Thursday, January 17, 2019

Kebaikan dan Keburukan Selfie

Selfie, Apa itu Selfie, Kebaikan Selfie, Keburukan Selfie, Bahaya Selfie, Selfie Definition, Maksud selfie

Assalamualaikum semua.

Apa Itu Selfie?

Selfie adalah gambar potret diri. Ia sering dikongsi di perkhidmatan rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Selfie biasanya diambil dengan kamera digital atau kamera smartphone menggunakan tangan atau disokong oleh tongkat selfie (selfie-stick/monopod).

Mengambil selfie biasanya dilihat di mana-mana dan anda dengan mudah dapat melihat orang melakukan selfie. Ia dilakukan di seluruh dunia dan pada semua peringkat umur namun ia lebih biasa dilakukan dalam kalangan remaja. Selfie juga telah menjadi diari harian visual kita. Ia bukan sesuatu yang baru terutamanya semasa era zaman moden ini di mana gadget seperti smartphone adalah keperluan dan mudah didapati. Adakah anda tahu bahawa selfie pertama dilakukan oleh Robert Cornelius pada tahun 1839? Penggunaan paling awal perkataan selfie itu adalah pada tahun 2002 dalam forum internet Australia.

Mengapa Selfie?

Terdapat banyak sebab untuk selfie. Selain daripada cara untuk berkomunikasi dan berkongsi emosi dalam media sosial, penghantar selfie berharap mendapat dorongan dan sokongan, comments, shares dan juga likes daripada rakan-rakan media sosialnya.

Apa Kebaikan Selfie?

Selfie sangat popular dalam kalangan remaja kerana ia adalah salah satu alat untuk mengekspresikan diri mereka. Selfie membolehkan anda berkongsi emosi anda dengan berkongsi gambar selfie tersebut dengan orang lain. Dengan mempunyai gambar selfie, ia boleh meningkatkan keyakinan diri dan ekspresi diri anda. Selfie juga boleh menjadi cara untuk meningkatkan kreativiti anda.

Apa Keburukan Selfie?

Berhati-hati. Anda boleh menjadi ketagih dengan selfie (Selfie Addict) atau ketagih dengan internet (Internet Addict) jika anda menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial. Anda juga boleh menjadi begitu obses untuk mendapatkan selfie yang paling sempurna untuk berkongsi gambar selfie tersebut kepada rakan-rakan media sosial anda dan mungkin akan mengalami masalah dengan imej anda (Body Dismorphic Disorder). Selfie boleh mencetuskan persepsi tentang kepuasan diri atau mencari perhatian sosial yang menimbulkan narsisisme atau rasa rendah diri. Oleh hal yang demikian, mungkin anda akan terjebak dengan masalah kesihatan mental seperti kemurungan (depression).

Apakah Tanggungjawab Anda?

Anda mempunyai hak untuk selfie dan berkongsi gambar selfie anda tetapi anda perlu menjadi orang yang bertanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab hanya akan berkongsi post penting dan bertanggungjawab sahaja. Tanpa kesedaran mengenai penyebaran post yang penting dan bertanggungjawab di media sosial, kesan buruk akan melebihi kesan yang baik. Anda juga perlu peka dan sensitif terhadap perasaan orang lain mengenai post/selfie anda kerana mereka mungkin sakit hati atau bosan melihat gambar selfie anda.

Selfie, Apa itu Selfie, Kebaikan Selfie, Keburukan Selfie, Bahaya Selfie, Selfie Definition, Maksud selfie

Do’s and Dont’s Ketika Selfie

Berhati-hati dengan keadaan di sekitar anda dan pastikan keselamatan terjamin sebelum mengambil selfie. Contohnya,  mengambil gambar selfie anda sedang berdiri di altitud tinggi seperti di atas gunung atau sudut sempit atau di landasan kereta api yang boleh membahayakan diri. Obsesi anda untuk mendapatkan selfie yang terbaik dan paling sempurna mungkin berakhir dengan tragedi.

Fikir dahulu sebelum berkongsi selfie anda. Anda mungkin mendedahkan diri anda untuk menjadi mangsa seksual dengan berkongsi gambar selfie yang tidak sesuai.

Ingatlah bahawa dengan berkongsi selfie anda, secara tidak sengaja anda berkongsi maklumat diri dan memberi peluang kepada orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap diri anda untuk memanfaatkan anda.

Teks atau gambar selfie tersebut boleh dengan mudah disebarkan tanpa pengetahuan anda. Sebaik sahaja anda tekan hantar (send), ia tidak lagi boleh dikawal. Anda mungkin menyesal di kemudian hari.

7 comments:

  1. nice sharing.. kena bersederhanalah kan. Yea.. bukan selfie je.. lain-lain pun..

    ReplyDelete
  2. dulu2 suka selfie loni jadi kurang dah hahaha

    ReplyDelete
  3. Memang bahaya kalau terlalu kerap selfie dan post. sebab kita tak tahu, orang luar skg akan menyalahgunakan gambar orang lain contoh ada stalker obses ke,.... tak salah nak selfie tapi kena berjaga2. ~ nice sharing

    http://www.imaginasiklasik.com/2019/01/11-manusia-ada-dua-jenis-bercakap-atau.html

    ReplyDelete
  4. Zaman sekarang ni kita kena lebih berhati-hati. Media sosial kalau digunakan secara besederhana boleh memberi manfaat cuma kalau berlebihan tu yang bahaya.

    ReplyDelete
  5. Selfie sangat populer dikalangan remaja Indonesia bahkan sampai pada orang tua pun tak mau ketinggalan...

    ReplyDelete
  6. Awal² dulu suka juga lama² tah tengok mood haha.btw gud info

    ReplyDelete