Assalamualaikum semua.
Kanak-kanak Belajar Dari Apa Yang Mereka Alami
Jika seorang kanak-kanak itu hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.
Jika seorang kanak-kanak itu hidup dalam permusuhan,
mereka akan belajar bergaduh.
Jika seorang kanak-kanak itu hidup dalam keaiban,
mereka akan sentiasa berasa bersalah.
Jika seorang kanak-kanak itu hidup dalam toleransi,
mereka akan belajar menjadi penyabar.
Jika seorang kanak-kanak itu hidup dengan sanjungan,
mereka akan belajar menghargai.
Jika seorang kanak-kanak itu hidup dengan saksama,
mereka akan belajar menjadi adil.
Jika seorang kanak-kanak itu hidup dengan kesejahteraan,
mereka akan hidup menjadi setia.
Jika seorang kanak-kanak itu hidup dengan kebenaran,
mereka akan belajar menghargai diri.
Jika seorang kanak-kanak itu hidup dengan persahabatan,
mereka akan belajar berkasih sayang.
Dalam kehidupan seharian, ibu bapa atau penjaga memainkan peranan yang amat penting dalam medidik dan membentuk sahsiah serta pekerti diri anak-anak mereka. Ibu bapa itu adalah acuan kepada anak-anak mereka. Apa saja yang dilakukan oleh ibu bapa dan dilihat oleh anak-anak, begitulah juga apa yang mereka akan ikut dan tiru. Bak kata pepatah, "bagaimana acuan, begitulah kuihnya". Anak-anak juga diibaratkan bagai kain putih yang masih suci dan bersih, ibu bapalah yang mencorakkannya.
Seorang kanak-kanak itu lazimnya mempelajari sesuatu dengan melihat perbuatan dan mendengar perbualan orang di sekelilingnya. Mereka akan menerimanya bulat-bulat kerana mereka hanyalah anak-anak kecil, setahun jagung, yang sedang mula untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, sebagai ibu bapa dan penjaga atau orang-orang yang dekat dengan anak-anak kecil, tunjuklah sesuatu yang baik dan mulia supaya mereka boleh mengikutinya dan menjadikan contoh yang baik.
Sebaik-baik acuan itu adalah acuan yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. Cara Rasulullah S.A.W. memimpin keluarganya dan mendidik anak-anaknya, jadikanlah contoh yang terbaik. Semoga sunnah baginda dalam kekeluargaan dapat kita hidupkan dalam rumah atau institusi kekeluargaan kita bagi menjamin pembentukan akhlak yang mulia dan berpekerti tinggi. Didiklah anak-anak kecil dengan sebaik-baiknya kerana mereka adalah tunjang kepada ummah kita kelak. In shaa Allah.

Perkongsian yang sangat bagus. Betul sangat dah tu. Anak-anak sedari kecil lah kita kena didik dengan penuh sopan dan baik. Ajari mereka perkara yg ditegah dan dilarang melakukan.. InsyaAllah, kelak dewasa mereka menjadi anak yg soleh solehah
ReplyDeleteBetul tu Yea.. baik yang di tunjukkan, baiklah jadinya ikutan pada anak-anak..
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian. semoga anak2 kita semua menjadi anak soleh solehah.. amin
ReplyDeleteNice sharing yea
ReplyDeleteBased on pengalaman mama yes .. it's tru
ReplyDeleteartikelnya mantap suskes selalu
ReplyDelete