Akaun Google+ Dihapuskan Bermula 2 April 2019

Assalamualaikum semua.

Tadi buka profile Google+, lepas tu ada keluar alert dekat atas sekali yang menyatakan akaun Google+ akan dihapuskan buat selama-lamanya bermula pada 2 April 2019. Sebab dihapuskan antaranya adalah kurang penggunaan daripada orang ramai untuk itu Google+ ambil keputusan untuk hapuskan Google+ serta merta.

Jadi kepada sesiapa yang ada akaun Google+ dan banyak simpan gambar-gambar dalam album bolehlah cepat-cepat download kalau di antaranya adalah gambar-gambar kenangan yang tak ada dalam simpanan. Diingatkan juga kepada blogger-blogger dan pengguna yang menggunakan ruangan comment Google+ di blog, juga akan terjejas kerana ruangan comment Google+ ini dinyatakan akan ditamatkan operasinya oleh pihak Blogger serta Google+ bermula 4 Februari 2019.

Ruangan comment Google+ tu bolehlah tukar ke blogger punya ya lagi mudah kalau guna yang itu. Lagi satu pada sesiapa yang guna akaun profile Google+ untuk blog ni juga jangan lupa convert profile tu ke Blogger Profile sebab bila akaun profile Google+ dihapuskan nanti, akan automatik ditukarkan ke Blogger Profile di mana akan ada Unknown Avatar saja sehinggalah diupdate.

Kalau boleh, semua widget dalam blog yang berkaitan dengan Google+ ni buanglah semua. Dekat sidebar, bawah entri atau di mana-mana saja yang terdapat widget Google+, bolehlah perlahan-perlahan buang. Antaranya, Google+ share button, Google+ Profile Badge, Google+ Follow Button dan lain-lain widget lagi yang berkaitan. Buanglah ya sebab lepas ni pun memang dah tak dapat nak guna dah.

Memang terjejaslah sikit blogger bila Google+ ni dipadam. Sebabnya lepas ni dah tak boleh nak share entri kita dekat Google+, dah tak dapat nak ping entri dekat group/community blogger-blogger untuk naikkan traffic blog kita. Lepas ni kena cari tempat lain lah pula ya nak ping entri. Mana yang dah ada pengikut atau followers yang ramai dekat Google+ tu memang rasa terkilanlah juga pasal benda ni kan sebab dah susah-susah kumpulkan kawan dekat followers tetiba nak hapus macam tu je. Huhu.

Maklumat lanjut boleh baca gambar di bawah. Semua yang ada akaun Google+ bolehlah cuba buka profile Google+ untuk tengok info ni ya. Alert msg di bahagian atas sekali atau pun akan ada e-mail yang diterima dari pihak Google+ nanti.


Akaun Google+ Dihapuskan Bermula 2 April 2019, Shutting down google+





Share:

13 comments:

  1. Thanks for sharing Yea. Take note guys. ✌🏻

    ReplyDelete
  2. abam kie baru tahu pagi td. jd terus abe kie revert to original blogger profile. pas tu buang je widget Google+ ni. rasa syg sbb dah cecah 1200 follower tp dah terpaksa ku relakan jua. huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. Tulahh. Selamat tinggal google plus. Dah kena cari tempat lain nak ping entry pasni.. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Betul juga jarang saya guna google plus ni..sedih juga dah ramai followers

    ReplyDelete
  5. sayang sangatttt..memang tak ramai yang guna agaknya..tak mendatangkan keuntungan buat diorang

    ReplyDelete
  6. Pada naim G+ plus ini x ada . just sharing link blog sahaja

    ReplyDelete
  7. Mama pun terkejut bila dpt email Ni. Blogger effected x

    ReplyDelete
  8. ejulz xda set kat blog rasanya..

    ReplyDelete
  9. Akak dah remove siap-siap dah.. Ada blogger mana entah share pasal G+ ini dan bagi tahu macam mana nak remove widgetnya.. terus buat..

    ReplyDelete
  10. memang tak guna Google+ rasanya. ada account tapi x guna. entahla pun x pasti =D

    ReplyDelete