Resepi Telur Bungkus

Assalamualaikum semua.

Masak apa tu? Kadang-kadang kita ni dah habis idea nak masak apa tiap hari kan. Masak makan tengah hari, makan malam lagi. Tapi kalau jenis yang menggulai tu, lauk tengah hari boleh bawa sampai ke malam. Panaskan je kan. Memang tabik spring dekat mak-mak kita yang sediakan makanan untuk ahli keluarga, ada je idea nak masak apa.

Kali ni, terfikir nak kongsikan resepi nak masak telur bungkus. Resepi ni sesuailah untuk orang bujang yang tinggal seorang diri ke atau pelajar-pelajar universiti ke yang nak masak ringkas-ringkas je, terkejar-kejar nak pergi kelas kan. Jadi apa lagi, kalau ada bahan-bahan telur bungkus ni senang je goreng-goreng dah siap.

Lagi satu, untuk makan hidangan ahli keluarga yang ramai pun sesuai juga. Kalau mak-mak dah tak ada idea nak masak apa, boleh cuba masak telur bungkus pulak. Sekali sekala tukar selera kan apa salahnya. Asyik masak menu-menu yang complicated je kan, cubalah masak telur bungkus ni pulak. Menu senang je ni. Nanti boleh siap dihidang panas-panas.

Lepas tu sesiapa yang teringin ke nak makan telur bungkus atau memang favourite dia telur bungkus ni kan, tapi selalu order dekat kedai tomyam seafood je. Alih-alih raya ni kedai tomyam seafood semua tutup sampai 2,3 minggu sebab balik raya Kelate kan. Jadi inilah masa korang masak sendiri telur bungkus ni. Nanti dah power tak payah dah susah-susah order dekat kedai. Jimat duit juga kan. Haa gituuu!

Resepi Telur Bungkus, telur bungkus

Resepi Telur Bungkus

Bahan-bahan:
2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
1/2 biji bawang Holland dicincang halus
1 biji tomato dibuang biji dan dipotong dadu kecil
1/2 batang daun saderi dipotong dadu kecil
1/2 paket sayur campur (lobak merah, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
Secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga sedikit layu
  2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
  3. Masukkan hirisan tomato, batang daun saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi
  5. Taburkan secubit garam jika perlu
  6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar
  7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
  8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
  9. Letakkan inti yang telah siap tadi ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
  10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah diterbalikkan ke dalam pinggan

Resepi Telur Bungkus, telur bungkus

Bahan-bahan tu, kalau nak ditambah yang lain ikutlah cita rasa sendiri. Haa macam mana, rasa berselera nak makan tak? Masak telur bungkus ni makan dengan nasi putih panas-panas pun sodappp. Menjadi juga. Ok senang je kan cara memasaknya. Bahan-bahan pun kebanyakannya memang dah ada dalam peti sejuk. Jadi tunggu apa lagi. Jomlah masak telur bungkus. Hihi. Oklah jumpa lagi di entri seterusnya. Bye!

Credits: FB Pesan Bonda



Share:

8 comments: