Reunion dengan Ex-housemate @ IOI City Mall

Assalamualaikum semua.

Hujung minggu, hari Ahad semalam ke IOI City Mall, Putrajaya. IOI ni tak jauh pun dari rumah, lebih kurang 30 minit. Antara mall yang dekat jugalah sekitar sini tapi jarang pergi IOI ni sebab kadang-kadang rasa macam crowded. Lagi-lagi tempat makan dia. Lagi pun rasa macam orang dari semua pelosok datang IOI sampai boleh jumpa orang yang jauh-jauh dekat IOI ni kadang-kadang. Haha.

Sebenarnya dua hari lepas, ex-housemate UiTM ajak jumpa disebabkan kami macam tak ada farewell rasmi sejak berpisah lebih kurang setahun lepas. Lepas tu semua macam sibuk uruskan kehidupan masing-masing. Sibuklah sangat! Lol. Sejak dari tahun pertama UiTM kami 10 orang, lepas tu 2 orang keluar tinggallah 8 orang. Lepas tu naik tahun empat kena pindah dari UiTM Sg.Buloh ke UiTM Selayang.

Dari 8 orang housemate tu pecah dua jadi tinggallah 4 orang housemate masa dekat UiTM Selayang tu. Sebab kena kongsi dengan senior. Lepas tu bila senior dah keluar, kami berkongsi pula dengan junior. Jadi yang tinggal 4 orang bersama selama lima tahun di UiTM ni lah yang nak reunion ni. Tak plan sangat pun nak jumpa. 2 orang dari Johor dan memandangkan mereka datang area KL jadi tu yang ajak jumpa. 2 orang lagi, aku dan seorang lagi dari Klang.

Jadi semua nak pergi IOI sebab tak pernah pergi, aku pun walau dekat jarang-jarang pergi sana. Jadi on jelah semua. Nak jumpa berempat, akhirnya tinggal 3 orang je yang available semalam untuk reunion. Seorang lagi ada hal lain pula ikut suaminya, yalah orang dah kahwin kan. Hehe. Ok jadi kami reunionlah 3 orang di IOI. 3 orang pun ok saja.

Sebenarnya ex-housemate ni termasuk aku semuanya adalah anak bongsu. Jadi weolls namakan geng ni #GengBongsu dan ditakdirkan si bongsu semua ni belum dapat intake HO bulan Mei haritu. Jadi ada lagi satu nama weolls cipta iaitu #GengNextIntake. Haha. In shaa Allah, moga-moga rezeki dapat intake HO bulan Julai ni.


Plan jumpa di IOI pukul 11.00 pagi dah ada di sana tapi biasalah time management lari sikit. Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari rasanya baru semua ada. Haha. Memang berjumpa untuk lunch sama-sama dan lepas tu jalan-jalan. Jadi pusing-pusing IOI ni biasalah bila banyak tempat makan tak tahu nak makan dekat mana. Soalan paling susah sekali, nak makan dekat mana? Haha.


Akhirnya kami decide makan di KyoChon. Tempat makan di IOI memang banyak sangat, rambang mata jadinya pilih nak makan dekat mana. Lepas tu, ramai orang tak payah cakap nak nak lagi waktu lunch kan. Jadi memang decide makan di KyoChon je masa tu lepas dah pusing semua kedai. Kami makan menu Sampler di KyoChon dan juga menu SalSal set. Dalam Sampler ada 3 jenis ayam iaitu Soy Garlic, Red Pepper dan Honey. Memandangkan nak cuba rasa semua jadi pilihlah yang ini. Lepas tu tambah SalSal set, jadi dapatlah rasa semua jenis ayamnya.

KyoChon, Sampler KyoChon, Soy Garlic, Honey, Red Pepper, KyoChon menu

Lepas makan di KyoChon, kami memang plan nak cari dessert pula. Dulu aku pernah makan Bingsu di Hanbing IOI ni. Sedaplah juga. Jadi semalam ajaklah diorang makan dekat Hanbing lagi. Disebabkan Bingsu dia portion besar jadi 1 bingsu kami kongsi bertiga. Acah-acah sweet gituuu! Haha. Makan Bingsu Mango. Sedap. Dulu pernah makan Bingsu Strawberry Cheese. Jadi kali ni nak cuba Bingsu Mango pula dengan diorang.

Hanbing, Bingsu Mango, Hanbing Bingsu, IOI City Mall Hanbing

Lepas makan Bingsu semua pun dah full. Haha. Borak-borak, jalan-jalan tak sedar masa tu dah lebih kurang 3 jam jugalah. Jadi semua pun ambil keputusan untuk bersurai memandangkan perjalanan diorang jauh juga. Akhir sekali, macam biasalah, tak sah kalau tak ambil gambar kenangan kan. Lepas ni entah bila lah berjumpa lagi. Jadi sesi ambil gambar ni antara yang paling lama jugalah dengan segala macam posinrg keluar.


Ambil gambar dekat entrance luar tu yang cantik tu memang port orang lepak dekat IOI ni. Masa tu boleh tahanlah panas juga tapi demi gambar semua on. Haha. Oklah jadi itu cerita hujung minggu aku reunion dengan ex-housemate UiTM, si bongsu dan geng next intake. Harap dapat jumpa lagi semua lepas ni. Good luck kerja nanti! Ok that’s all. Bye!

Share:

Tonsilitis | Perlu Antibiotik Atau Pembedahan

Assalamualaikum semua.

Apa itu Tonsil?
Tonsil ialah gumpalan tisu limfoid yang terdapat di dalam rongga mulut dan tekak. Ia merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan kuman (mempunyai sel limfosit).

Jenis-jenis Tonsil?
  • Adenoid - Tonsil di belakang pangkal hidung
  • Lingual Tonsil - Tonsil di pangkal lidah
  • Palatine Tonsil - Tonsil di bahagian tengah mulut, yang selalu diperkatakan dan boleh dilihat 
Kesemua ini dikenali sebagai Lingkaran Waldeyer ( Waldeyer’s Ring)

Tonsilitis Perlu Antibiotik Atau Pembedahan, Tonsilitis, Tonsil, Tonsil Bengkak, Lingkaran Waldeyer, Waldeyer’s ring

Apakah penyebab radang Tonsil atau Tonsilitis?
Secara umumnya, kebanyakan Tonsilitis disebabkan oleh jangkitan virus (Adenovirus, Herpes virus dan sebagainya). Oleh sebab inilah, tidak menjadi rutin pemberian antibiotik jika sakit tekak atau serangan Tonsilitis biasa.

Bilakah antibiotik perlu diberikan?
Jika Tonsilitis disebabkan oleh kuman bakteria (Group A Beta-Haemolytic Streptococcus).
Antara gejala atau simptomnya:
  • Demam > 38°C lebih daripada 3 hari
  • Tonsil bengkak, merah & bernanah
  • Kelenjar limfa di leher membengkak
  • Sakit apabila makan
  • Mulut berbau

Tonsilitis Perlu Antibiotik Atau Pembedahan, Tonsilitis, Tonsil, Tonsil Bengkak

Klasifikasi Tonsilitis?
  • Superficial Tonsilitis - merah pada permukaan Tonsil sahaja
  • Follicular Tonsilits - bintik-bintik kuning pada permukaan Tonsil dan Kripta
  • Parenchymatous Tonsilitis - seluruh Tonsil bernanah
  • Membranous Tonsilitis - lapisan membrane pada Tonsil

Indikasi Perlu Pembedahan Tonsil?

Indikasi Mutlak
  • Tonsilitis berulang > 7 kali dalam setahun atau > 5 kali dalam 2 tahun
  • Peritonsilar bernanah > 1 kali
  • Sekatan pada saluran pernafasan & proses menelan
  • Tonsil bengkak sebelah sahaja
  • Sawan panas disebabkan Tonsilitis
Indikasi Relatif 
  • Pembawa kuman "Difteria" - tidak sembuh dengan antibiotik
  • Demam Rheumatic dan Sindrom Nefrotik Akut
  • Nafas berbau disebabkan nanah Tonsil (Halitosis)
  • Sebahagian daripada pembedahan lain, palatofaringoplasty
  • "Eagle syndrome" - pemanjangan tulang styloid

Tonsilitis, Tonsil, Tonsil Bengkak, Bacterial Tonsilitis, Viral Tonsilitis

Kesimpulannya di sini, tidak semua jangkitan Tonsil memerlukan antibiotik dan tidak semua Tonsil yang bengkak perlu dibedah. Jikalau Tonsilitis disebabkan oleh virus memang tidak memerlukan antibiotik kerana antibiotik hanya untuk bakteria. Jadi perlu diingat, jangan marah-marah dekat doktor kalau mereka tak beri antibiotik nanti.

Apa-apa pun, harus dilihat pada setiap simptom serta indikasinya. Jangan lupa rujuk kepada doktor pakar jika anda ada masalah Tonsilitis yang serius, dalam hal ini, rujuk pada doktor pakar ENT (Ear, Nose & Throat).

Ada pengalaman melakukan pembedahan Tonsil atau kerap kali kena Tonsilitis? Kongsilah di ruangan comment ya! Ok jumpa lagi di entri seterusnya. Bye!

Credits: Twitter Dr. Mohd Shaiful Nizam, Pakar ENT


Share:

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Assalamualaikum semua.

Pernahkah anda semua mengalami gangguan seksual di tempat kerja? Gangguan seksual didefinisikan sebagai satu perbuatan yang berbau seksual yang bukan berlandaskan sukarela mangsa kepada golongan yang dominan di tempat kerja (Ishak Md Shah & Lai Lee Ching).

Segala bentuk pertuturan, tingkah laku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual di tempat kerja juga adalah gangguan seksual. Perlakuan-perlakuan ini termasuklah sentuhan tubuh badan yang tidak diingini, paksaan mengadakan ‘dating’ serta pujuk rayu supaya melakukan hubungan seks di tempat kerja (Zaiton 1990).

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, gangguan seksual

Gangguan seksual merupakan suatu tragedi atau pengalaman buruk bagi seorang wanita. Kesan atau impak daripada kejadian gangguan seksual ini boleh menyebabkan seseorang wanita itu berada dalam keadaan tertekan, kemurungan dan boleh menyebabkan timbul rasa untuk bunuh diri jika tidak dibantu serta diberi sokongan emosi yang positif kepada mangsa.

Tingkah laku gangguan seksual termasuk:
  1. Lisan - melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan dan bunyi yang bersifat seksual
  2. Bahasa Isyarat - isyarat tangan atau isyarat yang melambangkan perlakuan seks
  3. Visual - menunjuk bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual serta mendedahkan tubuh berpakaian seksi

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, gangguan seksual

Kesan atau impak kepada mangsa gangguan seksual:
  • Tak selesa bekerja
  • Ponteng kerja
  • Meletak jawatan atau berhenti kerja
  • Kemurungan
  • Bunuh diri

Langkah-langkah yang perlu diambil jika menjadi mangsa gangguan seksual:
  1. Percaya gangguan seksual telah berlaku tetapi tidak pasti tindakan yang perlu diambil atau tidak pasti sama ada gangguan seksual telah berlaku
  2. Hubungi kaunselor atau agensi berkaitan
  3. Dapatkan maklumat dan khidmat nasihat berhubung gangguan seksual
  4. Selesaikan kes secara bersemuka dan nyatakan kepada pegawai yang disyaki supaya menghentikan gangguan seksual
  5. Minta bantuan kaunselor atau bawa kaunselor berjumpa dengan pegawai yang disyaki

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, gangguan seksual

Sebagai seorang wanita, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga maruah dan kehormatan diri. Jangan takut untuk melawan. Minta bantuan secepat mungkin di medium yang betul jika anda menjadi mangsa gangguan seksual tidak kiralah di tempat kerja, di sekolah atau di mana-mana sahaja. Hal sebegini seharusnya tidak berlaku jika semua berfikiran rasional. Semoga kita semua terhindar dari perkara sebegini sama ada menjadi mangsa atau pemangsa.

Menjadi mangsa gangguan seksual sememangnya akan memberi impak yang buruk kepada diri serta akan menjejaskan kesihatan mental seseorang itu. Adakah anda salah seorang dari mangsa gangguan seksual? Atau ada rakan-rakan yang pernah mengalami hal ini? Kongsikan pengalaman atau pendapat anda di ruangan komen ya! Jumpa lagi di entri seterusnya. Bye!

Credits: myHealth

Share:

Resepi Telur Bungkus

Assalamualaikum semua.

Masak apa tu? Kadang-kadang kita ni dah habis idea nak masak apa tiap hari kan. Masak makan tengah hari, makan malam lagi. Tapi kalau jenis yang menggulai tu, lauk tengah hari boleh bawa sampai ke malam. Panaskan je kan. Memang tabik spring dekat mak-mak kita yang sediakan makanan untuk ahli keluarga, ada je idea nak masak apa.

Kali ni, terfikir nak kongsikan resepi nak masak telur bungkus. Resepi ni sesuailah untuk orang bujang yang tinggal seorang diri ke atau pelajar-pelajar universiti ke yang nak masak ringkas-ringkas je, terkejar-kejar nak pergi kelas kan. Jadi apa lagi, kalau ada bahan-bahan telur bungkus ni senang je goreng-goreng dah siap.

