Bercerita perihal jodoh. Jodoh itu sebenarnya sudah tertulis untuk kita di atas sana. Semuanya di bawah aturanNya. Jika berdoa mendapat yang baik jodohnya dan persiap diri kita untuk menjadi yang terbaik, maka baiklah ia. Jika tidak, maka sebaliknya pula yang akan kita ketemu. Sering kali manusia ingin memilih yang terbaik untuk dirinya dalam setiap apa jua keadaan dan benda. Lumrah menjadi seorang yang bernama manusia ini, sentiasa inginkan yang terbaik untuk dirinya. Namun, kita sering lupa bahawa Yang Maha Berkuasa sentiasa sudah menjanjikan sesuatu yang sangat cantik dan tersusun untuk kita.
Lain orang lain rezeki. Ramai kita lihat anak remaja kahwin di usia muda. Alhamdulillah, jodoh mereka sudah sampai dan telah ditentukan. Itu juga rezeki kerana jodoh mereka sampai awal. Moga yang baik-baik sahaja untuk mereka. Doakan yang terbaik. Jika itu jodoh mereka, maka mereka akan bahagia. Ramai juga yang masih berseorangan, namun meriah dan bahagia ditemani ahli keluarga di sisi. Alhamdulillah juga. Buat mereka, masih banyak dan diberi kesempatan waktu untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga sebelum mendirikan rumah tangga. Itu juga rezeki yang tidak ternilai.
Jodoh itu rahsia Tuhan. Seberapa mahu dan jalan cara kita atur untuk bersama seseorang tetapi jika dia bukan untuk kita, maka sependek itu sahajalah waktu kita mengenali dan bersamanya. Namun berpisah baik seribu tahun walau ribut melanda, andai itu jodoh kita dan ditakdirkan bersama oleh Tuhan Yang Esa, maka kita akan bersamanya satu hari kelak. Doa sahaja yang baik-baik, moga akan datang yang baik-baik untuk kita.
Jangan digusar dengan pertanyaan mengapa seseorang itu lambat mendapat jodoh atau lambat mendirikan rumah tangga. Kerana semua itu sudah ada aturanNya. Yang harus kita lakukan adalah berdoa sahaja yang baik untuknya. Moga-moga dia diberi jodoh yang terbaik untuk dirinya yang telah juga dijanjikan dan teratur cantik oleh Tuhan. Kadang-kadang banyak perihal jodoh yang kita tidak ketahui.
Tiba-tiba, jiran sebelah rumah boleh jadi jodoh kita. Kawan baik boleh jadi jodoh kita. Orang jauh juga boleh jadi jodoh kita, yang kita tidak tahu pun mana asal usulnya dan dengan segenap cuma ada di depan mata. Tak mustahil itu semua berlaku kerana jodoh itu rahsia Tuhan. Semuanya telah diaturkan untuk kita. Tak perlu risau itu semua kerana yakinlah semua itu telah tertulis di atas sana oleh Yang Maha Esa. Moga selepas ini kita bersedia untuk menerima siapa jua jodoh yang telah ditetapkan untuk kita di samping sentiasa mempersiap diri menjadi yang terbaik untuk menerima seseorang yang terbaik juga buat kita. In shaa Allah. Doa yang baik-baik ya semua!
Setuju sangat. Jodoh adalah satu perkara yang kita tidak dapat jangka. Kadang-kadang ada orang yang hanya jumpa beberapa kali, tapi akhirnya berkahwin. Ada yang bercinta bertahun-tahun tapi jodohnya dengan orang lain.
ReplyDeletesemuanya telah atur sejaka azali, cuma ketersediaan individu itu. jadi lah muslimah yang menjaga maruah. pasti jodohnya yang baik
ReplyDeleteJangan pernah ditanya dua perkara iaitu jodoh dan rezeki. Doa, usaha dan tawakkal moga jodoh mu baik-baik aja.. 😘😘
ReplyDeletemcm mengharap org sebelah rmh jadi jodoh ni.. hehehe
ReplyDelete