Sabar Dalam Menanggung Kesakitan

Assalamualaikum semua.

Sebahagian orang menemui ajal lantaran penyakit yang menimpa dirinya. Allah jadikan penyakit sebagai rahmat untuk hambaNya yang mukmin. Penyakit dapat menghapus kesalahan dan mengangkat darjat mereka supaya berjumpa Allah dalam keadaan suci dan diampuni. Kesabaran yang sebenar adalah rasa sabar yang tidak diiringi dengan keluh kesah.

Sebahagian cubaan yang menimpa manusia seperti sakit, merupakan sebab terangkatnya kelalaian dan kebodohan. Menyedari kesan yang terjadi maka kita perlu mengkaji diri atas setiap kejadian agar dapat menjadi petunjuk bagi berjumpa Allah. Suatu penyakit yang menimpa manusia merupakan tahap awal dalam pembersihan sebelum diri dihisab.


Dengan merasai penyakit, kita lalu membaiki diri dalam mencari keredhaan Allah. Penyakit dan dugaan bagi orang mukmin yang jujur ibarat tekanan diri supaya dapat mengkaji diri serta muhasabah jiwa agar kembali pada ibadah yang benar. Segala bentuk dugaan merupakan qada’ dan qadar. Ia merupakan ujian dari Allah untuk hambaNya yang dikehendaki.

Setiap hikmah memiliki pengaruh dan kesan tertentu maka seorang mukmin perlu menerimanya dengan redha dan syukur. Siapa yang Allah beri hidayah, tiada yang dapat menyesatkannya dan siapa yang Allah sesatkan, tiada yang dapat memberi petunjuk. Jadi apabila kita ditimpa sakit, kita sewajarnya berdoa dan memohon kepada Allah.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
(Az-Zumar: 10)



Sumber: Buku  Kala Izrail Datang Bertamu - Hasan Ayyub
Credit photo: Google
Share:

7 comments:

  1. Sakit itu penghapus dosa. Pujuk diri kalau sakit sangat. hehe terapi gitu.. ^^

    ReplyDelete
  2. Moga sakit itu lebih mendekatkan hamba pada PENCIPTA.Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Kesakitan lebih mendekatkan kita kepada-Nya

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  5. bila tak sihat, memang selalu senangkan hati dengan kata2 macam ni..insya'Allah kita akan rasa lebih lapang..

    salam singgah :)

    ReplyDelete
  6. Semoga Kita semua dianugerahkan dgn krsabaran jika diuji sesakitan

    ReplyDelete
  7. MOga ujian sakit itu menjadi asbab buat menghapus dosa kita.. aamiin..

    ReplyDelete