Penang JJCM - Restoran Hameediyah, Haji Chendul & Coconut Shake, Roti Canai Transfer Road

Assalamualaikum semua.

Selamat berhujung minggu! Minggu ni curi-curi masa sekejap untuk ke Penang. Sebenarnya nak ke Perlis untuk kenduri kahwin. Alang-alang nak ke sana, lalu Penang jadi kita singgah Penang dan tidur Penang 1 malam. Penang ni apa lagi yang best selain tempat peninggalan sejarahnya, sudah tentulah tempat makanan yang sedap dan menarik kan! Sama juga mcm negeri Melaka.

Jadi 1 hari lebih dari semalam sampai pagi ni berada di Penang. Sempatlah Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di beberapa tempat yang familiar di kalangan orang luar atau mungkin orang Penang sendiri. Ini trip adik-beradik. Jadi kami gunakan hashtag #3yangkutakeutagha di Instagram. Bolehlah kalau nak tengok gambar-gambar sepanjang trip hujung minggu kami ni boleh search hashtag tu terus ya! Haha.

Oklah. Semalam bertolak pagi dalam pukul 7.30 pagi. Kami berhenti rehat sekejap di R&R Tapah, sarapan KFC. Itu je yang mudah. Hehe. Lepas berhenti di Tapah terus ke Penang, melalui Jambatan Penang yang pertama. Sampai terus check-in hotel yang terletak di Batu Feringghi. Lepas tu baru jalan-jalan Georgetown. Alang-alang sampai waktu tengah hari, terus lunch di Restoran Hameediyah, apa lagi, pekena Nasi Briani dululah!

Restoran Hameediyah Penang, Hameediyah Restaurant, Hameediyah Penang, Nasi Kandar Penang, Nasi Kandar Hameediyah, Penang Nasi Kandar Sedap, Nasi Kandar Sedap Penang, Tempat Makan Menarik Penang

Nasi Briani Sotong + Telur Ikan + Taugeh
Nasi Briani Ayam + Taugeh
Nasi Briani Lamb Shank
Tambah Lauk Sotong
Air Fresh Orange + Teh O Limau Ais + Limau Panas
Total Harga: RM115 

Kalau ke Penang memang selalu makan di Hameediyah ni, jarang cuba Nasi Briani atau Nasi Kandar di tempat lain. Setakat ni di sini Nasi Briani dan Nasi Kandar serta lauk dia memang ok. Antara Restoran Nasi Kandar yang awal dan tertua Hameediyah ni. Harga tu RM115 lebih kurang untuk semua makanan tu termasuk minuman. Taktahu beza dengan restoran lain macam mana, tapi selalunya Nasi Briani memang standard harganya macam ni rasanya atau mungkin mahal sikit yang ni kot.

Restoran Hameediyah ni kecil je dan ada 2 tempat di mana tempat order makanannya lain, tempat makannya lain, jadi kita kena order dan pilih dulu lauk-lauk lepas tu baru gerak pergi tempat makan. Nasib baik jaraknya selang 2,3 buah kedai je. Oklah korang selalu sampai Penang makan Nasi Kandar atau Nasi Briani mana? Nanti boleh share ya di ruangan comment macam biasa. Next? Lepas tu kitorang bertiga jalan-jalan di Penang Street Art sekitar situ je. Tak sah pergi Penang kalau tak jalan sini kan. 





Banyak sangat moment-moment best masa dekat Penang Street Art ni. Suka Street Photography jadi ada lah capture beberapa moment masa dekat sini. More pictures on Instagram ok! Hehe. Jalan-jalan sini lepas tu pekena cendol dekat Haji Chendul & Coconut Shake. So far di Penang Street Art ni kedai ni satu je yang macam berani sikit nak makan. Yang lain kami macam was-was walaupun ianya hanya aiskrim ke ais kepal ke, kenalah tengok-tengok juga penjualnya.








3 Cendol Biasa + 1 Coconut Shake
Total Harga: RM15.50

Suasana kedai selesa sangat dan ada hiasan-hiasan klasik dalam kedai tu. Sempatlah rehat kejap sebelum teruskan perjalan. Cendol dia pun sedap, banyak sangat kacang dia. Bestlah kalau orang yang suka kacang tu tapi aku tak suka kacang tu! Haha. Tapi bolehlah makan sikit-sikit no hal. Coconut shake dia tu ada bubble dia tapi keras oi! Haha. Coconut shake ni kurenggg sikit please jangan order! Haha. Kedai yang ni main redah je sebab ini je yang rasa ok dekat sini. Jadi cendol dia oklah, coconut shake tidak! 

Ok lepas tu dah penat jalan semua, pergi Tan Jetty kejap ambil gambar, lepas tu balik Feringghi. Malam tu dinner kitorang makan makanan yang paling sedap di dunia! Korang nak tau tak makanan apa yang paling sedap di dunia? Jeng jeng jeng!


Sedap + Cepat + Murah
Apa lagi korang nak!
Haha. Sumpah terbaik!
Ini kedai Seafood area Batu Ferringhi je.

Ok lepas tu harini pagi-pagi dah nak gerak ke Perlis dah. Sempatlah sarapan di Roti Canai dan Roti Bakar Telur Goyang Penang Transfer Road. Ramai betul makan sini. Viral juga kedai ni di Penang jadi saja nak cuba apa yang special sangat di sini. Sampai kedai ni tadi kira awal jugalah tapi dah panjang beratur oi! Haha. 

Roti Canai Transfer Road, Roti Bakar Telur Goyang, Tempat Makan Sedap Penang, Tempat Makan Viral Penang, Transfer Road Roti Telur Goyang

Roti Canai Transfer Road
Harga: RM8
Kari Ayam padu!
Terbaik boleh repeat.


Roti Bakar Telur Goyang Transfer Road
Harga: RM4
Yang ni viral sebab telur goyang je kot.
Mungkin yang ni boleh buat sendiri dekat rumah.
Haha.


Zoom-in sikit Telur Goyang dia. 

Oklah jadi itu je Penang JJCM yang sempat diterjah untuk percutian pendek kali ini. Cehhh! Hahaha. Sebenarnya update entri ni pun dalam kereta ni, gigih juga nak update sebelum sampai Perlis. Haha. Update pakai handphone je setakat ni jarang nak on laptop. Malas ya amat oi nak buka laptop. Haha. Oklah rasanya nak berhenti di sini, jumpa lagi di entri seterusnya ya! Apa-apa pandangan, cadangan dan comment bolehlah tulis di ruangan comment ya macam biasa! Next? On the way to Perlis, orang Perlis boleh recommend makanan-makanan sedap di Perlis pula untuk diterjah? Haha. Ok bye! 


Share:

9 comments:

  1. Bestnya dapat gi food hunting. Rasanya kali terakhir saya ke Penang masa tadika atau sekolah rendah😂. Tak tahu bila pula dapat ke sana.

    ReplyDelete
  2. tak nampak lain dah.. nampak cendol dengan roti telur goyang tu je.. hehehe..
    sedap tu..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah sampai Penang lagi tapi memang teringin nak pergi. Dah ada quite a long list of food that I want tor try kalau ada peluang untuk pergi ke Penang.

    ReplyDelete
  4. last pegi penang 3tahun lps..
    tu pon sbb ade kenduri..
    xsempat nk JJCM.. haha

    ReplyDelete
  5. Roti canai transfer road terbaik.

    ReplyDelete
  6. Perghhh telur separuh masak tu yang buat tak tertahan. Kecuq ayaq liuq ehhh...Letak serbuk kayu manis lagi ummpppppp

    ReplyDelete
  7. dulu masa duduk padang serai, tiap ujung minggu mesti nak ke penang sebab adik belajar kat usm tu...seronok jjcm kat sana

    ReplyDelete