Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang

Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum semua.

Lepas ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, aku masuk ke Japanese Village. Memandangkan dah ada tiket yang berharga RM16 untuk all acccess, gunakanlah dengan sebaiknya. Tapi aku hanya ke Japanese Village je sebab masa tu pun dah tengah hari. Cuaca dah mula panas dan perut pun lapar. Jadi hanya ke Japanese Village ni je. Rabbit Park dan lain-lain semua tak sempat pergi. Next time lah kita repeat ok. Hehe.

Kalau korang sejenis yang minat pada keindahan alam semulajadi, kehijauan alam, flora fauna dan nak tahu serta belajar serba sedikit mengenai Japanese culture, datanglah ke Japanese Village ni. Memang sesuai sangat. Hehe. Di samping nak cari ketenangan sambil tengok air mengalir, duduk-duduk di pondok Jepun dan minum teh Jepun. Masa di Japanese Village ni aku rasa seronok sangat sebab macam tenang je suasana dia. Terfikir kalau ada rumah dekat sini pun macam best ni. Haha.

  • Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang

"The Japanese Village is also a popular tourist attraction within the vicinity, along with a luxury resort (The Chateau Spa & Organic Wellness Resort) and championship golf course. Perched high up among the highlands, the weather is a cooling climate of mist and sunshine, with lush, natural surroundings composed of rainforests and meandering valleys." Source: https://www.berjayahills.org
Selain dari tarikan alam semulajadinya yang cantik di Japanese Village, terdapat juga spa dan juga souvenir shop di sini. Jadi boleh juga kalau korang nak manjakan diri di Japanese Village ni dan kalau nak beli cenderamata di sini. Antara yang ada dalam Japanese Village ni ialah Japanese Garden, Japanese Tea House, Tatami Spa, Ume Tatami Suite, Souvenir Shop, Ryo Zan Tei Restaurant dan Botanical Garden. Sebelum korang sampai ke tempat-tempat ni, kena menaiki 88 anak tangga dan mendaki jalan tar sikit baru dapat tengok keindahan Japanese Village ni ya. Jadi bagus jugalah untuk exercise dekat sini sambil dapat hirup udara segar. Hihi.

Banyak sangat ikan koi bermacam-macam warna dekat sini. Yang suka bela ikan tu memang akan sukalah duduk main-main dengan ikan ni di Japanese Village ni. Hehe. Sesiapa yang pergi ke Japanese Village ni, jangan lepaskan peluang untuk pakai baju tradisi orang Jepun iaitu Kimono. Dah alang-alang ke sini jomlah kita try pakai baju Kimono Jepun ni kan. Hanya RM20 sewa untuk pakai baju Kimono dan kita akan diberi masa selama 20 minit untuk jalan-jalan di sekitar pondok sambil bergambar. Bagi yang minat, bolehlah try ya tapi kalau taknak pakai pun takpe je, boleh duduk-duduk sambil hirup udara segar di sini.

Aku sempatlah juga try pakai Kimono haritu walaupun masa tu dah nak tengah hari memang dah nak panaih lit-lit, tapi demi nak ambil gambar dengan pakai baju Kimono, kugagahi jua. Haha. Oklah jom tengok macam mana rupa aku pakai Kimono ni. Ada rupa dan iras-iras orang Jepun ke idok? Terbang duit RM20. Haha. Inilah antara tarikannya di sini sebenarnya kan.

Jadi acara kemuncaknya di Japanese Village ni ialah part pakai Kimono ni. Hihi. Kemain! Ok selain tu, tak beli apa-apa pun dekat sini dan lepas sudah ambil gambar semua dekat sini terus turun menuju ke kereta. Perut dah lapar memang kena cepat-cepat cari makan. Haha. Oklah itu saja cerita jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang. Hanya sempat ke Colmar Tropicale dan Japanese Village. Next! Entri seterusnya aku akan update cerita pergi Genting Strawberry Farm di Genting Highlands pula. Tunggu ya! Alang-alang sekali lalu, singgah kejap ke sana. Hihi. Ok bye!

Share:

13 comments:

  1. Dah lama teringin nak situ tu.. dah hampir terlupa dah ni hikhik thanks for info ye

    ReplyDelete
  2. wow... menarik gk bukit tinggi ni... berkimono lagi. cantik

    ReplyDelete
  3. Adik saya dia teringin nak datang sini sebab nak pakai kimono dan bergambar dekat Japanese Village ni.

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa.. Kita dulu pergi sini 5 tahun lepas.. Dia punya hotel design macam kat paris kn..

    ReplyDelete
  5. Walau nama dia bukit tinggi tp tetap panas. Terasa bahang dia. Haha.

    Kak ana pun sempat pakai kimono ni dulu. Terasa mcm di Jepun kejap.

    ReplyDelete
  6. ok lah boleh pakai kimono walaupun tak ke jepun.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak jenjalan kat sini...

    ReplyDelete
  8. Setiap kali lalu kat lebuh raya pantai timur selalu nampak signboard tapi tak pernah singgah lagi. Btw saya ada buat segmen. Jomlah join, Yea.

    ReplyDelete
  9. Konnichiwa.. haitt.. nampak mcm g jepun

    ReplyDelete
  10. dulu ke sini, tapi tak masuk pun japanese village ni sebab semua da kepenatan..

    ReplyDelete