Lagi satu, untuk makan hidangan ahli keluarga yang ramai pun sesuai juga. Kalau mak-mak dah tak ada idea nak masak apa, boleh cuba masak telur bungkus pulak. Sekali sekala tukar selera kan apa salahnya. Asyik masak menu-menu yang complicated je kan, cubalah masak telur bungkus ni pulak. Menu senang je ni. Nanti boleh siap dihidang panas-panas.

Lepas tu sesiapa yang teringin ke nak makan telur bungkus atau memang favourite dia telur bungkus ni kan, tapi selalu order dekat kedai tomyam seafood je. Alih-alih raya ni kedai tomyam seafood semua tutup sampai 2,3 minggu sebab balik raya Kelate kan. Jadi inilah masa korang masak sendiri telur bungkus ni. Nanti dah power tak payah dah susah-susah order dekat kedai. Jimat duit juga kan. Haa gituuu!

Resepi Telur Bungkus, telur bungkus

Resepi Telur Bungkus

Bahan-bahan:
2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
1/2 biji bawang Holland dicincang halus
1 biji tomato dibuang biji dan dipotong dadu kecil
1/2 batang daun saderi dipotong dadu kecil
1/2 paket sayur campur (lobak merah, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
Secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga sedikit layu
  2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
  3. Masukkan hirisan tomato, batang daun saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi
  5. Taburkan secubit garam jika perlu
  6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar
  7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
  8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
  9. Letakkan inti yang telah siap tadi ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
  10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah diterbalikkan ke dalam pinggan

Resepi Telur Bungkus, telur bungkus

Bahan-bahan tu, kalau nak ditambah yang lain ikutlah cita rasa sendiri. Haa macam mana, rasa berselera nak makan tak? Masak telur bungkus ni makan dengan nasi putih panas-panas pun sodappp. Menjadi juga. Ok senang je kan cara memasaknya. Bahan-bahan pun kebanyakannya memang dah ada dalam peti sejuk. Jadi tunggu apa lagi. Jomlah masak telur bungkus. Hihi. Oklah jumpa lagi di entri seterusnya. Bye!

Credits: FB Pesan Bonda



Share:

Caramel Macchiato & Watermelon Lychee Aloe Frappucino @ Starbucks

Assalamualaikum semua.

Salam 7 Syawal. Apa cerita raya korang? Kuih raya masih ada lagi? Cerita raya ni, makanan tak lari dari nasi impit, rendang, lemang, kuah kacang, masak lodeh dan sebagainya. Itu semua memang makanan raya wajib ada tu kan. Hehe. Memang seronok makan-makan ni, berat badan pun seronoklah dia naik. Hihi.

Sekarang sekolah dah mula balik, habis dah cuti, mesti akan kuranglah sikit mood nak beraya tu kan. Tunggulah hujung minggu nanti bolehlah korang sambung beraya balik ya. Bila beraya ni tiap hari makan makanan raya, kadang-kadang nak juga cari benda lain untuk dimakan.

Penat dah nak makan rendang semua tu jadi kita jalan-jalan cari makan di kedai-kedai makan pulaklah kan. Semalam saja jalan-jalan, lepastu singgahlah makan. Lepas makan tetiba teringin nak minum air Starbucks. Jadi kita ikutkan jelah. Lagi pun jarang-jarang nak beli di Starbucks ni. Hehe.

Jadi semalam singgah Drive-Thru di Starbucks Mesamall, Nilai. Rupanya ada 2 perisa baru. Belilah 2 air Starbucks semalam. Harga dedua dalam lebih kurang RM30++. Tak sure sangat sebab orang yang belanja. Hihi.

Caramel Macchiato Frappucino, Watermelon Lychee Aloe Frappucino, Starbucks, Starbucks Malaysia, Starbucks Mesamall Nilai, Starbucks Drive Thru

Caramel Macchiato Frappucino
Watermelon Lychee Aloe Frappucino

Jadi yang perisa baru tu yang warna merah hijau tu. Watermelon Lychee Aloe Frappucino. Rasa dia tak tahu nak describe macam mana tapi memang sedap. Recommended! Korang nak tahu korang cubalah beli ya yang perisa baru ni. Yalah tekak kita kan tak sama dengan semua orang kan. Tapi kalau aku, aku sukalah perisa yang ni.

Ada juga satu lagi flavour baru. Dark Caramel Coffee Sphere Frappucino. Yang ni belum cuba lagi tapi nampak macam sedap juga. Next time, bolehlah cuba yang ni plak. Ok korang yang suka beli di Starbucks, boleh tak recommend sikit air perisa apa yang best ya? Nanti bila-bila bolehlah cuba beli. Hehe. Ok jumpa lagi di lain entri! Bye.

Starbucks Mesamall Nilai, Starbucks Drive Thru, Starbucks Malaysia, Starbucks


Share:

Resepi Nasi Hujan Panas

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak share resepi Nasi Hujan Panas. Mana tahu ada yang nak buat 'open house' raya-raya ni kan, bolehlah tambah satu lagi menu. Jom tengok resepinya di bawah.

Resepi Nasi Hujan Panas, Nasi Hujan Panas, Menu Raya, Menu Open House

Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Kahwin

3 cawan beras Basmathi-rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa

Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan disimpul

Bahan ini digoreng tanpa minyak, boleh juga jika ingin dibakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia

Cara memasak
  1. Panaskan minyak sapi dan butter
  2. Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
  4. Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
  5. Kacau rata
  6. Masukkan nasi
  7. Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
  8. Gaul rata
  9. Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
  10. Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
  11. Masukkan sedikit pewarna di dalam setiap lubang
  12. Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
  13. Kemudian gemburkan nasi rata
  14. Sedia dihidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai

Resepi Nasi Hujan Panas, Nasi Hujan Panas, Menu Raya, Menu Open House

Sesuaikanlah sukatannya mengikut jumlah tetamu yang datang ya. Ok semua boleh cuba masak Nasi Hujan Panas nanti. Selamat mencuba!

Credits: Ig resipikampung, blog Umi's Cup Cake



Share:

Salam Aidilfitri 2019 | Maaf Zahir & Batin


Assalamualaikum semua.

Di kesempatan ini, pemilik blog YEASLMN ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Andai sepanjang menulis di blog ini, ada terkasar bahasa, terkecilkan hati sesiapa yang membaca coretan entri di blog ini. Harap sudi memaafkan di hari yang baik bulan yang baik ini ya!

Raya raya juga, jaga keselamatan dan kesihatan diri jangan lupa! Main mercun berpada-pada. Main bunga api lagi bagus. Tak main langsung pun ok. Apa-apa pun semoga pandai jaga diri. Ingat adab-adab ketika beraya. Jangan kecilkan hati tuan rumah. Jangan datang beraya semata-mata nak duit raya. Sesedap mana pun kuih tuan rumah, janganlah habiskan satu balang.

Ingat! Soalan-soalan sensitif jangan ditanya. Takut ada yang bermasam muka pula di hari raya ni. Lagi satu, datang rumah orang jagalah mata kita, jangan melilau atas bawah tak tentu pasal. Hehe. Akhir kata, Salam Aidilfitri sekali lagi serta Maaf Zahir & Batin!





Share:

Suasana Beli Daging Mantai di Pekan Rabu, Beranang

Assalamualaikum semua.

Walaupun Beranang tu daerah Selangor, tapi dia sempadan dengan Negeri Sembilan. Jadi ada juga jual2 daging untuk Hari Mantai di sini. Setiap tahun memang ke sini je kalau nak beli daging untuk buat rendang. Suasana di Pekan Rabu, Beranang ni bila time jual daging Mantai ni memang meriah. Berkilo-kilo daging ada. Kalau pasar paginya di sini pun tidak kurang meriahnya.

Dulu masa Mantai nak puasa pun beli daging di sini juga. Disebabkan duduk di daerah Mantin, dekatlah dengan Beranang ni. Harini dah mula Mantai Perdana Negeri Sembilan kebanyakannya di daerah Seremban, Kuala Pilah. Kalau dekat sini,  paling dekat Mantai Perdana di Nilai 3. Jarang pergi beli daging Mantai Perdana sebab kena beratur panjang ramai orang tapi harga lebih murah.

Tadi tengok ada juga Mantai Perdana yang akan diadakan di Pekan Rabu, Beranang tapi tak pasti plak bila. Dah siap khemah-khemah, kerusi di seberang jalannya. Ramai yang menjual masa Mantai ni. Jadi ikutlah rezeki penjual, masing-masing ada rezekinya kan.

Sambil-sambil teman tadi sempatlah ambil beberapa keping gambar suasana orang ramai yang datang beli daging Mantai di Pekan Rabu, Beranang. Tadi beli 5kg daging je untuk buat rendang dan masak-masak Mantai nanti dan seterusnya untuk Hari Raya nanti. Hehe. Oklah. Jom tengok gambar-gambar di Pekan Rabu, Beranang tadi. Jumpa lagi di entri seterusnya. Bye!









Share:

Menu Berbuka Puasa #3

Assalamualaikum semua.

