Krabby Cheese Pizza @ Pizza Hut

Krabby Cheese Pizza, Menu Baru Pizza Hut, Pizza Hut, Pizza Krabby Cheese

Assalamualaikum semua.

Hari ni teringin nak makan pizzalah pulak. Lama dah tak makan pizza. Baik Pizza Hut mahupun Dominos. Huhu. Yang mana satu menjadi pilihan korang semua? Pizza Hut atau pun Dominos? Aku lebih suka Pizza Hut. Hehe. Kalau di Pizza Hut, paling favourite pizza ialah pizza Hawaiian Chicken lah apa lagi. Hehe. Kalau order tu tak sah kalau tak ada yang ini. Siapa suka pizza  Hawaiian Chicken di Pizza Hut juga? Ok kita geng!

Jadi tadi hajat di hati nak order pizza Hawaiian Chicken inilah memandangkan ianya adalah pizza favourite. Sekali tengok dekat menu dia ada pula pizza baru. Krabby Cheese Pizza nama dia. Nampak menyelerakan sungguh. Mengeliur tengok! Menyiksa jiwa raga betul. Ehh, tetiba aku dah teringin pulak dah nak makan Krabby Cheese Pizza ni. Ini semua sebab nampak gambar menu dia ni lah ni. Haha. Aduhai selera aku ni macam-macam betullah kan. End up aku beli 1 personal pizza Hawaiian Chicken dan 1 Regular Pizza Krabby Cheese ni. 

Kalau korang tengok gambar Krabby Cheese Pizza ni pun mesti mengeliur jugak dan rasa nak beli. Huhu. Betullah kan, kadang-kadang nak iklankan makanan atau apa jua benda, kena ada style dan perlu meyakinkan orang ramai supaya beli produk tu. Haha. Jadi inilah dia pizza-pizza yang berjaya dibeli tadi.

Krabby Cheese Pizza, Menu Baru Pizza Hut, Pizza Hut, Pizza Krabby Cheese

1 Regular Pizza
Krabby Cheese Pizza
Ala Carte
RM33++

Krabby Cheese Pizza, Menu Baru Pizza Hut, Pizza Hut, Pizza Krabby Cheese

Closer look
Krabby Cheese Pizza
Rating: 8/10

Pizza Hut, Pizza Hawaiian Chicken, Hawaiian Chicken

1 Personal Pizza
Wow! Take Away
Pizza Hawaiian Chicken
RM4.70

Pizza Hut, Krabby Cheese Pizza, Hawaiian Chicken

“Bila ada passion, everything is tastier”
Ya betul tu!
Hehe

Ok. Craving satisfied with these 2 yummy pizzas! Kalau korang nak rasa Krabby Cheese Pizza ni dan nak tahu rasa dia sedap ke tak, mengancam ke tak, jangan lupa pergi beli dekat Pizza Hut yang berdekatan ok. Haha. Yalah, tekak orang lain-lain. Tekak kita tak sama. Jadi korang pergi beli dan rasa sendiri sedap ke tak ya! Hihi. Ok that's all. Thank you for reading!

Share:

9 comments:

  1. Terliur la tengok pizza krabby cheese ni

    ReplyDelete
  2. Ccl Selalu pilih domino pizza . Nampaknya kena terjah pizza hut menu2 tue sedap

    ReplyDelete
  3. Saya pun selalu order Hawaiian Chicken kalau pergi Pizza Hut.

    ReplyDelete
  4. Mrs. A loyal jer... dengan hawaiian chicken kalau derhaka nanti takut menyesallah pula hahahaa... tapi macam nak cubalah jugak krabby cheese ni

    ReplyDelete
  5. Krabby cheese pizza tu nampak sangat menggoda.. rasa cam nak gi pizza je skrg nie.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. Tgk gambar awk kita terasa lapar dan nak makan pulak krabby cheese pizza tu

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa nyumz

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/01/jom-beli-novel-ain-maisarah.html

    ReplyDelete
  8. Woww nampak lazat la crab pizza

    ReplyDelete