Assalamualaikum semua.
Setiap apa yang berlaku terhadap kita, mahu yang baik atau buruk, sebenarnya semua telah ditentukan oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Sama ada kita sendiri menerimanya sebagai nasib, takdir atau sebaliknya.
Apa pun yang terjadi, semuanya terselindung hikmah yang kadang-kadang baru kita sedari di penghujung waktu. Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu, tapi sebaliknya Dia menyusun dan menghadiahkan kita dengan apa yang kita perlukan.
Ada waktu dan ketikanya kita rasa sesuatu hal atau ujian untuk kita terlampau berat sehingga tidak mampu untuk menanggung keperitan tersebut. Terlintas di benak fikiran, adakah ini nasibku, sendirian menghadapi cabaran yang begitu berat, tidak seperti orang lain, adakah ini takdir Tuhan untukku?
Sebahagian dari kita mungkin selalu menyalahkan nasib atau takdir, terhadap apa jua perkara atau hal buruk yang berlaku pada diri kita. Namun sebenarnya, Allah sudah menyusun secantik-cantik dan seindahnya jalan hidup kita.
Cuma masanya sahaja sama ada lambat atau cepat, akan tiba juga untuk kita meraih kejayaan, kebahagiaan atau kegembiraan tersebut. Perancangan Allah itu sangat hebat. Percayalah pada perancanganNya yang tidak sedikit pun merugikan kita di akhir kelak. Dia tidak akan memberikan ujian atau cabaran yang tidak mampu kita tanggung.
Berdoalah agar kita mampu untuk menghadapi segala-galanya. Percayalah bahawa Allah sudah merancang sesuatu yang sempurna untuk kita, dalam hidup kita, jika tidak sekarang, akan tiba masanya di kemudian hari. Semoga kita tidak menyalahkan nasib atau takdir di setiap perkara buruk yang berlaku atau yang menimpa diri kita.
Kuatlah dan terus berdoa untuk sesuatu yang baik. Allah sebaik-baik perancang dan Dia akan memberikan yang terbaik untuk kita. In shaa Allah! Semoga semua baik-baik sahaja.
Harap yang baik2 aje datangnya
ReplyDeletecantik susunan ayat. sedap bila dibaca :)
ReplyDeleteSA pun harapkan yang baik- baik sahaja...semoga semua kita dipermudahkan segala urusan
ReplyDeletetest
ReplyDelete