Festival Light And Motion Putrajaya - LAMPU 2018


Assalamualaikum semua.

6 tahun berturut-turut, Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan Light And Motion Putrajaya (LAMPU) Festival, acara tahunan dan antarabangsa yang ditunggu-tunggu berlangsung di sana. Tidak asing lagi dengan tema lampu-lampu, acara signaturenya adalah pancaran lampu atau grand Projection Mapping show di bangunan Istana Kehakiman dan beberapa bangunan di sekitarnya, di Precint 3, Putrajaya di mana bangunan tersebut ditransformasi menjadi bangunan yang mempamerkan multimedia kreatif, lampu-lampu dan gambar yang seakan 3D cantik serta menarik, menggunakan teknologi art lighting mapping khas untuk tontonan umum yang hadir di sana.

Pada tahun ini, LAMPU berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 28 Disember 2018 hingga 31 Disember 2018 (berakhir hari ini) bermula pada pukul 7.30 pm hingga 12.30 am. Jadi masih ada peluang malam ini pada sesiapa yang ingin melihat kemeriahan Putrajaya pada malam terakhir hari ini. Malam penutup hari ini bersempena dengan menyambut Tahun Baru 2019, akan lebih meriah dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijangka akan bersama-sama membuat New Year countdown di sana nanti dan akan lebih menarik dengan adanya pertunjukan bunga api sempena tahun baru.

LAMPU 2018 yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) ini dijangka akan dihadiri lebih sejuta pengunjung. Kali ini bertemakan 'Warna-Warni Putrajaya', bakal menampilkan pelbagai program sampingan bagi memeriahkan festival tahunan ini. Presiden PPj, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, festival cahaya lampu ini merupakan antara satu acara dinantikan rakyat Malaysia bakal menampilkan kelainan berbanding 5 edisi penganjuran sebelum ini.

Antaranya persembahan pencahayaan lampu di bangunan Istana Kehakiman Putrajaya yang berlangsung selama 40 minit berbanding 20 minit ketika edisi lalu. Malah selain itu, LAMPU 2018 memaparkan 4 segmen persembahan dengan setiap daripadanya mempunyai dimensi tersendiri. Antara program sampingan yang berlangsung di Festival LAMPU 2018 adalah pertandingan E-Games, wayang kulit, beca Putrajaya dan persembahan jalanan. Seperti sedia maklum, semua acara ini berlangsung selama 4 hari sehingga malam ambang Tahun Baru 2019 pada 31 Disember 2018 (malam ini).

Malam semalam, berkesempatan juga untuk ke Festival LAMPU 2018 ini. Ramainya orang memang berpusu-pusu. Untuk semua yang nak ke sana dinasihatkan gerak awal untuk mengelakkan jammed serta kesusahan untuk dapat parking. Ok suasana memang sangat meriah dengan warna-warni lampunya sesuai dengan tema tahun ini iaitu 'Warna-Warni Putrajaya'. Untuk itu, aku kongsikan beberapa video dan gambar yang sempat diambil malam tadi di Festival LAMPU 2018 untuk semua yang tak sempat berkunjung ke sana.


Share:

Jodoh Yang Sudah Tertulis dan Menjadi RahsiaNya

Assalamualaikum semua.

Bercerita perihal jodoh. Jodoh itu sebenarnya sudah tertulis untuk kita di atas sana. Semuanya di bawah aturanNya. Jika berdoa mendapat yang baik jodohnya dan persiap diri kita untuk menjadi yang terbaik, maka baiklah ia. Jika tidak, maka sebaliknya pula yang akan kita ketemu. Sering kali manusia ingin memilih yang terbaik untuk dirinya dalam setiap apa jua keadaan dan benda. Lumrah menjadi seorang yang bernama manusia ini, sentiasa inginkan yang terbaik untuk dirinya. Namun, kita sering lupa bahawa Yang Maha Berkuasa sentiasa sudah menjanjikan sesuatu yang sangat cantik dan tersusun untuk kita. 

Lain orang lain rezeki. Ramai kita lihat anak remaja kahwin di usia muda. Alhamdulillah, jodoh mereka sudah sampai dan telah ditentukan. Itu juga rezeki kerana jodoh mereka sampai awal. Moga yang baik-baik sahaja untuk mereka. Doakan yang terbaik. Jika itu jodoh mereka, maka mereka akan bahagia. Ramai juga yang masih berseorangan, namun meriah dan bahagia ditemani ahli keluarga di sisi. Alhamdulillah juga. Buat mereka, masih banyak dan diberi kesempatan waktu untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga sebelum mendirikan rumah tangga. Itu juga rezeki yang tidak ternilai.

Jodoh itu rahsia Tuhan. Seberapa mahu dan jalan cara kita atur untuk bersama seseorang tetapi jika dia bukan untuk kita, maka sependek itu sahajalah waktu kita mengenali dan bersamanya. Namun berpisah baik seribu tahun walau ribut melanda, andai itu jodoh kita dan ditakdirkan bersama oleh Tuhan Yang Esa, maka kita akan bersamanya satu hari kelak. Doa sahaja yang baik-baik, moga akan datang yang baik-baik untuk kita.

Jangan digusar dengan pertanyaan mengapa seseorang itu lambat mendapat jodoh atau lambat mendirikan rumah tangga. Kerana semua itu sudah ada aturanNya. Yang harus kita lakukan adalah berdoa sahaja yang baik untuknya. Moga-moga dia diberi jodoh yang terbaik untuk dirinya  yang telah juga dijanjikan dan teratur cantik oleh Tuhan. Kadang-kadang banyak perihal jodoh yang kita tidak ketahui.

Tiba-tiba, jiran sebelah rumah boleh jadi jodoh kita. Kawan baik boleh jadi jodoh kita. Orang jauh juga boleh jadi jodoh kita, yang kita tidak  tahu pun mana asal usulnya dan dengan segenap cuma ada di depan mata. Tak mustahil itu semua berlaku kerana jodoh itu rahsia Tuhan. Semuanya telah diaturkan untuk kita. Tak perlu risau itu semua kerana yakinlah semua itu telah tertulis di atas sana oleh Yang Maha Esa. Moga selepas ini kita bersedia untuk menerima siapa jua jodoh yang telah ditetapkan untuk kita di samping sentiasa mempersiap diri menjadi yang terbaik untuk menerima seseorang yang terbaik juga buat kita. In shaa Allah. Doa yang baik-baik ya semua!

Credit photo: Google
Share:

Hadiah Top Commentator Pemberian Cikgu Etuza

Assalamualaikum semua.

Beberapa hari yg lalu tercalon sebagai top commentator atau pengkomen terunggul di blog Cikgu Etuza iaitu https://madey09.blogspot.com. Boleh baca entri mengenai pengkomen terunggul di SINI. Alhamdulillah. Hadiah pemberian Cikgu Etuza telah selamat sampai di rumah. Jauh datangnya dari Sabah Negeri Di Bawah Bayu.

Hadiah berbentuk produk minuman Elken (Chocolate with Malt). Terima kasih Cikgu Etuza atas pemberian hadiah ini. Semoga Cikgu Etuza dimurahkan rezeki olehNya. Tahniah juga kepada 11 org lagi top commentator yg lain di blog Cikgu Etuza yg turut diberi hadiah produk minuman Elken ini.




Share:

9 Teknik Hasilkan Gambar Cantik Dengan Smartphone


Assalamualaikum semua.

Kadang-kadang nak menghasilkan gambar yang cantik tak semestinya kena ada kamera yang mahal seperti DSLR dan lain-lain. Kalau ada smartphone pun dah cukup. Asalkan tahu beberapa teknik untuk ambil gambar yang cantik dengan smartphone. Kali ini nak kongsi beberapa tips untuk menghasilkan gambar yang cantik dengan hanya menggunakan smartphone.

Teknik Menghasilkan Gambar Cantik Dengan Smartphone

1. Pencahayaan atau lighting yang cukup
Jika anda mengambil gambar dalam lingkungan cahaya yang rendah, smartphone anda pasti tahu untuk menyesuaikan diri untuk mengubah ke arah exposure yang lebih rendah untuk membiarkan cahaya masuk lebih banyak dan ini akan menyebabkan gambar anda menjadi noise (gambar mempunyai binitik-bintik halus jika anda lihat degan jarak dekat). Jadi lebih baik anda pergi ke ruang lebih terbuka yang mempunyai lebih banyak cahaya atau dengan kata lain mendapatkan lighting yang cukup. Contohnya, ambil gambar berdekatan dengan lampu atau ambil gambar di luar rumah. Pencahayaan semula jadi adalah lebih baik daripada mengaktifkan flash kamera anda.


2. Pegang smartphone dengan lebih stabil 
Anda harus memastikan bahawa anda memegang smartphone dengan baik saat mengambil gambar untuk mendapatkan gambar yang jelas dan sharp. Cuba untuk tidak bergerak sama sekali saat mengambil gambar. Jika berlaku pergerakan ketika mengambil gambar akan menghasilkan gambar yang kabur, terutama jika smartphone anda tidak memiliki kemampuan menstabilkan gambar optik atau digital. Anda juga harus bersikap lembut ketika menekan tombol shutter.  


3. Elakkan penggunaan zoom-in
Zoom-in ketika megambil gambar haruslah dielakkan kerana pembesar imej digital ini akan mengurangkan kualiti gambar. Lebih banyak zoom-in yang anda lakukan lebih teruk kualiti gambar yang terhasil. Jika anda mahu gambar yang baik anda boleh ‘crop’ gambar anda selepas mengambilnya memandangkan kesemua smartphone pasti hadir dengan beberapa kebolehan untuk mengedit gambar yang diambil. Selain itu, anda juga boleh mengambil gambar dari jarak yang lebih dekat.


4. Bersihkan lensa kamera smartphone anda 
Lensa kamera smartphone sangat mudah kotor. Jadi anda harus meluangkan masa untuk membersihkannya dari waktu ke waktu. Gilaplah lensa kamera smartphone anda dengan menggunakan kain atau tisu yang lembut agar ianya tidak calar. 


5. Gunakan teknik garisan grid
Tips yang sangat mudah adalah dengan mengaktifkan garisan grid pada aplikasi kamera smartphone anda. Biasanya, dengan mmenggunakan teknik ini, gambar yang terhasil akan lebih cantik dan seimbang. Untuk aktifkan gridlines, hanya perlu ke setting kamera anda dan aktifkan.


6. Pelajari cara menggunakan mode kamera smartphone
Kebanyakan smartphone datang dengan aplikasi kamera pelbagai dan mode tertentu. Beberapa di antaranya digunakan untuk menghapus objek yang bergerak dalam bingkai atau menambahkan kesan mutunya. Antara mode yang terdapat di smartphone ialah mengambil gambar dengan subjek yang bergerak cepat, panorama atau untuk mengambil gambar di malam hari (low light). Cuba pelajari bagaimana cara menggunakan mode-mode tersebut dan anda mungkin boleh menggunakannya di waktu yang sesuai.



7. Install aplikasi kamera alternatif yang pelbagai
Sistem operasi Android, iOS, dan Windows Phone menawarkan sejumlah aplikasi alternatif untuk kamera smartphone anda. Kamera FV-5 untuk Android dan KitKam untuk iOS adalah 2 contoh bagus dari aplikasi pengganti kamera yang dibuat dengan baik. Ini boleh membantu jika smartphone yang anda gunakan kurang baik dalam pengaturan kamera canggih dan manualnya.


8. Ambil beberapa gambar yang sama
Pernahkah anda mengambil satu gambar dan kemudian menyedari selepas itu bahawa ada seseorang dalam gambar yang matanya berkelip, kurang jelas, atau tidak sesuai dengan keadaan? Jadi sebaiknya anda disarankan tidak mengambil hanya satu gambar tetapi mengambil beberapa gambar yang sama untuk mendapatkan gambar yang baik dan cantik. Setelah itu anda bolehlah membuat keputusan untuk delete gambar yang tidak diperlukan.


9. Bermain dengan teknik refleksi
Ada sesuatu yang sangat menarik pada gambar yang mempunyai refleksi. Contohnya gambar refleksi langit pada permukaan air. Jadi cari cara untuk menghasilkan refleksi pada setiap gambar yang diambil. Cuba bermain dengan teknik refleksi maka anda akan dapat menghasilkan gambar yang cantik.



Credit photo: Google

Ok that's all.
Thank you for reading!
Share: