Bros Cafe @ Uptown Avenue, Seremban 2

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat!

Kebelakangan ini, agak sibuk dengan beberapa hal. Lama tak berkesempatan untuk buat entri di blog. Sempat intai jenguk macam tu saja. Tambahan pula, baru baik dari demam. Kesihatan tak mengizinkan. Huhu. Baru-baru ni, sambil selesaikan kerja dekat luar, sempat juga luang masa sekejap singgah mengopi dekat satu kedai ni. Macam-macam benda kebelakangan ni, luanglah masa sekejap mengopi hilangkan stress. Hehe.

Siapa pernah tengok dan layan cerita drama My Coffee Prince, lakonan Fattah Amin and the gang, serta Janna Nick, mungkin familiar dengan kafe ini kerana penggambarannya dibuat di kafe ni, Bros Cafe yang terletak di Uptown Avenue, Seremban 2, Negeri Sembilan. Area Uptown Avenue, Seremban 2 ni memang terdapat banyak kedai makan, kafe yang best untuk lepak, reunion dan luangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan sambil mengopi. Salah satunya adalah di Bros Cafe ni.

Kafe ini dibuka oleh orang Korea sendiri, dan terkenal dengan konsep ‘Korean Dessert Cafe’. Bila dah nama Korean Dessert, bolehlah cari Bingsoo dekat sini. Hehe. Interior design kedai ni simple tapi cantik, memberi ketenangan dan keselesaan kepada orang yang mengunjungi. Sesuai kalau sesiapa nak siapkan kerja dekat sini sambil mengopi sebab ada WiFi free, sambil boleh mengopi, tenangkan perasaan yang berkecamuk tu dengan kerja yang berlambak. Hihi. Sesiapa yang suka membaca, boleh baca novel sambil mengopi. Tenang ya amat! Memang sesuai sangatlah untuk 'coffee lover'.








Masa ke sana hari tu, order white coffee, Kim's noodle dan juga Bingsoo dia yang diberi nama 'Man In Bros' dalam menu dia. Tertarik nak order Bingsoo tu sebab ada Tiramisu tapi sayang masa pergi tu dah petang, Tiramisu cake dia dah habis, mungkin laris sangat, jadi dia gantikan dengan 1 lagi scoop aiskrim vanilla. Hahaha. Agak kecewa sedikit di situ ya. Lain kali nak rasa juga Tiramisu tu!



Flat White Coffee
RM12
Agak pahit, not recommended for those yang baru2 nak try minum kopi.
Too small maybe? Hahaha.


Kim's Noodle
RM18
Ala-ala maggi yang ditambah dengan kimchi, telur dan taugeh.
Yummy!


Man In Bros Bingsoo
RM28
Kombinasi Dark chocolate, Espresso, Tiramisu(sepatutnya hahaha) with Vanilla Ice cream.
Sayang masa tu tak ada Tiramisu cake jadi dapat 2 scoop ais krim. Haha.


Last but not least, hello everyone! Hahaha.
Muka tak berapa nak gembira sebab tak dapat Tiramisu lol.

Ok, boleh cuba try rasa makan di kafe ini. Hihi. Ada beberapa menu yang baru dia tambah. Nanti boleh cuba lagi. Hehe. Sesiapa yang berminat nak mengopi di area Seremban ni bolehlah cuba ya.

Alamat:
No. 297, Jalan S2 B13, Uptown Avenue Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Maklumat lanjut:
Instagram Bros Cafe

Ok that's all.
Thank you for reading!




Share:

Rumah Penginapan - Love Like Rumi


Wujud manusia adalah rumah penginapan
Setiap pagi, tamu baru
Kegembiraan, kesesakan, kekejaman
Kadang kesedaran-kesedaran sesaat tiba
Sebagai tamu kejutan.

Sambut dan jamu semua
Bahkan jika itu tumpukan kesedihan
Yang ganas sapu semua perkakas rumahmu
Boleh jadi ia bersihkan dirimu
Demi pesona baru.

Kesesakan, rasa malu, kelicikan
Berlawan di pintu dengan ketawa
Ajak masuk
Syukuri apa aja yang datang
Kerana semua diutus
Sebagai pandu dari sana.

Jika direnungkan dan diambil hikmahNya, kesulitan juga mematangkan dan memberi pencerahan. Kesederhanaan itu sebaik-baiknya.
Rumah Penginapan - Love Like Rumi
Share:

GeDabucks Foodstation @ Seremban - Part 1

Assalamualaikum semua.

