Tuesday, February 26, 2019

9 Ciri-ciri Diri Sudah Mencapai Kematangan

Assalamualaikum semua.

Kematangan dalam diri bukanlah hanya dinilai semata-mata dari segi peringkat umur seseorang. Umur yang meningkat atau ‘lebih makan garam’ bukanlah tanda diri seseorang itu benar-benar matang dan bertindak tanpa mengikut emosi. Sebenarnya ada 9 ciri-ciri yang boleh dilihat apabila seseorang itu telah mencapai peringkat kematangan dalam kehidupannya. Adakah kita benar-benar sudah matang?

9 Ciri-ciri Diri Sudah Mencapai Kematangan
Berikut antara 9 ciri-ciri seseorang itu sudah matang dalam kehidupan sebagai panduan:
  1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk mengubah diri sendiri.
  2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.
  3. Kita berani “melepaskan” kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.
  4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
  5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.
  6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.
  7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.
  8. Kita boleh bezakan “kehendak” dan “keperluan”, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .
  9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagiaan pada kebendaan. Kita lebih menikmati “rasa kopi” dari menikmati “cantiknya cawan”.


Jadi cuba semak kembali, adakah kita telah memenuhi dan mencapai 9 ciri-ciri ini? Semoga perkongsian ini bermanfaat, sekaligus mengubah diri menjadi individu yang lebih baik. Peringatan untuk diri sendiri juga supaya dapat menjadi seseorang yang jauh lebih matang di kemudian hari.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Friday, February 22, 2019

Kegunaan Ais Pada Wajah

Kegunaan Ais Pada Wajah, Ais, Air batu, Ais batu, Ice

Assalamualaikum semua.

Kegunaan Ais Pada Wajah

1. Mengurangkan bengkak di mata
Bungkus seketul ais di dalam kain/tisu, kemudian sapu pada bawah mata perlahan-lahan. Buat selama 5 minit.

2. Mengurangkan kemerahan jerawat pada kulit
Bungkus seketul ais di dalam kain/tisu, kemudian tekan pada kawasan kemerahan akibat jerawat selama 10 minit. Kemerahan akan berkurangan.

3. Sebagai primer di wajah
Sebelum mekap, lalukan seketul ais pada wajah untuk meminimalkan pori-pori di wajah.

4. Membuat kulit lebih anjal
Selepas skrub, sapukan jus timun yang telah dibeku pada wajah. Wajah akan terasa lebih anjal dan tegang.

Kegunaan Ais Pada Wajah, Ais, Air batu, Ais batu, Ice

Ais bukan sekadar ais. Banyak kegunaannya. Lepas ni bolehlah cuba. Cuma kadang-kadang tu tak tahan sejuk. Siapa yang ada mata panda tu, bolehlah guna ais nak kurangkan ok. Senang sangat caranya ni. Malam-malam sebelum tidur boleh buat ok. Jerawat merah-merah tu boleh hilang juga guna ais.

Selain itu, kalau tak ada primer atau primer tetiba dah habis, nak mekap, bolehlah guna ais. Gituuu. Last sekali, bekukan jus timun, supaya jadi macam ais, lepas skrub muka, boleh guna jus timun yang dah siap beku tu dekat wajah untuk kulit lebih anjal. Setakat inilah yang tahunya kegunaan ais ni, selain daripada untuk sejukkan air, sejukkan hati yang tengah panas membara pun boleh juga (eh!)

Ok that's all. Siapa ada tips lain boleh berkongsi di ruangan comment ya. Terima kasih.

Tuesday, February 19, 2019

Cara Hilangkan Blackhead dan Whitehead

Assalamualaikum semua.

Siapa ada masalah bintik hitam dan putih atau dikenali juga sebagai blackhead dan whitehead pada kulit muka? Selalunya benda asing ni tumbuh di bahagian muka terutamanya hidung atau di mana pori-pori tersumbat. Blackhead juga adalah sejenis jerawat yang selalunya tumbuh di bahagian muka tetapi ianya boleh juga tumbuh di bahagian belakang badan. Whitehead pula adalah sejenis jerawat yang akan tumbuh bila adanya sel-sel kulit mati, minyak, dan bakteria tersumbat di dalam pori-pori kulit.

Cara Hilangkan Bintik Hitam (Blackhead) dan Bintik Putih (Whitehead) , blackhead, whitehead, cara hilangkan blackhead, cara hilangkan whitehead

Cara Hilangkan Bintik Hitam (Blackhead) dan Bintik Putih (Whitehead) 

1. Lemon + Madu + Gula
Potong lemon kepada separuh dan tuangkan madu yang mencukupi untuk menutup permukaan lemon tersebut. Kemudian, taburkan gula di atas permukaan lemon (adalah lebih baik jika menggunakan gula tebu), dan perlahan-lahan urut kawasan wajah yang bermasalah dengan menggunakan ‘span’ semulajadi ini dalam gerakan membulat. Ulangi prosedur ini tidak lebih daripada sekali seminggu.

Cara Hilangkan Bintik Hitam (Blackhead) dan Bintik Putih (Whitehead) , blackhead, whitehead, cara hilangkan blackhead, cara hilangkan whitehead, lemon, madu, gula

2. Vaseline + Plastik
Haba dari bilik mandi akan menyebabkan liang pori anda terbuka. Jadi mulakan dengan menyapukan Vaseline di kawasan wajah yang terjejas. Sebaik sahaja anda selesai, letakkan pembungkus plastik di kawasan yang disapu dengan Vaseline. Kemudian, letakkan tuala panas di atas pembungkus plastik dan biarkan ia sejuk ke suhu bilik. Setelah selesai, gunakan tisu untuk menyapu lebihan Vaseline di wajah dan perlahan-lahan picit kawasan wajah tersebut. Kotoran yang tersumbat di dalam liang pori anda akan keluar dengan mudah. Akhir sekali, gunakan pad kapas yang direndam di dalam losyen untuk disapukan pada wajah anda. Ulangi proses ini sekali atau dua kali sebulan.

Cara Hilangkan Bintik Hitam (Blackhead) dan Bintik Putih (Whitehead) , blackhead, whitehead, cara hilangkan blackhead, cara hilangkan whitehead, lemon, madu, gula, vaseline dan plastik

3. Minyak Kelapa + Minyak Pati
Campurkan 1/4 cawan minyak kelapa yang dilembutkan (panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro selama 10 - 15 minit) dan 10 titik minyak lemon, lavender dan minyak pokok teh di dalam satu balang dan kacau sehingga sebati. Gunakan pad kapas untuk menyapukan campuran itu ke kulit anda pada waktu pagi dan malam selepas mencuci muka anda. Campuran haruslah disimpan dalam balang tertutup pada suhu bilik.

Cara Hilangkan Bintik Hitam (Blackhead) dan Bintik Putih (Whitehead) , blackhead, whitehead, cara hilangkan blackhead, cara hilangkan whitehead, lemon, madu, gula, vaseline dan plastik, minyak kelapa, minyak pati

Ada petua atau cara lain untuk atasi masalah ini? Bolehlah berkongsi di ruangan comment ya. Amalkan cara ini secara konsisten dan jangan lupa juga gunakan scrub muka untuk lebih berkesan. Selamat mencuba! Ok jumpa lagi di lain entri.

Monday, February 18, 2019

Kesan Cuaca Panas kepada Kesihatan dan Tips Kekal Sihat

Assalamualaikum semua.

Sekarang ini, memang cuaca di luar sana panas terik. Dulu musim hujan, pagi petang siang malam asyik hujan saja. Sekarang ni jarang dah hujan. Dalam seminggu tu ada lah dalam sehari hujannya, yang lain semua cuaca panas terik. Bila cuaca panas terik macam ni memang kena jaga betul-betul kesihatan diri kita. Ramai betul yang demam dan tak sihat bila cuaca panas ni. Kesihatan kita ini juga serba sedikit dipengaruhi oleh faktor cuaca dan persekitaran.

Kalau jemur kain baju dekat luar macam ni, memang kering ni. Badan kita juga boleh jadi kering kontang kalau cuaca panas seperti mana keringnya kain baju tu. Bahaya kan? Jangan lupa minum air kosong banyak-banyak dan secukupnya. Kalau tak minum air kosong secukupnya nanti kita akan mengalami dehidrasi di mana tubuh badan kita hilang banyak air. Bila dilihat warna urine atau air kencing kita adalah kuning pekat dan kita asyik rasa haus, itu adalah sebahagian tanda-tanda tubuh badan kita mengalami dehidrasi. Itu adalah tanda tindak balas tubuh badan kita supaya kita tidak terlalu kehilangan banyak lagi air.

Kesan Cuaca Panas kepada Kesihatan dan Tips Kekal Sihat, kesan cuaca panas, tips kekal sihat ketika cuaca panas, tips kesihatan, info sihat, KKM, bahaya cuaca panas

Kesan Cuaca Panas kepada Kesihatan
  • Keletihan/kelesuan
  • Pitam/pengsan
  • Kekejangan
  • Kepenatan
  • Stroke
  • Jika kulit kering, tetapi tidak berpeluh, mengalami kekeliruan/kebingungan, kerap muntah dan sukar bernafas, dapatkan nasihat perubatan dengan segera
Tips Kekal Sihat
  • Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal
  • Pakai topi/payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan
  • Memakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Guna kipas/pendingin hawa untuk menyejukkan badan
  • Tidak berada dalam kereta yang bertutup tanpa pendingin hawa
  • Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti di luar
  • Kurangkan minuman berkafein, alkohol dan bergula.
Semoga Tips Kekal Sihat dari KKM ini berguna dan bermanfaat untuk kita semua. Jangan lupa jaga kesihatan diri ya! 

Sunday, February 17, 2019

Ketahui Jenis-jenis Garam serta Manfaatnya


Assalamualaikum semua.

Ketahui Jenis-jenis Garam serta Manfaatnya

1. Garam Laut
-Melindungi kulit
-Meningkatkan kesihatan gigi
-Meningkatkan kualiti tidur
-Menyeimbangkan elektrolit dalam tubuh badan

Ketahui Jenis-jenis Garam serta Manfaatnya, Jenis Garam dan Manfaatnya, Jenis Garam, Manfaat Garam, Garam, Garam Himalaya, Garam Bukit, Garam Bukit Himalaya, Garam Merah Hawaii, Garam Hitam, Garam Laut

2. Garam Merah Hawaii
-Membantu menguatkan paru-paru
-Menguatkan sistem imunisasi tubuh badan
-Membantu meningkatkan tenaga badan
-Membantu meningkatkan daya fokus
Ketahui Jenis-jenis Garam serta Manfaatnya, Jenis Garam dan Manfaatnya, Jenis Garam, Manfaat Garam, Garam, Garam Himalaya, Garam Bukit, Garam Bukit Himalaya, Garam Merah Hawaii, Garam Hitam, Garam Laut
3. Garam Hitam
-Membaiki masalah pencernaan
-Membantu menaikkan nafsu makan
-Membantu mengurangkan masalah perut meragam

Ketahui Jenis-jenis Garam serta Manfaatnya, Jenis Garam dan Manfaatnya, Jenis Garam, Manfaat Garam, Garam, Garam Himalaya, Garam Bukit, Garam Bukit Himalaya, Garam Merah Hawaii, Garam Hitam, Garam Laut

4. Garam Bukit Himalaya
-Menyeimbangkan pH badan
-Mengurangkan sakit otot
-Mencegah darah tinggi

Bukan manusia saja yang ada macam-macam jenis ya, garam pun ada banyak jenis berserta manfaatnya setiap satu. Ada yang tahu jenis-jenis garam yang lain? Boleh kongsi di ruangan comment ya. Terima kasih. Jumpa lagi di entri seterusnya dan selamat berhujung minggu.

