Tuesday, October 16, 2018

Cabaran Pasangan Yang Baru Berkahwin

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak tanya pendapat semua mengenai: Cabaran Pasangan Yang Baru Berkahwin


Antara cabaran pasangan yang baru berkahwin:

1. Ekonomi yang tidak stabil
Selalunya pasangan yang baru berkahwin ni akan hadapi masalah kewangan kerana ekonomi yang belum stabil. Jadi, kita mesti pandai menyesuaikan dan mempertingkat kemahiran kita dalam pengurusan kewangan. Jadi, nanti tak susahlah nak uruskan kewangan lepas kahwinkan. Si suami kena berusaha untuk menambah pendapatan keluarga dan paling penting berbelanja dengan bijak. Bukan suami je, isteri juga sangat digalakkan untuk menolong meringankan beban suami dengan menyumbang pendapatan. 

2.Kesukaran Menyesuaikan Diri
Jika baru berkahwin, kita mungkin ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing. Walaupun ada yang dah kenal bertahun-tahun, namun bila masuk alam perkahwinan mungkin tak sama dengan alam bercinta. Begitu juga dengan pasangan yang berkahwin atas persetujuan keluarga, tak pernah kenal antara satu sama lain. Dalam proses penyesuaian ni selalunya timbul tekanan dan konflik bila mana pasangan tak memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing. Contohnya, kurang memahami kehendak, keperluan dan citarasa pasangan. Jadi, kita perlulah banyak berbincang bersama pasangan masing-masing. Paling penting rasanya ialah sikap bertolak ansur dengan pasangan. Jangan lupa beri sokongan dan dorongan antara satu sama lain.

3.Mengutamakan Keluarga Sendiri
Bila dah berkahwin ni, jangan lupa kita dah ada dua keluarga besar. Keluarga belah suami dan keluarga belah isteri. Jadi, layanlah kedua-dua belah keluarga sama rata. Jadi, ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim pun dapat dieratkan lagi. Betul tak? Kenali keluarga pasangan kita dengan lebih dekat, selalu ziarah menziarahi dan sebagainya ya. Kadang-kadang, isteri atau suami rasa
tidak puas hati jika salah satunya mementingkan keluarga sendiri. 

Apa lagi ya cabaran-cabaran pasangan yang baru berkahwin? Ada yang nak kongsi pendapat atau pengalaman masing-masing? Harap semua yang dah berumah tangga tu sentiasa dalam lindungan Allah dan diberi kebahagiaan hingga ke Jannah. Semoga sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan berumah tangga. Amin.

2 comments:

  1. betul saya setuju. komunikasi yang baik adalah kunci kebahagiaan.

    ReplyDelete
  2. No 1 dan no 2 tu memang betul.. Tambah-tambah pada awal perkahwinan.. Sebab tu tak digalakkan bermewah mewah sangat pada majlis perkahwinan.. seelok-eloknya bersederhana kerana hidup selwpas majlis tu lebih penting..
    Untuk menyesuaikan diri kena ada tolak ansur dan komunikasi.. walau lama mana pun pasangan itu bercinta tetap tak akan memberi jaminan perkahwinan itu akan bahagia sebab kehidupan bersama sahaja akan mernyerlahkan sifat swbenar pasangan anda.. kalau berjaya melalui fasa awal perkahwinan, InsyaAllah perkahwinan itu akan bahagia..

    ReplyDelete