27 Ramadhan. Apa menu berbuka puasa hari ni? Lama dah tak update entri menu berbuka kan. Dah tinggal berapa hari saja lagi Ramadhan ni, jadi rasa nak update menu lah hari ni. Mungkin entri menu berbuka puasa yang terakhir ni. Lepas ni takut malas nak update lagi menunya. Hehe. Cepat betul masa berlalu. Tahun ni catat sejarah, 2 hari saja pergi bazar. Malas betul nak ke bazar. Haha. Sebelum-sebelum ni memang rajin juga ke bazar, takdalah 2 hari je macam tahun ni.

Merasa jugalah kemeriahan bazar tu. Hehe. Ada juga beberapa hari buka di luar. Hari ni plak birthday kakak. Jadi alang-alang dia dah cuti terus untuk raya dan dah balik rumah ni, meriahlah harini dekat rumah. Ada lah masak-masak sikit ambil berkat birthday nya harini. Tapi tak ada kek pun. Haha. Macam biasalah hujung minggu ni memang seronok kalau dekat rumah ni sebab ramai balik, nak buka puasa pun meriah jadinya bila ramai.

Menu berbuka puasa 27 Ramadhan:
-Spagetti Meatball Bolognese
-Sayur Campur
-Ayam Goreng Butter
-Egg Salad
-Buah-buahan




Alhamdulillah. Murah rezeki Ramadhan ni. Hari ni plak buat air koktail dengan air sirap limau. Hehe. Korang berbuka apa tadi? Dah nak akhir-akhir Ramadhan ni, sahur pun ke laut dah. Huhu. Ok. Itu sajalah nak cerita. Jumpa lagi di lain entri. Bye!

Share:

Checklist Sebelum Pulang Ke Kampung Atau Perjalanan Jauh Di Hari Raya

Assalamualaikum semua.

Tak lama lagi dah nak tiba hari Raya. Sekarang mesti dah ramai yang dalam perjalanan ke kampung halaman masing-masing kan. Mana yang dah mula cuti tu, dah siap-siap nak balik ke kampung halaman atau dah sampai dah pun di kampung halaman. Dah pastikan semua benda sebelum korang balik kampung tu ke? Mana tahu kalau ada yang tertinggal ke. Terpaksa plak patah balik ke rumah. Kan dah membazir masa dan tenaga.

Jadi korang kena pastikan semua benda sebelum balik kampung tu ya. Kalau nak senang dan memudahkan diri dan keluarga, buatlah satu checklist tulis satu persatu apa yang kena buat sebelum balik kampung tu, apa nak kena bawak dan sebagainya. Bagi yang belum lagi balik ke kampung halaman tu atau bakal menghadapi perjalanan yang jauh di hari raya, make sure korang dah ada checklist ya!

Mana yang tak cuti lagi tu dan masih berhuhuhu mengira hari, waktu dan ketika untuk balik ke kampung halaman di hari raya, jomlah tengok checklist di bawah ni sebagai panduan ya! Mana tahu boleh tolong korang nanti in case dah kelam kabut nak buat apa, nak bawak apa sampai tak tahu, blank semua, tahu2 tak sempat nak balik raya pun sebab duk fikir nak bawak apa lagi balik beraya. Ehh, ada ke yang macam tu! Haha. Jadi, janganlah kelam kabut sangat ya.

Checklist Sebelum Pulang Ke Kampung Atau Perjalanan Jauh Di Hari Raya, Checklist Raya

Jadi korang sebelum balik kampung boleh ikut checklist ini sebagai panduan:
  • Cabut semua suis plug di dinding kecuali fridge
  • Buang sampah
  • Jangan biar baju tersidai diluar
  • Double triple check suis plug kipas & lampu
  • Kosongkan sinki, mop lantai, kemas dulu rumah apa yang patut
  • Bawak toiletteries
  • Semat butang baju Melayu
  • Pin brooch di beg
  • Samping
  • Baju raya
  • Charger handphone
  • Duit & sampul raya
  • Jangan lupa servis kereta
  • Sebelum keluar baca al-Fatihah, ayat Kursi dan sebagainya
  • Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah
  • Niat nak buat solat Jamak Qasar untuk perjalanan yang jauh
  • Jangan kelam kabut dan marah-marah, jangan over happy
  • Berlapang dada dan solat atau baca doa musafir
  • Jangan lupa kunci pintu dan gate
  • Tinggalkan rumah dengan tawakkal Allah menjaganya
  • Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jangan tertinggal isteri, suami atau anak-anak
  • Topup siap-siap Touch n Go, tak ada lagi tambah nilai lanes
  • Pandu kereta dengan selamat dan berhemah, jangan memandu ketika mengantuk
  • Sentiasa kira cukup bilangan anak, terutamanya jika berhenti di RnR, takut tertinggal
Checklist ni sebagai panduan je untuk bagi idea dekat korang nak buat apa sebelum balik kampung beraya. Mungkin ada lagi yang korang kena tambah dalam checklist ni. Paling penting, utamakan keselamatan diri dan keluarga ya! Selamat pulang ke kampung dengan selamat semua! Jangan stress-stress kalau kena tempuh jammed tu ya! Hehe. Ok bye!

Credits: FB Cuti Kat Mana

Share:

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum semua.

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah

Salah satunya mungkin biskut raya kegemaran korang dan wajib ada time raya. Jom tengok resepinya dan bolehlah try buat sekali!

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Biskut Nestum, Resepi Biskut Nestum

Biskut Nestum

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Red Pearl Cookies, Resepi Red Pearl Cookies

Red Pearl Cookies

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Jejari Oat, Resepi Jejari Oat, Resepi Biskut Oat, Biskut Oat

Jejari Oat

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Almond London, Resepi Almond London, Kuih Almond London

Almond London 

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Biskut Semperit, Kuih Semperit, Semperit, Semperit Susu, Resepi Semperit Susu, Resepi Kuih Semperit, Resepi Biskut Semperit

Semperit Susu 

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Biskut Cheese, Resepi Biskut Cheese

Biskut Cheese 

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Kuih Bangkit, Bangkit Susu, Resepi Kuih Bangkit, Resepi Kuih Bangkit Susu

Bangkit Susu 

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Biskut Coklat Urai, Biskut Coklat, Resepi Biskut Coklat, Resepi Biskut Coklat Urai

Biskut Coklat Urai 

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Kuih Sarang Semut, Resepi Kuih Sarang Semut

Sarang Semut

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Florentine Cookies, Biskut Florentine, Kuih Florentine, Resepi Biskut Florentine, Resepi Kuih Florentine

Florentine Cookies

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Florentine Cookies, Biskut Florentine, Popia Nestum, Kuih Popia Nestum, Resepi Popia Nestum

Popia Nestum 

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Kuih Nutella, Nutella Pod, Biskut Nutella, Resepi Biskut Nutella, Resepi Nutella Pod

Nutella Pod

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Biskut Suji, Resepi Biskut Suji

Biskut Suji 

Credits: Applescarf



Share:

Berharap dan Bersangka Baik

Assalamualaikum semua.

Perkara yang sangat penting bagi seseorang mukmin ialah bersangka baik kepada Allah. Bila sudah hampir dengan kematian, dia hendaklah mengharap keampunan dariNya atas segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan. Semoga Allah menerima taubat kita dan menyempurnakan nikmatNya.

Tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berharap dan bersangka baik pada Allah. Itu merupakan satu rahmat Allah pada hambaNya. Bagi membuat sebuah harapan itu mendatangkan hasil, kita juga perlu menunaikan syarat serta rukunnya. Orang yang berharap perlu bertaubat dengan bersungguh-sungguh.

Rendahkan diri kita di hadapan Allah dan menghadapNya dengan hati serta melaksanakan kewajipan sebagai Muslim. Begitu besar harapan kita semoga Allah menutup kehidupan kita ini dengan kebaikan (husnul khotimah).

Berharap dan bersangka baik kepada Allah, husnul khotimah, muslim, mukmin, Islam

Ibarat seperti kita yang sedang takut kapal yang dinaiki itu tenggelam, maka kita akan melakukan pembaikan terhadap apa jua yang dapat membinasakan kapal itu dan memohon bantuan pada orang yang dapat menolong, mengharapkan supaya selamat daripada ancaman laut atau kebinasaannya. Maka dalam keadaan seperti itulah kita bersikap ikhlas dan menyerahkan diri kita kepada Allah.

Yahya bin Mu’az berkata,
“Hal yang dapat memperdayakan diriku adalah tarik menarik dalam perbuatan dosa lalu bermohon ampun tanpa penyesalan dan cuba mendekatkan diri kepada Allah dengan cara tidak taat padaNya. Umpama menunggu tumbuhnya pohon di syurga dengan biji benih neraka.”

Firman Allah yang bermaksud,“Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Az-Zumar:53)

Ibnu Jabir bin Abdullah melaporkan dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda ketika 3 hari sebelum wafatnya, baginda bersabda,
“Janganlah kamu mati kecuali dengan bersangka baik pada Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

Sesungguhnya semasa kita dalam keadaan sihat hendaklah bertakwa pada Allah dengan mengharap rahmatNya. Dengan itu, kita akan hidup antara takut dan berharap agar tidak putus asa dari rahmat Allah dan tidak leka dengan tipu daya. Semasa dalam keadaan sakit pula, maka kita akan mendapat kebaikan tetapi wajib untuk kita bersangka baik pada Allah dan mengukuhkan harapan padaNya. Sesungguhnya rahmat Allah itu luas.

