Wednesday, November 14, 2018

Wordless Wednesday #3

Mustafa Cendol, Kuantan, Pahang

Tuesday, November 13, 2018

Air Asia Free Seats Promo | Travel From 6 May 2019 - 4 Feb 2020‎

Assalamualaikum semua.

Sekarang Air Asia tengah buat Promosi. Air Asia Free Seats Promo. Cepat-cepat book tiket flight sekarang. Tengah murah gila ni. Boleh travel nanti! Hehe. Apa tunggu lagi. Tinggal lagi 5 hari saja lagi nak habis Promosi ni. Jangan ketinggalan ok! Boleh klik SINI! Kalau siapa yang dah jadi BIG member Air Asia lagi best, dapat harga murah lagi, berbaloi, dan zero base fare. Jangan lupa daftar sebagai BIG member! Berganda-ganda murah dia. Hehe.

Air Asia Free Seats Promo | Travel From 6 May 2019 - 4 Feb 2020‎

Booking period: 12 Nov 2018 - 18 Nov 2018
Travel period: 6 May 2019 - 4 Feb 2020‎

Jadi, dah fikir-fikir ke nak ke mana travel nanti tahun depan? Ramai juga nak ke Langkawi kan? Hihi. Apa lagi tunggu, RM15 saja tu pergi Langkawi. Berbaloi berganda-ganda! Haha. Tertakluk pada terma dan syarat. Ok, nanti kongsilah dengan aku, semua nak pergi mana ya tahun 2019, mana tahu dapat jumpa dekat tempat sama ke tahun depan. Hihi! Ok, that's all. Thank you for reading!

Monday, November 12, 2018

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2018

Assalamualaikum semua.

Esok, 13 November 2018, akan bermulalah detik-detik yang mendebarkan bagi adik-adik yang menduduki peperiksaan SPM 2018. Wah, teringat pula zaman aku dulu, 7 tahun dah berlalu. Lamanya, aku pun dah makin tua. Begitu cepat masa berlalu. Untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM esok, good luck dan semoga berjaya akak ucapkan ya! Buat sehabis baik, setelah berusaha dan berdoa. Tawakal jalan akhirnya. Curahkan segala ilmu yang dipelajari esok di atas kertas peperiksaan. Namun, ingatlah kita belajar dan mendapat ilmu itu kerana Allah.

Tips-tips untuk menduduki peperiksaan SPM? Ok, part ni akak lemah wahai adik-adik sekalian. Haha. Apa-apa pun, akak nak pesan semoga adik-adik jawab dengan tenang esok, jangan gopoh gapah, baca soalan dan faham dengan betul. Ingat cikgu-cikgu dan ibu bapa adik-adik ya. Walau apa pun, SPM ni bukanlah titik pengakhirannya ya. Banyak lagi yang perlu diharungi di masa hadapan. Namun, buatlah sehabis baik walaupun ianya sebenarnya titik permulaan adik-adik untuk mengorak langkah ke arah yang lebih jauh.

Akak ni bukanlah cemerlang sangat dalam SPM 7 tahun lalu, bukan Straight As’ student. Hihi. Jadi, setakat itu jelah yang akak boleh cakap ya. Yang penting, adik-adik dah berusaha sehabis baik, berdoa minta pada Allah agar permudahkan urusan adik-adik untuk menjawab semua kertas peperiksaan esok. Sebenarnya, akak ni jenis last-minute punya orang. Tak tahulah adik-adik macam mana. Huhu.

Bahaya dik last-last minute ni, tapi lain orang lain caranya kan. Jadi, semuanya bergantung pada diri adik-adik sendiri ya, dan juga rezeki adik-adik. Semoga adik-adik SPM 2018 berjaya dengan cemerlang dunia akhirat akak ucapkan! Good luck semua! Buat sehabis baik!

Ok, bagi peluang dekat  akak nak throwback gambar kelas akak masa Tingkatan 5 dulu, kelas 5 Elit, SMK Dato’ Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan. Hihi. Rindu juga zaman sekolah ni, macam-macam kenangan pahit manis, pengalaman yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila. Al-Fatihah juga untuk salah seorang rakan sekelas kami (Ketua Pelajar SMK Dato’ Mohd Said, Nilai, Tahun 2011) yang telah pergi meninggalkan kami semua menghadap Illahi kerana penyakit asma.



Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2018 Kepada Adik-adik Batch 2001!

Senarai Peserta Giveaway #1 by YEASLMN

Assalamualaikum semua.

Berikut adalah senarai peserta bagi Giveaway #1 by YEASLMN setakat ini. Akan diupdate dari semasa ke semasa ya. Terima kasih yang sudi join. Yang belum join dan berminat nak join boleh join di SINI.

*UPDATE*
Tarikh Tutup Penyertaan: 4 Disember 2018


Senarai Peserta Giveaway #1 by YEASLMN:
  1. https://kasihkuamani.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html?m=0
  2. https://ourmemoria.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  3. https://jom-santai-aje.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  4. https://aienienka.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html 
  5. http://www.syahidahfadilah.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  6. https://stnrsyfh.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  7. https://ailya-saffaa.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  8. https://jm2u.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  9. https://jombercontest.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  10. https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html?m=1
Ok, sambil-sambil tu bolehlah blogwalking di blog mereka ya. Thanks!


Yang Mana Satu, Kejayaan Atau Kebahagiaan?


Assalamualaikum semua.

Kejayaan dan kebahagiaan itu menjadi idaman setiap daripada kita. Tanpa mengira asal usul, pangkat, kaya atau miskin, di desa atau di bandar. Persoalan yang sering menghantui, adakah kita perlu berjaya dahulu untuk meraih kebahagiaan?
Menurut Sayidina Ali bin Abu Talib: "Kebahagiaan ialah sesuatu yang dapat menghantar kepada kejayaan (syurga)."
Ini jelas menunjukkan kebahagiaan itu merupakan alat untuk meraih kejayaan dan bukan sebaliknya. Sedangkan kita berasa bahagia ketika mencapai kejayaan yang diimpikan. Contohnya, kita berjaya meraih segulung ijazah atau berjaya naik pangkat. Mari tanya diri yang mana lebih berharga, pencapaian itu sendiri atau perasaan bahagia kita.

Kita dah dapat segulung ijazah tapi terfikir pula ramai yang sudah ada ijazah namun sulit mendapat pekerjaan, adakah kita merasa bahagia? Kita jadi jutawan tapi bimbang pula harta dicuri orang, adakah kita masih bahagia? Mungkin tidak. Maka, jelaslah bahawa bahagia kita itu bukan semata bergantung kepada ijazah atau harta.

Ini kerana bahagia itu ialah pada perasaan tenang, puas dan damai yang sebenarnya sudah diberi secara percuma tanpa henti dalam diri kita. Tak perlu mengejarnya di mana-mana kerana kita boleh sahaja bahagia tanpa ijazah atau harta melimpah.

Ertinya, kita selama ini sudah menemui kejayaan tetapi tidak menikmati rasa berjaya itu dalam diri setiap hari. Padahal jika kita mampu mengolah rasa itu dalam setiap aktiviti kehidupan, pasti kita sudah pun menikmatinya. Ini kerana kejayaan itu bukan satu pencapaian tetapi adalah hasil daripada rasa hati yang bahagia.

Proses mencapai kejayaan itu lebih bermakna dalam menuju apa yang diimpikan, bukan hasilnya semata-mata. Jika hati kita bahagia, hasilnya pasti kejayaan. Jika inilah prinsipnya, maka kita akan menjalani hidup dengan rasa kejayaan. Jika kita merasa bahagia, maka kejayaan akan bersama kita hingga hujung nyawa.

-Pujuklah Rasa, Dr.Robiah K.Hamzah-


⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Copyright © 2018. YEASLMN. Powered by Blogger.