Saturday, December 22, 2018

Casa Del Rio, Melaka

Assalamualaikum semua.

Kalau dalam Malaysia ni, paling best pergi tempat-tempat bersejarah, salah satunya bercuti ke Melaka. Setiap orang Malaysia yang suka travel tak sah kalau korang tak bercuti di Melaka kan! Yeah Melaka is our pride as Malaysian sebab di sinilah suatu ketika dulu empayar Melaka berkembang di mana kita dipandang tinggi oleh negara-negara luar. Melaka adalah bandaraya bersejarah yang menjadi tumpuan dari pelancong seluruh dunia. Ya, seluruh dunia tu. Because of its historical heritage, pengalaman nak bercuti di Melaka adalah pengalaman yang tak dapat kita lupakan. Kalau bercuti di Melaka, jangan lupa book dan menginap di Casa Del Rio Hotel. Casa Del Rio adalah antara hotel yang menarik dan mewah yang korang kena stay di Melaka.







Hotel ni dekat dengan Baba & Nyonya Heritage untuk korang mengenali tradisi dan adat Baba & Nyonya di sana dan jangan lupa cuba makanan diorang yang pelbagai. Banyak kedai untuk shopping yang dekat jadi korang jangan lupa bawa banyak duit ya untuk beli souvenir dan juga untuk jalan-jalan cari makan. Dekat Melaka ni dah lah memang banyak kedai-kedai makan best! Tapi kalau malas nak berjalan, korang boleh relax dekat swimming pool hotel ni lama-lama tak kisahlah berapa lama nak berendam. Hihi. Paling best, hotel ni juga ada spa treatment. Yalah kan mana yang sibuk bekerja sampai mental dan fizikal penat sampai datang banyak penyakit tu, sesuai sangatlah jadikan tempat ni untuk rejuvenate badan korang.

Restoran juga banyak untuk korang penuhkan nafsu makan korang dengan pelbagai jenis menu darilah pedas hingga ke manis. Of course asam pedas pun ada. Mana yang nak buat function untuk company korang pun tak ada hal sebab Casa Del Rio Hotel ni ada tempat yang sesuai dan korang bolehlah beraktiviti dengan company korang sambil bercuti dan berjalan di sekeliling bandaraya Melaka. Pendek kata, kemudahan-kemudahan yang disediakan dekat hotel ni memang cukuplah. Kalau rasa berminat nak bercuti di Casa Del Rio Hotel di Melaka ni korang hanya perlu find Casa Del Rio Melaka online on Traveloka dan book date yang korang nak pergi tu bila. Sebelum pergi pun nak call lagilah bagus kalau korang nak find out apa lagi yang diorang boleh bagi dekat korang. Selalu cari dan survey penginapan dan hotel ni guna Traveloka. Korang pun boleh try survey dekat Traveloka tu ok.


  



Tempat ni memang sibuk sikit dan ramai pelancong jadi  korang disarankan untuk book awal-awal lah ya kalau nak bercuti tu sebab aku tak berani janji kalau korang book last minit. Sebab tempat di sekeliling hotel ni adalah tempat tumpuan pelancong. Dia tak ada season, dia all season. Faham ke? Haha. Jadi bolehlah ajak satu family, jom pergi bercuti di Melaka especially penginapan di Casa Del Rio ni. Memang best sangat kalau dapat pengalaman bercuti sambil mengimbau asal-usul sejarah Malaysia di Melaka ni kan.

Servis hotel ni memang terbaik dan diakui oleh orang Melaka sendiri, mat saleh dan juga orang-orang KL yang pernah pergi dengan prestasi diorang yang the best. Nak check-in dengan check-out pun tak ambil banyak masa boleh dikatakan ekspress jugalah, kalah bas ekspress Kelantan-KL. Haha. Tapi serius aku cakap. Ada juga servis tour-guide untuk korang yang tak biasa berjalan di Melaka, lepas tu kalau nak buat wedding pun tiada masalah sebab tempat memang ada cuma kena discuss la sikit dengan orang hotel. Environment dia pun ok sangat dan kalau nak bawa budak-budak pun memang sesuai sangat sebab swimming pool untuk budak-budak memang ada.




Sambil tu malam korang boleh bawa diorang pergi tengok lampu di Jonker Walk. Korang boleh juga naik Melaka River Cruise dan enjoy the moment, untuk dijadikan kenangan yang nanti akan terpahat di sanubari sampai bila-bila. Hihi Balik lepas tu korang confirm cerita dekat kawan-kawan korang sampai diorang pun teringin nak pergi juga kan! Haha. Pasti takkan menyesal. Bukan selalu nak spend time dengan orang yang tersayang kan jadi jomlah bercuti di Casa Del Rio ni sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang. Hihi. Jadi semua book cepat-cepat tau nanti korang terlepas pula untuk menginap di Casa Del Rio ni.

8 comments:

  1. sebut Melaka ni banyak lagi tempat yang tak singgah ..

    ReplyDelete
  2. dekat tengah bandar ni syiok nak jalan kaki je dari hotel ke merata tempat.. ^^

    ReplyDelete
  3. Lama dah teman tak jenjalan kat Melaka nie... bukan apa, time cuti sekolah je, mesti jem teruk...

    ReplyDelete
  4. Hotel ni yang kat sebelah laluan river cruise tu kan? Pernah tengok je tapi tak pernah lagi menginap di hotel ni. View kat hotel ni nampak sangat cantik.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya.. selalu gi melaka stay Homestay je.. sesekali boleh try hotel pula..

    ReplyDelete
  6. Kalau sebut pasal Melaka, my sister selalu pasang angan2 nak menginap dekat Casa Del Rio. Bukan tak mampu, cuma kalau pegi Melaka mesti balik hari. The place looks amazing :)

    ReplyDelete
  7. Ohh hotel ni la yang husniey tengok masa kat river cruise tu.. Cantikknyaa

    ReplyDelete
  8. Wow, menarik dan cantik tempatnya. Teringin nak menginap di sini pula.

    ReplyDelete