Wednesday, February 13, 2019

Masker Kopi + Santan Untuk Masalah Jerawat dan Kulit Glowing

Assalamualaikum semua.

Kopi adalah salah satu sumber anti-oksidan terkaya yang penting untuk kulit kerana kopi melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh merosakkan kulit kita. Kopi juga boleh menegangkan kulit dan memperbaiki tekstur kulit kita. Bila berfungsi menegangkan dah tentu kulit akan jadi lambat berkedut dan awet muda. Kafein dalam kopi itulah yang bersifat anti-oksidan semulajadi yang mana bertindak menyingkirkan radikal bebas dalam badan yang menyebabkan pengoksidaan.

Santan pula membuatkan kulit kita jadi lebih glowing apabila digabungkan dengan kopi. Santan mempunyai sifat penyingkiran sunburn yang sangat baik. Lagi bestnya dua gabungan ini membantu surutkan jerawat juga! Bila muka dah bersih dengan jerawat, kedut-kedut hilang, senang sangat nak dapat pakej glowing tu kan. Seriously, gabungan dua bahan ni sangat baik untuk kulit kita.


Masker Kopi + Santan Untuk Masalah Jerawat & Kulit Glowing
  • Sediakan 1 sudu serbuk kopi dan 1 sudu santan.
  • Campurkan kedua-dua bahan dan gaul sebati.
  • Disebabkan kopi sifat dia sangat cepat larut, jadi agaklah paste tu jangan bagi terlalu cair sampai menitis, dan jangan terlalu kering.
  • Sapu dan lumur seluruh kulit muka dan biarkan selama 20 minit.
  • Kemudian bilas dengan air sejuk.
  • Dah buat masker ni terus apply pelembap atau moisturizer untuk neutralkan balik pH kulit supaya kembali kepada paras normal.
  • Nak lebih berkesan ulang masker ni 2-3 kali seminggu.
Ok. Selamat mencuba semua!

Tuesday, February 12, 2019

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!


Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/02/giveaway-pantangpluscom-di-mialianacom.html

Monday, February 11, 2019

Emosi Diri dan Tindakan Luar Kawalan

Assalamualaikum semua.

Setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian haruslah dalam keadaan berhemah. Namun tak dinafikan kita ini hanya manusia biasa, kadang-kadang kita suka dan sering bertindak mengikut emosi. Emosi selalunya menyebabkan kita bertindak di luar kawalan, di luar jangkaan, seterusnya mengambil atau membuat keputusan yang sia-sia sahaja. Akhirnya, memakan diri sendiri.


Bahagia

Pertama, ketika kita terlalu bahagia, janganlah sesekali kita berjanji akan sesuatu perkara kepada seseorang. Kadang-kadang dek terlalu berasa bahagia, kita tak boleh nak berfikir secara waras, hilang kawalan dek emosi tersebut sehingga membuatkan kita menabur janji-janji yang bila difikirkan balik kita sendiri tak boleh nak tunaikan kelak. Bila tiba suatu masa tu, terfikir kembali “kenapalah dulu aku berjanji dengan si dia ni, sekarang kan dah susah aku nak tunaikan janji aku ni.” Tak gitu? Siapa pernah ada dalam situasi begini?

Marah

Kedua, ketika kita sedang marah, janganlah sesekali kita menjawab kepada orang yang membuat kita marah atau kepada orang di sekeliling kita. Kadang-kadang tak pasal-pasal orang lain yang tak bersalah pun kena tempiasnya sekali. Ya, tak dinafikan kadang-kadang kita rasa marah sangat dan geram sangat dekat seseorang tu. Tambahan pula, kalau seseorang tu dah berkali-kali buat kita marah kan? Mana tak geramnya. Nak nak pula yang jenis suka pijak kepala kita. Aduhai! Tapi apabila kita fikirkan balik, bila dia marah, kita marah dia balik, benda takkan settle pun.

Buat penat kita membebel saja buat kering air liur bertekak macam tu. Last-last, boleh jadi sakit kepala menghadap orang macam tu kan. Lepas tu, dah tak bertegur sapa dah. Jadi ada baiknya lah, kalau kita sedang marah, ambil masa untuk cool down, duduk diam-diam, jangan jumpa siapa-siapa, sebab nanti orang tu pula yang kena tempiasnya. Tapi kalau kita jenis suka kongsi emosi dengan kawan rapat ok saja kalau nak kongsi dengan mereka, cumanya jangan pula marah kawan kita tu kalau mereka berikan pandangan atau nasihat nanti ya!


Sedih

Ketiga, ketika kita sedang bersedih atau kecewa, jangan sesekali meluru untuk membuat sesuatu keputusan. Bila rasa sedih, memang semua benda jadi tak kena, rasa down sangat, rasa macam tak ada guna dah nak hidup dalam dunia ni. Ceh! Kemain. Jadi masa sedih atau kecewa, janganlah kita mengambil apa-apa keputusan kerana masa tu kita dipengaruhi oleh emosi tersebut. Kelak keputusan yang diambil itu mungkin akan memakan diri kita. Kalau dah sedih atau kecewa tu, menangis sajalah puas-puas. Buatlah apa-apa yang dapat tenangkan diri asalkan tak memudaratkan diri. Tapi itulah, bila emosi menguasai memang susah nak kawal diri, cumanya kena selalu ingat Tuhan.

Kesimpulannya di sini, apa-apa pun yang kita buat selalulah memohon perlindungan dariNya. Semoga kita tidak mudah dipengaruhi oleh emosi atau perasaan dan dapat elakkan sesuatu yang tak baik datang kepada diri kita. Akhir kata, semoga kehidupan kita semua di muka bumi ini dipermudahkan dan berbanyaklah berdoa kepadaNya. Ok jumpa lagi di entri seterusnya ya! Sesiapa ada pandangan bolehlah kongsi di ruangan comment. Terima kasih!

Saturday, February 2, 2019

Sinaran UV Alat Elektronik Mempercepat Penuaan Kulit Wajah

Sinaran UV Alat Elektronik Mempercepat Penuaan Kulit Wajah

Assalamualaikum semua.

Bangun pagi dari tidur, celik-celik saja mata terus capai handphone. Nak tidur malam, sebelum tidur mesti godek handphone dulu. Akulah tu. Eh, korang pun sama? Yalah, handphone ni dah macam kewajipan dah. Tak pernah nak lekang dari tangan kan? Kadang-kadang tu tak ada apa sangat pun nak tengok. Asyik scroll Instagram, scroll blog sendiri, scroll FB, scroll Twitter, lagi apa lagi? Macam-macam lah.

Tak sedar rupa-rupanya dah 1 jam kita menghadap handphone. Itu belum lagi menghadap laptop ke, tablet ke, televisyen ke kan? Entah berapa jam pula kita bermesra dengan alat-alat elektronik sebegini. Zaman era baru dan dunia millenium sekarang ini rata-rata memang tidak lari dengan penggunaan gajet-gajet tersebut. Boleh dikatakan setiap hari kita akan menggunakannya. Cuma harus sedikit berwaspada ketika mengendalikannya kerana dikhuatiri akan menyebabkan kesan buruk kepada kita.

Penggunaan alat elektronik dengan kerap ini bukan sahaja dapat mengundang masalah tertentu malahan turut memberi kesan kepada kulit wajah kita dengan mempercepat penuaan dalam jangka waktu panjang. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Journal of the American Academy of Dermatology, menunjukkan bahawa sinaran UV yang dipantulkan menerusi alat-alat elektronik yang sering kita guna setiap hari ini boleh memberi kesan buruk pada wajah kita seperti menimbulkan bintik gelap, pigmentasi, pembentukan warna kulit dan tona kulit yang tidak sekata serta kulit boleh berubah menjadi kusam.

Pengarah Urusan Big Pharma Asia, Corina Lee, berkata,

Sama ada individu berwaspada atau tidak, kulit adalah organ yang sentiasa terdedah kepada sinaran UV tidak kira di kawasan tertutup atau terbuka. Ramai wanita lebih waspada kepada cahaya matahari, namun dalam tidak sedar kecantikan pudar akibat lebih menghabiskan masa dengan penggunaan gajet masing-masing. 
Sinaran UV Alat Elektronik Mempercepat Penuaan Kulit Wajah

Jadi bukan saja sinaran UV dari cahaya matahari yang berbahaya, sinaran UV alat elektronik juga bahaya kepada kita. Bukan di luar rumah saja maksudnya, dalam rumah bermain dengan gajet pun dah boleh menjejaskan kulit wajah kita dan memberi kesan penuaan kepada kita dalam jangka panjang. Oleh itu, sentiasalah balancekan waktu anda bermain dengan gajet-gajet ini ya. Beware semua! Pesanan untuk diri sendiri ini juga.

Friday, February 1, 2019

Belajar Dari Jam Dinding

Assalamualaikum semua.

Belajar Dari Jam Dinding

Dilihat orang atau tidak, ia tetap berdenting.
Dihargai orang atau tidak, ia tetap berputar.
Walau tak seorang pun mengucapkan terima kasih.
Ia tetap bekerja setiap jam, setiap minit bahkan setiap detik.

Teruslah berbuat baik kepada sesama,
meskipun perbuatan baik kita tidak dinilai dan diperhatikan orang lain.

Ibarat jam dinding yang terus menerus bekerja
walaupun tak dilihat namun sentiasa memberi manfaat bagi sekitarnya.


Menarik dan indah kata-kata ini lalu terasa nak kongsikan di sini. Begitulah perihal jam dinding. Buat sesuatu kerja tak perlu mengharapkan ucapan terima kasih itu. Tetaplah lakukan pekerjaan itu sebaik-baiknya dengan ikhlas walaupun seikhlas mana kita itu hanya Tuhan yang tahu. Jangan berkira dengan apa jua kerja yang kita lakukan. Kelak akan ada ganjaran juga buat kita jika kita benar-benar melakukan pekerjaan kita dengan baik. Namun di setiap perbuatan baik yang kita lakukan itu, jangan pula sentiasa mengharapkan apa-apa balasan atau ganjaran semata.

Tetaplah berbuat baik walau dalam apa jua keadaan sekali pun, walaupun hanya Tuhan saja yang mengetahuinya dan tidak dilihat oleh sesiapa pun. Sentiasalah juga menjadi seseorang atau sesuatu yang bermanfaat atau memberi manfaat dan faedah kepada orang lain, dalam erti kata lain; berbuat baik kepada orang lain. Bak kata pepatah, “buat baik berpada-pada, buat jahat janganlah sekali”. Semoga kita semua dapat belajar dari jam dinding. Jadilah seperti jam dinding.

Ingatlah, dalam apa jua yang kita lakukan, semoga kita dapat menjadi manusia yang berguna. Di mana jua kita berada, semoga kita dapat menjadi manusia yang tolong-menolong, bermanfaat kepada orang lain dan sekitar serta disenangi oleh orang lain. Hidup di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan merupakan rumah tumpangan buat seketika, namun di dunia inilah tempat kita berbuat sehabis baik untuk bekalan kita di akhirat kelak. Setiap apa yang kita lakukan, akan dinilai di akhirat kelak; suatu tempat yang kekal abadi. Semoga bekalan yang kita bawa nanti akan menyenangkan kehidupan kita di sana. In shaa Allah.

Belajar Dari Jam Dinding, Jam Dinding, Jam

Thursday, January 31, 2019

7 Kelebihan dan Khasiat Makan Buah Durian


7 Kelebihan dan Khasiat Makan Buah Durian, durian, buah durian, khasiat durian

Ketahui 7 Kelebihan dan Khasiat Makan Buah Durian
  1. Membantu mencegah dari penyakit kanser
  2. Membantu mengawal tekanan darah
  3. Mengurangkan kesan penuaan
  4. Merawat masalah susah untuk tidur
  5. Mengurangkan kolestrol dalam darah
  6. Menguatkan daya ingatan
  7. Mencegah tulang daripada rapuh

Banyaknya kelebihan dan khasiat buah durian.  Sesungguhnya, setiap apa jua benda yang Allah jadikan itu tidaklah ianya sia-sia sahaja. Contohnya macam buah durian ni, banyak kelebihan rupanya. Bukan sahaja buah durian, buah-buah yang lain pun mesti akan ada kelebihan dan khasiatnya. Selama ini kita asyik makan buah durian saja tanpa ambil tahu apa khasiat dan kelebihannya, jadi sekarang dah tahulah sedikit info menarik mengenai buah durian ni ya. Semoga dapatlah tambah sikit ilmu pengetahuan kita tentang buah-buahan tempatan di Malaysia ni.

Kanak-kanak Belajar Dari Apa Yang Mereka Alami

Kanak-kanak Belajar Dari Apa Yang Mereka Alami, Kanak-kanak, Anak-anak, Anak

Assalamualaikum semua.

Kanak-kanak Belajar Dari Apa Yang Mereka Alami

Jika seorang kanak-kanak itu hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.

Jika seorang kanak-kanak itu hidup dalam permusuhan,
mereka akan belajar bergaduh.

Jika seorang kanak-kanak itu hidup dalam keaiban,
mereka akan sentiasa berasa bersalah.

Jika seorang kanak-kanak itu hidup dalam toleransi,
mereka akan belajar menjadi penyabar.

Jika seorang kanak-kanak itu hidup dengan sanjungan,
mereka akan belajar menghargai.

Jika seorang kanak-kanak itu hidup dengan saksama,
mereka akan belajar menjadi adil.

Jika seorang kanak-kanak itu hidup dengan kesejahteraan,
mereka akan hidup menjadi setia.

Jika seorang kanak-kanak itu hidup dengan kebenaran,
mereka akan belajar menghargai diri.

Jika seorang kanak-kanak itu hidup dengan persahabatan,
mereka akan belajar berkasih sayang.


Dalam kehidupan seharian, ibu bapa atau penjaga memainkan peranan yang amat penting dalam medidik dan membentuk sahsiah serta pekerti diri anak-anak mereka. Ibu bapa itu adalah acuan kepada anak-anak mereka. Apa saja yang dilakukan oleh ibu bapa dan dilihat oleh anak-anak, begitulah juga apa yang mereka akan ikut dan tiru. Bak kata pepatah, "bagaimana acuan, begitulah kuihnya". Anak-anak juga diibaratkan bagai kain putih yang masih suci dan bersih, ibu bapalah yang mencorakkannya.

Seorang kanak-kanak itu lazimnya mempelajari sesuatu dengan melihat perbuatan dan mendengar perbualan orang di sekelilingnya. Mereka akan menerimanya bulat-bulat kerana mereka hanyalah anak-anak kecil, setahun jagung, yang sedang mula untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, sebagai ibu bapa dan penjaga atau orang-orang yang dekat dengan anak-anak kecil, tunjuklah sesuatu yang baik dan mulia supaya mereka boleh mengikutinya dan menjadikan contoh yang baik.

Sebaik-baik acuan itu adalah acuan yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. Cara Rasulullah S.A.W. memimpin keluarganya dan mendidik anak-anaknya, jadikanlah contoh yang terbaik. Semoga sunnah baginda dalam kekeluargaan dapat kita hidupkan dalam rumah atau institusi kekeluargaan kita bagi menjamin pembentukan akhlak yang mulia dan berpekerti tinggi. Didiklah anak-anak kecil dengan sebaik-baiknya kerana mereka adalah tunjang kepada ummah kita kelak. In shaa Allah.

Tuesday, January 29, 2019

6 Sebab Berat Badan Susah Nak Turun

6 Sebab Berat Badan Susah Nak Turun

Assalamualaikum semua.

6 Sebab Berat Badan Susah Nak Turun
  1. Terlalu pasif walaupun bersenam
  2. Tidak cukup lemak baik (omega 3)
  3. Tidak pandai kawal stress
  4. Kurang dan lebih karbo setiap hari
  5. Tidak dapat rehat atau tidur yang berkualiti
  6. Diet yang tiada defisit kalori

Terlalu pasif walaupun bersenam: Walaupun kita ada bersenam tapi lepas tu duduk main telefon, laptop dan sebagainya. Jadi lebih banyak pasif dari aktif. Sedentary lifestyle lah sekarang ni kata kan. Betullah tu macam mana nak kurus.

Tidak cukup lemak baik (omega 3): Memang umum mengetahui lemak itu adalah sesuatu yang sangat jahat tapi tak semua yang namanya lemak tu bersifat jahat. Lemak seperti omega 3 dan juga omega 6 merupakan lemak baik yang kita perlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan sel dalam tubuh badan kita. Kalau lemak jahat pula akan meningkatkan lagi kadar lemak dalam darah kita. Jadi kalau tersalah pilih lemak ni pun macam mana nak kurus kan.

Tidak pandai kawal stress: Ini satu hal lagi, kalau stress sangat pun tak boleh juga. Bila stress, kadang-kadang kita rasa asyik nak makan je sebab selera makan meningkat disebabkan hormon yang dikeluarkan ketika stress. Bila stress juga ada enzim yang menghalang pertukaran lemak menjadi tenaga. Macam mana nak kurus tu.

Kurang dan lebih karbo setiap hari: Karbohidrat ni sebenarnya lagi bahaya dari lemak. Sebabnya karbohidrat dihadam lebih pantas oleh tubuh badan kita menyebabkan lebih banyak peningkatan gula dalam darah. Lepas tu kita akan cepat berasa lapar dan rasa nak makan lagi dan lagi. Jadi macam mana kita nak kurus.

Tidak dapat rehat atau tidur yang berkualiti: Kualiti tidur yang baik adalah 6-8 jam sehari. Bila badan kita kurang tidur, hormon kortisol akan dihasilkan di mana akan meningkatkan lagi selera makan kita.  Bila ada selera makan yang melampau, macam mana nak kurus. 

Diet yang tiada defisit kalori: Pengiraan kalori dalam pemakanan adalah salah satu kaedah penting kalau nak diet. Kadang-kadang kita diet tapi tak tahu kalori makanan yang kita makan tu. Kalori defisit terbentuk bila jumlah kalori yang kita makan kurang daripada kalori yang kita guna jadi akan ada penurunan berat badan. Ketahuilah kalori makanan yang kita makan kalau betul-betul nak kurus.

Ok jadi sekarang dah tahulah kenapa berat badan ni susah sangat nak turun sebab semua perkara di atas. Aduhai! Semoga info ini bermanfaat juga untuk semua.