Earphone Mampu Merosakkan Deria Pendengaran

Assalamualaikum semua.

Earphone atau headphone mampu merosakkan deria pendengaran kita. Ini terjadi apabila kita menggunakan earphone atau headphone terlalu lama dan terlalu kuat. Had maksimum penggunaan earphone atau headphone yang disyorkan pada satu masa ialah tidak lebih daripada 90 minit.

Kehilangan deria pendengaran yang disebabkan bunyi adalah tidak menyakitkan dan memberi kesan negatif kepada kita secara perlahan-lahan tetapi ianya kekal dan tidak boleh diubati sama sekali.

Cara mencegah kerosakan deria pendengaran disebabkan oleh earphone atau headphone:

  • Minimumkan penggunaan earphone atau headphone
  • Elakkan daripada menggunakan earbud
  • Tetapkan tahap bunyi atau volume MP3 player itu tidak lebih dari setengah
  • Tetapkan penggunaan earphone atau headphone tidak lebih dari 90 minit
  • Berikan masa rehat untuk telinga memperbaiki kerosakan (16 jam untuk perbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam)
Semoga bermanfaat! Info kesihatan ini dibawakan khas oleh KKM.

Earphone Mampu Merosakkan Deria Pendengaran, info sihat, info kesihatan, kkm, kementerian kesihatan malaysia




Share:

17 comments:

  1. Baru je nampak infografik ni dekat Facebook KKM hari tu. Bila baca macam 'pang' sikit sebab saya memang selalu pakai earphones.

    ReplyDelete
  2. Sesekali pakai okaylah.. Kalau pakai Samsung dia ada setkan paras bunyi yang sesuai didengar bila guna earphone.. HP lain tak pasti lah pula..

    ReplyDelete
  3. Nasib baik tak pernah pakai earphone

    ReplyDelete
  4. Slalu nasihatkan anak, jgn guna earphone lelama, kang nnt bila dipanggil pas guna earphone ter ahh apa? Apa? Anyway, good sharing

    ReplyDelete
  5. yeeee..sebab frekuensi dia tu kadang2 lebih dari kemampuan pendengaran kita tanpa disedari...dulu2 memang suke pakai headphone..taknak diganggu konon

    ReplyDelete
  6. Memang tak berapa suka sangat guna earphone ni tapi ada la sekali dua guna hehe

    ReplyDelete
  7. Bahaya juga Kan tapi kalau guna eraphone mmg sedap dgr kuat2

    ReplyDelete
  8. tulah bila dengar kuat2 lagu tak elok. dulu zaman masa study rajinlah dengar lagu.. sekarang dah jarang.. heheh

    ReplyDelete
  9. dah lama x pakai earphone ni sebab zaman mp3 dan mp4 yang dah berlalu. hehe nice sharing sis!

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  10. Mrs. A guna earphone bila terpaksa buat minit tu.
    Itupun kejap-kejap buka sakit telinga.

    ReplyDelete
  11. Ai kat office memang tak boleh berpisah dengan earphone ni.

    ReplyDelete
  12. alamak, macam tekena batang hidung akak sendiri jea.. hihihihi

    ReplyDelete
  13. Kinah memang tak suka guna earphone sebab bila pakai sakit telinga. Nice sharing

    ReplyDelete
  14. dulu rajin guna.. especially time study. memang tengok effect ketara..
    kalo orang cakap mesti nak kena suruh ulang dua kali.

    ReplyDelete
  15. Dulu masa bekerja rajin lah pakai earphone ni, skrg dah tak. Risau juga effect kt telinga sebenarnya.

    ReplyDelete