aeon Mall Nilai, Aeon Mall Terbesar di Malaysia, Aeon Nilai, Aeon Nilai dibuka, Tarikh pembukaan Aeon Nilai, Aeon Mall Nilai dibuka, Promosi pembukaan Aeon Mall Nilai, Aeon Mall Nilai buka bila

Assalamualaikum semua.

Pembukaan AEON Mall Nilai Terbesar di Malaysia 17 Januari 2019

AEON Mall Nilai telah pun siap dibina dan 17 Januari 2019 hari ini merupakan pembukaan rasminya. AEON Mall Nilai juga merupakan AEON Mall terbesar di Malaysia. Pre-opening AEON Mall Nilai baru-baru ini mendapat sambutan daripada pengunjung sekitarnya yang tidak ingin ketinggalan mendapatkan promosi barangan-barangan yang dijual di sini.

Selain itu, AEON Mall Nilai mengadakan promosi pembukaannya yang berlangsung dari 17 Januari 2019 hingga 27 Januari 2019. Anda akan dapat percuma payung AEON untuk setiap pembelian minimum bernilai RM300 dalam satu resit di AEON Nilai bermula dari 17 Januari 2019 hingga stok habis.

Pembukaan Aeon Mall Nilai Terbesar di Malaysia 17 Januari 2019, Aeon Mall Nilai, Aeon Mall Terbesar di Malaysia, Aeon Nilai, Aeon Nilai dibuka, Tarikh pembukaan Aeon Nilai, Aeon Mall Nilai dibuka, Promosi pembukaan Aeon Mall Nilai, Aeon Mall Nilai buka bila, Aeon Mall Nilai opening

Antara kedai/shop lists yang menarik terdapat di AEON Mall Nilai:
  • Kaison
  • Daiso
  • Eco Shop
  • Popular
  • Thai Odyssey
  • The Body Shop
  • Sasa
  • Watsons
  • Guardian
  • Giordano
  • Bata
  • Kickers
  • Skechers
  • Habib
  • Poh Kong
  • Pandora
  • Clarks
  • Levis
  • Pets Wonderland
  • MollyFantasy
  • Maybelline
  • Cotton On
  • H&M
  • Nike
  • Converse
  • Puma
  • Coach
  • MR.DIY
  • Padini
  • FOS
  • Brands Outlet
  • Nars Cosmetic
  • Huawei
  • Oppo
  • Machines
  • GSC
  • Seoul Garden
  • KFry
  • Dominos
  • Two Fingers
  • Tealive
  • Family Mart
  • Simply Siti
  • McDonalds
  • KFC
  • Sogo (Partnership)
Ok nampaknya banyak kedai menarik dekat AEON Mall Nilai ni. Marilah jejakkan kaki ke sini ya! Mana tahu boleh jumpa. Hihi. Ok bye!
Share:

Kebaikan dan Keburukan Selfie

Selfie, Apa itu Selfie, Kebaikan Selfie, Keburukan Selfie, Bahaya Selfie, Selfie Definition, Maksud selfie

Assalamualaikum semua.

Apa Itu Selfie?

Selfie adalah gambar potret diri. Ia sering dikongsi di perkhidmatan rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Selfie biasanya diambil dengan kamera digital atau kamera smartphone menggunakan tangan atau disokong oleh tongkat selfie (selfie-stick/monopod).

Mengambil selfie biasanya dilihat di mana-mana dan anda dengan mudah dapat melihat orang melakukan selfie. Ia dilakukan di seluruh dunia dan pada semua peringkat umur namun ia lebih biasa dilakukan dalam kalangan remaja. Selfie juga telah menjadi diari harian visual kita. Ia bukan sesuatu yang baru terutamanya semasa era zaman moden ini di mana gadget seperti smartphone adalah keperluan dan mudah didapati. Adakah anda tahu bahawa selfie pertama dilakukan oleh Robert Cornelius pada tahun 1839? Penggunaan paling awal perkataan selfie itu adalah pada tahun 2002 dalam forum internet Australia.

Mengapa Selfie?

Terdapat banyak sebab untuk selfie. Selain daripada cara untuk berkomunikasi dan berkongsi emosi dalam media sosial, penghantar selfie berharap mendapat dorongan dan sokongan, comments, shares dan juga likes daripada rakan-rakan media sosialnya.

Apa Kebaikan Selfie?

Selfie sangat popular dalam kalangan remaja kerana ia adalah salah satu alat untuk mengekspresikan diri mereka. Selfie membolehkan anda berkongsi emosi anda dengan berkongsi gambar selfie tersebut dengan orang lain. Dengan mempunyai gambar selfie, ia boleh meningkatkan keyakinan diri dan ekspresi diri anda. Selfie juga boleh menjadi cara untuk meningkatkan kreativiti anda.

Apa Keburukan Selfie?

Berhati-hati. Anda boleh menjadi ketagih dengan selfie (Selfie Addict) atau ketagih dengan internet (Internet Addict) jika anda menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial. Anda juga boleh menjadi begitu obses untuk mendapatkan selfie yang paling sempurna untuk berkongsi gambar selfie tersebut kepada rakan-rakan media sosial anda dan mungkin akan mengalami masalah dengan imej anda (Body Dismorphic Disorder). Selfie boleh mencetuskan persepsi tentang kepuasan diri atau mencari perhatian sosial yang menimbulkan narsisisme atau rasa rendah diri. Oleh hal yang demikian, mungkin anda akan terjebak dengan masalah kesihatan mental seperti kemurungan (depression).

Apakah Tanggungjawab Anda?

Anda mempunyai hak untuk selfie dan berkongsi gambar selfie anda tetapi anda perlu menjadi orang yang bertanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab hanya akan berkongsi post penting dan bertanggungjawab sahaja. Tanpa kesedaran mengenai penyebaran post yang penting dan bertanggungjawab di media sosial, kesan buruk akan melebihi kesan yang baik. Anda juga perlu peka dan sensitif terhadap perasaan orang lain mengenai post/selfie anda kerana mereka mungkin sakit hati atau bosan melihat gambar selfie anda.

Selfie, Apa itu Selfie, Kebaikan Selfie, Keburukan Selfie, Bahaya Selfie, Selfie Definition, Maksud selfie

Do’s and Dont’s Ketika Selfie

Berhati-hati dengan keadaan di sekitar anda dan pastikan keselamatan terjamin sebelum mengambil selfie. Contohnya,  mengambil gambar selfie anda sedang berdiri di altitud tinggi seperti di atas gunung atau sudut sempit atau di landasan kereta api yang boleh membahayakan diri. Obsesi anda untuk mendapatkan selfie yang terbaik dan paling sempurna mungkin berakhir dengan tragedi.

Fikir dahulu sebelum berkongsi selfie anda. Anda mungkin mendedahkan diri anda untuk menjadi mangsa seksual dengan berkongsi gambar selfie yang tidak sesuai.

Ingatlah bahawa dengan berkongsi selfie anda, secara tidak sengaja anda berkongsi maklumat diri dan memberi peluang kepada orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap diri anda untuk memanfaatkan anda.

Teks atau gambar selfie tersebut boleh dengan mudah disebarkan tanpa pengetahuan anda. Sebaik sahaja anda tekan hantar (send), ia tidak lagi boleh dikawal. Anda mungkin menyesal di kemudian hari.

Sumber: Teenagers, MyHEALTH
Share:

Hukum Memakai Kanta Lekap (Contact Lens) Berwarna

Assalamualaikum semua.

Apakah Hukum Memakai Kanta Lekap (Contact Lens) Berwarna?

Para ulama' meletakkan beberapa syarat antaranya:
  • Tidak memudaratkan mata
  • Tidak berlaku pembaziran
  • Tidak menyerupai binatang
  • Tidak terdapat unsur-unsur penipuan, menunjuk-nunjuk serta bermegah-megah
Hukum Memakai Kanta Lekap (Contact Lens) Berwarna, Hukum memakai contact lens, hukum memakai contact lens dalam Islam, hukum memakai contact lens berwarna, contact lens, contact lens berwarna, kanta lekap, kanta lekap berwarna, hukum memakai kanta lekap, hukum memakai kanta lekap berwarna, hukum pakai contact lens, hukum pakai kanta lekap berwarna, apa hukum pakai contact lens

Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan bahawa:
"Meskipun hukum asalnya adalah harus, seeloknya ditinggalkan pemakaian kanta lekap berwarna demi mengelakkan diri dari terjebak ke dalam fitnah."
Sumber: Irsyad al-Fatwa, Mufti Wilayah Persekutuan
Share:

Khasiat Buah Pisang Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Assalamualaikum semua.

Buah pisang merupakan buah yang sering kita temui di Malaysia. Ia mudah didapati di semua tempat pada harga yang berpatutan. Buah pisang sering digunakan sebagai pencuci mulut. Rasanya yang manis menjadi kegemaran ramai. Ia enak dimakan begitu saja malahan boleh dijadikan ramuan kepada kuih muih, kek dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa pisang juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan?

Buah pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti Kalium dan juga Asid Folic. Selain itu, buah pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti Vitamin C, Vitamin B Kompleks, Kalium, Kalsium, Fosforus, Zat Besi dan Magnesium.

Khasiat Buah Pisang Untuk Kesihatan Tubuh Badan, Manfaat Buah Pisang, Buah Pisang, Pisang

Khasiat Buah Pisang Untuk Kesihatan Tubuh Badan

1. Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat
Memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan Vitamin A jika dibandingkan dengan buah epal. Ia juga kaya dengan kandungan Potassium di mana kadar Potassium mencapai 400mg di dalam buah pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, buah pisang selalu digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.

2. Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalamnya dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh badan. Memakan 2 buah pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

3.Menurunkan Berat Badan
Berita baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, buah pisang adalah jawapannya. Kalori yang rendah menyebabkan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.

Khasiat Buah Pisang Untuk Kesihatan Tubuh Badan, Manfaat Buah Pisang, Buah Pisang, Pisang, Jerawat, Cara Hilangkan Jerawat, Petua hilangkan jerawat, mengubati jerawat

4. Mengubati Jerawat
Cara untuk mengubati jerawat dengan semula jadi tanpa pencuci muka ialah dengan menggunakan buah pisang. Hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat. Biarkan selama beberapa minit dan bersihkan menggunakan air. Ulangi cara ini selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.

5. Mengurangi Rasa Sakit Ketika Datang Haid
Untuk kaum wanita, masalah sakit ketika datang haid dapat diatasi dengan memakan buah pisang. Perbanyakkan memakan buah pisang sewaktu sedang haid bagi mengurangi kesakitan yang dialami.

6. Mengubati Sembelit
Buah pisang dapat digunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit. Pisang dapat membantu melancarkan pembuangan air besar. Ia juga berupaya untuk melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit.

7. Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Nyamuk
Masalah kegatalan akibat gigitan nyamuk sangatlah mengganggu. Namun kegatalan itu dapat dikurangkan dengan menggunkan kulit pisang. Caranya, ambil kulit pisang dan sapukan secara perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.

8. Meningkatkan Mood
Memakan sejumlah buah pisang bermanfaat untuk membantu menaikkan mood seseorang sehingga mood menjadi stabil dan kurang tekanan.
Mood, Senyum, Smile Faces, Smiley, Emoji, Moody
Memang banyak khasiat buah pisang untuk kesihatan tubuh badan. Oleh itu, mari makan buah pisang dan jadikannya amalan setiap hari. Namun perlu diingat untuk pesakit kencing manis atau Diabetes yang perlu mengurangkan kandungan gula dalam makanan, jangan makan terlalu banyak buah pisang kerana ia juga berupaya meningkatkan kadar gula di dalam darah anda. Semoga kita diberi kesihatan yang baik!

Sumber : Suria FM
Share:

5 Inisiatif Kurangkan Beban Tugas Guru

Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia, 5 Inisiatif Kurangkan Beban Tugas Guru

Assalamualaikum semua.

Kementerian Pendidikan telah menggariskan 5 inisiatif dan 9 intervensi bagi mengurangkan beban tugas guru, yang mula dilaksanakan Januari tahun ini. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kesemua inisiatif itu diperkenalkan memastikan proses pengajaran yang mementingkan guru-guru mengajar dan bekerja dengan gembira dan bukannya menjadikan pekerjaan mulia itu sesuatu yang menyiksa dan membebankan.

"Kementerian akan berusaha mengembalikan guru kepada tugas mendidik serta mengajar dengan memansuhkan tugas-tugas perkeranian yang didapati mengganggu tugas utama guru sebelum ini," katanya ketika menyampaikan amanat “Pendidikan Untuk Semua, Tanggungjawab Semua” di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia, 5 Inisiatif Kurangkan Beban Tugas Guru, Guru, Guru mengajar, Murid-murid sekolah, guru malaysia, cikgu

5 Inisiatif Kurangkan Beban Tugas Guru

Inisiatif Pertama
Memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi melalui 3 intervensi iaitu Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan pentaksiran bilik darjah (PBD). Bagi pengurusan SPBT, kementerian menambah baik proses perekodan yang mana guru tidak perlu menulis perolehan, pengurangan bilangan fail dan pengisian maklumat secara digital (softcopy). Bagi pengurusan fail panitia, pihak sekolah diberi autonomi menentukan bilangan fail panitia dan dokumen akan disimpan sama ada salinan digital atau salinan bercetak (hardcopy) berdasarkan keperluan dan kesesuaian sekolah. Bagi pelaporan PBD, cetakan hanya perlu dilakukan berdasarkan keperluan sekolah. Panduan pelaksanaan PBD juga telah dimuat naik ke laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Inisiatif Kedua
Pengurusan data dan sistem online yang akan dilakukan melalui 2 intervensi, iaitu segala pengumpulan dan perolehan data sekolah, guru dan murid perlu diambil dari sumber data sedia ada dalam sistem-sistem yang diperaku oleh semua pihak di kementerian. Intervensi itu juga melibatkan sistem kehadiran murid dalam talian digunakan sepenuhnya, yang bermakna guru tidak lagi perlu mengisi buku jadual kedatangan murid, manakala bagi sekolah yang tiada capaian internet, kehadiran murid boleh direkod secara manual dalam jadual kedatangan murid.

Inisiatif Ketiga
Susulan pemansuhan Peperiksaan Tahap 1, sekolah dibenarkan merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang sesuai dengan keperluan murid. Sekolah perlu mengenal pasti murid Tahap 1 yang mengalami kesukaran menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta menyediakan intervensi atau pemulihan yang bersesuaian di peringkat sekolah.

Inisiatif Keempat
Penyeragaman borang dan proses pemantauan yang dilaksanakan melibatkan 2  intervensi bagi memastikan guru tidak lagi terbeban mengisi borang kebersihan, keselamatan dan penarafan kantin. Melaluinya, semua pengusaha kantin dikehendaki mengisi Borang Penarafan Kendiri Kantin dan pengesahan dibuat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sahaja, manakala Borang Prestasi Perkhidmatan Kontraktor Pembersihan dan Keselamatan diuruskan kontraktor dan akan dikawal selia serta disahkan Pengetua atau Guru Besar atau Penolong Kanan.

Inisiatif Kelima
Penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah di mana intervensi yang akan dilaksanakan bakal memastikan pelbagai jawatankuasa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik dimansuhkan.

Sumber: Berita Sinar Harian
Share:

Hari Keputeraan Ke-71 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Daulat Tuanku, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Hari Keputeraan Tuanku Muhriz yang ke-71, 14 Januari 2019, Cuti Umum 14 Januari

Assalamualaikum semua.

Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan merupakan hari cuti umum di Negeri Sembilan pada setiap tahun iaitu pada setiap 14 Januari. Berlainan dengan negeri-negeri di Malaysia yang lain yang mempunyai keturunan pemerintah yang di panggil “Sultan”, Negeri Sembilan pula mempunyai “Yang Di-Pertuan Besar”.

Sebuah Persatuan yang terdiri daripada undang-undang akan memilih YDPB yang baru selepas kemangkatan YDPB yang sebelumnya. Mereka mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi semasa membuat pemilihan namun kadangkala mereka boleh mengabaikan garis panduan tersebut.

Contohnya, YDPB yang sedang memimpin sekarang pada asalnya telah dipintas kedudukannya pada tahun 1967. Beliau merupakan anak YDPB yang sebelumnya, akan tetapi, disebabkan umurnya yang masih muda (hanya berumur 19 tahun pada waktu itu), pak cik beliau pula yang terpilih untuk menjadi YDPB.

Biodata Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz

Namun begitu, Tuanku Muhriz akhirnya dilantik menjadi YDPB selepas kemangkatan pak ciknya pada tahun 2008. Tuanku Muhriz merupakan YDPB yang ke-11 semenjak jawatan tersebut dicipta pada tahun 1773. Beliau menetap di Bandar Diraja di Seri Menanti, yang mana merupakan bandar yang berlainan dengan Ibu Negeri Seremban.

DAULAT TUANKU! Hari Keputeraan Ke-71 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Sempena dengan Hari Keputeraan Ke-71 YDPB Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mendahului senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat. Beliau akan menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri, pada istiadat pengurniaan yang akan diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah. Turut menerima darjah kebesaran sama adalah Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador.

Seramai tiga orang pula menerima Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk, iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Zulkefly Mohamad Omar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Razali Ab Malik dan Setiausaha Agung Kementerian Hal Ehwal Parlimen Maghribi, Dr Hassan Ammari. Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada 16 orang iaitu Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan, Profesor Dr Nasrudin Mohammed; Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Haizuan Rozali; Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER), Sabuddin Sani. Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali; Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Zainudin Mohd Ali; Pengarah Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Brig Jen Ir Najmuddin Jaafar.

Pesara Rejimen Semboyan Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brig Jen Zolkefli Saini; Mantan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Izhar Othman. Peguam, Bong Ah Loi; Pengarah Eco Growth Plantation Sdn Bhd, Leong Siew Siong; Pengarah Mysmartgold Bullion Sdn Bhd, Chin Thiem Fook; Pengarah Nam Heng Safety Glass Sdn Bhd, Tan Lai Huan, Pengarah Urusan Costrade Group, Tio Boon Heng dan ahli perniagaan Chong Thiam Woon serta Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali.

Selain itu, seramai sembilan orang menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS), Darjah Tuanku Muhriz (5), Darjah Pekerti Terpilih (10), Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (42), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (86), Pingat Jasa Kebaktian (140), Pingat Khidmat Lama (15) dan Bentara Tuanku Muhriz (12).

Selamat bercuti warga Nogori!

Sumber: Berita Harian Metro
Credit photos: Google
Share:

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang

Assalamualaikum semua.

Pekena Nasi Ayam Mafia di Restoran Chef Joe @ The Dangau, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Berdekatan dengan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kalau dari KL lalu jalan biasa dari Dengkil, Putrajaya tu, restoran ini di Jalan Jenderam. 20 minit drive dari KLIA boleh sampai sini. Kalau nak senang lagi boleh je Waze/Google Maps "Chef Joe". Area-area Salak Tinggi, Nilai dan sekitarnya dekat sangat kalau nak pergi makan di sini. Jadi jomlah kita merasa makanan Chef Joe ni ya! Hehe. Antara 2 menu special yang dikatakan menarik di sini ialah Nasi Ayam Mafia dan Cendol Kaysan. Dipercayai resepi ini adalah resepi turun-temurun dari familynya.

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Chef Joe Dangau, Chef Joe at the Dangau, Tempat Makan Menarik Sepang

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Chef Joe Dangau, Chef Joe at the Dangau, Tempat Makan Menarik Sepang

"JANGAN DATANG kalau nak makan Nasi Ayam biasa-biasa"

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Tempat Makan Menarik Sepang

Jadi tengah hari tadi sempat try makanan di sini:
  • Nasi Ayam Mafia
  • Nasi Ayam Kampung Mafia
  • Thai Tea
  • Cendol Durian D24
Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Tempat Makan Menarik Sepang

Nasi Ayam Mafia

"Setiap suapan kan rasa nasi yang lembut, ayam yang juicy dan cair di tekak. Ditambah cili yang pedas KAW! Sos kicap rahsia yang lemak manis bagi balance. Sup pulak terbaik. Wangi dan sedap. Ramai mintak tambah, nak hirup sup kosong."

Tadi dah rasa Nasi Ayam Mafia dari Chef Joe ni. Memang terbaik seperti yang dikatakan. Sup dan kicap memang secukup rasa. Paling best ialah sambal dia, memang pedas KAW! Kerana sambal yang pedaslah ianya dipanggil Nasi Ayam Mafia.

Harga: RM6.00
Rating: 9/10

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Tempat Makan Menarik Sepang

Nasi Ayam Kampung Mafia

Sama seperti Nasi Ayam Mafia cuma yang ini menggunakan Ayam Kampung dan ayamnya digoreng.

Harga: RM8.00
Rating: 9/10



Thai Tea

Rasa dia biasa-biasa saja. Standard rasa Thai Tea.
Harga: RM4.50
Rating: 8/10


Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Tempat Makan Menarik Sepang, cendol durian chef joe, cendol durian

Cendol Durian D24

Memang sedap cendol dia, santan yang lemak dan manis yang boleh diterima. Ditambah dengan sagu dan isi durian. Terbaik!

Harga: RM8.00
Rating: 9/10

Ada 3 jenis nasi ayam yang boleh dipilih di sini:
  • Nasi Ayam Mafia  - RM6.00
  • Nasi Ayam Kampung Mafia  - RM8.00
  • Nasi Kukus Ayam Mafia - RM5.50
Antara menu-menu lain yang ada di sini:
  • Set Tilapia Goreng Panas - RM8.00/RM8.50
  • Set Keli Goreng Panas - RM6.00/RM7.00
  • Keropok Lekor - RM3.00
  • Cendol Kaysan/Biasa/Sagu/Pulut/Durian D24 - RM3.00-RM8.00
  • Pulut Mangga Thai - RM6.00
  • Air Kelapa Cetong - RM4.50
  • Coconut Shake  - RM4.50
  • Sagu Gula Melaka - RM3.50
  • Air Buah Gelas Besar - RM6.00
  • Green Tea - RM4.50
  • Thai Tea - RM4.50
  • Chocolate/Arabica/Cappucino/Mocha/Latte - RM4.50
  • Ais Kacang - RM5.00
Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Tempat Makan Menarik Sepang, menu Chef Joe at the dangau

Suasana di restoran ni macam makan dalam suasana kampung, dusun kerana adanya ayam dan itik di sekitar halaman restoran ini, juga yang menariknya haiwan-haiwan ternakan itu siap diberi nama khasnya seperti Abu, Deris dan sebagainya. Selain makanannya yang sedap, suasana restoran ini yang menjadi tarikan pengunjung datang, di mana mereka boleh membawa keluarga dan anak-anak melihat haiwan ternakan. Ada juga akuarium ikan di sekitar tempat meja makan. Restoran Chef Joe @ The Dangau, Sepang ini memang sentiasa penuh dengan pengunjung yang kadang-kadang datang dari jauh. 

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Chef Joe Dangau, Chef Joe at the Dangau, Tempat Makan Menarik Sepang

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Chef Joe Dangau, Chef Joe at the Dangau, Tempat Makan Menarik Sepang

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Tempat Makan Menarik Sepang


Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Tempat Makan Menarik Sepang, itik chef joe

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Tempat Makan Menarik Sepang, itik chef joe

Di Restoran Chef Joe @ The Dangau, Sepang ini, caranya ialah:

1. Anda order dulu di kaunter
2. Anda bayar dulu di kaunter
3. Mereka akan hantar makanan di meja

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Chef Joe Dangau, Chef Joe at the Dangau, Tempat Makan Menarik Sepang

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Chef Joe Dangau, Chef Joe at the Dangau, Tempat Makan Menarik Sepang

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Chef Joe Dangau, Chef Joe at the Dangau, Tempat Makan Menarik Sepang

Kalau nak senang, pilihlah dulu nak duduk di meja mana. Ingatkan nombor/huruf meja anda kerana nanti order di kaunter, anda perlu nyatakan pada cashier nombor meja anda. Pastikan nombor meja sama di kertas order supaya penghantaran makanan di meja tepat, cepat dan selamat. Menariknya lagi di sini, nak tambah sambal Mafia, sambal kicap, sambal belacan, masak lemak dan juga gulai semuanya FREE saja. Lepas tu, siap ada checklist banner lagi sebelum balik. Overall, memang superb!

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Chef Joe Dangau, Chef Joe at the Dangau, Tempat Makan Menarik Sepang

Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau, Sepang, Nasi Ayam Mafia, Chef Joe, Chef Joe Dangau, Chef Joe at the Dangau, Tempat Makan Menarik Sepang

Chef Joe @ The Dangau, Sepang

Alamat:
Lot 4586, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Waktu operasi:
Setiap hari 10.00 pagi - 6.00 petang termasuk cuti umum

Instagram:

Facebook:

Ok that's all.
Thank you for reading!
Share:

Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak Sekolah

Assalamualaikum semua.

Kanak-kanak menghabiskan tempoh masa yang lama di sekolah. Lazimnya, satu pertiga daripada keperluan nutrien harian akan dimakan di sekolah. Ini bermakna pengambilan makanan di sekolah penting untuk memenuhi keperluan harian kanak-kanak sekolah. Ia juga memberi kesan kepada tahap tenaga dan daya tumpuan kepada pelajaran serta mempengaruhi tabiat makan dan tumbesaran. Seorang ibu yang sibuk boleh mengimbangkan antara pemakanan sihat dengan makanan yang menarik untuk anak dengan menyediakan bekalan yang mengandungi lima jenis makanan utama seperti berikut:


Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah, sandwich sihat, makanan sihat
  • Sandwich sihat
Sandwich adalah popular kerana ia mudah dimakan dan disediakan. Pilih roti penuh bijirin kerana ia mengandungi lebih serat. Lapiskan sandwich dengan isi yang digemari oleh anak seperti ikan tuna atau sardin, keju, isi ayam yang dipanggang atau telur rebus yang dilecek dengan sedikit mayonis. Tambahkan sedikit sayur seperti timun, salad atau lobak.

Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah, mee goreng sihat, makanan sihat, mee goreng, mi goreng

  • Nasi atau mi goreng
Selain daripada sandwich, makanan utama yang mudah dibawa ke sekolah ialah nasi/mi/mihun/pasta goreng. Ia lazat dan digemari oleh kanak-kanak. Tambahkan lebih sayur, telur, ayam atau daging dalam nasi atau mi goreng untuk menjadikan ia seimbang. Kurangkan penggunaan minyak berlebihan untuk menumis. Hidangan panas mudah menjadi basi. Pastikan hidangan tidak dimasak terlalu awal. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas bekalan. Gunakan bahan mentah yang segar untuk membuat nasi goreng, pastikan nasi putih yang dimasak telah disimpan di dalam peti sejuk atau baru dimasak.

Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah, buah-buahan, sayur-sayuran, buah dan sayur, buah sihat, sayur sihat, makanan sihat
  • Buah dan sayur
Bekalkan juga buah segar seperti pisang, jambu, epal, lai atau limau. Ada kanak-kanak yang gemar sayur segar seperti lobak merah, timun dan sengkuang.

Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah, susu sihat, makanan sihat, susu, susu berkhasiat, dutch lady, susu dutch lady
  • Susu
Minuman susu dalam kotak sama ada susu biasa atau berperisa harus menjadi bahan tetap yang dibekalkan ke sekolah. Ia mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum, lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan makanan.

Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak Sekolah, Snek sihat, biskut, makanan sihat, oat krunch, biskut oat, biskut berkhasiat, biskut oat krunch
  • Snek berkhasiat untuk masa rehat
Snek ringan juga adalah penting, terutama bagi waktu rehat. Bekalkan biskut, kek, sandwich atau kuih tempatan yang berkhasiat serta buah-buahan. Kurangkan pilihan snek yang manis, masin dan berlemak.

  • Air kosong
Air kosong adalah minuman yang paling sesuai untuk kanak-kanak sekolah. Minuman kordial dan air bergas mengandungi gula yang tinggi dan boleh mengurangkan selera serta menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat jika diminum terlalu kerap. Bekalkan air sejuk atau air yang dibekukan dalam bekas air yang dibungkus. Ia dapat mengekalkan suhu sejuk dan lebih digemari.

Hidangan utama ini sangat sesuai bagi kanak-kanak yang makan tengah hari di sekolah atau tidak sempat bersarapan. Bekalkan mereka makanan sihat ini setiap hari untuk memastikan anak anda mendapat pemakanan yang seimbang di sekolah. Bagi anak yang susah makan, ajak dia sama-sama memilih atau menyediakan bekalan makanan. Ini mungkin dapat membantu membuka seleranya.

Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
Credit photo: Google
Share:

Krabby Cheese Pizza @ Pizza Hut

Krabby Cheese Pizza, Menu Baru Pizza Hut, Pizza Hut, Pizza Krabby Cheese

Assalamualaikum semua.

Hari ni teringin nak makan pizzalah pulak. Lama dah tak makan pizza. Baik Pizza Hut mahupun Dominos. Huhu. Paling favourite pizza ialah pizza Hawaiian Chicken lah apa lagi. Hehe. Kalau order tak sah kalau tak ada yang ni. Siapa suka pizza  Hawaiian Chicken jugak? Ok kita geng!

Jadi tadi hajat di hati nak order pizza Hawaiian Chicken. Sekali ada menu pizza baru. Krabby Cheese Pizza. Nampak menyelerakan. Mengeliur tengok! Ehh, dah teringin pulak dah nak makan Krabby Cheese Pizza ni. Haha. Aduhai selera ni macam-macam betullah kan! End up beli 1 personal pizza Hawaiian Chicken dan 1 Regular Pizza Krabby Cheese ni. 

Krabby Cheese Pizza, Menu Baru Pizza Hut, Pizza Hut, Pizza Krabby Cheese

1 Regular Pizza
Krabby Cheese Pizza
Ala Carte
RM33++

Krabby Cheese Pizza, Menu Baru Pizza Hut, Pizza Hut, Pizza Krabby Cheese

Closer look
Krabby Cheese Pizza
Rating: 8/10

Pizza Hut, Pizza Hawaiian Chicken, Hawaiian Chicken

1 Personal Pizza
Wow! Take Away
Pizza Hawaiian Chicken
RM4.70

Pizza Hut, Krabby Cheese Pizza, Hawaiian Chicken

“Bila ada passion, everything is tastier”
Ya betul tu!
Hehe

Ok. Craving satisfied with these 2 yummy pizzas!


Share: