Di hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita lihat dan teliti senarai waktu yang mustajab untuk berdoa.
Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa:
Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa:
- Waktu pagi sebelum terbit matahari, iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh.
- Di antara waktu Zuhur dan Asar, juga di antara Asar dan Maghrib.
- Setiap lepas solat fardhu.
- Waktu di antara azan dan iqamat.
- Ketika bangun tidur.
- Semasa solat, iaitu sebelum salam, selepas membaca tasyahud akhir.
- Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
- Pada masa takbir solat hari raya, masa di antara takbir semasa solat.
- Waktu di antara dua khutbah, khutbah Jumaat dan khutbah hari raya.
- Waktu menziarahi makam Rasulullah di Masjid Madinah.
- Waktu melakukan urusan penting.
- Waktu membaca doa qunut pada solat Subuh.
- Pada masa mengadakan majlis dan upacara, yang bukan berbentuk maksiat.
- Waktu ditimpa kesulitan, kecewa dan hati tidak tenteram.
- Waktu bertemu kembali dengan sanak saudara atau sahabat yang lama terpisah.
- Waktu hujan turun.
- Waktu hendak memulakan solat dan setelah selesai solat.
- Waktu selesai khatam 30 juz Al-Quran atau selepas selesai membaca mana-mana ayat Al-Quran.
- Sewaktu sujud.
Jadi pilihlah waktu dan saat yang mustajab ini untuk berdoa dan memohon kepada Allah! Minta perkara besar dan utama kepada Allah Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah. Contohnya:
- Mohon diampunkan segala dosa
- Mohon hidayah dan taufik
- Mohon keredhaan dariNya
- Mohon dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab
Atau apa-apa sahaja doa dan permintaan anda kerana Allah Maha Mendengar. Ibnu 'Ataillah berkata dalam kitab Hikamnya:
"Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk meminta, ketahuilah sesungguhnya Allah hendak memberimu."