Monday, February 18, 2019

Kesan Cuaca Panas kepada Kesihatan dan Tips Kekal Sihat

Assalamualaikum semua.

Sekarang ini, memang cuaca di luar sana panas terik. Dulu musim hujan, pagi petang siang malam asyik hujan saja. Sekarang ni jarang dah hujan. Dalam seminggu tu ada lah dalam sehari hujannya, yang lain semua cuaca panas terik. Bila cuaca panas terik macam ni memang kena jaga betul-betul kesihatan diri kita. Ramai betul yang demam dan tak sihat bila cuaca panas ni. Kesihatan kita ini juga serba sedikit dipengaruhi oleh faktor cuaca dan persekitaran.

Kalau jemur kain baju dekat luar macam ni, memang kering ni. Badan kita juga boleh jadi kering kontang kalau cuaca panas seperti mana keringnya kain baju tu. Bahaya kan? Jangan lupa minum air kosong banyak-banyak dan secukupnya. Kalau tak minum air kosong secukupnya nanti kita akan mengalami dehidrasi di mana tubuh badan kita hilang banyak air. Bila dilihat warna urine atau air kencing kita adalah kuning pekat dan kita asyik rasa haus, itu adalah sebahagian tanda-tanda tubuh badan kita mengalami dehidrasi. Itu adalah tanda tindak balas tubuh badan kita supaya kita tidak terlalu kehilangan banyak lagi air.

Kesan Cuaca Panas kepada Kesihatan dan Tips Kekal Sihat, kesan cuaca panas, tips kekal sihat ketika cuaca panas, tips kesihatan, info sihat, KKM, bahaya cuaca panas

Kesan Cuaca Panas kepada Kesihatan
  • Keletihan/kelesuan
  • Pitam/pengsan
  • Kekejangan
  • Kepenatan
  • Stroke
  • Jika kulit kering, tetapi tidak berpeluh, mengalami kekeliruan/kebingungan, kerap muntah dan sukar bernafas, dapatkan nasihat perubatan dengan segera
Tips Kekal Sihat
  • Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal
  • Pakai topi/payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan
  • Memakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Guna kipas/pendingin hawa untuk menyejukkan badan
  • Tidak berada dalam kereta yang bertutup tanpa pendingin hawa
  • Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti di luar
  • Kurangkan minuman berkafein, alkohol dan bergula.
Semoga Tips Kekal Sihat dari KKM ini berguna dan bermanfaat untuk kita semua. Jangan lupa jaga kesihatan diri ya! 

8 comments:

  1. Sebaiknya duduk dlm rumah atau office je. Skrg cuaca bukan main panas sgt.

    ReplyDelete
  2. Bahaya cuaca panas ni..berhati2 semua

    ReplyDelete
  3. Panas-panas nie memang malas nak keluar kalau tak ada apa..

    ReplyDelete
  4. Badan saya pun kering jugak kebelakangan ni siap kena sakit tekak plus batuk. Kena banyakkan minum air masak dan kurangkan makanan berminyak..

    ReplyDelete
  5. memang kena minum banyak2 air putih supaya badan kekal terhidrat

    ReplyDelete