Saturday, February 16, 2019

Tempat Biasa Ditumbuhi Jerawat dan Puncanya

Jerawat, Tempat Biasa Ditumbuhi Jerawat, Punca Tumbuh Jerawat, Punca Jerawat

Assalamualaikum semua.

Jerawat oh jerawat! Tidak asing lagi dengan seorang perempuan. Bila ada tumbuh jerawat, mesti tak senang duduk, geram, nak marah, menjerit, apa lagi? Kena pula kadang-kadang tumbuhnya jerawat ni time esoknya atau minggu tu ada majlis keramaian. Aduhai! Puas fikir cara nak selesaikan masalah jerawat ni kan. Kadang-kadang tu bukan perempuan saja yang mengalami masalah ni. Lelaki pun ada juga yg ditumbuhi jerawat. 

Bila tumbuh jerawat, jari tak duduk diam mesti rasa nak picit jerawat tu tapi sebenarnya itulah yang menimbulkan masalah lagi. Makin bertambah-tambah jerawat yang tumbuh di sekeliling kawasan tu. Jerawat ni sebenarnya melambangkan hormon kita yang tidak stabil, juga disebabkan oleh bakteria, virus atau kuman. Kalau korang semua, dekat mana selalu ditumbuhi jerawat? Korang akan picit, biar saja, gunakan krim atau apa2 untuk hilangkan?

Jerawat, Tempat Biasa Ditumbuhi Jerawat, Punca Tumbuh Jerawat, Punca Jerawat, T-Zone, T-Zone Jerawat

Tempat Biasa Ditumbuhi Jerawat dan Puncanya

Hidung dan Dahi
Menunjukkan yang anda sedang berada dalam tekanan atau stress.

Kawasan Anak Rambut
Berkaitan dengan produk penjagaan rambut.

Dagu atau Leher
Menandakan kitaran haid yang bermasalah (bagi perempuan)

Kawasan Sekitar Bibir
Menandakan masalah yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Pipi
Berkemungkinan disebabkan oleh sentuhan.

Jerawat ini selalunya memang tidak asing lagi dengan ‘T-Zone’ iaitu di hidung dan dahi. Jadi salah satu sebabnya adalah kerana kita sedang mengalami tekanan atau stress. Antara sebab lain jerawat sering tumbuh ialah muka berminyak dan juga penggunaan pencuci muka, toner atau krim yang tak sesuai dengan kulit muka kita. Selain daripada itu, jerawat juga boleh timbul kalau kita sejenis yang suka pakai makeup tapi tak suka cuci makeup.

Kalau fikir balik sebenarnya jerawat ni hanyalah benda yang biasa bagi remaja kerana mereka dalam keadaan hormon yang masih tidak seimbang lagi dan sering berubah-ubah, jadi kerap rasa tekanan atau stress menyebabkan adanya jerawat. Tapi kalau dah 1 muka habis penuh jerawat memanglah rasa risau dan akan rasa rendah diri juga. Jadi pandai-pandailah jaga jerawat ni ya, dan kalau teruk sangat boleh berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologist. Jangan sesuka hati pakai produk kecantikan yang nanti dikhuatiri akan terukkan lagi muka tu.

Ok, sesiapa nak kongsi tips tentang jerawat, boleh kongsi di ruangan comment ya! Terima kasih. Jumpa lagi di lain entri.

Jerawat, Tempat Biasa Ditumbuhi Jerawat, Punca Tumbuh Jerawat, Punca Jerawat, T-Zone, T-Zone Jerawat

Thursday, February 14, 2019

Kulit Cantik Semulajadi dengan Tomato


Assalamualaikum semua.

Ramai yang suka makan tomato secara mentah kerana baik untuk kesihatan dan mencantikkan kulit. Kalau nak tahu, tomato kaya dengan vitamin A, B1 dan C. Tomato juga adalah antioksidan semulajadi yang baik kerana mengandungi likopen. Tomato bagus untuk melawan kesan kerosakan sel kulit akibat radikal bebas. Sebaiknya, disarankan setiap orang untuk mendapatkan likopen minimum sebanyak 16mg sehari.

Likopen atau lycopene adalah pigmen karotenoid, iaitu fitokimia yang terdapat dalam buah atau sayur. Likopen adalah karotenoid yang paling umum di dalam tubuh manusia. Likopen memiliki khasiat antioksidan yang kuat. Antioksidan sangat penting untuk menjaga kesihatan  organ kerana berfungsi sebagai penangkal radikal bebas dalam tubuh. Lebihan radikal bebas dari sisa metabolisma dapat menyebabkan kerosakan sel yang berpotensi menimbulkan berbagai penyakit dan gangguan kesihatan.

Likopen banyak terdapat dalam sayuran dan buah yang berwarna cerah seperti merah, kuning, atau jingga. Contoh makanan yang banyak mengandungi likopen adalah seperti tomato. Tomato juga dapat membantu mengawal dan mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit wajah serta berkemampuan untuk menghilangkan kulit kusam.

Kulit Cantik Semulajadi dengan Tomato

1. Tips Masker Tomato & Avokado

Bahan-bahan:
1 biji  tomato
1 biji avokado – ambil isi

Cara membuat:
  1. Lenyek dan hancurkan tomato dan avokado.
  2. Satukan dan sebatikan keduanya.
  3. Jadikan sebagai masker dengan menyapunya pada seluruh kulit wajah.
  4. Biarkan selama 15-20 minit.
  5. Kemudian bilas bersih dengan air suam.



2. Tips Masker Tomato & Timun

Bahan-bahan:
1 biji tomato
1 batang timun

Cara Membuat:
  1. Potong dan kisar keduanya hingga hancur.
  2. Sapukan pada muka dengan rata.
  3. Biarkan seketika sebelum cuci dengan air suam.
  4. Campuran masker ini mampu menyingkirkan minyak berlebihan pada wajah dan mencegah kulit kekeringan.


Wah! Banyak sangat tips nak cantik guna bahan semulajadi. Apa lagi? Jom cuba! Ok jumpa lagi di lain entri. Nak share tips kecantikan juga boleh share di ruangan comment macam biasa ya! Tq.

Wednesday, February 13, 2019

Manfaat Buah Betik Untuk Kecantikan

Assalamualaikum semua.

Sebenarnya banyak benda semula jadi yang kita boleh ambil manfaatnya untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Kalau kita jenis ambil tahu, lepas ni, tak perlu lagi nak makan supplement-supplement yang kadang-kadang tu hanya memudaratkan diri kita. Buah betik bukan sahaja bagus untuk kesihatan tapi ia juga boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada alat kecantikan yang sangat mudah.

Manfaat Buah Betik Untuk Kecantikan

Manfaat Buah Betik Untuk Kecantikan

1. Menyuburkan Kulit
Buah betik kaya dengan vitamin A dan enzim papain. Ia mengekalkan kulit terhidrat dan lembap. Anda boleh mencampurkan buah betik yang telah dilenyekkan dengan madu untuk membuat mask muka yang dapat menghidrat kulit anda dan memberikan cahaya padanya, selain membantu menghilangkan sel-sel kulit mati.

2. Merawat Rambut
Buah betik yang dilenyekkan boleh dicampur dengan minyak badam atau minyak zaitun, ataupun dadih dan madu untuk membuat paste yang boleh digunakan pada rambut dan kulit kepala selama lebih kurang satu jam sebelum mencuci kepala. Ia akan menjadikan rambut anda lebih licin dan lembut.

3. Merawat Tumit Retak
Jika anda mengalami masalah tumit retak, anda boleh letakkan paste betik segar yang telah dilenyekkan, dan dicampur dengan pisang dan madu. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan kemudian basuh. Lakukan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk melihat hasil yang ketara. Tumit anda akan menjadi lebih licin dan lembut.

4. Mengurangkan Jerawat
Kulit betik segar boleh disapu pada muka, atau paste betik segar yang dilenyek juga boleh digunakan pada muka untuk menghilangkan jerawat dan bintik hitam. Asid alfa-hydroxy dalam buah ini menjadikannya berasid secara semulajadi, yang membantu dalam mengurangkan jerawat dan juga memerangi penuaan.

5. Mengurangkan Tompok Hitam
Buah betik dicampur dengan susu membentuk paste yang baik untuk mengurangkan tompok-tompok hitam pada kulit anda. Malah, ia juga mampu sekatakan tona kulit. Susu melengkapi betik dalam memberi keajaiban dalam meningkatkan keserian kulit anda.

Ok semua. Jumpa di next entri. Sesiapa yang tahu apa lagi manfaat dan khasiat buah betik ni boleh beritahu di ruangan comment ok!

Masker Kopi + Santan Untuk Masalah Jerawat dan Kulit Glowing

Assalamualaikum semua.

Kopi adalah salah satu sumber anti-oksidan terkaya yang penting untuk kulit kerana kopi melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh merosakkan kulit kita. Kopi juga boleh menegangkan kulit dan memperbaiki tekstur kulit kita. Bila berfungsi menegangkan dah tentu kulit akan jadi lambat berkedut dan awet muda. Kafein dalam kopi itulah yang bersifat anti-oksidan semulajadi yang mana bertindak menyingkirkan radikal bebas dalam badan yang menyebabkan pengoksidaan.

Santan pula membuatkan kulit kita jadi lebih glowing apabila digabungkan dengan kopi. Santan mempunyai sifat penyingkiran sunburn yang sangat baik. Lagi bestnya dua gabungan ini membantu surutkan jerawat juga! Bila muka dah bersih dengan jerawat, kedut-kedut hilang, senang sangat nak dapat pakej glowing tu kan. Seriously, gabungan dua bahan ni sangat baik untuk kulit kita.


Masker Kopi + Santan Untuk Masalah Jerawat & Kulit Glowing
  • Sediakan 1 sudu serbuk kopi dan 1 sudu santan.
  • Campurkan kedua-dua bahan dan gaul sebati.
  • Disebabkan kopi sifat dia sangat cepat larut, jadi agaklah paste tu jangan bagi terlalu cair sampai menitis, dan jangan terlalu kering.
  • Sapu dan lumur seluruh kulit muka dan biarkan selama 20 minit.
  • Kemudian bilas dengan air sejuk.
  • Dah buat masker ni terus apply pelembap atau moisturizer untuk neutralkan balik pH kulit supaya kembali kepada paras normal.
  • Nak lebih berkesan ulang masker ni 2-3 kali seminggu.
Ok. Selamat mencuba semua!

Tuesday, February 12, 2019

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!


Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/02/giveaway-pantangpluscom-di-mialianacom.html

Monday, February 11, 2019

Emosi Diri dan Tindakan Luar Kawalan

Assalamualaikum semua.

Setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian haruslah dalam keadaan berhemah. Namun tak dinafikan kita ini hanya manusia biasa, kadang-kadang kita suka dan sering bertindak mengikut emosi. Emosi selalunya menyebabkan kita bertindak di luar kawalan, di luar jangkaan, seterusnya mengambil atau membuat keputusan yang sia-sia sahaja. Akhirnya, memakan diri sendiri.


Bahagia

Pertama, ketika kita terlalu bahagia, janganlah sesekali kita berjanji akan sesuatu perkara kepada seseorang. Kadang-kadang dek terlalu berasa bahagia, kita tak boleh nak berfikir secara waras, hilang kawalan dek emosi tersebut sehingga membuatkan kita menabur janji-janji yang bila difikirkan balik kita sendiri tak boleh nak tunaikan kelak. Bila tiba suatu masa tu, terfikir kembali “kenapalah dulu aku berjanji dengan si dia ni, sekarang kan dah susah aku nak tunaikan janji aku ni.” Tak gitu? Siapa pernah ada dalam situasi begini?

Marah

Kedua, ketika kita sedang marah, janganlah sesekali kita menjawab kepada orang yang membuat kita marah atau kepada orang di sekeliling kita. Kadang-kadang tak pasal-pasal orang lain yang tak bersalah pun kena tempiasnya sekali. Ya, tak dinafikan kadang-kadang kita rasa marah sangat dan geram sangat dekat seseorang tu. Tambahan pula, kalau seseorang tu dah berkali-kali buat kita marah kan? Mana tak geramnya. Nak nak pula yang jenis suka pijak kepala kita. Aduhai! Tapi apabila kita fikirkan balik, bila dia marah, kita marah dia balik, benda takkan settle pun.

Buat penat kita membebel saja buat kering air liur bertekak macam tu. Last-last, boleh jadi sakit kepala menghadap orang macam tu kan. Lepas tu, dah tak bertegur sapa dah. Jadi ada baiknya lah, kalau kita sedang marah, ambil masa untuk cool down, duduk diam-diam, jangan jumpa siapa-siapa, sebab nanti orang tu pula yang kena tempiasnya. Tapi kalau kita jenis suka kongsi emosi dengan kawan rapat ok saja kalau nak kongsi dengan mereka, cumanya jangan pula marah kawan kita tu kalau mereka berikan pandangan atau nasihat nanti ya!


Sedih

Ketiga, ketika kita sedang bersedih atau kecewa, jangan sesekali meluru untuk membuat sesuatu keputusan. Bila rasa sedih, memang semua benda jadi tak kena, rasa down sangat, rasa macam tak ada guna dah nak hidup dalam dunia ni. Ceh! Kemain. Jadi masa sedih atau kecewa, janganlah kita mengambil apa-apa keputusan kerana masa tu kita dipengaruhi oleh emosi tersebut. Kelak keputusan yang diambil itu mungkin akan memakan diri kita. Kalau dah sedih atau kecewa tu, menangis sajalah puas-puas. Buatlah apa-apa yang dapat tenangkan diri asalkan tak memudaratkan diri. Tapi itulah, bila emosi menguasai memang susah nak kawal diri, cumanya kena selalu ingat Tuhan.

Kesimpulannya di sini, apa-apa pun yang kita buat selalulah memohon perlindungan dariNya. Semoga kita tidak mudah dipengaruhi oleh emosi atau perasaan dan dapat elakkan sesuatu yang tak baik datang kepada diri kita. Akhir kata, semoga kehidupan kita semua di muka bumi ini dipermudahkan dan berbanyaklah berdoa kepadaNya. Ok jumpa lagi di entri seterusnya ya! Sesiapa ada pandangan bolehlah kongsi di ruangan comment. Terima kasih!

Saturday, February 2, 2019

Sinaran UV Alat Elektronik Mempercepat Penuaan Kulit Wajah

Sinaran UV Alat Elektronik Mempercepat Penuaan Kulit Wajah

Assalamualaikum semua.

Bangun pagi dari tidur, celik-celik saja mata terus capai handphone. Nak tidur malam, sebelum tidur mesti godek handphone dulu. Akulah tu. Eh, korang pun sama? Yalah, handphone ni dah macam kewajipan dah. Tak pernah nak lekang dari tangan kan? Kadang-kadang tu tak ada apa sangat pun nak tengok. Asyik scroll Instagram, scroll blog sendiri, scroll FB, scroll Twitter, lagi apa lagi? Macam-macam lah.

Tak sedar rupa-rupanya dah 1 jam kita menghadap handphone. Itu belum lagi menghadap laptop ke, tablet ke, televisyen ke kan? Entah berapa jam pula kita bermesra dengan alat-alat elektronik sebegini. Zaman era baru dan dunia millenium sekarang ini rata-rata memang tidak lari dengan penggunaan gajet-gajet tersebut. Boleh dikatakan setiap hari kita akan menggunakannya. Cuma harus sedikit berwaspada ketika mengendalikannya kerana dikhuatiri akan menyebabkan kesan buruk kepada kita.

Penggunaan alat elektronik dengan kerap ini bukan sahaja dapat mengundang masalah tertentu malahan turut memberi kesan kepada kulit wajah kita dengan mempercepat penuaan dalam jangka waktu panjang. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Journal of the American Academy of Dermatology, menunjukkan bahawa sinaran UV yang dipantulkan menerusi alat-alat elektronik yang sering kita guna setiap hari ini boleh memberi kesan buruk pada wajah kita seperti menimbulkan bintik gelap, pigmentasi, pembentukan warna kulit dan tona kulit yang tidak sekata serta kulit boleh berubah menjadi kusam.

Pengarah Urusan Big Pharma Asia, Corina Lee, berkata,

Sama ada individu berwaspada atau tidak, kulit adalah organ yang sentiasa terdedah kepada sinaran UV tidak kira di kawasan tertutup atau terbuka. Ramai wanita lebih waspada kepada cahaya matahari, namun dalam tidak sedar kecantikan pudar akibat lebih menghabiskan masa dengan penggunaan gajet masing-masing. 
Sinaran UV Alat Elektronik Mempercepat Penuaan Kulit Wajah

Jadi bukan saja sinaran UV dari cahaya matahari yang berbahaya, sinaran UV alat elektronik juga bahaya kepada kita. Bukan di luar rumah saja maksudnya, dalam rumah bermain dengan gajet pun dah boleh menjejaskan kulit wajah kita dan memberi kesan penuaan kepada kita dalam jangka panjang. Oleh itu, sentiasalah balancekan waktu anda bermain dengan gajet-gajet ini ya. Beware semua! Pesanan untuk diri sendiri ini juga.

Friday, February 1, 2019

Belajar Dari Jam Dinding

Assalamualaikum semua.

Belajar Dari Jam Dinding

Dilihat orang atau tidak, ia tetap berdenting.
Dihargai orang atau tidak, ia tetap berputar.
Walau tak seorang pun mengucapkan terima kasih.
Ia tetap bekerja setiap jam, setiap minit bahkan setiap detik.

Teruslah berbuat baik kepada sesama,
meskipun perbuatan baik kita tidak dinilai dan diperhatikan orang lain.

Ibarat jam dinding yang terus menerus bekerja
walaupun tak dilihat namun sentiasa memberi manfaat bagi sekitarnya.


Menarik dan indah kata-kata ini lalu terasa nak kongsikan di sini. Begitulah perihal jam dinding. Buat sesuatu kerja tak perlu mengharapkan ucapan terima kasih itu. Tetaplah lakukan pekerjaan itu sebaik-baiknya dengan ikhlas walaupun seikhlas mana kita itu hanya Tuhan yang tahu. Jangan berkira dengan apa jua kerja yang kita lakukan. Kelak akan ada ganjaran juga buat kita jika kita benar-benar melakukan pekerjaan kita dengan baik. Namun di setiap perbuatan baik yang kita lakukan itu, jangan pula sentiasa mengharapkan apa-apa balasan atau ganjaran semata.

Tetaplah berbuat baik walau dalam apa jua keadaan sekali pun, walaupun hanya Tuhan saja yang mengetahuinya dan tidak dilihat oleh sesiapa pun. Sentiasalah juga menjadi seseorang atau sesuatu yang bermanfaat atau memberi manfaat dan faedah kepada orang lain, dalam erti kata lain; berbuat baik kepada orang lain. Bak kata pepatah, “buat baik berpada-pada, buat jahat janganlah sekali”. Semoga kita semua dapat belajar dari jam dinding. Jadilah seperti jam dinding.

Ingatlah, dalam apa jua yang kita lakukan, semoga kita dapat menjadi manusia yang berguna. Di mana jua kita berada, semoga kita dapat menjadi manusia yang tolong-menolong, bermanfaat kepada orang lain dan sekitar serta disenangi oleh orang lain. Hidup di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan merupakan rumah tumpangan buat seketika, namun di dunia inilah tempat kita berbuat sehabis baik untuk bekalan kita di akhirat kelak. Setiap apa yang kita lakukan, akan dinilai di akhirat kelak; suatu tempat yang kekal abadi. Semoga bekalan yang kita bawa nanti akan menyenangkan kehidupan kita di sana. In shaa Allah.

Belajar Dari Jam Dinding, Jam Dinding, Jam