Amaran Doktor Pakar Buah Pinggang dan Panduan Pengiklanan Produk Kesihatan

Assalamualaikum semua.

Baru-baru ini di Facebook, doktor pakar buah pinggang ini ada mengeluarkan amaran untuk selebriti, instafamous dan sesiapa sahaja yang mengiklankan serta yang review produk. Tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh beberapa pihak ini membuatkan ramai yang dimasukkan ke hospital kerana percaya dengan golongan yang berpengaruh berkenaan.

Takrif Selebriti:
Individu yang dikenali umum dan kerana status selebritinya, boleh menggalakkan penggunaan produk perubatan. Contohnya pelakon, penyanyi, pengacara, asatizah (ustaz/ustazah), ahli sukan, blogger, model, angkasawan, animasi dan lain-lain.

Dr Rafidah Abdullah, Pakar Nefrologi Malaysia, Medtweet.my

Dr. Rafidah Abdullah menegaskan dalam laman Facebooknya:

"JANGAN sekali-kali sebut perkataan buah pinggang dalam review anda. Yang ini dah masuk kawasan saya dan bagi pihak rakan-rakan, kami tidak benarkan sesiapa pun kata produk anda selamat untuk buah pinggang. You have NO IDEA how many people landed in hospital. Yang terkena: sila simpan bukti dan beritahu doktor merawat untuk hubungi saya. Kita saman mereka ya,"
Selebriti perlu mempunyai tangggungjawab sosial bagi memastikan pengiklanan/promosi produk yang dibuat adalah telus dan jujur serta mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan memandangkan ia memberi kesan kepada pengguna yang terpengaruh membeli produk hasil pengiklanan yang dibuat oleh seseorang selebriti. Akhirnya yang jadi mangsa adalah pengguna yang tidak tahu apa-apa pasal keburukan produk tersebut.

Oleh itu, mereka diingatkan agar mematuhi panduan khas dalam pengiklanan produk kesihatan yang disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Untuk selebriti, instafamous‪ dan yang sewaktu dengannya: KKM buat panduan khas untuk anda. Harap semua selebriti tahu tatacara yang betul. Jangan bagi alasan tak munasabah. Saya tahu denda sedikit, tapi janganlah menipu masyarakat Malaysia. Tak rasa bersalah sedikit pun ke?‬," - tegas Dr. Rafidah lagi.
Panduan Kepada Selebriti Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan, Panduan Nak Iklan Produk, Product Review, Selebriti, Instafamous

Panduan Kepada Selebriti Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan
Panduan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan selebriti yang sering berperanan sebagai individu yang mengiklankan/mempromosikan produk kesihatan kepada orang awam. Panduan ini adalah komplimentari kepada Garis Panduan Pengiklanan Ubat dan Produk Perubatan Kepada Orang Awam sedia ada dan Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 yang dikuatkuasakan.

Tujuan Kawalan Iklan Perubatan:
  • untuk mengawal selia kandungan pengiklanan: memastikan pengiklanan yang benar dan tidak menjejaskan atau melanggar norma-norma sosial.
  • untuk melindungi kesihatan awam dengan menggalakkan penggunaan ubat-ubatan yang selamat: memastikan bahawa pengiklanan adalah jujur berkenaan manfaat, kegunaan dan kesan ubat, serta mematuhi undang-undang yang dikuatkuasa.
Definisi Iklan Menurut Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956:
Menurut Seksyen 2 Akta yang sama, iklan termasuk apa-apa notis, pekeliling, laporan, ulasan, risalah, label, pembalut atau dokumen lain, dan apa-apa pengumuman yang dibuat secara lisan atau dengan apa-apa cara yang menghasilkan atau memancarkan cahaya atau bunyi. Ini termasuklah iklan yang berbentuk product review, testimoni atau endorsan profesional di dalam media cetak atau elektronik atau media baharu (laman web dan media sosial dan lain- lain).

Waspada Dengan Iklan Ubat Iklan Produk Di Media Sosial

Larangan Pengiklanan Produk Yang Berkaitan Dengan 20 Jenis Penyakit:
Terdapat 20 jenis penyakit yang DILARANG diiklankan bagi tujuan rawatan/pencegahan/diagnosis:
  1. Penyakit/kerosakan buah pinggang
  2. Penyakit/kerosakan jantung
  3. Kencing manis
  4. Sawan
  5. Lumpuh
  6. Batuk kering
  7. Asma/lelah
  8. Kusta
  9. Barah
  10. Pekak
  11. Ketagihan dadah
  12. Angin pasang/Hernia
  13. Penyakit mata
  14. Tekanan darah tinggi
  15. Sakit mental
  16. Kemandulan
  17. Frigidity
  18. Lemah fungsi seks/Impotency
  19. Penyakit venerus/Penyakit Kelamin
  20. Kelemahan urat saraf/aduan kelemahan lain, timbul daripada/berhubung dengan perhubungan seks

Untuk Maklumat Lanjut:
Panduan Kepada Selebriti Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan
Share:

7 comments:

  1. Harapnya beringatlah dalam mengiklankan produk kesihatan..

    ReplyDelete
  2. Kita pun kena hati2 jangan cepat terpengaruh dengan iklan2 tersebut

    ReplyDelete
  3. Kalau ada cop KMM barulah buleh beli. .

    ReplyDelete
  4. nice sharing! neway, saya dah follow sini

    ReplyDelete
  5. sekarang ni mcm2 cara utk melakukan produk..

    ReplyDelete
  6. Mmg betul Kena waspada Semua prodhk3 dipasaran

    ReplyDelete
  7. Jangan mudah tertipu macam Tipah dan jangan jadi tak kisah macam Aiman heheheee...

    Baru-baru ni Mrs. A ada tengok satu iklan kat instagram tak tahu nak gelak ke nak nangis pasal produk pulih dara. Haish! please la...

    ReplyDelete