3 Kesultanan Masih Belum Dilantik Menjadi Agong Untuk Pusingan Kedua

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan, Perletakan Jawatan Yang di-Pertuan Agong, Perletakan Jawatan Sultan Muhammad V

Assalamualaikum semua.

Perletakan jawatan Sultan Muhammad V pada 6 Januari lalu bermakna proses melantik dan menabal Yang Di-Pertuan Agong ke-16 bakal berjalan, dan setakat 2019, berbaki tiga kesultanan negeri yang masih belum dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong untuk pusingan kedua. Tiada sistem umpama sistem pentadbiran Malaysia. Ia amat unik. Sistem pentadbiran Malaysia, sistem demokrasi berperlembagaan, mengimbangi doktrin moden Barat iaitu demokrasi dengan resam turun-temurun Nusantara iaitu monarki.

Pokok kepada keunikan ini adalah sistem penggiliran raja, yang menyaksikan Yang di-Pertuan Agong baharu dilantik setiap 5 tahun. Sejak kemerdekaan pada 1957, 15 sultan daripada 9 keluarga diraja telah masing-masing mengambil giliran untuk memegang jawatan ketua negara itu. Pada 1994, penggiliran ini mula masuk pusingan kedua apabila bekas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-10. Ini sekali gus menandakan kali kedua keluarga diraja Negeri Sembilan menyandang jawatan tersebut.

3 kesultanan yang masih lagi belum dilantik menjadi Agong untuk pusingan kedua:
-Kesultanan Johor
-Kesultanan Pahang
-Kesultanan Perak


Kesultanan Johor

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar diputerakan pada 22 November, 1958. Baginda dilantik sebagai waris apabila bapanya, Almarhum Sultan Iskandar menaiki takhta kerajaan Johor dan dimasyurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai, 1981. Sultan Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan Sultan Iskandar, dan dimahkotakan sebagai Sultan Johor pada 23 Mac, 2015.

Kali terakhir Istana Johor memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah pada 1984 apabila Almarhum Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong. Sultan Ibrahim sebelum ini menolak pelawaan untuk menjadi Yang Di-Pertuan Agong ke-15 pada 2016.

Sultan Pahang, 3 Kesultanan Masih Belum Dilantik Menjadi Agong Untuk Pusingan Kedua, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah

Kesultanan Pahang

Sultan Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang pada 24 Oktober, 1930. Sultan Ahmad Shah juga terkenal dengan minatnya terhadap sukan – baginda menyandang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari 1984 hingga 2014, Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hingga 2002 serta Persatuan Bola Speak Asean pada 2011. Kali terakhir Istana Pahang memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong adalah apabila Sultan Ahmad Shah sendiri diangkat sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-7 pada 1979.

Sultan Perak, 3 Kesultanan Masih Belum Dilantik Menjadi Agong Untuk Pusingan Kedua, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Kesultanan Perak

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kini memegang jawatan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong dan memangku jawatan Yang Di-Pertuan Agong berkuat kuasa 7 Januari, 2019. Baginda diputerakan pada 27 November, 1956 di Georgetown, Pulau Pinang. Kelulusan akademik baginda diperoleh dari universiti-universiti terkemuka dunia, termasuk Kolej Worcester di Oxford dan Universiti Harvard di Amerika Syarikat. Kali terakhir Istana Perak memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong adalah apabila Sultan Azlan Shah diangkat sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-9 pada 1989.

Namun begitu, tidak semestinya 3 kesultanan ini yang bakal dilantik menjadi Agong.

3 sebab membolehkan Majlis Raja-Raja Melayu memilih yang lain daripada yang dijangka:

  1. Jika Sultan itu masih di bawah umur
  2. Jika Sultan itu menolak pelawaan menjadi Yang Di-Pertuan Agong
  3. Jika ada faktor kelemahan dari segi fizikal, mental atau lain-lain yang menyebabkan Majlis Raja-Raja berpendapat seseorang Sultan itu tidak sesuai diangkat menjadi Agong

“Dari perspektif undang-undangnya mudah saja – Majlis Raja-Raja Melayu boleh memilih sesiapa saja. Hak dan timbang rasa Majlis Raja-Raja sangat luas. Tiada jaminan Yang Di-Pertuan Agong seterusnya akan datang daripada 3 Istana ini.” -Pakar Undang-Undang, Professor Emeritus Datuk Dr. Shad
Saleem Faruqi.

Sumber: Berita Astro Awani
Credit photo: Google
Share:

6 comments:

  1. Dah official ke Sultan Perak ambil alih?

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan pelantikan agong baru..

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus Yea.. Ramai yang tak tahu pasal ini..

    ReplyDelete
  4. Siapalah agong Baru nanti.. mama suka semua sultan

    ReplyDelete