Anak-anak kecil atau bayi kerap kali demam dan kadang kala demam panas yang berpanjangan. Sawan/kancing gigi ketika demam panas disebut sebagai 'febrile seizure' jika dalam bahasa 'medical' nya. Ibu-ibu pernah ada pengalaman anak-anak demam panas sampai kena sawan/kancing gigi tak?
Mesti cemas dan takut, risau lagi, tengok anak kita macam tu kan? Nak nak lagi kalau pertama kali kena macam tu. Betul tak? Memang tak sanggup tengok anak-anak ni tak sihat sedikit, sedih dan risau sangat kan?
Apa itu 'febrile seizure'?
Ianya adalah sawan/kancing gigi yang terjadi hanya apabila kanak-kanak demam panas, tanpa bukti-bukti jangkitan kuman pada otak atau lain-lain sebab yang boleh menyebabkan sawan terjadi. Kerap kali terjadi dalam kalangan kanak-kanak atau bayi yang berumur 3 bulan hingga 6 tahun.
Sebab-sebab perlu dimasukkan ke hospital:
Apa itu 'febrile seizure'?
Ianya adalah sawan/kancing gigi yang terjadi hanya apabila kanak-kanak demam panas, tanpa bukti-bukti jangkitan kuman pada otak atau lain-lain sebab yang boleh menyebabkan sawan terjadi. Kerap kali terjadi dalam kalangan kanak-kanak atau bayi yang berumur 3 bulan hingga 6 tahun.
Sebab-sebab perlu dimasukkan ke hospital:
- Apabila sawan/kancing gigi itu pertama kali terjadi
- Untuk memastikan sawan/kancing gigi itu bukan atas sebab-sebab lain seperti jangkitan kuman pada otak ('meningitis'/'encephalitis') atau ketumbuhan pada otak atau lain-lain sebab
- Takut akan berlaku episod sawan/kancing gigi seterusnya yang berulang
- Untuk mengenal pasti punca demam panas selain daripada 'meningitis' atau 'encephalitis'
- Untuk mengurangkan kerisauan ibu bapa/penjaga
- Tinggal jauh dari hospital atau klinik
Antara langkah awal yang boleh dilakukan jika anak mengalami sawan/kancing gigi:
- Bertenang dan jangan cemas
- Perhatikan berapa lama sawan/kancing gigi itu terjadi, bila dan sedang buat apa ketika ianya terjadi
- Letakkan anak dalam posisi baring mengiring ke sebelah kiri
- Lapkan muntah atau apa-apa cecair yang keluar dari mulut, jika ada
- Jangan letakkan apa-apa objek seperti sudu atau kain di dalam mulut, jika gigi sudah terkancing
- Jangan bagi apa-apa makanan, minuman, ubat atau cecair melalui mulut.
- Sentiasa berada dekat dengannya sehingga sawan/kancing gigi beransur reda
- Selepas sawan/kancing gigi reda, tenangkan anak anda
- Jika sawan/kancing gigi masih tidak reda dan berlaku lebih dari 5-10minit, segera bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan
'Febrile seizure' ini tidak bahaya dan hanya berlaku ketika demam panas. Tiada komplikasi yang merbahaya direkodkan setakat ini melainkan ada beberapa faktor seperti genetik keluarga yang mempunyai sawan/epilepsi. Jika terdapat faktor-faktor tersebut, kanak-kanak atau bayi mungkin akan kerap mengalami sawan.
Jadi, ibu-ibu dah boleh bertenang dan jangan cemas sangat ya bila anak kena sawan/kancing gigi. Ambil langkah-langkah awal seperti di atas, in shaa Allah, semua ok. Itu saja nak kongsikan hari ni. Semoga memberi manfaat kepada semua!