Semalam aku dinner di GeDabucks Foodstation, Seremban, Negeri Sembilan. Ini adalah di antara tempat makan menarik di Seremban dan dah mula viral kebelakangan ini. GeDabucks Foodstation ini menarik dan mendapat sambutan ramai kerana konsep gerai makanan kontena atau cabinnya yang cantik dan unik. Dibuka dari 5.00 pm hingga 1.00 am. Jadi, memang sesuai untuk menikmati dinner anda di sini. Apa tunggu lagi orang-orang sekitar Seremban, jomlah serbu tempat makan ni!

GeDabucks Foodstation, selain konsep dan namanya yang unik, terdapat bermacam-macam aneka gerai yang tentu dapat menarik cita rasa orang ramai untuk mencuba makanan di sini. Terdapat 20 gerai makanan di sini kesemuanya termasuk gerai masakan panas, dessert, western, nasi arab, sizzling, minuman dan lain-lain lagi. Memang beraneka pilihan, boleh pilih nak makan apa saja kalau makan di GeDabucks Foodstation ni. Selain dari makanannya, tempatnya juga selesa, boleh pilih nak duduk luar menikmati angin malam yang sepoi sepoi bahasa atau duduk dalam beratap.

  • Tempat Makan Menarik Di Seremban | GeDabucks Foodstation
  • Tempat Makan Menarik Di Seremban | GeDabucks Foodstation
Senarai gerai makanan yang ada di GeDabucks Foodstation:
  • Gedabucks CAFE
  • OTAK-OTAK SANTAI SANTAP
  • KEROPOK Lekor Haji Luq
  • RATU SATAY
  • Cabin 1 SHISHA QWEN
  • Cabin 2 AYAM PENYET SUNNY 07
  • Cabin 3 DAPUR SIZZILING MIA
  • Cabin 4 TOMYAM MASAKAN PANAS
  • Cabin 5 DR DESSERT.MY
  • Cabin 6 UMI KITCHEN ASAM PEDAS
  • Cabin 8 NASI ARAB KAK CHAH
  • Cabin 9 BURGER STATION
  • Cabin 10 AIDA CORNER ROTI SANGKAYA
  • Cabin 11 COKELAT DELIGHT
  • Cabin 12 LET'S MAKAN
  • Cabin 13 D’QUEEN CHAR KUEY TEAW
  • Cabin 14 DEEPLICIOUS FOODSTATION
  • Cabin 15 SUP PIAWW BONDA
  • Cabin 16 GEDABUCKS STEAKHOUSE
  • Cabin 17 WARiG’H SON’S KUAH BELADO
  •  
Jadi semalam, datang untuk dinner di GeDabucks Foodstation ni memang dah tak sabar nak cuba makanan di 2 gerai iaitu di gerai Cabin 5 DR DESSERT.MY dan juga Cabin 12 LET'S MAKAN sebab dah lama usha dekat Instagram mereka, memang mengeliur selalu tengok gambar-gambar makanan dia! Harga dia murah dan berpatutan ok! RM8 untuk hampir semua menu, murahkan? Ini antara yang viral dan memang sedap! Jangan lupa cuba makan makanan di 2 gerai cabin ini kalau datang di GeDabucks Foodstation ni ya!

Cabin 5 DR DESSERT.MY
Gerai ala ala Dip n Dip: Waffle, Churros, Brownies, Banana Split, Aiskrim Gulung
Boleh request 'WISH PLATE' lagi for free!
Harga: RM5 - RM15


Cabin 12 LET'S MAKAN
Chicken Wings pedas yang viral!
Menu: Chicken Wings, Tortilla, Quesadilla, Cheezy Chicken Popcorn, Cheezy Nachos
Harga: RM8++
Ok memang nampak sedap dan mengancam makanan-makanan dekat sini. Jadi semalam, aku makan Waffle Dip n Dip di Cabin 5 DR DESSERT.MY berharga RM8, Cheezy Chicken Popcorn di Cabin 12 LET'S MAKAN berharga RM8, dan juga Char Kuey Tiaw Special + Char Kuey Tiaw Telur Goyang berharga RM8 dan RM7 di Cabin 13 D’QUEEN CHAR KUEY TEAW. Dah lama tak makan char kuey tiaw teringin pula nak makan malam tadi. Char kuey tiaw ni pun recommended ya semua! Cuba jangan tak cuba bila datang GeDabucks Foodstation ni! Jadi, semua makanan yang aku makan semalam berharga RM8 saja satu menu. Kan dah cakap murah saja makanan- makanan di sini. Apa tunggu lagi orang-orang sekitar Seremban, marilah serbu!

Tempat Makan Menarik Di Seremban | GeDabucks Foodstation

Sedapnya! Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Hihi. Ok itu saja food hunting aku pada kali ini di GeDabucks Foodstation. Next time, nak repeat lagi ke sini dan cuba makanan-makanan lain di gerai cabin yang lain juga. Semua nampak menarik dan menyelerakan! Recommended. Satisfied. Yummy!

Alamat:
Lot 9025, 2, Persiaran Sri Pulai, Taman Sri Pulai, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

More info about GeDabucks Foodstation:
https://www.instagram.com/gedabuckscabin

Ok that's all.
Thank you for reading!




Share:

Kenali Apa Itu Penyakit Bipolar | Bipolar Disorder

Assalamualaikum semua.

Salam Jumaat penghulu segala hari! Siapa dekat sini yang senang sangat nak bertukar mood dia? Kejap rasa stress, sedih, kejap rasa gembira sangat tak terkata. Kadang-kadang rasa macam, eh aku ni sakit ke? Apa kena dengan aku ni? Ada tak macam tu? Ok semua. Pernah dengar penyakit Bipolar atau 'Bipolar Disorder'? Marilah kita kenali apa itu penyakit Bipolar atau 'Bipolar Disorder'.

Apakah Penyakit Bipolar atau 'Bipolar Disorder'?

Ianya adalah satu penyakit mental yang melibatkan perubahan emosi  atau mood yang melampau. Pada masa tertentu individu berada pada kutub tertentu, pada masa lain berada pada kutub bertentangan. Individu boleh berada pada suatu kutub iaitu episod manik/hipomanik atau kutub bertentangan iaitu episod kemurungan. Apabila diserang penyakit ini, fungsi akan terjejas, tidak dapat mengawal diri, pekerjaan merosot, hubungan sosial terganggu.

Episod Manik
Mengalami (selama 7 hari/lebih) :
-Mood/emosi melampau, mudah marah, resah
-Peningkatan self-esteem
-Bercakap banyak dari biasa
-Tidur yang singkat < 3jam
-Mempunyai banyak idea & aktiviti yang mahu dilakukan
-Fikiran mudah terganggu
-Melakukan aktiviti memudaratkan seperti seks rambang, melabur, membeli barang mahal 

Episod Hipomanik
Mengalami (selama 4 hari/lebih) :
-Sama seperti episod manik
-Tiada gangguan kepada fungsi individu/pekerjaan/hubungan sosial.

Episod Kemurungan (Depression)
Mengalami (selama lebih 2 minggu) :
-Perasaan sedih
-Tiada minat melakukan aktiviti seharian/aktiviti disukai
-Berat badan, selera makan berkurang/bertambah
-Susah tidur/tidur yang melampau
-Cepat letih/kurang bertenaga
-Rasa diri tidak berguna/rasa bersalah/tiada keyakinan diri
-Konsentrasi mudah terganggu
-Berfikir berulang kali untuk membunuh diri/cubaan bunuh diri

Bagaimanakah Merawat Penyakit Bipolar?
-Pesakit episod manik/kemurungan yang serius perlu dimasukkan ke hospital

-Rawatan Biologikal (Ubat-ubatan):
  1. Mood Stabilizer
  2. Anti-psychotic
  3. Anti-depressant
  4. Anti-anxiety
  5. Sleeping Pill
-Rawatan Psikososial:
  1. Berbincang cara penyelesaian masalah
  2. Berbincang cara menangani kemarahan
  3. Berbincang cara menangani stress
  4. Mendapat penjelasan tentang penyakit, rawatan dan komplikasi
Ok, jadi ini serba sedikit tentang penyakit Bipolar atau 'Bipolar Disorder'. Semoga bermanfaat buat semua.

Share:

Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K.


Assalamualaikum semua. 

Jom join! Klik banner di atas untuk turut serta dalam Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12.12.2018. Semoga tersenarai dalam bloglist S.K. Hehe. Thanks!
Share:

Senarai Peserta Giveaway #1 by YEASLMN

Assalamualaikum semua.

Berikut adalah senarai peserta bagi Giveaway #1 by YEASLMN setakat ini. Akan diupdate dari semasa ke semasa ya. Terima kasih yang sudi join. Yang belum join dan berminat nak join boleh join di SINI.

*UPDATE*
Tarikh Tutup Penyertaan: 4 Disember 2018


Senarai Peserta Giveaway #1 by YEASLMN:
  1. https://kasihkuamani.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html?m=0
  2. https://ourmemoria.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  3. https://jom-santai-aje.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  4. https://aienienka.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html 
  5. http://www.syahidahfadilah.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  6. https://stnrsyfh.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  7. https://ailya-saffaa.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  8. https://jm2u.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  9. https://jombercontest.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  10. https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html?m=1
  11. http://www.mamapipie.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html?m=1
  12. https://penselduabee.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  13. https://merahcekelat.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  14. http://www.farhanajafri.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  15. https://mrsablogstori.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  16. https://dramaticyang.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  17. http://caramelmacchiyato.blogspot.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  18. https://ladyinredplanner.blogspot.com/2018/12/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  19. https://greennnpanda88contest.blogspot.com/2018/12/giveaway-1-by-yeaslmn.html
  20. http://www.sayidahnapisah.com/2018/11/giveaway-1-by-yeaslmn.html
Ok, sambil-sambil tu bolehlah blogwalking di blog mereka ya. Thanks!
Share:

Yang Mana Satu, Kejayaan Atau Kebahagiaan?


Assalamualaikum semua.

Kejayaan dan kebahagiaan itu sesungguhnya memang menjadi idaman setiap daripada kita. Tanpa mengira asal usul, pangkat, kaya atau miskin, di desa atau di bandar. Persoalan yang sering menghantui diri kita, adakah kita perlu berjaya dahulu untuk meraih sebuah kebahagiaan?
Menurut Sayidina Ali bin Abu Talib: "Kebahagiaan ialah sesuatu yang dapat menghantar kepada kejayaan (syurga)."
Ini jelas menunjukkan bahawa sebuah kebahagiaan itu merupakan alat untuk meraih kejayaan dan bukan sebaliknya, sedangkan kita berasa bahagia ketika mencapai kejayaan yang diimpikan. Contohnya di sini, apabila kita berjaya meraih segulung ijazah atau berjaya naik pangkat, mari tanya diri kita ini yang mana lebih berharga, pencapaian itu sendiri atau perasaan bahagia kita?

Kita sudah mendapatkan segulung ijazah tapi terfikir pula bahawa ramai yang sudah ada segulung ijazah namun masih juga sulit untuk mendapat pekerjaan, adakah kita merasa bahagia? Kita menjadi seorang jutawan tapi bimbang pula harta akan dicuri orang, adakah kita masih bahagia? Mungkin tidak. Maka jelaslah di sini bahawa bahagia kita itu bukan semata bergantung kepada segulung ijazah atau harta.

Hal ini kerana bahagia itu ialah pada perasaan tenang, puas dan damai yang sebenarnya sudah diberi secara percuma tanpa henti dalam diri kita ini. Tak perlu mengejarnya di mana-mana kerana kita boleh sahaja berasa bahagia tanpa segulung ijazah atau harta yang melimpah ruah.

Dalam erti kata lain, kita selama ini sudah menemui kejayaan tetapi tidak menikmati rasa berjaya itu dalam diri setiap hari. Padahal jika kita mampu mengolah rasa itu dalam setiap aktiviti kehidupan, pasti kita sudah pun menikmatinya. Ini kerana sebuah kejayaan itu bukan satu pencapaian tetapi ianya adalah hasil daripada rasa hati kita yang bahagia.

Proses mencapai sebuah kejayaan itu hakikatnya lebih bermakna dalam menuju apa yang diimpikan, bukan hasilnya semata-mata. Jika hati kita berasa bahagia, hasilnya pasti sebuah kejayaan. Jika inilah prinsipnya, maka kita akan sentiasa menjalani hidup dengan rasa kejayaan. Jika kita merasa bahagia, maka kejayaan akan bersama kita hingga hujung nyawa.

Share:

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz


Assalamualaikum semua.

Join Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz ni pula. Berlangsung 5 November 2018 - 30 November 2018. Sempena hari Jumaat yang mulia ini, jom kita share ayat Al-Quran.


Salam Jumaat semua!
Ok that's all.
Thank you for reading!
Share:

#7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal


Assalamualaikum semua.

Dah lama nak join #7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal ni, tapi sebab tak ada Facebook dan Twitter, macam sedih haritu sebab tak dapat penuhi syarat. Haha. Lepas tu pergi tengok lagi sekali. Eh! Kalau tak ada pun boleh join dah. Apa lagi. Terus buat entri. Hehe. Jom join semua, click banner di atas kalau nak join juga ya! Hadiah menarik. Hehe. Salam kenal Bro Zumal. Tahniah dah 7 tahun dalam dunia blogger. Hehe. Dah penuhi syarat kecuali part Facebook dan Twitter tu. Huhu.

Ok that's all.
Thank you for reading!
Share:

Giveaway #1 by YEASLMN

Assalamualaikum semua.

Dengan ini dimaklumkan bahawa blog 'YEASLMN' ini ingin melancarkan Giveaway buat julung kalinya. Haha. Sebab ada orang nak sponsor hadiah okay! Seronok tak, nak join Giveaway? Mestilah seronok sebab dapat hadiah kan! Hehe. Jom join ramai-ramai ok, tanda support semua kepada blog ini. Hihi. Thank you! Oklah, tanpa membuang masa lagi, jom tengok banner, syarat-syarat dan hadiahnya di bawah!

Banner:



Syarat-Syarat:

1. Buat 1 entri bertajuk 'Giveaway #1 by YEASLMN' di blog anda
2. Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink kan ke entri ini
3. Like FB Page MR Perfume dan MURAH RIZKI Shoppe
4. Share FB Page MR Perfume dan MURAH RIZKI Shoppe di FB anda (set to Public)
5. Tag 3 orang rakan FB anda di post yang anda share *Tak Wajib*
6. Follow Instagram MR Perfume dan MURAH RIZKI Shoppe
7. Follow blog YEASLMN 
8. Follow Google+ yeaslmn dan Instagram yeaslmn *Tak Wajib*
9. Letak link entri anda dan link post FB anda (Share Page) di ruangan comment entri ini

Hadiah-Hadiah x 3 Pemenang:

1. 1 botol EDP Perfume (35ml) (Sponsored  by MR Perfume)
2. 1 helai Tudung Ruffle (Sponsored by MURAH RIZKI Shoppe)
3. 1 Fridge Magnet + Make-Up Purse (Sponsored by  YEASLMN)

*3 pemenang yang bertuah akan dipilih menggunakan RANDOM.ORG*

*UPDATE
Tarikh Tutup Penyertaan: 4 Disember 2018

Wah! Apa tunggu lagi, jom join Giveaway ni ramai-ramai ok! Syarat-syarat simple sahaja kan? Hehe. Thank you in advanced for your support ya!

Ok that's all.
Thank you for reading!
Share:

Rumusan Untuk Bajet/Belanjawan 2019 Malaysia

Assalamualaikum semua.

Berikut adalah rumusan kepada Bajet/Belanjawan 2019 Malaysia oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Lim Guan Eng.



*Belanjawan2019*
Sekolah Kebangsaan – RM250 juta.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – RM50 juta.
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM50 juta.
Sekolah Berasrama Penuh – RM50 juta.
Maktab Rendah Sains Mara – RM50 juta.
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RM50 juta.

*Belanjawan2019*
Sekolah Mubaligh – RM50 juta.
Sekolah Tahfiz – RM50 juta.
Sekolah Pondok yang berdaftar – RM25 juta.
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School – RM15 juta.
Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – RM12 juta.

*Belanjawan2019*
Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.

*Belanjawan2019*
RM210 juta  sebagai sebahagian daripada agenda pemerkasaan Bumiputera bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan modal insan dikendalikan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

*Belanjawan2019*
Bagi projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM8.8 bilion daripada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%.

*Belanjawan2019*
Kerajaan juga telah membatalkan projek MRT3 yang bernilai RM60 bilion sehingga projek MRT2 disiapkan.

*Belanjawan2019*
Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion.

*Belanjawan2019*
Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion akan ditender semula melalui tender terbuka dan dijangka akan memberi penjimatan kos yang besar.

*Belanjawan2019*
Kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai jualan mulai 1 Januari 2019. Sistem kredit akan juga mengelak percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan.

*Belanjawan2019* 
Kerajaan telah berjaya memiliki semula kapal layar super-mewah, Equanimity dan akan mula menerima bidaan antarabangsa dalam tempoh satu bulan dari tarikh 5 November 2018.

*Belanjawan2019*
Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

*Belanjawan2019*
Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun 2019.

*Belanjawan2019*
Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan.

*Belanjawan2019*
RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara Asean dan kedua, sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain.

*Belanjawan2019*
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SURI. Melalui skim ini, Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.

*Belanjawan2019* 
Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750

*Belanjawan2019* 
Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar.

*Belanjawan2019* 
Kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

*Belanjawan2019* 
Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

*Belanjawan2019* 
Subsidi bil elektrik bulanan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih, kadar subsidi ditingkatkan kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan.

*Belanjawan2019* 
Pemberian bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara yang masih menerima pencen kurang daripada satu ribu ringgit.

*Belanjawan2019* 
Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.

*Belanjawan2019*
Kerajaan prihatin dan ingin membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dengan melaksanakan sepenuhnya Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mulai 1 Januari 2019.

*Belanjawan2019*
Menyediakan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

*Belanjawan2019* 
Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum.

*Belanjawan2019* 
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malayisa (REHDA) telah bersetuju untuk mengurangkan sebanyak 10% harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baharu.

*Belanjawan2019* 
Bagi memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru, RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters Kerajaan yang dikenal pasti.

*Belanjawan2019* 
Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

*Belanjawan2019*
Kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019.

*Belanjawan2019*
Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta.

*Belanjawan2019* 
Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan tahun 2019.

*Belanjawan2019*
Peruntukan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.

Sekian. Semoga Malaysia terus aman, makmur dan bahagia hendaknya.

Ok that’s all.
Thank you for reading!
Share:

Trip ke Pulau Langkawi, Kedah - Part 3

Assalamualaikum semua.

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan November dah kita kan. Tak lama lagi tahun 2018 dah nak melabuhkan tirai. Cepat betul masa berlalu ya. Ok, cerita trip ke Pulau Langkawi, Kedah tak juga habis-habis lagi. Haha. Terima kasih yang sudi singgah dan baca. Siapa yang belum baca lagi atau terlepas pandang boleh baca dulu PART 1 dan PART 2, lepas tu baru boleh baca PART 3 ni ya. Hihi. Ok jom sambung cerita. Lepas check-in Tubotel tengah hari tu, dan siap salin pakaian untuk ke island hopping, kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Pantai Tengah, tempat meetpoint naik boat tu.

Untuk island hopping ni, hanya RM35 seorang. Aku guna Karas Langkawi Travel Agent. Boleh tengok Instagram dia dekat SINI. Aku hanya ambil pakej untuk island hopping je. Karas ni ada buat pakej complete sekali untuk 3 hari 2 malam termasuk penginapan, kenderaan dan island hopping ke 3 buah pulau, dengan hanya RM99 je ok! Murah sangat sangat kan. Dan tengok feedback dia memang trusted agent lah. Korang boleh survey Instagram dia tu ok. Island hopping mula pukul 2.30 ptg masa tu, alang-alang dah keluar awal dari Tubotel masa tu, kami jalan-jalan kejap dekat Pantai Cenang Walk, ada banyak kedai2 tepi jalan. Kedai makan, kedai souvenirs, kedai jual baju nak pergi pulau, macam-macam lah lagi. Jalan-jalan cuci mata dulu. Aku sempat beli fridge magnet Langkawi dan juga topi untuk pakai masa island hopping. Haha.

Lepas dah cuci mata, dan dah nak dekat pukul 2.30 ptg, kitorang pun gerak ke Pantai Tengah. Tak sabar nak island hopping! Haha. Island hopping ke 3 buah pulau, iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar (Eagle Feeding) dan Pulau Beras Basah. Masa nak island hopping ni, berdoa jangan hujan jelah. Huhu. Alhamdulillah, nasib baik tak hujan lebat, renyai-renyai tu ada lah masa nak masuk ke pulau kedua, tapi lepas tu berhenti. Ramai betul masa tu nak tunggu boat untuk island hopping, tapi tak ada lah lama sangat menunggu turn. Alhamdulillah.

Pulau pertama island hopping adalah Pulau Dayang Bunting. Masa tu boat berhenti untuk tunjukkan bentuk Dayang Bunting tu, memang nampaklah. Hehe. Lepas dah sampai di Pulau Dayang Bunting tu, kena jungle trekking sikit untuk ke Tasik Dayang Bunting yang sangat cantik. Jungle trekking tu boleh tahan macam hiking lah juga. Sampai sekarang kaki aku masih ada rasa sakit. Tak fit betul! Haha. Tapi mengenangkan dapat view yang cantik, kaki sakit pun tolak tepi. Haha. Serious pancit masa tu, dalam 10 minit jugalah berjalannya. Tiket masuk untuk ke Tasik Dayang Bunting hanya RM3 seorang, dan tambahan kalau korang nak berkayak, main paddle boat, mandi dekat tasik tu dan berkhelah di sana, tambah RM5 untuk seorang, lepas tu boleh main puas-puas. Ok kita belanja gambar pulau pertama ok!

1. Pulau/Tasik Dayang Bunting

Serious cantik Tasik Dayang Bunting tu. Ok lepas dah 1 jam dekat situ, beralih ke pulau kedua iaitu Pulau Singa Besar (Eagle Feeding). Dekat sini tak turun dari boat pun. Cuma dapat tengok burung helang dekat sini. Banyak gila burung helang terbang dekat sini. Dah Langkawi ni pun memang terkenal dengan burung helang, jadi memang banyaklah dapat tengok helang dekat sini kan. Hehe. Ok jom layan gambar dan video burung helang di pulau kedua!

2. Pulau Singa Besar (Eagle Feeding)

Dalam 10 minit dekat sini tengok helang, terus beralih ke pulau yang terakhir, iaitu Pulau Beras Basah. Masa dekat pulau terakhir ni rasa relax sangat! Sebab dah pulau yang terakhir kan, so memang dapat relax lama lah dekat sini. Hihi. Lama betul bergambar dekat sini, sempat mandi manda sekali di sini. Best duduk lama dekat pulau ni. Tenang je kan. Ok taknak cerita panjang. Jom tengok gambar! Hehe.

3. Pulau Beras Basah 

Jadi, selesai aktiviti kemuncak kami hari pertama trip ke Pulau Langkawi iaitu island hopping. Keluar dari pulau dalam pukul 6.00 petang macam tu. Hehe. 3-4 jam jugalah island hopping ni. Disebabkan perut dah lapar, lepas island hopping terus cari kedai makan. Memandangkan pagi tu, tak berkesempatan nak makan di gerai Laksa Power dekat dengan airport tu, kami pun try nasib, cuba repeat pergi petang tu ke sana. Alhamdulillah, berjaya juga makan laksa dia! Haha. Laksa dia ok, banyak betul gerai laksa tepi jalan tu, pandai-pandailah pilih! Haha. Ada laksa ikan sekoq, tapi aku makan laksa biasa je sebab takut laksa ikan sekoq banyak tulang, tercekik! Haha. Best juga lepak dekat gerai laksa tu, tepi pantai!

Bila perut dah kenyang, kami pun balik ke Tubotel. Solat dan mandi semua. Lepas Maghrib, keluar balik untuk jalan-jalan di Pekan Kuah. Malam tu, sempat survey coklat di kedai Duty Free Zone, lepas tu, singgah di Dataran Lang kejap bergambar. Selalu orang pergi Dataran Lang waktu siang, kita pergi waktu malam ni, gigih betul cari lighting nak bergambar! Haha. Jadi malam tu, lepak Dataran Lang dan survey coklat untuk beli esok paginya. Survey je dulu sebab takut kalau beli awal nanti cair kan. Jadi esoknya tu baru beli coklat. Wajib beli coklat kalau pergi Langkawi ok! Haha.

Memang tersergam indah burung helangnya. Hehe. Lepas tu terus balik ke hotel semula. Malam tu, sejuk sangat dalam Tubotel tu, cuaca macam nak hujan, petir kilat, tapi tak hujan lebat pun malam tu. Malam tu tak berapa nak lena sebab air-cond sejuk sangat dan aku jenis tak boleh tidur kalau tempat baru ni . Haha. Jadi aku tidur kejap-kejap je, tengok-tengok dah pagi. Alhamdulillah, selamat tidur dalam tiub tu! Haha.

Hari kedua, lepas breakfast di Tubotel dalam pukul 8.30 pagi, terus check-out. Perjalanan dan aktiviti seterusnya hari kedua trip ke Pulau Langkawi adalah menaiki Cable Car. Pukul 9.30 pagi Cable Car buka, kami pun gerak terus lepas breakfast tu. Alhamdulillah, walaupun ramai orang dah masa tu, masih cepat dan lancar je pergerakan menaiki Cable Car tu. First time aku nak naik Cable Car ni seumur hidup, boleh tahan cuak dan takut jugalah sebab tinggi. Tapi oklah, best juga! Haha. Untuk Cable Car ni kami pilih SkyCab Combo A, RM50 tiket untuk seorang termasuk SkyCab, SkyDome, SkyRex, Time Travel dan 3D Art Museum. Tiket Cable Car ni boleh juga beli secara online, siapa nak survey boleh survey tiketnya di SINI. Bila dah dekat atas tu, boleh pilih untuk ke SkyBridge tu nak guna Nature Walk atau menaiki SkyGlide, macam lif kaca. Untuk Nature Walk tambah RM5 seorang, Untuk SkyGlide tambah RM15 seorang.

Disebabkan kaki dah sakit penangan jungle trekking di Tasik Dayang Bunting, kami pun pilih menaiki SkyGlide. Haha. Jadi total untuk menaiki Cable Car semua RM65 seorang. Oklah ada banyak benda dalam 1 Combo tu. Berbaloilah juga dengan view yang cantik dekat atas tu. Masa berjalan di SkyBridge tu ada lah juga rasa takut tu, tapi aku gagahi jua. Alhamdulillah, selamat! Haha. Gerun juga aku ni di tempat tinggi rupanya. Jadilah pengalaman sekali naik Cable Car. Hehe.
Dekat Oriental Village, tempat naik Cable Car tu juga ada jual-jual, banyak gerai dan kedai cenderamata di situ. Last sekali kami masuk Time Travel dan 3D Art Museum. Lepas tu, terus cari something untuk makan. Haha! Nasib baik jumpa ais krim Gelato Cabana. Dah lama mengidam nak makan ais krim ni, banyak di Pantai Cenang, tapi jumpa dekat sini. Sedapnya dapat makan ais krim waktu cuaca tengah panas! Hihi. Boleh pilih flavour apa, cone atau cup. 1 cone atau cup tu lebih kurang RM10++. Banyak saiz boleh pilih.


Dah penat dan letih pusing dekat sana, kami pun teruskan perjalanan seterusnya. Alang-alang dah tengah hari, kami pun singgah makan dulu dekat Pantai Cenang Walk. Makan nasi berlauk sebab lapar! Hehe. Lepas tu sempat berjalan ke Pantai Cenang sekejap, sebelum kejar masa nak beli coklat pula di Pekan Kuah, Kompleks Haji Ismail Group (HIG) yang sangat popular tu. Ramai betul orang dekat sana, borong habis betul, banyak barang dekat situ, bukan setakat coklat, pinggan mangkuk, kuali semua ada. Best betul cuci mata. Hihi! Lepas singgah sana, hari pun dah nak dekat petang masa tu, dah pukul 4.00 ptg mcm tu, sebab lama sangat shopping coklat dekat sana, haha, kami pun teruslah bersiap untuk ke Airport Pulau Langkawi. Dah nak balik dah. Flight Air Asia balik KLIA2 pukul 8.20 malam boarding, jadi nak kena gerak awal, dalam pukul 6.00 ptg dah ada di airport.



Dalam perjalanan dari Pekan Kuah ke Airport Pulau Langkawi, sempat singgah sekejap di Nusantara Gamat untuk beli minyak gamat dan bam gamat. Satu lagi kelebihan Pulau Langkawi selain daripada burung helang ialah gamat. Jadi tak sah kalau pergi Pulau Langkawi pulang tanpa gamat kan! Hehe. Ramai juga orang borong gamat dekat situ. Bermacam jenis gamat ada sampailah ke ibu gamat. Memang elok minyak gamat ni sebab tu orang suka beli. Aku pun beli juga. Hehe. Lepas dah shopping gamat tu barulah kami gerak ke airport.

Bila dah nak sampai airport tu, baru pukul 5.30 ptg macam tu, sempat lagi makan Laksa Power airport second round, repeat lagi sebab sedap dan terasa perut dah lapar pula masa tu. Haha. Jadi last stop kami sebelum pulang naik flight adalah di gerai Laksa Power airport. Last lepak tepi pantai sebelum pulang. Pekena laksa, pasembuq, char kuay teow dengan air kelapa. Memang sedap! Haha.


Goodbye Pulau Langkawi. Hehe. Jadi itu sahajalah tempat-tempat di Pulau Langkawi yang sempat aku lawat untuk trip kali ni. Masih banyak lagi tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi yang tak sempat pergi seperti Makam Mahsuri, Laman Padi, Underwater World dan banyaklah lagi. Trip 2 hari 1 malam ni, memang terkejar-kejar kalau nak pergi semua tempat. Jadi kita pergi mana yang sempat, mana yang rasa berkenan di hati sahaja kali ni ya. Haha! Next trip, in shaa Allah pergi tempat lain pula. Alhamdulillah, trip ke Pulau Langkawi, Kedah yang seronok walaupun masa mencemburui. Dengan itu, sekian cerita trip ke Pulau Langkawi, Kedah. Terima kasih yang sudi singgah, baca sampai habis dan tinggalkan comment! Hehe. Sekian!

Ok that's all.
Thank you for reading!



Share: