Monday, December 17, 2018

Aku Manusia - Winter Words & Warm Memories


Dalam jasad yang hina,
ada hati yang berdosa,
andai kamu anggap yang baik sahaja,
kamu silap semahunya,

Aku ialah manusia,

Dalam dakapan berganda,
selalunya tertumpah warna,
warna hitam ketawa,
juga lesu binasa,

Aku itu manusia,
sungguh terbelah tak berdaya,
masih tak sedar malam hitam bercahaya,
seakan dosa itu bergelora,
tak mungkin menanggung bahagia,

Aku masih manusia,

Membunuh palsu segala,
terhenti kaku sebuah bicara,
sentiasa bukan si mulia,
namun ingin pahala bertakhta,

Aku sentiasa manusia,

Nafsu porak peranda,
hati juga gundah gulana,
jasad semakin tua,
hidup ini semakin lama,

Aku tetap manusia,

Akan kerana satu dosa,
jangan dihina,
bila berlabuh sebuah senja,
tanganku mula di dada,

Kerna akulah manusia,
yang terkapai mahu merasa,
Sebuah kasih Tuhan-NYA.

-Aku Manusia | Winter Words & Warm Memories

3 comments:

  1. InshaAllah apabila kita ada niat berbuat baik dan mahu mengenal Allah, Allah lebih dahulu datang pada kita.
    Sajak sangat memberi kesan keinsafan..

    ReplyDelete
  2. Semoga kita menjadi manusia yang berguna dunia dan akhirat. ^^

    ReplyDelete
  3. Manusia itu adalah makhluk terpilih dikalangan hamba-hambaNYA yang lain.

    ReplyDelete