Old Malaya Kopitiam & Japanese Muslim Food @ Nilai

Assalamualaikum semua.

Salam Jumaat! Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat je semua ya. Dengar cerita, ramai betul yang dah tua sebelum masanya. Demam FaceApp melanda ya. Setakat ini, aku masih tak tua lagi. Forever young uolls! Ehh. Hahaha. Oklah harini ada berita gembira. Alhamdulillah sempena hari Jumaat yang mulia ni dapat perkhabaran gembira. Hehe. Siapa follow Instagram @_yeaslmn, tahulah apa berita gembiranya tu. Hehe.

Oklah. Lepas tu harini teman kawan nak makan sushi. Kami ni beginner nak makan sushi atau Japanese Food ni. Jarang makan sushi. Ada lah 2,3 kali makan dekat Sushi King. Tak semua sushi boleh makan. Kena pilih-pilihlah jugak yang mana. Yang raw2 tu memang tak bolehlah. Haha. Sushi yang macam tuna, telur, ayam semua tu bolehlah. Salmon tu macam tak boleh masuk. Hihi.

Kami makan sushi di Old Malaya Kopitiam & Japanese Muslim Food yang terletak di Bandar Baru Nilai. Dekat dengan Exit Tol Nilai, depan Nilai Square tu. Sederet dengannya ada Texas Chicken, Tealive, A&W. Kalau di Nilai ni memang area sinilah banyak kedai makan. Kedai ni ada 2 bahagian. 1 bahagian Old Malaya Kopitiam, 1 lagi bahagian Japanese Muslim Food. Jadi sebab tadi nak makan sushi jadi kami duduk di bahagian Japanese Food. Tapi kalau nak order menu yang Old Malaya Kopitiam pun boleh juga.

Old Malaya Kopitiam & Japanese Muslim Food @ Nilai













Inilah antara menu yang ada di sini. Pendek kata, banyak menu boleh pilih. Kalau terasa nak makan sushi, western dan goreng2 bolehlah datang ke kedai makan ni ya kalau berada di area Nilai. Harga makanannya juga berpatutan. 

Suasana kedai makannya pun besar dan selesa. Servisnya pun baik juga. Kalau datang dalam jumlah yang besar dan ramai, boleh contact kedai ni dulu untuk reserve. Ada 1 bahagian seat untuk yang reserve sahaja. Nak buat apa2 gathering atau event pun boleh di sini. Ok jomlah tengok kitorang makan apa tadi di sini. Layan. Hehe.

 Appetizer
Gyoza (5 pcs Chicken Dumpling)
Harga: RM9.90
Sedap. Secukup rasa. Rasa tak cukup 5 ni masa makan tadi. Hehe.

Gunkan
Tuna Mayo (2 pcs)
Harga: RM4.55
Rasa tunalah. Hihi. Boleh masuk dengan tekak. Saiz dia besar ok.

Makimano
Futo Maki (4 pcs Tradition Roll)
Harga: RM6.90
Ok-ok je rasanya yang ini. Saiznya pun besar jugak yang ni.


Sebelum sushi sampai, dumpling tu dah tinggal 3 oi! Haha.
Sedap sangat nanti boleh repeat makan dekat kedai ni.

Ok. Jadi itu jelah yang sempat dihadam dalam perut harini. Next time, boleh lagi makan benda lain pulak dekat kedai ni. Hehe. Dulu dah pernah try makan nasi ayam dengan nasi goreng kambing dekat sini. Memang terbaik. Overall, memang puas hati. Oklah semua, jumpa lagi di entri seterusnya ya. Bye!

Untuk maklumat lanjut:

Old Malaya Kopitiam & Japanese Muslim Food (8.00 am - 12.00 am)

Alamat: 
PT 9946, BBN 1/3L, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Facebook:
Old Malaya Kopitiam & Japanese Muslim Food

Instagram:
@omknilai

Share:

Char Kway Teow & Mee Kicap Ipoh @ Mahaz Noodles House, Semenyih

Assalamualaikum semua.

Balik dari Utara haritu masih teringin rasanya nak makan makanan Utara. Jadi semalam meneruskan lagi sesi JJCM walaupun bukan lagi di Utara. Haha. Jalan-jalan cari laksa, haritu tak sempat nak pekena laksa Utara oi! Jadi laksanya dah dapat dah. Bawa balik tapau semalam makan di rumah.