Berharap dan bersangka baiklah kepada Allah. Kita hanyalah pendosa tanpa noktah. Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Share:

Ramadhan Usah Pergi

Ramadhan, Ramadan, Ramadhan Usah Pergi, Ramadan Usah Pergi, Maher Zain

Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku

Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan

Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu
Sepanjang hidupku
Oh Ramadan

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan

Ku mohon usah pergi


Share:

DubuYo @ Seremban Prima

Assalamualaikum semua.

Salam Jumaat. Salam 19 Ramadhan. Bulan mulia ini berbaki lebih kurang 10 hari lagi. Tak lama lagi akan melabuhkan tirainya. Syawal pula bakal menjelma. Di samping persiapan untuk datangnya Syawal, jangan dilupakan hari yang cukup istimewa di malam-malam terakhir bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dariNya dan diizinkan memperoleh malam LailatulQadar. In shaa Allah.

Persiapan raya biasa-biasa sahaja. Seperti tahun-tahun dulu, ala kadar.  Semalam sempat teman kawan cari baju raya di Seremban Prima jadi terus berbuka puasa di Seremban Prima juga. Kami berbuka di DubuYo. Korean Food. Tiba-tiba teringin nak makan di DubuYo. Sambil menunggu waktu berbuka, sempatlah dia capai 1,2 baju lepastu terus pergi DubuYo untuk berbuka. Kami dah booking awal sebab takut ramai orang pula nanti.

Order 2 set Honey Garlic Bulgogi. 1 set beef dan 1 lagi set chicken. 1 air peach tea dan 1 lagi air roasted barley tea. Overall, lebih kurang RM50 ++. First time cuba set yang ini. Sedap juga. Selalu kalau pergi DubuYo makan set Soondubu Jjigae je. Jadi harini teringin nak cuba yang ini sebab nampak macam sedap. Oklah sedap juga. Di DubuYo ada promosi All-Day sets di mana ada meal untuk 2 pax dan 3/4 pax. Dalam set untuk 2 pax tu tengok ada juga Honey Garlic Bulgogi ni, lagi 1 set Soondubu Jjigae. Dapat 2 air roasted barley tea dalam set tu. Harga lebih kurang je dalam RM50++.

DubuYo, Urban Korean Food, Korean Food, Honey Garlic Bulgogi

Set Honey Garlic Bulgogi (1 beef;1 chicken)
Harga: RM20++ each
Rating: 8/10

Disebabkan aku tak suka air barley dan masing-masing nak makan set Honey Garlic Bulgogi, tak jadilah nak ambil All-Day set tu. Bila kira-kira, ehh lebih kurang je harganya. Jadi ok jugalah. Nasib baiklah habis tadi makan set ni siap refill Banchan sekali. Hehe. Ada juga menu baru di DubuYo yang diberi nama Chikin Pabkon Toppokki, di mana ianya adalah popcorn ayam bersama cheese, toppokki dan DubuYo spicy sauce. Oklah next boleh try yang ini pulak.

Jarang-jarang pergi Seremban Prima ni. Dekat sini takdalah meriah dan ramai orang. Kalau Seremban, meriahnya di Aeon Mall Seremban 2 dan mungkin sekarang di Palm Mall. Dulu Seremban Prima ni namanya Seremban Parade. Zaman sekolah dulu pergi sini untuk main bowling je sebab macam kosong. Tapi sekarang nampak macam oklah. Parkson dengan kedai makanlah yang hidupnya sini.

Dekat Seremban Prima ni pun dah mula Sale untuk raya dan hias untuk kedatangan Syawal. Jadi semalam sempatlah juga jalan-jalan dan ambil beberapa keping gambar di sekitar Seremban Prima ni perhiasan yang mereka lakukan untuk menyambut Syawal. Selalu kalau di Shopping Mall kan mesti ada macam ni kalau nak dekat perayaan. Jadi dekat sini pun ada. Hehe.



Oklah. Nampaknya bulan Ramadhan ni blog penuh dengan entri makanan je. Otak ni tak ada idea nak menulis dan mengarang entri berkenaan niche2 yang lain. Kalau tak pasal makanan, entri wordless wednesday jelah. Haha. Maaf ya. Idea kurengg pulak nak mengarang panjang2. Jumpa lagi di next entri. Bye!

Share: