Assalamualaikum semua.
Kadang-kadang nak menghasilkan gambar yang cantik tak semestinya kena ada kamera yang mahal seperti DSLR dan lain-lain. Kalau ada smartphone pun dah cukup. Asalkan tahu beberapa teknik untuk ambil gambar yang cantik dengan smartphone. Kali ini nak kongsi beberapa tips untuk menghasilkan gambar yang cantik dengan hanya menggunakan smartphone.
Teknik Menghasilkan Gambar Cantik Dengan Smartphone
1. Pencahayaan atau lighting yang cukup
Jika anda mengambil gambar dalam lingkungan cahaya yang rendah, smartphone anda pasti tahu untuk menyesuaikan diri untuk mengubah ke arah exposure yang lebih rendah untuk membiarkan cahaya masuk lebih banyak dan ini akan menyebabkan gambar anda menjadi noise (gambar mempunyai binitik-bintik halus jika anda lihat degan jarak dekat). Jadi lebih baik anda pergi ke ruang lebih terbuka yang mempunyai lebih banyak cahaya atau dengan kata lain mendapatkan lighting yang cukup. Contohnya, ambil gambar berdekatan dengan lampu atau ambil gambar di luar rumah. Pencahayaan semula jadi adalah lebih baik daripada mengaktifkan flash kamera anda.
2. Pegang smartphone dengan lebih stabil
Anda harus memastikan bahawa anda memegang smartphone dengan baik saat mengambil gambar untuk mendapatkan gambar yang jelas dan sharp. Cuba untuk tidak bergerak sama sekali saat mengambil gambar. Jika berlaku pergerakan ketika mengambil gambar akan menghasilkan gambar yang kabur, terutama jika smartphone anda tidak memiliki kemampuan menstabilkan gambar optik atau digital. Anda juga harus bersikap lembut ketika menekan tombol shutter.
3. Elakkan penggunaan zoom-in
Zoom-in ketika megambil gambar haruslah dielakkan kerana pembesar imej digital ini akan mengurangkan kualiti gambar. Lebih banyak zoom-in yang anda lakukan lebih teruk kualiti gambar yang terhasil. Jika anda mahu gambar yang baik anda boleh ‘crop’ gambar anda selepas mengambilnya memandangkan kesemua smartphone pasti hadir dengan beberapa kebolehan untuk mengedit gambar yang diambil. Selain itu, anda juga boleh mengambil gambar dari jarak yang lebih dekat.
4. Bersihkan lensa kamera smartphone anda
Lensa kamera smartphone sangat mudah kotor. Jadi anda harus meluangkan masa untuk membersihkannya dari waktu ke waktu. Gilaplah lensa kamera smartphone anda dengan menggunakan kain atau tisu yang lembut agar ianya tidak calar.
5. Gunakan teknik garisan grid
Tips yang sangat mudah adalah dengan mengaktifkan garisan grid pada aplikasi kamera smartphone anda. Biasanya, dengan mmenggunakan teknik ini, gambar yang terhasil akan lebih cantik dan seimbang. Untuk aktifkan gridlines, hanya perlu ke setting kamera anda dan aktifkan.
6. Pelajari cara menggunakan mode kamera smartphone
Kebanyakan smartphone datang dengan aplikasi kamera pelbagai dan mode tertentu. Beberapa di antaranya digunakan untuk menghapus objek yang bergerak dalam bingkai atau menambahkan kesan mutunya. Antara mode yang terdapat di smartphone ialah mengambil gambar dengan subjek yang bergerak cepat, panorama atau untuk mengambil gambar di malam hari (low light). Cuba pelajari bagaimana cara menggunakan mode-mode tersebut dan anda mungkin boleh menggunakannya di waktu yang sesuai.
7. Install aplikasi kamera alternatif yang pelbagai
Sistem operasi Android, iOS, dan Windows Phone menawarkan sejumlah aplikasi alternatif untuk kamera smartphone anda. Kamera FV-5 untuk Android dan KitKam untuk iOS adalah 2 contoh bagus dari aplikasi pengganti kamera yang dibuat dengan baik. Ini boleh membantu jika smartphone yang anda gunakan kurang baik dalam pengaturan kamera canggih dan manualnya.
8. Ambil beberapa gambar yang sama
Pernahkah anda mengambil satu gambar dan kemudian menyedari selepas itu bahawa ada seseorang dalam gambar yang matanya berkelip, kurang jelas, atau tidak sesuai dengan keadaan? Jadi sebaiknya anda disarankan tidak mengambil hanya satu gambar tetapi mengambil beberapa gambar yang sama untuk mendapatkan gambar yang baik dan cantik. Setelah itu anda bolehlah membuat keputusan untuk delete gambar yang tidak diperlukan.
9. Bermain dengan teknik refleksi
Ada sesuatu yang sangat menarik pada gambar yang mempunyai refleksi. Contohnya gambar refleksi langit pada permukaan air. Jadi cari cara untuk menghasilkan refleksi pada setiap gambar yang diambil. Cuba bermain dengan teknik refleksi maka anda akan dapat menghasilkan gambar yang cantik.
Wah..best lah pandai ..saya tak berapa mahir ambil gambar pakai phone. Lebih senang guna kamera
ReplyDeletenice sharing. akak suka tip2 mcm ni.. mmg suka amek gambar ^^
ReplyDeleteGood sharing..memang kena rajin belek function smartphone camera bawu dpt amik gambar yg cantik
ReplyDeleteBagus tips ni.. Yang amek gambar sama banyak² tu Aien suka buat. haha Tapi, kalau candid lagi cantek. ^^
ReplyDeleteGood tip. Sb saya pun suka ambik gambar dgn smartphone
ReplyDeletePanduan berguna
ReplyDeleteTk
Saya selalunya memang ada masalah bila ambil gambar. Teknik nombor 2 tu kadang-kadang tak dapat nak apply hahaha. Memang kagum dengan orang yang pandai ambil gambar yang cantik.
ReplyDeleteBagus panduan yang dikongsikan.. Boleh dicuba nie..
ReplyDeleteBanyak tul tips cara nak ambil gambar dgn cantik. nanti abam kie try ye? thanks for sharing.
ReplyDeletegood info :)
ReplyDeleteLagi satu si tukang ambil gambar tu pun kena pandai jugak main peranan.
ReplyDeleteMacam Mrs. A kalau minta tolong anak yang ambil mesti ada jer... yang tak puashati hahahaa...
Ilmucyang bermanfaat , nak dapatkan gambar yg cntik xperlu gadjet yg memahal . Pakai fone kalau kena teknik gambaq akan meletopss gitu
ReplyDeletebetul tu, CCL.
Deleteteknik yg kena letops, kan :)
aida suka amik gambo.
ReplyDeleteblogger le kata kan.
akan amik satu gambar byk shot.
pilih yg terbaik utk disimpan :)