Lepas tu pergi 1 kedai makan ni pulak, area Semenyih berdekatan dengan Tesco Semenyih. Macam best je kedainya jadi try lah makan di sana semalam sambil pekena teh tarik pulak petang-petang tu. Hehe. Nama kedai tu Mahaz Noodles House jadi memang kepakarannya bab-bab menu mee ni. Dalam menu ada juga nasi goreng dan sebagainya tapi rasanya mereka lebih kepada menu mee.


Char Kway Teow Special
Harga: RM7
Ada 3 ekor udang, kerang, telur mata kerbau.
Boleh tahan sedap.


Mee Kicap Ipoh
Harga: RM5
Mee Kicap + Sambal + Telur Mata Kerbau + Sup Fishball
Pedas masin rasanya ok ok jelah.




Itu antara menu mee2 yg ada di kedai Mahaz Noodles House ni selain menu goreng-goreng yg lain. Mereka juga menyediakan perkhidmatan untuk kenduri kahwin, katering serta jamuan. Apa-apa tempahan bolehlah hubungi nombor telefon yg tertera di atas tu ya. Tarikan kedai ni selain ada menu mee2 selera utara mereka juga ada Live Band atau Buskers setiap malam hujung minggu depan kedai mereka.

Jadi orang ramai boleh datang makan sambil santai-santai dengar lagu yg dimainkan oleh Live Band atau Buskers ni. Selain itu, ada juga gerai kepak ayam madu Rastaman namanya, ada banner Bob Marley. Siapa yg makan di kedai Mahaz Noodles House ni juga boleh order kepak ayam madu nanti abg Rastaman tu akan hantar terus di meja. Haa jadi itulah yg menariknya di sini.

Sesiapa yg rasa nak makan makanan Utara bolehlah ke sini kalau rasa jauh dan tak boleh nak pergi Utara tu. Hehe. Kepak ayam madu tu pun sedap oi! Yang berdekatan area Semenyih ni jomlah pi makan kedai ni ya. Jangan lupa datang hujung minggu untuk dengar persembahan Live Band atau Buskers tu santai-santai dengan keluarga. Hehe.

Overall, kedai ni santai-santai jelah. Servis pun ok je not bad. Korang cubalah ya makan dekat sini dan rasa sendiri makanannya. Hehe. Ok jumpa lagi dalam entri seterusnya. Bye! 


Share:

Menu: Serawa Durian

Assalamualaikum semua.

Sekarang tengah musim durian. Dekat area Mantin ni memang gudang durian. Terkenal dengan tempat jual durian. Ada 1 kedai yg famous sangat dekat sini namanya Durian Mantin Gemuk, Durian Gemuk Mantin atau Mantin Gemuk Durian. Mana-mana panggilan pun bolehlah janji ada 3 perkataan tu. Haha. Dengar cerita, orang dari jauh pun ramai turun sini nak beli dan borong durian. Murah jugalah sini.

Banyak kali juga beli durian dekat sini, memang kalau nak makan durian beli sini je. 5 minit dari rumah kalau tak jammed. Memang selalu jammed sini hanya sebab orang berhenti beli durian dekat situ. Haha. Kadang-kadang jammed sebab ramai pulak orang tengok durian dari dalam kereta je. Adoi!

Hari ni beli durian juga dekat situ tadi sebab teringin pulak nak buat serawa durian. Sebelum ni semua makan durian macam tu je tak terfikir pula nak buat serawa ke pengat ke. Dekat rumah ni memang semua gila durian jadi boleh makan banyak ulas macam tu je. Haha.

Durian Mantin Gemuk, Mantin Gemuk Durian, Durian Gemuk Mantin, Mantin Durian Gemuk

Durian Mantin Gemuk, Mantin Gemuk Durian, Durian Gemuk Mantin, Mantin Durian Gemuk

Yang ni haritu beli durian Musang King, RM20 sekilo yang kecik comel lote je beli. Jadilah nak merasa durian Musang King yang top ni. Fuh memang terbaik! Sedap sangat oi. Makan 1 ulas pun dah terasa kenikmatannya. Gebu amat! Geram betul tengok durian Musang King. Haha.

Harini nak buat serawa durian ni beli yang biasa-biasa jelah. Nak buat kuah je untuk cecah dengan roti kan. Kalau nak sedap lagi cecah pulut. Tapi tak rajin nak buat pulut jadi kita buat serawa durian cecah dengan roti je. Hihi. Tadi harga durian ni RM8 sekilo. Murah ke mahal tu eh? Tempat korang macam mana harga?

Serawa Durian

Serawa Durian
Bahan-bahan:
  • Air 
  • Gula pasir
  • Garam
  • Air gula merah
  • Daun pandan
  • Buah durian berserta biji
  • Santan pekat/cair
  • Roti untuk cecah

Serawa durian

Serawa durian

Serawa durian

Serawa durian

Masukkan semua bahan satu persatu dan adjust semua sukatan secukup rasa ya. Boleh search resepi serawa durian dekat Google ok. Haha. Dekat atas ni gambar masak serawa durian sampai final step. Gula pasir, garam, air gula melaka dan daun pandan masuk awal ok. Atau ikutlah cara korang macam mana. Kalau rasa kurang gula atau garam, bolehlah tambah secukup rasa. Hihi.

Serawa durian

Ok siap dah serawa durian kita. Boleh hidang panas-panas cecah dengan roti atau pulut. Yummy! Hihi. Kalau nak sedap lagi tunggu dia masak sampai isi buah durian dia tu tertanggal dari biji. Oklah. Mesti semua dah buat juga serawa durian ni kan. Ada juga nampak kawan blogger post dekat Ig. Hihi. Korang semua suka makan durian ke tak? Hehehe. Ok jumpa lagi next entri ya. Bye!

Share:

Penang JJCM - Restoran Hameediyah, Haji Chendul & Coconut Shake, Roti Canai Transfer Road

Assalamualaikum semua.

Selamat berhujung minggu! Minggu ni curi-curi masa sekejap untuk ke Penang. Sebenarnya nak ke Perlis untuk kenduri kahwin. Alang-alang nak ke sana, lalu Penang jadi kita singgah Penang dan tidur Penang 1 malam. Penang ni apa lagi yang best selain tempat peninggalan sejarahnya, sudah tentulah tempat makanan yang sedap dan menarik kan! Sama juga mcm negeri Melaka.

Jadi 1 hari lebih dari semalam sampai pagi ni berada di Penang. Sempatlah Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di beberapa tempat yang familiar di kalangan orang luar atau mungkin orang Penang sendiri. Ini trip adik-beradik. Jadi kami gunakan hashtag #3yangkutakeutagha di Instagram. Bolehlah kalau nak tengok gambar-gambar sepanjang trip hujung minggu kami ni boleh search hashtag tu terus ya! Haha.

Oklah. Semalam bertolak pagi dalam pukul 7.30 pagi. Kami berhenti rehat sekejap di R&R Tapah, sarapan KFC. Itu je yang mudah. Hehe. Lepas berhenti di Tapah terus ke Penang, melalui Jambatan Penang yang pertama. Sampai terus check-in hotel yang terletak di Batu Feringghi. Lepas tu baru jalan-jalan Georgetown. Alang-alang sampai waktu tengah hari, terus lunch di Restoran Hameediyah, apa lagi, pekena Nasi Briani dululah!

Restoran Hameediyah Penang, Hameediyah Restaurant, Hameediyah Penang, Nasi Kandar Penang, Nasi Kandar Hameediyah, Penang Nasi Kandar Sedap, Nasi Kandar Sedap Penang, Tempat Makan Menarik Penang

Nasi Briani Sotong + Telur Ikan + Taugeh
Nasi Briani Ayam + Taugeh
Nasi Briani Lamb Shank
Tambah Lauk Sotong
Air Fresh Orange + Teh O Limau Ais + Limau Panas
Total Harga: RM115 

Kalau ke Penang memang selalu makan di Hameediyah ni, jarang cuba Nasi Briani atau Nasi Kandar di tempat lain. Setakat ni di sini Nasi Briani dan Nasi Kandar serta lauk dia memang ok. Antara Restoran Nasi Kandar yang awal dan tertua Hameediyah ni. Harga tu RM115 lebih kurang untuk semua makanan tu termasuk minuman. Taktahu beza dengan restoran lain macam mana, tapi selalunya Nasi Briani memang standard harganya macam ni rasanya atau mungkin mahal sikit yang ni kot.

Restoran Hameediyah ni kecil je dan ada 2 tempat di mana tempat order makanannya lain, tempat makannya lain, jadi kita kena order dan pilih dulu lauk-lauk lepas tu baru gerak pergi tempat makan. Nasib baik jaraknya selang 2,3 buah kedai je. Oklah korang selalu sampai Penang makan Nasi Kandar atau Nasi Briani mana? Nanti boleh share ya di ruangan comment macam biasa. Next? Lepas tu kitorang bertiga jalan-jalan di Penang Street Art sekitar situ je. Tak sah pergi Penang kalau tak jalan sini kan. 





Banyak sangat moment-moment best masa dekat Penang Street Art ni. Suka Street Photography jadi ada lah capture beberapa moment masa dekat sini. More pictures on Instagram ok! Hehe. Jalan-jalan sini lepas tu pekena cendol dekat Haji Chendul & Coconut Shake. So far di Penang Street Art ni kedai ni satu je yang macam berani sikit nak makan. Yang lain kami macam was-was walaupun ianya hanya aiskrim ke ais kepal ke, kenalah tengok-tengok juga penjualnya.








3 Cendol Biasa + 1 Coconut Shake
Total Harga: RM15.50

Suasana kedai selesa sangat dan ada hiasan-hiasan klasik dalam kedai tu. Sempatlah rehat kejap sebelum teruskan perjalan. Cendol dia pun sedap, banyak sangat kacang dia. Bestlah kalau orang yang suka kacang tu tapi aku tak suka kacang tu! Haha. Tapi bolehlah makan sikit-sikit no hal. Coconut shake dia tu ada bubble dia tapi keras oi! Haha. Coconut shake ni kurenggg sikit please jangan order! Haha. Kedai yang ni main redah je sebab ini je yang rasa ok dekat sini. Jadi cendol dia oklah, coconut shake tidak! 

Ok lepas tu dah penat jalan semua, pergi Tan Jetty kejap ambil gambar, lepas tu balik Feringghi. Malam tu dinner kitorang makan makanan yang paling sedap di dunia! Korang nak tau tak makanan apa yang paling sedap di dunia? Jeng jeng jeng!


Sedap + Cepat + Murah
Apa lagi korang nak!
Haha. Sumpah terbaik!
Ini kedai Seafood area Batu Ferringhi je.

Ok lepas tu harini pagi-pagi dah nak gerak ke Perlis dah. Sempatlah sarapan di Roti Canai dan Roti Bakar Telur Goyang Penang Transfer Road. Ramai betul makan sini. Viral juga kedai ni di Penang jadi saja nak cuba apa yang special sangat di sini. Sampai kedai ni tadi kira awal jugalah tapi dah panjang beratur oi! Haha. 

Roti Canai Transfer Road, Roti Bakar Telur Goyang, Tempat Makan Sedap Penang, Tempat Makan Viral Penang, Transfer Road Roti Telur Goyang

Roti Canai Transfer Road
Harga: RM8
Kari Ayam padu!
Terbaik boleh repeat.


Roti Bakar Telur Goyang Transfer Road
Harga: RM4
Yang ni viral sebab telur goyang je kot.
Mungkin yang ni boleh buat sendiri dekat rumah.
Haha.


Zoom-in sikit Telur Goyang dia. 

Oklah jadi itu je Penang JJCM yang sempat diterjah untuk percutian pendek kali ini. Cehhh! Hahaha. Sebenarnya update entri ni pun dalam kereta ni, gigih juga nak update sebelum sampai Perlis. Haha. Update pakai handphone je setakat ni jarang nak on laptop. Malas ya amat oi nak buka laptop. Haha. Oklah rasanya nak berhenti di sini, jumpa lagi di entri seterusnya ya! Apa-apa pandangan, cadangan dan comment bolehlah tulis di ruangan comment ya macam biasa! Next? On the way to Perlis, orang Perlis boleh recommend makanan-makanan sedap di Perlis pula untuk diterjah? Haha. Ok bye! 


Share: