Saturday, February 2, 2019

Sinaran UV Alat Elektronik Mempercepat Penuaan Kulit Wajah

Sinaran UV Alat Elektronik Mempercepat Penuaan Kulit Wajah

Assalamualaikum semua.

Bangun pagi dari tidur, celik-celik saja mata terus capai handphone. Nak tidur malam, sebelum tidur mesti godek handphone dulu. Akulah tu. Eh, korang pun sama? Yalah, handphone ni dah macam kewajipan dah. Tak pernah nak lekang dari tangan kan? Kadang-kadang tu tak ada apa sangat pun nak tengok. Asyik scroll Instagram, scroll blog sendiri, scroll FB, scroll Twitter, lagi apa lagi? Macam-macam lah.

Tak sedar rupa-rupanya dah 1 jam kita menghadap handphone. Itu belum lagi menghadap laptop ke, tablet ke, televisyen ke kan? Entah berapa jam pula kita bermesra dengan alat-alat elektronik sebegini. Zaman era baru dan dunia millenium sekarang ini rata-rata memang tidak lari dengan penggunaan gajet-gajet tersebut. Boleh dikatakan setiap hari kita akan menggunakannya. Cuma harus sedikit berwaspada ketika mengendalikannya kerana dikhuatiri akan menyebabkan kesan buruk kepada kita.

Penggunaan alat elektronik dengan kerap ini bukan sahaja dapat mengundang masalah tertentu malahan turut memberi kesan kepada kulit wajah kita dengan mempercepat penuaan dalam jangka waktu panjang. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Journal of the American Academy of Dermatology, menunjukkan bahawa sinaran UV yang dipantulkan menerusi alat-alat elektronik yang sering kita guna setiap hari ini boleh memberi kesan buruk pada wajah kita seperti menimbulkan bintik gelap, pigmentasi, pembentukan warna kulit dan tona kulit yang tidak sekata serta kulit boleh berubah menjadi kusam.

Pengarah Urusan Big Pharma Asia, Corina Lee, berkata,

Sama ada individu berwaspada atau tidak, kulit adalah organ yang sentiasa terdedah kepada sinaran UV tidak kira di kawasan tertutup atau terbuka. Ramai wanita lebih waspada kepada cahaya matahari, namun dalam tidak sedar kecantikan pudar akibat lebih menghabiskan masa dengan penggunaan gajet masing-masing. 
Sinaran UV Alat Elektronik Mempercepat Penuaan Kulit Wajah

Jadi bukan saja sinaran UV dari cahaya matahari yang berbahaya, sinaran UV alat elektronik juga bahaya kepada kita. Bukan di luar rumah saja maksudnya, dalam rumah bermain dengan gajet pun dah boleh menjejaskan kulit wajah kita dan memberi kesan penuaan kepada kita dalam jangka panjang. Oleh itu, sentiasalah balancekan waktu anda bermain dengan gajet-gajet ini ya. Beware semua! Pesanan untuk diri sendiri ini juga.

10 comments:

  1. uik, serius lah! ok lepas ni kurangkan mengadap tepon..boleh juga adjust brightness skrin tu untuk kurangkan pendedahan pada cahaya UV dari gadget

    ReplyDelete
  2. Umm kan, bukan setakat boleh ada masalah otak tapi boleh buat muka nampak lbh berusia. Tu la kena balance nak guna alat elektronik.

    ReplyDelete
  3. Bahaya la zaman skrg sana sini byk brg electronic

    ReplyDelete
  4. Sha pernah terbaca jugak article yang sama point macam ni..dan bagi orang yang rajin godek² fon sebelum tido tu eloklah guna night cream bagi yang nak maintain kulit cantik...sebab tu tak digalakkan tengok fon waktu malam dengan lampu tertutup ☺...anyway menyinggah blogwalking ke sini😉

    ReplyDelete
  5. Adoi.. bahaya yek.. Bagus perkongsian Yea nie..

    ReplyDelete
  6. alamak tak nak lagi gitu kan..elok urus bunga di laman senaman sikit dapat pula hirup udara segar kala pagi. Bangun ja hadap phone alamak tak nak gitu lah kan

    ReplyDelete
  7. alamak !!! ini serioussss ni. memang dahla keje ngadap gadget je.
    adoiyai.. takutnya muka cepat tua =0

    ReplyDelete
  8. betul post ni.
    tapi tu laa, dh terbiasa, sblm tidur dlm gelap, hadap hp kejap

    dari kejap tu jadi lama pulak. adehh..

    bahaya kan . .

    ReplyDelete