Saturday, January 12, 2019

Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak Sekolah

Assalamualaikum semua.

Kanak-kanak menghabiskan tempoh masa yang lama di sekolah. Lazimnya, satu pertiga daripada keperluan nutrien harian akan dimakan di sekolah. Ini bermakna pengambilan makanan di sekolah penting untuk memenuhi keperluan harian kanak-kanak sekolah. Ia juga memberi kesan kepada tahap tenaga dan daya tumpuan kepada pelajaran serta mempengaruhi tabiat makan dan tumbesaran. Seorang ibu yang sibuk boleh mengimbangkan antara pemakanan sihat dengan makanan yang menarik untuk anak dengan menyediakan bekalan yang mengandungi lima jenis makanan utama seperti berikut:


Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah, sandwich sihat, makanan sihat
  • Sandwich sihat
Sandwich adalah popular kerana ia mudah dimakan dan disediakan. Pilih roti penuh bijirin kerana ia mengandungi lebih serat. Lapiskan sandwich dengan isi yang digemari oleh anak seperti ikan tuna atau sardin, keju, isi ayam yang dipanggang atau telur rebus yang dilecek dengan sedikit mayonis. Tambahkan sedikit sayur seperti timun, salad atau lobak.

Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah, mee goreng sihat, makanan sihat, mee goreng, mi goreng

  • Nasi atau mi goreng
Selain daripada sandwich, makanan utama yang mudah dibawa ke sekolah ialah nasi/mi/mihun/pasta goreng. Ia lazat dan digemari oleh kanak-kanak. Tambahkan lebih sayur, telur, ayam atau daging dalam nasi atau mi goreng untuk menjadikan ia seimbang. Kurangkan penggunaan minyak berlebihan untuk menumis. Hidangan panas mudah menjadi basi. Pastikan hidangan tidak dimasak terlalu awal. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas bekalan. Gunakan bahan mentah yang segar untuk membuat nasi goreng, pastikan nasi putih yang dimasak telah disimpan di dalam peti sejuk atau baru dimasak.

Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah, buah-buahan, sayur-sayuran, buah dan sayur, buah sihat, sayur sihat, makanan sihat
  • Buah dan sayur
Bekalkan juga buah segar seperti pisang, jambu, epal, lai atau limau. Ada kanak-kanak yang gemar sayur segar seperti lobak merah, timun dan sengkuang.

Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak Sekolah, susu sihat, makanan sihat, susu, susu berkhasiat, dutch lady, susu dutch lady
  • Susu
Minuman susu dalam kotak sama ada susu biasa atau berperisa harus menjadi bahan tetap yang dibekalkan ke sekolah. Ia mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum, lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan makanan.

Bekalan Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak Sekolah, Snek sihat, biskut, makanan sihat, oat krunch, biskut oat, biskut berkhasiat, biskut oat krunch
  • Snek berkhasiat untuk masa rehat
Snek ringan juga adalah penting, terutama bagi waktu rehat. Bekalkan biskut, kek, sandwich atau kuih tempatan yang berkhasiat serta buah-buahan. Kurangkan pilihan snek yang manis, masin dan berlemak.

  • Air kosong
Air kosong adalah minuman yang paling sesuai untuk kanak-kanak sekolah. Minuman kordial dan air bergas mengandungi gula yang tinggi dan boleh mengurangkan selera serta menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat jika diminum terlalu kerap. Bekalkan air sejuk atau air yang dibekukan dalam bekas air yang dibungkus. Ia dapat mengekalkan suhu sejuk dan lebih digemari.

Hidangan utama ini sangat sesuai bagi kanak-kanak yang makan tengah hari di sekolah atau tidak sempat bersarapan. Bekalkan mereka makanan sihat ini setiap hari untuk memastikan anak anda mendapat pemakanan yang seimbang di sekolah. Bagi anak yang susah makan, ajak dia sama-sama memilih atau menyediakan bekalan makanan. Ini mungkin dapat membantu membuka seleranya.

7 comments:

  1. bekal biasanya Diah buat yang simple sebab kalau heavy sangat anak tak habis makan pon

    ReplyDelete
  2. Teringat pula zaman sekolah. Dulu selalu bawa bekal nasi goreng. Air kosong tu memang wajib bawa setiap hari.

    ReplyDelete
  3. Dina skrg pergi kelas pun buat bekal.

    ReplyDelete
  4. Saya pergi kerja pun bawa bekal huhu azam tahun baru konon nya moga istiqamah lah hendaknya

    ReplyDelete
  5. anak sedara ejulz kebanyakannya bekal air je. makanan beli.. hehe

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang bagus.. Anak-anak akak jarang nak bawa bekal makanan.. selalu bawa air masak je..

    ReplyDelete
  7. Good sharing.. syafi hari2 bawa bekal.nak krna bawakan dia bekal.sihat la

    ReplyDelete