Monday, November 12, 2018

Yang Mana Satu, Kejayaan Atau Kebahagiaan?


Assalamualaikum semua.

Kejayaan dan kebahagiaan itu sesungguhnya memang menjadi idaman setiap daripada kita. Tanpa mengira asal usul, pangkat, kaya atau miskin, di desa atau di bandar. Persoalan yang sering menghantui diri kita, adakah kita perlu berjaya dahulu untuk meraih sebuah kebahagiaan?
Menurut Sayidina Ali bin Abu Talib: "Kebahagiaan ialah sesuatu yang dapat menghantar kepada kejayaan (syurga)."
Ini jelas menunjukkan bahawa sebuah kebahagiaan itu merupakan alat untuk meraih kejayaan dan bukan sebaliknya, sedangkan kita berasa bahagia ketika mencapai kejayaan yang diimpikan. Contohnya di sini, apabila kita berjaya meraih segulung ijazah atau berjaya naik pangkat, mari tanya diri kita ini yang mana lebih berharga, pencapaian itu sendiri atau perasaan bahagia kita?

Kita sudah mendapatkan segulung ijazah tapi terfikir pula bahawa ramai yang sudah ada segulung ijazah namun masih juga sulit untuk mendapat pekerjaan, adakah kita merasa bahagia? Kita menjadi seorang jutawan tapi bimbang pula harta akan dicuri orang, adakah kita masih bahagia? Mungkin tidak. Maka jelaslah di sini bahawa bahagia kita itu bukan semata bergantung kepada segulung ijazah atau harta.

Hal ini kerana bahagia itu ialah pada perasaan tenang, puas dan damai yang sebenarnya sudah diberi secara percuma tanpa henti dalam diri kita ini. Tak perlu mengejarnya di mana-mana kerana kita boleh sahaja berasa bahagia tanpa segulung ijazah atau harta yang melimpah ruah.

Dalam erti kata lain, kita selama ini sudah menemui kejayaan tetapi tidak menikmati rasa berjaya itu dalam diri setiap hari. Padahal jika kita mampu mengolah rasa itu dalam setiap aktiviti kehidupan, pasti kita sudah pun menikmatinya. Ini kerana sebuah kejayaan itu bukan satu pencapaian tetapi ianya adalah hasil daripada rasa hati kita yang bahagia.

Proses mencapai sebuah kejayaan itu hakikatnya lebih bermakna dalam menuju apa yang diimpikan, bukan hasilnya semata-mata. Jika hati kita berasa bahagia, hasilnya pasti sebuah kejayaan. Jika inilah prinsipnya, maka kita akan sentiasa menjalani hidup dengan rasa kejayaan. Jika kita merasa bahagia, maka kejayaan akan bersama kita hingga hujung nyawa.

5 comments:

  1. Kebahagiaan itu mencetus banyak percikkan kejayaan..insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Nice sharing...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Perkongsian yang bagus..
    Sha pilih bahagia.. dari bahagia pasti datang kejayaan..

    ReplyDelete
  4. Betul !! Dari kebahagiaan barulah wujud kejayaan. Kejayaan tak semestinya terlihat secara fizikal melalui mata kasar tetapi juga apa yang kita rasa. Dan apa yang pernah kita lalui

    ReplyDelete