Setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian haruslah dalam keadaan berhemah. Namun tak dinafikan kita ini hanya manusia biasa, kadang-kadang kita suka dan sering bertindak mengikut emosi. Emosi selalunya menyebabkan kita bertindak di luar kawalan, di luar jangkaan, seterusnya mengambil atau membuat keputusan yang sia-sia sahaja. Akhirnya, memakan diri sendiri.
Bahagia
Pertama, ketika kita terlalu bahagia, janganlah sesekali kita berjanji akan sesuatu perkara kepada seseorang. Kadang-kadang dek terlalu berasa bahagia, kita tak boleh nak berfikir secara waras, hilang kawalan dek emosi tersebut sehingga membuatkan kita menabur janji-janji yang bila difikirkan balik kita sendiri tak boleh nak tunaikan kelak. Bila tiba suatu masa tu, terfikir kembali “kenapalah dulu aku berjanji dengan si dia ni, sekarang kan dah susah aku nak tunaikan janji aku ni.” Tak gitu? Siapa pernah ada dalam situasi begini?
Marah
Kedua, ketika kita sedang marah, janganlah sesekali kita menjawab kepada orang yang membuat kita marah atau kepada orang di sekeliling kita. Kadang-kadang tak pasal-pasal orang lain yang tak bersalah pun kena tempiasnya sekali. Ya, tak dinafikan kadang-kadang kita rasa marah sangat dan geram sangat dekat seseorang tu. Tambahan pula, kalau seseorang tu dah berkali-kali buat kita marah kan? Mana tak geramnya. Nak nak pula yang jenis suka pijak kepala kita. Aduhai! Tapi apabila kita fikirkan balik, bila dia marah, kita marah dia balik, benda takkan settle pun.
Buat penat kita membebel saja buat kering air liur bertekak macam tu. Last-last, boleh jadi sakit kepala menghadap orang macam tu kan. Lepas tu, dah tak bertegur sapa dah. Jadi ada baiknya lah, kalau kita sedang marah, ambil masa untuk cool down, duduk diam-diam, jangan jumpa siapa-siapa, sebab nanti orang tu pula yang kena tempiasnya. Tapi kalau kita jenis suka kongsi emosi dengan kawan rapat ok saja kalau nak kongsi dengan mereka, cumanya jangan pula marah kawan kita tu kalau mereka berikan pandangan atau nasihat nanti ya!
Ketiga, ketika kita sedang bersedih atau kecewa, jangan sesekali meluru untuk membuat sesuatu keputusan. Bila rasa sedih, memang semua benda jadi tak kena, rasa down sangat, rasa macam tak ada guna dah nak hidup dalam dunia ni. Ceh! Kemain. Jadi masa sedih atau kecewa, janganlah kita mengambil apa-apa keputusan kerana masa tu kita dipengaruhi oleh emosi tersebut. Kelak keputusan yang diambil itu mungkin akan memakan diri kita. Kalau dah sedih atau kecewa tu, menangis sajalah puas-puas. Buatlah apa-apa yang dapat tenangkan diri asalkan tak memudaratkan diri. Tapi itulah, bila emosi menguasai memang susah nak kawal diri, cumanya kena selalu ingat Tuhan.
Kesimpulannya di sini, apa-apa pun yang kita buat selalulah memohon perlindungan dariNya. Semoga kita tidak mudah dipengaruhi oleh emosi atau perasaan dan dapat elakkan sesuatu yang tak baik datang kepada diri kita. Akhir kata, semoga kehidupan kita semua di muka bumi ini dipermudahkan dan berbanyaklah berdoa kepadaNya. Ok jumpa lagi di entri seterusnya ya! Sesiapa ada pandangan bolehlah kongsi di ruangan comment. Terima kasih!
nice shaaaring. memang dalam keadaan jiwa kita tak stabil janganlah buat apa2 keputusan. biar dah rational baru bertindak.
ReplyDeleteKena berfikir waras baru boleh ambil apa apa keputusan kan..
ReplyDeleteNice sharing.. bila fikiran kita diluar kawalan memang macam-macam boleh jadikan. Sebab itulah kita digalakkan berpada-pada dan lebih banyak diam. Eehh betul ke ayatnya camni
ReplyDeleteBetul, kalau buat keputusan atau bercakap di kala emosi kadang-kadang memburukkan keadaan je
ReplyDeleteApa2 pun keputusan yang kita nak buat... Semuanya kena difikirkan dengan waras. Baik atau buruk sesuatu keputusan. Semuanya kita kena tanggung. Nice sharing.
ReplyDeletebetul tu..setuju sangat...selalu orang ingatkan bila emosi marah dan sedih tu je, jangan buat keputusan melulu sebab dipengaruhi emosi..masa bahagia pun rupanya kena berhati2 supaya tak buat janji yang kita tak tahu boleh tepati ke tak pada masa hadapan...gituhhhh
ReplyDeleteTerima kasih share :)
ReplyDelete