Saturday, March 20, 2021

Dugaan atau Cabaran dalam Bertunang

Assalamualaikum semua.

Ramai di luar sana yang menghadapi ujian atau dugaan dalam tempoh bertunang. Kadang-kadang diuji dengan bermacam-macam hal. Orang kata dalam melayari alam pertunangan, kita kena kuat kerana masa itu nanti hati kita akan berbolak-balik ditambah dengan ujian atau dugaan yang mendatang. Hati kita ini memang dah sifatnya berbolak-balik jadi semasa dalam alam pertunangan kena banyak mohon pertolongan dari Allah untuk bukakan pintu hati dan tetapkan jalan serta pilihan kita.


Antara dugaan dalam tempoh bertunang ialah:

  1. Diuji dengan duit dan harta - Pastikan duit kahwin tidak digunakan untuk perkara yang tidak penting. Utamakanlah perkara yang penting dahulu.
  2. Diuji dengan sikap - Bila nak melayari alam perkahwinan, dalam membuat persiapan, semua orang akan rasa stress atau tertekan. Jadi pasti akan ada perubahan sikap secara tiba-tiba seperti selalu sensitif, panas baran dan kurang sabar. Fahamilah situasi ini dan jangan mudah melatah.
  3. Diuji dengan ragu-ragu - Tarikh kahwin dah semakin dekat tapi tiba-tiba kita rasa ragu-ragu dengan pilihan sendiri. Itu semua hanyalah hasutan syaitan yang tidak mahu kita mendirikan masjid. Jadi jangan terpedaya ya.
  4. Kehadiran kekasih lama - Kekasih lama atau ‘ex’ yang tiba-tiba muncul semula, jangan tergugat dengan mereka. Walaupun kita pernah berkasih sayang dengan mereka dan berkongsi cerita, namun mereka hanyalah pengalaman dan kisah memori yang lalu. Lupakanlah masa silam dan ‘move forward’.

Memang banyak ujian dan dugaan semasa tempoh bertunang. Ketika dalam alam percintaan, lain ceritanya. Dalam memasuki alam pertunangan, lain pula cabarannya. Seterusnya memasuki fasa perkahwinan, juga akan ada cerita turun naiknya. Apa-apa pun, kita kena banyak berdoa kepada Allah supaya tunjukkan jalan yang terbaik untuk kehidupan kita. Sebenarnya, Allah dah rancang dan susun yang terbaik untuk setiap kehidupan kita di dunia ini. Percayalah setiap apa jua perancanganNya itu pastinya yang terbaik untuk kita semua.

Ok semua. Ada kisah,  pengalaman atau cerita yang menarik yang korang nak kongsikan semasa dalam tempoh bertunang? Mana tahu boleh dijadikan pengajaran atau motivasi ke untuk mereka yang akan melangkah ke fasa ini. Bolehlah dikongsikan di ruangan comment seperti biasa ya. 

3 comments:

  1. Setiap peringkat akan ada cabarannya yang tersendiri. lain-lain.

    ReplyDelete
  2. Tak de lagi kisah sebab tak bertunang lagi hahaha. Tapi kisah kawan baik pulak, dia rasa selalu nak marah dekat tunang dia, tak tahu pasal apa. Padahal sebelum tunang, elok je. Masa tunang tu rasa nak marah even tak buat salah pape pun. Tapi Alhamdulillah selamat dapat baby dah sorang hehehe :D
    Tapi real la ujian bertunang ni kan, takut pulak.

    ReplyDelete