Trip ke Pulau Langkawi, Kedah - Part 1

Assalamualaikum semua.

Wah, macam dah lama rasanya menghilang! Haha. Baru sehari tak update blog, dah rasa macam lain. Hehe. Bukan apa, letih dan penat tak hilang lagi. Sabtu dan Ahad lepas, aku berkesempatan ke Pulau Langkawi, trip 2 hari 1 malam, geng 'backpackers'  4 orang termasuk aku. Hehe. Dah lama rasanya tak berjalan, jadi kita luangkan masa sikit untuk 'rest and relax'. Haha. Trip yg pendek tapi best. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk melihat alam semula jadi. Trip ini 2 hari 1 malam sahaja kerana kekangan masa, disebabkan semua orang tak boleh cuti lama-lama sangat sebab kerja. Isnin dah kerja. Balik sini malam Ahad. Haha. Jadi, tahu tak penat dia macam mana tu? Haha. Tapi disebabkan semangat yang berkobar-kobar, digagahi jua trip ini. Haha. Sebulan merancang. Akhirnya, sampai juga harinya untuk 'short getaway' ni. Excited kemain nak pergi tu! Haha.


Trip kami ke Pulau Langkawi ni menaiki flight Air Asia. Tak larat nak drive dan naik feri. Jadi, kami pilih untuk naik flight. Alhamdulillah, masa beli tiket, tak mahal sangat harganya. RM100++ pergi balik untuk seorang. Nasib baik beli cepat sebab lepas tu check balik, harga dah naik. Rezeki! Hehe. Flight ke Langkawi dari KLIA2 pukul 7.55 pagi. Jadi, pagi Sabtu tu, awal-awal lagi dah standby dekat airport lepas Subuh. Nasib baik rumah dekat lah juga dari KLIA2. Lagi 2 org kawan gerak dari KL, terpaksa gerak awal pukul 4 pagi. Hihi. Alhamdulillah flight tak delay.




Perkenalkan geng 'backpackers' yang diberi nama #NinAdzymiElmAzim haha! Masa pergi tu dalam flight, nampak awan dekat luar cantik sangat. SubhanAllah. Macam awan karpet. Sepanjang perjalanan tengok luar tingkap, menikmati pemandangan yang tenang lagi menyejukkan hati. Indahnya ciptaan Tuhan. Perjalanan dari KLIA2 ke Pulau Langkawi ambil masa lebih kurang sejam jugalah. Dalam pukul 8.55 pagi dah sampai Pulau Langkawi. Nak dekat sampai tu, dalam flight dah nampak pulau, air tenang, makin excited jadinya. Haha! Lama dah tak ke sana. Last pergi masa sekolah rendah dulu. Haha. Lama sangat kan? 

Sampai di airport Pulau Langkawi, perut lapar sangat dah berkeroncong. Pagi tu sarapan telur rebus sahaja dekat rumah sebab awal pagi lagi, tak lalu sangat nak makan. Cari kedai makan dalam airport macam tak jumpa. Haha! Kereta sewa sampai dekat airport janji dalam pukul 10.30 pagi, jadi plannya lepas ambil kereta sewa terus nak sarapan atau brunch dekat gerai Laksa Power/Laksa Ikan Sekoq yang dekat dengan airport tu. Hehe. Tak sabar sangat tunggu sebab perut dah lapar, kami call kereta sewa minta dia datang cepat sikit. Diorg kata diorg cuba usahakan. Haha. Akhirnya, kitorang call Grab sementara tunggu kereta sewa datang. Tak sampai 1 minit abg Grab dah ada sebab dia memang standby dah dekat airport tu. Haha!

Apa lagi, berlari semua ke luar airport. Naiklah Grab tu, dah sampai di tapak gerai laksa, tiba-tiba, kereta sewa call cakap dah sampai airport. Kami pun suruh abg Grab pusing hantar kami ke airport balik sebab gerai laksa tu pun rupanya tutup lg haha. Jadi, perjalanan yang kosnya RM4 dari airport ke gerai laksa tu jadi RM8 sebab patah balik . Haha! Sorry abg Grab susahkan. Kereta sewa tadi, yang kata dah dekat airport, rupanya tak sampai lagi. Haha! Dan kami pun setia menunggu dekat luar airport tu. Takpelah, mood nak bercuti masa tu melebihi segala-galanya, walaupun perut masih lapar. Haha!
  


Lebih kurang 10 minit lepas tu, kereta sewa pun sampai. Kami sewa Myvi auto. RM140 untuk dua hari. Murah jugalah. Benda pertama lepas tu, cari kedai makan. Alang-alang dah nak tengah hari, terus cari kedai makan tengah hari. Makan dekat sekitar kawasan Padang Matsirat kalau tak silap. Kedai nasi berlauk. Harga boleh tahan. Tak mahal sangat. Tak murah sangat. Hehe. Tengok macam ramai org dekat kedai tu mesti sedapkan, jadi, kami pun singgah. Sebab perut pun dah lapar masa tu. Hihi. Nasi berlauk dengan air sirap limau, RM4.50 je. Hehe. Ada banyak jenis lauk. Ikan bakar pun ada.


Lepas perut dah kenyang, mulalah aktiviti berjalan kami yang ditunggu-tunggu. First, kami menghala ke Pantai Tengah, untuk cari meetpoint nak 'island hopping' pukul 2.00 ptg tu nanti. Survey dulu dekat mana, senang sikit lepas tu terus tuju ke sana kan. Hehe. Pusing-pusing, dalam 30 minit, sampai di Pantai Tengah. Rupanya, airport tu macam dekat tengah. Belah kiri menghala ke Pantai Cenang, Jeti Kuah dan belah kanan airport menghala ke Padang Matsirat, Beras Terbakar semua. Memang strategik tempatnya airport tu. Tak sesatlah kalau jalan dekat Pulau Langkawi ni sebab kalau pusing-pusing mana pun akan jumpa. Hehe.

Kuatnya angin tepi pantai. Sebab tu jugalah seronok pergi pantai. Hihi. Sampai dekat Pantai Tengah, macam biasalah, posing bergambar dulu untuk dijadikan kenangan. Hehe. Cantik pantainya. Dekat dengan Pantai Cenang. Di sinilah nanti tempat tunggu boat untuk 'island hopping'. Jadi, lepas dah survey tempat dan dah lepak ambil angin sekejap dekat sini, kami pun teruskan perjalanan kami ke Telaga Harbour Marina Bay. Tempat di mana kapal-kapal mewah berlabuh. Memang mewah dan cantik kapal-kapalnya. Sampai dekat situ, nampak 'mat salleh' sahaja yang ramai. Semua 'sun bathing' atas boat. Hehe. Di sini selalu memang jadi port bergambar juga.

Lepas dah puas cuci mata tengok kapal dekat Telaga Harbour Marina Bay ni, kami pun teruskan berjalan. Masa tu dah pukul 12.30 tengah hari. Cuaca dekat Pulau Langkawi agak panas jugalah. Tak sangka panas, ingatkan mendung dan selalu hujan. Sebab sekarang ni pun waktu hujankan. Tapi boleh tahan panas juga masa tu. Huhu. Memang berpeluh2, pakai baju tebal dan lengan panjang memang bertambah-tambah panasnya. Bak kata orang Kedah, 'panaih lit-lit' , 'panaih bak hang!'. Haaa kan dah keluar loghat Kedah. Haha!

Memandangkan dah pukul 12.30 tengah hari, kami nak bersiap-siap dan ready untuk aktiviti seterusnya iaitu 'island hopping' pukul 2.00 petang. Perjalanan dari Telaga Harbour Marina Bay ke Pantai Tengah untuk meetpoint tu makan masa 30-40 minit jugalah. Sebab tu kena bergerak awal dah. Jadi, kami menginap di Tubotel yang terletak di Pantai Cenang. Sebelum ke 'island hopping', kami ke Pantai Cenang dahulu, untuk check-in di Tubotel dan tukar baju untuk 'island hopping'. Nasib baiklah Tubotel di Pantai Cenang, jadi satu jalan sahaja sebelum ke Pantai Tengah.

Ok, menginap di Tubotel yang terletak di Pantai Cenang, Pulau Langkawi. Kenapa kami pilih Tubotel tu untuk penginapan 2 hari 1 malam di Pulau Langkawi ya? Nak tahu, tunggu next entri aku nanti, Part 2 ok! Hehe. Dan aktiviti-aktiviti seterusnya. Tunggu ya. Hehe. To be continued...

Ok that's all.
Thank you for reading!




Share:

Langkah Awal Jika Anak Mengalami Sawan/Kancing Gigi

Assalamualaikum semua.

Anak-anak kecil atau bayi kerap kali demam dan kadang kala demam panas yang berpanjangan. Sawan/kancing gigi ketika demam panas disebut sebagai 'febrile seizure' jika dalam bahasa 'medical' nya. Ibu-ibu pernah ada pengalaman anak-anak demam panas sampai kena sawan/kancing gigi tak? Mesti cemas dan takut, risau lagi, tengok anak kita macam tu kan? Nak nak lagi kalau pertama kali kena macam tu. Betul tak? Memang tak sanggup tengok anak-anak ni tak sihat sedikit, sedih dan risau sangat kan?

Apa itu 'febrile seizure'?
Ianya adalah sawan/kancing gigi yang terjadi hanya apabila kanak-kanak demam panas, tanpa bukti-bukti jangkitan kuman pada otak atau lain-lain sebab yang boleh menyebabkan sawan terjadi. Kerap kali terjadi dalam kalangan kanak-kanak atau bayi yang berumur 3 bulan hingga 6 tahun.

Sebab-sebab perlu dimasukkan ke hospital:

  • Apabila sawan/kancing gigi itu pertama kali terjadi
  • Untuk memastikan sawan/kancing gigi itu bukan atas sebab-sebab lain seperti jangkitan kuman pada otak ('meningitis'/'encephalitis') atau ketumbuhan pada otak atau lain-lain sebab
  • Takut akan berlaku episod sawan/kancing gigi seterusnya yang berulang
  • Untuk mengenal pasti punca demam panas selain daripada 'meningitis' atau 'encephalitis'
  • Untuk mengurangkan kerisauan ibu bapa/penjaga
  • Tinggal jauh dari hospital atau klinik
Antara langkah awal yang boleh dilakukan jika anak mengalami sawan/kancing gigi:
  • Bertenang dan jangan cemas
  • Perhatikan berapa lama sawan/kancing gigi itu terjadi, bila dan sedang buat apa ketika ianya terjadi
  • Letakkan anak dalam posisi baring mengiring ke sebelah kiri
  • Lapkan muntah atau apa-apa cecair yang keluar dari mulut, jika ada
  • Jangan letakkan apa-apa objek seperti sudu atau kain di dalam mulut, jika gigi sudah terkancing
  • Jangan bagi apa-apa makanan, minuman, ubat atau cecair melalui mulut.
  • Sentiasa berada dekat dengannya sehingga sawan/kancing gigi beransur reda
  • Selepas sawan/kancing gigi reda, tenangkan anak anda
  • Jika sawan/kancing gigi masih tidak reda dan berlaku lebih dari 5-10minit, segera bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan


'Febrile seizure' ini tidak bahaya dan hanya berlaku ketika demam panas. Tiada komplikasi yang merbahaya direkodkan setakat ini melainkan ada beberapa faktor seperti genetik keluarga yang mempunyai sawan/epilepsi. Jika terdapat faktor-faktor tersebut, kanak-kanak atau bayi mungkin akan kerap mengalami sawan. Jadi, ibu-ibu dah boleh bertenang dan jangan cemas sangat ya bila anak kena sawan/kancing gigi. Ambil langkah-langkah awal seperti di atas, in shaa Allah, semua ok. Hehe. Itu saja nak kongsikan hari ni. Semoga memberi manfaat kepada semua!

Ok that's all.
Thank you for reading!




Share:

Rasa Syukur: Jalan Pintas Menuju Bahagia


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah syukur. Masih diberi peluang untuk bangun pagi ini dan melihat dunia. Adakah hati kita ini selalu menyebut kalimah syukur secara automatik tanpa disuruh? Wallahualam. Jika belum, mulalah dengan mengungkap rasa syukur setiap kali bangun dari tidur sebagai tanda menyapa sang suria yang mula memanaskan dingin pagi. Seolah-olah kita mahu memeluk dingin pagi dengan penuh rasa cinta dan bahagia. Alhamdulillah. Kadang-kadang aku juga manusia yang alpa dan sering lupa untuk melontarkan kalimah syukur ini di dalam hati dan juga mulut, tanda bersyukur kepadaNya.

Rasa betapa damai dan bahagia hidup yang di dalamnya tinggi rasa syukur. Perasaan menyenangkan zahir batin hingga dikatakan hidup dalam rasa syukur menjadi jalan pintas menuju bahagia. Lakukanlah setiap hari dan rasai sendiri bahagia itu. Kaedah ini menjadikan kita lebih pantas menuju kejayaan. Lebih kerap kita bersyukur dan bersungguh-sungguh, lebih banyak pula Dia akan memberi apa yang kita mahukan. Untuk meraih rasa nikmat bahagia kita disarankan agar bersyukur dan mendoakan setiap perkara yang menggambarkan kebahagiaan serta kemakmuran yang akan terjadi dalam hidup dan persekitaran kita.

Bermula dengan diri kita, perasaan kita, di rumah kita dan orang yang berada di sekeliling kita. Perkara yang kita dengar, lihat dan rasa. Barang milik kita dan semua yang kita miliki. Ungkap rasa hormat dan terima kasih kita pada semua itu dengan sepenuh perasaan dalam hati. Tarik nafas panjang-panjang dan sedalam-dalamnya, terimalah dengan rasa puas, sampaikan terima kasih kepada Pencipta semua itu dari dalam hati. Sedarlah bahawa getaran gelombang rasa syukur dan rasa ikhlas adalah jalinan komunikasi terkuat antara kita dengan Pencipta untuk meraih kebahagiaan.

Rasa syukur yang tinggi melahirkan personaliti yang mengagumkan disebut kelembutan. Di mana jua kelembutan berada, ia akan menjadi perhiasan di tempat itu. Kelembutan tutur kata, senyum di bibir serta sapaan yang lembut dan hangat saat bersua dengan teman merupakan perhiasan yang selalu digunakan oleh orang yang mulia dan banyak bersyukur. Inilah bentuk kelembutan anugerah Allah yang diberi kepada insan terpilih terutama mereka yang selalu bersyukur. Titipkanlah rasa syukur dalam apa jua corak hidup yang kita lalui kerana semua itu sudah dipandu olehNya. Bersyukurlah selagi masih sempat dan masih berada di dunia ini. Alhamdulillah syukur. Semoga kita menjadi insan terpilih yang penuh dan tinggi dengan rasa syukur.

Ok that's all.
Thank you for reading!
Share:

Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa

Assalamualaikum semua.

Di hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita lihat dan teliti senarai waktu yang mustajab untuk berdoa.

Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa:
  • Waktu pagi sebelum terbit matahari, iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh.
  • Di antara waktu Zuhur dan Asar, juga di antara Asar dan Maghrib.
  • Setiap lepas solat fardhu.
  • Waktu di antara azan dan iqamat.
  • Ketika bangun tidur.
  • Semasa solat, iaitu sebelum salam, selepas membaca tasyahud akhir.
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  • Pada masa takbir solat hari raya, masa di antara takbir semasa solat.
  • Waktu di antara dua khutbah, khutbah Jumaat dan khutbah hari raya.
  • Waktu menziarahi makam Rasulullah di Masjid Madinah.
  • Waktu melakukan urusan penting.
  • Waktu membaca doa qunut pada solat Subuh.
  • Pada masa mengadakan majlis dan upacara, yang bukan berbentuk maksiat.
  • Waktu ditimpa kesulitan, kecewa dan hati tidak tenteram.
  • Waktu bertemu kembali dengan sanak saudara atau sahabat yang lama terpisah.
  • Waktu hujan turun.
  • Waktu hendak memulakan solat dan setelah selesai solat.
  • Waktu selesai khatam 30 juz Al-Quran atau selepas selesai membaca mana-mana ayat Al-Quran.
  • Sewaktu sujud.


Jadi pilihlah waktu dan saat yang mustajab ini untuk berdoa dan memohon kepada Allah! Minta perkara besar dan utama kepada Allah Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah. Contohnya:
  1. Mohon diampunkan segala dosa
  2. Mohon hidayah dan taufik
  3. Mohon keredhaan dariNya
  4. Mohon dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab
Atau apa-apa sahaja doa dan permintaan anda kerana Allah Maha Mendengar. Ibnu 'Ataillah berkata dalam kitab Hikamnya:

"Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk meminta, ketahuilah sesungguhnya Allah hendak memberimu."

Setakat itu sahaja yang aku nak kongsikan dalam entri ini. Moga-moga lepas ni kita akan rajin untuk berdoa ketika waktu-waktu mustajab ya! In shaa Allah, doa kita semua akan dimakbulkan oleh Allah. Sesungguhnya Dia memberikan apa yang kita perlu.

Ok that's all.
Thank you for reading!
Share:

Rezeki Bukan Hanya Yang Nampak Di Mata

Assalamualaikum semua.

Bercerita perihal rezeki ini, sesungguhnya rezeki itu tidak pernah terlewat mahu pun terlambat untuk menemui tuannya. Apabila sudah rezeki, memang akan tiba juga. Tidak terkurang sedikit pun. Tidak terlewat atau lebih cepat walau sesaat pun. Betul tak? Kerana sesungguhnya rezeki kita itu sudah ditakdirkan dari langit. Memetik kata-kata seorang pengarang Tafsir Al-Quran Asy-Sya'rawy, rezeki itu ialah apa sahaja yang memberi manfaat kepada kita. Menurut beliau:

"Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal atau haram, sama ada baik ataupun buruk."

Contohnya, kesihatan adalah rezeki. Sifat-sifat baik adalah rezeki. Sifat-sifat tidak baik juga adalah rezeki. Segala sesuatu di alam ini sesungguhnya adalah rezeki. Apabila kita cuba dan mula untuk faham bahawa rezeki itu bukan sahaja benda material yang boleh dipegang atau hanya yang nampak di mata, kita akan rasa sangat bersyukur. Kadang kala, harta yang kita miliki, seandainya tidak dapat kita ambil manfaatnya bermakna ia bukanlah rezeki kita. Rezeki kita yang sebenar adalah apa-apa yang sudah kita manfaatkan. Pakaian yang kita pakai, makanan yang kita makan, harta yang sudah kita sedekahkan, itulah sebenarnya rezeki kita. Selainnya, hanya milik kita tetapi bukan rezeki kita.

Seumur hidup kita di dunia ini, kita banyak diuji sebenarnya. Kita diuji dengan apa yang kita miliki, di mana Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar." (Al-Anfal 8:28)

Sering kali kita dengar orang yang kecewa tentang rezekinya. Apabila usahanya gagal, hartanya musnah, semua yang dirancang tidak menjadi, semua orang meninggalkannya, maka dia merasa kecewa dalam kehidupannya. Sesungguhnya semua yang Allah tentukan untuk kita adalah untuk kebaikan kita. Semua takdir Allah itu adalah baik. Selama tempoh kita berada di dunia ini sebenarnya untuk menyempurnakan ujian Allah. Selama itu, kita akan diuji dengan satu demi satu ujian. Kesenangan yang kita nikmati juga bukanlah kesenangan yang hakiki kerana kita sebenarnya diuji.

Hakikatnya, kita semua mempunyai rezeki yang unik dan juga ada kelebihan tertentu. Jadi, rezeki itu bukanlah yang berbentuk harta sahaja. Kita tidak pernah tahu bila rezeki itu akan tiba. Ia seperti panas dan hujan, kadang-kadang hujan turun seperti yang disangka, kadang-kadang tidak. Begitulah juga rezeki, ianya adalah hal ghaib. Sesungguhnya, rezeki mutlak itu datang hanya daripada Allah. Tak perlu pening kepala lagi fikir mengenai bila, di mana, dari mana dan banyak mana rezeki yang bakal kita terima kerana semuanya sudah tertulis. Cuma, buat sahaja apa yang Allah suruh kerana Dia yang memberi rezeki kepada kita. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan sesiapa bertakwa kepada Allah nescaya (Dia) akan jadikan baginya jalan keluar. Dan (Dia) akan berikan rezeki padanya dari arah yang tidak (ia) sangka. Dan siapa yang bertawakal kepada Allah maka Dia mencukupinya. Sesungguhnya Allah Maha Melaksanakan perkaraNya. Sungguh Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu ketentuan." (Ath-Thalaq 65:2-3)


Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang luas oleh Allah kerana sesungguhnya rezeki itu tidak pernah salah alamat. In shaa Allah.

Ok that's all.
Thank you for reading!
Share:

Cara Mengawal Penyakit Tekanan Darah Tinggi ('Hypertension')

Assalamualaikum semua.

Hari ini aku nak kongsi sikit mengenai penyakit yang popular di Malaysia iaitu tekanan darah tinggi atau 'hypertension'. Rata-rata mungkin ramai yang dah pun sedia maklum mengenai penyakit ini, atau mungkin ramai juga yang keliru apa definisinya dan bagaimana seseorang disahkan menghidap 'hypertension'. Menurut statistik dari 'Clinical Practice Guidelines' (CPG), Malaysia, mengenai 'hypertension', dicatatkan sebanyak 35.3% yg menghidap penyakit ini adalah dalam kalangan mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas (2015) dan 43.5% adalah dalam kalangan mereka yang berusia 30 tahun dan ke atas (2011). Jadi, adakah mungkin kita di antara salah seorang daripadanya?


Apa itu penyakit tekanan darah tinggi atau 'hypertension' ?
Ianya adalah peningkatan yg berterusan dalam bacaan 'systolic' (bacaan atas) tekanan darah anda sehingga mencecah 140mmHg atau lebih, dan/atau bacaan 'diastolic' (bacaan bawah) tekanan darah anda mencecah 90mmHg atau lebih, sekurang-kurangnya dengan purata 2 bacaan diambil, ketika duduk, dalam 2 waktu yang berbeza.

Bacaan 'systolic' (bacaan atas):
Tekanan dalam saluran arteri semasa jantung kita aktif mengepam darah ke seluruh badan.

Bacaan 'diastolic' (bacaan bawah):
Tekanan dalam saluran arteri semasa jantung dalam keadaan rehat.

'Hypertension' ini adalah antara penyakit yang mampu membunuh kita dalam diam. Seharusnya, kalau ada peluang untuk buat pemeriksaan kesihatan haruslah cepat-cepat rebut. Sebab ianya penting untuk kesihatan kita juga. Penyakit tekanan darah tinggi ini jika tidak terkawal mampu membawa kepada risiko mendapat penyakit jantung, 'stroke' atau sakit buah pinggang yang kronik.

Risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi atau 'hypertension' ('At Risk' condition):
Jika tekanan darah anda mencecah 130-139mmHg bagi bacaan 'systolic' dan 85-89mmHg bagi bacaan 'diastolic', sekurang-kurangnya dengan purata 2 bacaan diambil, ketika duduk, dalam 2 waktu yang berbeza, anda berisiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi. Ini tergolong dalam kategori ‘At Risk’.


Jika anda tergolong dalam kategori 'At Risk', anda masih belum terlambat untuk mencegah penyakit ini dengan cara mengubah gaya hidup anda atau 'lifestyle modification' ke arah yang lebih sihat. 'Lifestyle modification' tanpa perlu mula makan ubat, hanya sesuai jika anda adalah golongan 'At Risk' yang tidak berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung/kardiovaskular. Jika yang berisiko tinggi, harus disertakan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Faktor-faktor berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung/kardiovaskular:
  1. Pesakit kencing manis ('Diabetes Mellitus')
  2. Pesakit kolestrol tinggi ('Dyslipidaemia')
  3. Merokok
  4. Pesakit buah pinggang yang kronik

Cara mengawal penyakit tekanan darah tinggi atau 'hypertension':
'Non-pharmacological Treatment' - 'Lifestyle Modification' 

  1. Berat badan - Kadar pengurangan berat badan sebanyak 1kg dapat membantu mengurangkan tekanan darah sebanyak 1mmHg (bacaan 'systolic'). 
  2. Pengambilan garam/Sodium - Pengambilan garam yang berlebihan dalam makanan boleh menyebabkan anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan 'stroke'. Sebaik-baiknya hanya <2 g atau < 5 garam (lebih kurang 1 sudu teh) dalam sehari. 
  3. Pengambilan alkohol - Berhenti daripada mengambil minuman beralkohol atau pengambilan <2 minuman beralkohol dalam sehari. 
  4. Senaman berterusan - 'Moderate exercise': aerobic atau lain-lain, sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
  5. Pemakanan/Diet seimbang - Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu di samping mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan berminyak, dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
  6. Berhenti merokok - Merokok adalah salah satu faktor tingginya risiko untuk mendapat penyakit jantung/kardiovaskular. Jadi, amat penting untuk seseorang itu berhenti merokok untuk mengelakkan terjejasnya kesihatan. Malahan, penyakit-penyakit lain juga berkait rapat dengan merokok, contohnya risiko mendapat penyakit kanser paru-paru. Ayuhlah berhenti merokok ya!
  7. 'Relaxation Therapy' - Pengurusan tekanan/'stress' yang betul seperti yoga atau lain-lain 'relaxation therapy' dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
  8. Pengambilan Potassium - Meningkatkan pengambilan Potassium dapat mengurangkan tekanan darah tinggi seterusnya mengurangkan risiko mendapat penyakit 'stroke' sebanyak 24%. Potassium boleh didapati di dalam buah-buahan seperti pisang, sayur-sayuran dan kekacang.

'Pharmacological Treatment' - Pengambilan Ubat 'Anti-hypertensive'
Cara lain untuk mengawal penyakit 'hypertension' adalah tidak lain tidak bukan dengan pengambilan ubat 'anti-hypertensive'. Ubat-ubat ini perlu diberi mengikut kesesuaian kondisi seseorang pesakit itu. Jadi, lain orang lain ubatnya, lain dosnya dan lain jenisnya ya. Di sinilah pentingnya untuk menilai tahap risiko pesakit terhadap penyakit jantung/kardiovaskular. Jika risikonya tinggi untuk mendapat penyakit tersebut, maka doktor akan sarankan pesakit untuk mula makan ubat.

Ok, jadi macam mana semua? Dah sedia untuk mulakan gaya hidup sihat dan jauhkan 'sedentary lifestyle'? Haha. Takpe. Perlahan-perlahan berubah ya semua. Ada banyak baiknya daripada buruknya kan kalau kita berubah kepada gaya hidup sihat. Hehe. Bukan setakat boleh mengawal tekanan darah tinggi tapi penyakit lain juga.

Jadi, itu serba sedikit mengenai penyakit tekanan darah tinggi atau 'hypertension' dan cara-cara untuk mencegah atau mengawalnya ya! Kalau sesiapa yang dah memang ada penyakit tekanan darah tinggi tu dan dah memang kena makan ubat, WAJIB makan ubat ok! Jangan tinggal tau. Hehe. Ok, itu sahaja nak pesan dan kongsikan kali ini. Semoga entri ini bermanfaat untuk semua. 



Ok that's all.
Thank you for reading!



Share:

Pantai Pengkalan Balak, Melaka

Assalamualaikum semua.

Beberapa minggu yg lepas, aku berkesempatan ke Melaka. Aku pergi dengan family masa tu kerana ada urusan di sana. Masa pergi tu waktu dah nak dekat petang. Pergi ke sana dari petang bawa ke malam hari. Masa petang tu sempat singgah di Pantai Pengkalan Balak dan Teluk Gong. Waktu-waktu petang, memang objektifnya nak tengok matahari terbenamlah kan kalau dah dekat pantai. Memang suka sangat tengok matahari terbenam di tepi pantai. Seronok sangat kan. Siapa suka ke pantai dan suka tengok matahari terbit dan terbenam juga? Ok kita geng. Hehe.

Jadi, lepak dekat sana petang tu sambil tengok orang memancing dekat situ. Ramai juga orang lepak dekat sana petang-petang. Pantai Pengkalan Balak ni takdalah famous sangat macam Pantai Klebang kot. Tapi sebab abang dan ibu aku dulu pernah belajar di Melaka beberapa tahun, memang mereka tahulah tempat-tempat mcm ni. Pergi hari tu pun katanya nak mengimbau kenangan lalu. Hehe. Jadi aku pun tumpang sekakilah. Best juga dapat duduk pantai. Hehe. Ada banyak chalet dan restoran seafood dekat sini. Yalah, kalau ada pantai, tak sah kalau takda seafood kan, dekat pula dengan kampung nelayan. Tapi masa pergi tu, tak singgah mana-mana restoran pun sebab kesuntukan masa. Huhu. Memang niatnya nak lepak sekejap di pantai je masa tu. Hehe.

Cantik juga pantai dia. Ada batu-batu lagi buat penyeri. Masa tu memang berangin, dah petangkan so dah tak panaslah. Best lepak sana. Oklah, nak kongsi beberapa gambar masa di sana. Hehe. Bab bergambar ni memang nombor satu. Aku ni suka ambil gambar pemandangan dan suka juga bergambar. Hehe. Dulu memang cita-cita nak jd photographer tu ada. Haha. Tapi skrg jd hobi jelah ya. Hehe. Ok jomlah tengok gambar-gambar yg sempat diambil.
Dari Negeri Sembilan ke Melaka ni lebih kurang sejam macam tu dah sampai. Kejap sangat lah. Itu yang kadang-kadang takda angin takda ribut, ehh tiba-tiba dah dekat Melaka. Hehe. Oklah, kali ni kita cerita pasal Pantai Pengkalan Balak, Melaka. Nanti-nanti kita cerita pantai lain pula ya. Hehe. Tak sabar nak tunggu next weekend getaway. Hehe. Nak pergi manalah agak-agaknya ni ya? Ok kenalah tunggu next-next entri aku. Hehe. 

Ok that's all.
Thank you for reading!




Share:

GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM

Assalamualaikum semua.

Tengah ada mood nak join giveaway lagi ni hehe. Dah lama usha giveaway ni jadi nak joinlah hari ni. Hadiah dia planner 2019 yang menarik dan cantik. Kalau nak tengok planner dia boleh klik banner di bawah ya. Syarat giveaway pun simple-simple hehe.

Blog Shafyqah simple, plain, suka sebab tak serabut.
Yang penting header dia comel sangat macam tuan empunya blog hehe.

Ok that’s all.
Thank you for reading!
Share:

Mereka Yang Berani Gagal


Assalamualaikum semua.

Apakah erti kegagalan bagi anda? Apakah yang akan anda buat jika anda mengalami kegagalan?

'Apakah yang akan anda buat jikalau anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal?'-Dr. Robert Schuller-
Kegagalan itu bukanlah bererti anda seorang yang gagal.
Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi.

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa.
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu.

Kegagalan juga tidaklah bermaksud anda bodoh kerana mencuba.
Ia bererti anda berani, berhati teguh, bersemangat waja dan berbanggalah dengan diri anda.

Kegagalan bukan bermakna anda tidak akan berjaya.
Ia bererti anda memerlukan sedikit lagi masa.

Kegagalan tidak bermakna anda kecundang.
Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk bermula semula, mencuba sesuatu yang baru.

Kegagalan juga bukan bermakna Tuhan telah meninggalkan anda.
Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik untuk anda.

Jadi, benarlah bahawa kegagalan itu tidak pernah muktamad!

Suatu ketika dulu, aku juga pernah gagal, dan aku percaya begitu juga dengan semua orang. Kita semua pernah gagal, kerana mencuba itu mengambil risiko untuk gagal. Mereka yang berani melakukan apa yang tiada orang lain pernah lakukan adalah mereka yang berani gagal. Betapa jauhnya anda jatuh tidak menjadi hal, tetapi yang mustahaknya betapa tinggi anda bangkit kembali!

'Bagi setiap kisah kejayaan besar seperti Bill Gates di Amerika Syarikat,terdapat 5000 kegagalan.'-Memetik kata-kata juruanalisis di sebuah pusat MITI, Jepun-
Jadi, jangan takut untuk menghadapi kegagalan kerana di sebalik kegagalan itu semua, akan ada kejayaan yang akan muncul. Lakukanlah apa yang anda ingin lakukan serta jangan undur kembali. Jika anda membuat kesilapan, buatlah kesilapan yang hebat! Lain orang lain ujiannya. Ujian seseorang itu adalah perjuangan yang dia perjuangkan.

Ketabahan yang ditunjukkan saban hari. Bagaimana dia berdiri teguh dan menahan. Hentaman dan pukulan yang datang menghujani. Pengecut hanya mampu tersenyum bila tiada apa yang dia harus takutkan. Dalam kehidupan kita, bukan kejayaan atau kemenangan itu yang utama, tetapi perjuangan yang kita perjuangkan dalam menghadapi ujian dan kegagalan. Orang yang bila dia tersepit dan terpaksa, masih mampu lagi berdiri tegak dan menahan pukulan-pukulan takdir. Dialah orang yang akan menang di akhirnya, kerana dialah orang yang berani gagal.

Tahniah kepada mereka yang berani gagal!

Ok that's all.
Thank you for reading!




Share:

Cabaran Pasangan Yang Baru Berkahwin

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak tanya pendapat semua mengenai: Cabaran Pasangan Yang Baru Berkahwin

Aku belum lalui lagi sebab kahwin pun belum. Haha. Yang dah berkahwin, macam mana? Banyak cabaran tak? Tapi itu semualah kadang-kadang yang mengeratkan lagi hubungan rumah tangga kan? Sebelum memasuki gerbang perkahwinan tu, macam-macam dah kena fikir. Jadi, siap sedialah untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut pada semua yang bakal berkahwin nanti ya. Termasuk aku juga. Hehe.


Antara cabaran pasangan yang baru berkahwin:

1. Ekonomi yang tidak stabil
Selalunya pasangan yang baru berkahwin ni akan hadapi masalah kewangan kerana ekonomi yang belum stabil. Jadi, kita mesti pandai menyesuaikan dan mempertingkat kemahiran kita dalam pengurusan kewangan. Jadi, nanti tak susahlah nak uruskan kewangan lepas kahwinkan. Si suami kena berusaha untuk menambah pendapatan keluarga dan paling penting berbelanja dengan bijak. Bukan suami je, isteri juga sangat digalakkan untuk menolong meringankan beban suami dengan menyumbang pendapatan. 

2.Kesukaran Menyesuaikan Diri
Jika baru berkahwin, kita mungkin ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing. Walaupun ada yang dah kenal bertahun-tahun, namun bila masuk alam perkahwinan mungkin tak sama dengan alam bercinta. Begitu juga dengan pasangan yang berkahwin atas persetujuan keluarga, tak pernah kenal antara satu sama lain. Dalam proses penyesuaian ni selalunya timbul tekanan dan konflik bila mana pasangan tak memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing. Contohnya, kurang memahami kehendak, keperluan dan citarasa pasangan. Jadi, kita perlulah banyak berbincang bersama pasangan masing-masing. Paling penting rasanya ialah sikap bertolak ansur dengan pasangan. Jangan lupa beri sokongan dan dorongan antara satu sama lain.

3.Mengutamakan Keluarga Sendiri
Bila dah berkahwin ni, jangan lupa kita dah ada dua keluarga besar. Keluarga belah suami dan keluarga belah isteri. Jadi, layanlah kedua-dua belah keluarga sama rata. Jadi, ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim pun dapat dieratkan lagi. Betul tak? Kenali keluarga pasangan kita dengan lebih dekat, selalu ziarah menziarahi dan sebagainya ya. Kadang-kadang, isteri atau suami rasa
tidak puas hati jika salah satunya mementingkan keluarga sendiri. 

Apa lagi ya cabaran-cabaran pasangan yang baru berkahwin? Ada yang nak kongsi pendapat atau pengalaman masing-masing? Hehe. Aku nak tulis panjang lebar pun masih tiada pengalaman lagi tentang hal ni. Cuma tiba-tiba terfikir pula pasal ni, itu yang sekadar memberi pandangan. Huhu. Apa-apa pun kena siap sedia dari sekarang untuk hari yang akan datang kan? Hehe. Harap semua yang dah berumah tangga tu sentiasa dalam lindungan Allah dan diberi kebahagiaan hingga ke Jannah. Semoga sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan berumah tangga. Amin.



Ok that's all.
Thank you for reading!
Share:

The Nom Cafe @ Mesamall, Nilai

Assalamualaikum semua.

Monday blues ke semuanya hari ni? Hehe. Sekarang tiap-tiap hari boleh dikatakan hujankan. Pagi, petang, tak pun tengah malam, mesti hujankan. So, bila hujan-hujan tu perut pun berkeroncong. Kadang-kadang tu macam-macam lagu keluar. Lol. Jadi, hari ni, aku nak update entri 'food hunting'. Hehe. Sesuailah ni dengan waktu sekarang yang asyik lapar ni. Alang-alang tu menternak lemaklah kita. Haha. Ok, kali ni 'food hunting' dekat: The Nom Cafe @ Mesamall, Nilai, Negeri Sembilan

Siapa yang duduk area sekitar sini, bolehlah usha-usha kafe ni. First time makan sini, the environment is so cozy and comfortable. Kafe yang sangat cantik, friendly stuff and good service! Harga makanan standardlah harga kafe-kafe. Paling penting makanan dia sedap dan banyak pilihan. Wah! Suka sangat dengan tempat ni, seriously love it! Hehe. Kafe ni pun sangat sesuai untuk any parties kalau nak buat ok. Like birthday celebration or else. Ok, jom usha kafe yang cantik ni!







Memang banyak tempat and port lepak dalam kafe ni. Semuanya cantik dalam kafe ni. Memang hipster. And tempat yg kitorg duduk ni memang port cantiklah. Hihi. Oh, say Hi to my lovely mom and my favourite 'food hunting' partner, maksu! Haha. Kafe ni so far ada dekat sini je and tiada cawangan di mana-mana lagi. So, jom tengok, makanan apa yang menarik hari ni. Hehe.


Even the menu cover is so lovely and wonderful kan.
The Nom Cafe


1. Latte
Because coffee is forever my bae!
So, this is my Latte. The art is so lovely, same goes to the taste.


2. Pomodoro - Streaky Beef
I ordered this one just now.
Sedap juga. Suka! Lots more choices to choose here.
Sebab aku not into Aglio Olio or Carbonara sangat so aku order yg ni.



3. Red Velvet and Dark Chocolate with Peanut Cakes
Just look at the signature. Lovely!
And yummy too!


4. Grilled Chicken with Mushroom Sauce
Boleh pilih nak Mushroom Sauce or Black Pepper Sauce.
So, my mom chose mushroom just now.
She was satisfied with this meal too! Yummy.


5. Fish and Chip
Maksu ate this. So lembut she said and yummy too!


6. Snack Plate Platter
The portion is large.
Boleh makan dalam 3,4 orang.

Menu lain such as pizza, sandwich and lots more ada di sini ok, jangan risau. Recommended untuk semua yg sukakan food and comfy place! Hihi. For more info, bolehlah visit Instagram The Nom Cafe di sini.


Happy tummy I would say! Haha.

Ok that's all.
Thank you for reading!




Share: