Genting Strawberry Leisure Farms, Genting Highlands

Assalamualaikum semua.

Ok sambung cerita haritu. Lepas ke Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang, terus naik ke Genting Highlands kejap. Masa tu dah on the way balik dari Bukit Tinggi, macam awal je lagi. Apa kata cari strawberry dulu. Teringin nak makan strawberry chocolate fountain sebenarnya. Haha. Apa salahnya singgah cari strawberry kejap kan dekat Genting. Jadi masa tu pergi ke Genting Strawberry Leisure Farms, Genting Highlands.

Suasana dan cuaca masa tu elok sangat. Sebab dah nak petang, tak panas sangat. Masa tu sempatlah ronda-ronda sekejap dalam kereta sampai puncak Genting Highlands betul. Buka cermin kereta ambil udara luar yang sejuk dan nyaman. Sejuk sangat. Bestlah sini. Cuma tak sempat nak singgah mana-mana selain pergi ladang strawberry je. Sebab niat sebenar memang nak cari strawberry je. Unplanned betul semua ni. Redah je. Haha.

Tiket masuk untuk ke Genting Strawberry Farms ni berharga RM16 untuk seorang. Lepas tu korang boleh petik strawberry-strawberry yang ada dekat sini. Fresh-fresh semuanya. Selain daripada strawberry, ada banyak tanaman lain dan bunga-bunga yang cantik, warna-warni lagi memikat hati di sini. Ada bunga lavender, bunga rose, bunga matahari dan macam-macam lagi. Geram tengok cantik sangat. Hihi. Jadi korang bolehlah luangkan banyak masa di sini, ada photographer juga untuk rakamkan moment-moment korang di sini. Hehe. Tapi kalau nak bawa korang punya personal photographer pun boleh tak ada masalah. Haha.

 Ada banyak kedai dan gerai dalam Genting Strawberry Farms ni. Kebanyakannya memang jual semua yang berkaitan strawberry. Jem strawberry, chocolate strawberry, teh strawberry dan sebagainya. Kedai cenderamata ada juga di sini, jadi bolehlah belikan ahli keluarga atau kawan-kawan hadiah untuk mereka. Beli keychain strawberry ke, bantal strawberry ke. Hihi. Selain tu, ada juga kedai yang based lavender, memang jual semua berkaitan lavender.

Walaupun yang ni nama dia ladang Strawberry, tapi aku lebih terpikat tengok bunga-bunga warna warni dekat sini. Jadi jangan tanya kenapa banyak sangat gambar bunga dalam entri ni ok. Haha. Bagi yang minat bunga sangat-sangat, datanglah ke sini, kalau tak sempat pergi Cameron yang jauh sikit tu, bolehlah juga datang sini untuk tengok bunga-bunga cantik. Geram tengok! Ok nah aku belanja lagi gambar bunga dekat bawah ni. Haha.

Fuhhh, so many photos in this post wehhh! Haha. Alah saja simpan dekat blog ni untuk dibuat kenangan. Hehe. Oklah, seronok pergi Genting Strawberry Leisure Farms, Genting Highlands ni. Korang yang nak pergi, bolehlah pergi ok, buka sampai pukul 6.30 petang. Last but not least, apa yang aku cari di sini, yes dapat! Haha. Selain dapat tengok bunga yang cantik, aku dapat beli dan makan strawberry chocolate fountain. Seronok gila! Haha. Jadi beli 3 sticks harga RM22, lepas tu beli aiskrim strawberry harga RM6.50, dan 2 kotak strawberry RM32. Jadi dekat sinilah paling banyak aku habiskan duit. Bab makan memang nombor satu. Haha. Ok that's all. The end of my day trip to Bukit Tinggi & Genting Highlands, Pahang.

  •  
  •  
Share:

15 comments:

  1. Suka makan mee kari dekat Cafe area situ.. sedapnya alahai

    ReplyDelete
  2. Wahh Genting pun ada strawberry farm! Cantik pulak tu.

    Jemput singgah https://www.farhanajafri.com/

    ReplyDelete
  3. lama rasa nya yaya dah x masuk strawberi farm dekat genting...
    banyak perubahan..

    ReplyDelete
  4. Biasanya kalau fikir tentang strawberry, mesti ingat Cameron Highland je. Tak sangka Genting Highland pun dah ada strawberry farm.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya view, cantiknya bunga, semua cantik. Geram tgk bunga2, someday, insyaallah nak pii sini

    ReplyDelete
  6. Banyak dah tempat best dekat Genting ni ya.

    ReplyDelete
  7. strawbery cecah dengan cokelat memang sedap ler..

    memang teringin nak mencuba

    ReplyDelete
  8. cantik sungguh akak pun memang suka tengok bunga ... asyik sangat hii.. ala best la dia makan straberry live kat situ ..

    ReplyDelete
  9. Bestnya stoberi fresh.. udara fresh

    ReplyDelete
  10. Sedap pulak nampak stoberi dengan coklat tu.
    Peminat bunga mesti suka singgah sini.

    ReplyDelete
  11. Oh kat Genting.. Ingatkan Cameron.

    ReplyDelete
  12. teringin nak bawa anak & wife kat sini nanti..

    ReplyDelete
  13. Wahhhhh... Boleh la merayau genting aje lepas ni nak makan strawberry..

    ReplyDelete
  14. lavender! aduhhh wangi sampai sini!

    ReplyDelete