Ramai yang suka makan tomato secara mentah kerana baik untuk kesihatan dan mencantikkan kulit. Kalau nak tahu, tomato kaya dengan vitamin A, B1 dan C. Tomato juga adalah antioksidan semulajadi yang baik kerana mengandungi likopen. Tomato bagus untuk melawan kesan kerosakan sel kulit akibat radikal bebas. Sebaiknya, disarankan setiap orang untuk mendapatkan likopen minimum sebanyak 16mg sehari.
Likopen atau lycopene adalah pigmen karotenoid, iaitu fitokimia yang terdapat dalam buah atau sayur. Likopen adalah karotenoid yang paling umum di dalam tubuh manusia. Likopen memiliki khasiat antioksidan yang kuat. Antioksidan sangat penting untuk menjaga kesihatan organ kerana berfungsi sebagai penangkal radikal bebas dalam tubuh. Lebihan radikal bebas dari sisa metabolisma dapat menyebabkan kerosakan sel yang berpotensi menimbulkan berbagai penyakit dan gangguan kesihatan.
Likopen banyak terdapat dalam sayuran dan buah yang berwarna cerah seperti merah, kuning, atau jingga. Contoh makanan yang banyak mengandungi likopen adalah seperti tomato. Tomato juga dapat membantu mengawal dan mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit wajah serta berkemampuan untuk menghilangkan kulit kusam.
Kulit Cantik Semulajadi dengan Tomato
1. Tips Masker Tomato & Avokado
Bahan-bahan:
1 biji tomato
1 biji avokado – ambil isi
Cara membuat:
- Lenyek dan hancurkan tomato dan avokado.
- Satukan dan sebatikan keduanya.
- Jadikan sebagai masker dengan menyapunya pada seluruh kulit wajah.
- Biarkan selama 15-20 minit.
- Kemudian bilas bersih dengan air suam.
2. Tips Masker Tomato & Timun
1 biji tomato
1 batang timun
Cara Membuat:
- Potong dan kisar keduanya hingga hancur.
- Sapukan pada muka dengan rata.
- Biarkan seketika sebelum cuci dengan air suam.
- Campuran masker ini mampu menyingkirkan minyak berlebihan pada wajah dan mencegah kulit kekeringan.
Wah! Banyak sangat tips nak cantik guna bahan semulajadi. Apa lagi? Jom cuba! Ok jumpa lagi di lain entri. Nak share tips kecantikan juga boleh share di ruangan comment macam biasa ya! Tq.
sangat terbaik
ReplyDeleteZaman muda remaja dulu Mrs. A tak suka tomato.Tapi sekarang dah suka terutama sekali tomato ceri
ReplyDeleteTomato memang banyak khasiatnya.
ReplyDeleteMudah aje nak dapatkan kulit yg cantik hanya pilih makanan yg baik je kan
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletemakan macam tu je pun da jadi cantik macam kulit tomato tau...hahaha
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDelete