Monday, January 21, 2019

Khasiat Ulam Pucuk Gajus

Assalamualaikum semua.

Nama saintifik bagi gajus ialah anacardium occidental, sejenis tumbuhan yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalam. Pucuk gajus yang biasa dibuat ulam ialah pucuk gajus muda. Rasanya kelat masam dan sedap dimakan bersama sambal belacan serta nasi.

Antara Khasiat Ulam Pucuk Gajus

Khasiat pucuk gajus dipercayai boleh mengelakkan terkena penyakit kanser, membantu penghadaman dan sesuai untuk mereka yang menghidap darah tinggi. Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Pucuk gajus juga mampu melawan dan meneutralkan bahan toksik dalam badan kerana terdapat antioksida di dalamnya.

“Pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan dan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.” – Tajuddin Abdul Manap, pegawai laboratori fitoubatan UPM.
Tambah beliau lagi, selain dari khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis (diabetes). Bagi yang ada ulser dalam mulut, bolehlah menggunakan air rebusan pucuk gajus untuk berkumur. Daun pucuk gajus juga boleh disapukan pada pipi untuk mengurangkan sakit gigi dan disapu pada kulit yang melecur dengan menumbuknya sampai lumat.

Secara ringkas, khasiat ulam pucuk gajus:
  • Membantu mengelakkan daripada mendapat penyakit kanser
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh badan
  • Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mengurangkan kadar gula penyakit kencing manis (Diabetes)
  • Membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik
  • Membantu melawan dan meneutral bahan toksik dalam badan
  • Membantu melambatkan proses penuaan dan memiliki wajah awet muda
  • Membantu memberi kesegaran kepada tubuh badan
  • Membantu masalah ulser dalam mulut
  • Membantu mengurangkan sakit gigi
  • Membantu mengurangkan sakit melecur kulit

Ulam Pucuk Gajus, Pucuk Gajus, Gambar Ulam Pucuk Gajus, Gambar Pucuk Gajus, Khasiat Ulam Pucuk Gajus, Khasiat Pucuk Gajus, Ulam untuk awet muda, awet muda, petua awet muda

Kepada sesiapa yang tak kenal dan tak pernah tengok pucuk gajus, gambar dekat atas itulah pucuk gajus. Fresh dan muda lagi baru petik dari pokok gajus yang ditanam di halaman rumah ni. Alang-alang petik pucuk gajus ni tadi untuk buat ulam, terfikir pula nak kongsi khasiatnya. Jadi memang banyak juga khasiatnya pucuk gajus ni kan. Semoga bermanfaat!

11 comments: