Tuesday, January 15, 2019

Khasiat Buah Pisang Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Assalamualaikum semua.

Buah pisang merupakan buah yang senang ditemui di Malaysia dan ramai juga yang gemar memakan buah pisang ini. Ia mudah didapati di semua tempat pada harga yang berpatutan. Buah pisang sering juga digunakan sebagai pencuci mulut. Rasanya yang manis menjadi kegemaran ramai. Ia enak dimakan begitu saja malahan boleh dijadikan ramuan kepada kuih muih, kek dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa pisang juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan?

Buah pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti Kalium dan juga Asid Folic. Selain itu, buah pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti Vitamin C, Vitamin B Kompleks, Kalium, Kalsium, Fosforus, Zat Besi dan Magnesium.

Khasiat Buah Pisang Untuk Kesihatan Tubuh Badan, Manfaat Buah Pisang, Buah Pisang, Pisang

Khasiat Buah Pisang Untuk Kesihatan Tubuh Badan

1. Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat
Memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan Vitamin A jika dibandingkan dengan buah epal. Ia juga kaya dengan kandungan Potassium di mana kadar Potassium mencapai 400mg di dalam buah pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, buah pisang selalu digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.

2. Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalamnya dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh badan. Memakan 2 buah pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

3.Menurunkan Berat Badan
Berita baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, buah pisang adalah jawapannya. Kalori yang rendah menyebabkan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.

4. Mengubati Jerawat
Cara untuk mengubati jerawat dengan semula jadi tanpa pencuci muka ialah dengan menggunakan buah pisang. Hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat. Biarkan selama beberapa minit dan bersihkan menggunakan air. Ulangi cara ini selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.

5. Mengurangi Rasa Sakit Ketika Datang Haid
Untuk kaum wanita, masalah sakit ketika datang haid dapat diatasi dengan memakan buah pisang. Perbanyakkan memakan buah pisang sewaktu sedang haid bagi mengurangi kesakitan yang dialami.

6. Mengubati Sembelit
Buah pisang dapat digunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit. Pisang dapat membantu melancarkan pembuangan air besar. Ia juga berupaya untuk melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit.

7. Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Nyamuk
Masalah kegatalan akibat gigitan nyamuk sangatlah mengganggu. Namun kegatalan itu dapat dikurangkan dengan menggunkan kulit pisang. Caranya, ambil kulit pisang dan sapukan secara perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.

8. Meningkatkan Mood
Memakan sejumlah buah pisang bermanfaat untuk membantu menaikkan mood seseorang sehingga mood menjadi stabil dan kurang tekanan.

Memang banyak khasiat buah pisang untuk kesihatan tubuh badan. Oleh itu, mari makan buah pisang dan jadikannya amalan setiap hari. Namun perlu diingat untuk pesakit kencing manis atau Diabetes yang perlu mengurangkan kandungan gula dalam makanan, jangan makan terlalu banyak buah pisang kerana ia juga berupaya meningkatkan kadar gula di dalam darah anda. Semoga kita diberi kesihatan yang baik!

4 comments:

  1. Kena rajin rajin makan pisang la.. Baru mood gembira je dan berat pun turun.. Bagus nie..

    ReplyDelete
  2. berkhasiat dan mengenyangkan..salah satu buah kegemaran..
    tq berkongsi info bermanfaat

    ReplyDelete
  3. terbaek.. baik utk stamina juga. Geng bola selalu bawa pisang masa ada game :)

    ReplyDelete
  4. Oo boleh membantu period pain ye boleh Cuba nanti

    ReplyDelete