Belajar Dari Jam Dinding

Assalamualaikum semua.

Belajar Dari Jam Dinding

Dilihat orang atau tidak, ia tetap berdenting.
Dihargai orang atau tidak, ia tetap berputar.
Walau tak seorang pun mengucapkan terima kasih.
Ia tetap bekerja setiap jam, setiap minit bahkan setiap detik.

Teruslah berbuat baik kepada sesama,
meskipun perbuatan baik kita tidak dinilai dan diperhatikan orang lain.

Ibarat jam dinding yang terus menerus bekerja
walaupun tak dilihat namun sentiasa memberi manfaat bagi sekitarnya.

Menarik dan indah kata-kata ini lalu terasa nak kongsikan di sini. Begitulah perihal jam dinding. Buat sesuatu kerja tak perlu mengharapkan ucapan terima kasih itu. Tetaplah lakukan pekerjaan itu sebaik-baiknya dengan ikhlas walaupun seikhlas mana kita itu hanya Tuhan yang tahu. Jangan berkira dengan apa jua kerja yang kita lakukan. Kelak akan ada ganjaran juga buat kita jika kita benar-benar melakukan pekerjaan kita dengan baik. Namun di setiap perbuatan baik yang kita lakukan itu, jangan pula sentiasa mengharapkan apa-apa balasan atau ganjaran semata.

Tetaplah berbuat baik walau dalam apa jua keadaan sekali pun, walaupun hanya Tuhan saja yang mengetahuinya dan tidak dilihat oleh sesiapa pun. Sentiasalah juga menjadi seseorang atau sesuatu yang bermanfaat atau memberi manfaat dan faedah kepada orang lain, dalam erti kata lain; berbuat baik kepada orang lain. Bak kata pepatah, “buat baik berpada-pada, buat jahat janganlah sekali”. Semoga kita semua dapat belajar dari jam dinding. Jadilah seperti jam dinding.

Ingatlah, dalam apa jua yang kita lakukan, semoga kita dapat menjadi manusia yang berguna. Di mana jua kita berada, semoga kita dapat menjadi manusia yang tolong-menolong, bermanfaat kepada orang lain dan sekitar serta disenangi oleh orang lain. Hidup di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan merupakan rumah tumpangan buat seketika, namun di dunia inilah tempat kita berbuat sehabis baik untuk bekalan kita di akhirat kelak. Setiap apa yang kita lakukan, akan dinilai di akhirat kelak; suatu tempat yang kekal abadi. Semoga bekalan yang kita bawa nanti akan menyenangkan kehidupan kita di sana. In shaa Allah.
Belajar Dari Jam Dinding, Jam Dinding, Jam





Share:

7 comments:

  1. Buatlah kebaikan sama ada dilihan atau tidak. Menarik kata2 ni. Thank you share!

    ReplyDelete
  2. Namun jasanya tak pernah dihargai.
    Ia tak bernilai bila gagal berfungsi

    ReplyDelete
  3. nice..suka jugak ayat tu. ibarat kata lain bagi memberi tanpa mengharapkan balasan.

    ReplyDelete
  4. Ye byk yg boleh dijadikan pengajaran di sini

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Semoga kita semua terus konsisten membuat kebaikan walaupun apa yang kita lakukan itu mungkin tidak dihargai atau disedari oleh orang lain.

    ReplyDelete
  6. Buat baik secara konsisten.. Bagus perkongsian Yea nie..

    ReplyDelete