Perbezaan di antara Espresso, Mocha, Latte, Cappucino, Americano dan Macchiato

Assalamualaikum semua.

Bagi peminat atau penggemar kopi, pastikan anda tahu tentang ini. Espresso, Mocha, Latte, Cappucino, Americano dan Macchiato. Mana satu pilihan anda? Belum pasti? Tak tahu apa beza dia? Selalu main pilih dan order saja kopi di kedai? Kenali apakah perbezaan di antara semua jenis kopi ini dari sudut definisi dan komposisi yang membentuk variasi tersebut.


Espresso
Bancuhan kopi yang agak keras. Memiliki identiti keras, pekat melekat. Kebiasaan dibancuh menggunakan mesinnya yang tersendiri dengan kawalan suhu, dan tekanan air yang telah disesuaikan. Espresso boleh dikatakan asas kepada bancuhan lain, sebagai 'lantai' bancuhan. Espresso dihidangkan dengan kuantiti isipadu yang sedikit sahaja bukan dalam bekas air yang besar. Sekadar untuk memuaskan tekak peminat kopi pekat. Kepahitannya boleh dikurangkan dengan menambahkan gula meskipun sudah terdapat susu di dalamnya.

Mocha
Wujud apabila espresso ditambahkan dengan campuran coklat. Senang cerita mempunyai unsur 'neslo', nescafe campur milo. Kuantiti coklat bukanlah khas dengan beberapa sudu atau shot, suka hatilah mahu ditambah sebanyak mana. Senang cerita mocha adalah espresso yang ditambah coklat.

Latte
Masih lagi berkisar kepada perkataan espresso. Latte wujud apabila susu yang sudah distim dicampurkan dengan espresso. Espresso yang mempunyai rasa pahit yang keras boleh dikurangkan kekerasanya dengan penambahan susu yang distim. Kewujudan 'foam' masih belum lagi kelihatan.

Cappucino
kap-pu-cino, entiti yang masih lagi tidak lari dari espresso. Memiliki karakter yang agak berlainan dengan yang lain, hanya sekadar 'foam' buih-buih halus yang banyak. Foam ini biasanya diperoleh dari mesin ketika membancuh espresso itu sendiri, kepanasan mesin membentuk foam. Jika anda kenal teh tarik, atau nescafe tarik, mungkin ini merupakan versi komersialnya. Cappucino adalah espresso yang berbuih, foam. Penggemar cappucino mungkin akan menambahkan serinya dengan 'cinnamon'.

Americano
Hidup amat sukar jika anda bukan peminat kopi pekat espresso. Namun, bukan sesukar sangat kerana americano style diperkenalkan. Secara praktikalnya americano merupakan perkara common sense harian kita. Jika rasa espresso pekat sangat nak bagi lembut dan sedap ditelan tambahlah air. Jadi, itulah americano. Tambahkan air untuk melembutkan rasa pahit melekat espresso.

Macchiato
Merupakan perkataan Itali yang bermaksud, 'marks' atau 'stained' atau dalam bahasa Melayu, diubah. Macchiato bukanlah suatu jenis bancuhan berasaskan espresso yang baharu akan tetapi merupakan nama adjektif atau perbuatan terhadap bancuhan yang sedia ada. Latte macchiato, kopi latte yang sudah di'macchiato'kan, mocha macchiato adalah kopi mocha yang sudah di'macchiato'kan. Dilukis foam dengan pelbagai jenis entiti berbentuk hati, daun, bunga, beruang atau apa saja pada foam tersebut. Sama seperti cappucino namun tiada steam milk. Espresso bersama foam.

Mocha, latte, cappucino dan americano sebenarnya adalah hasil kreativiti barista kopi semata-mata. Modifikasi dari espresso, dengan mencampurkan susu atau coklat dengan perkadaran tertentu. Kewujudan kesemua istilah di atas adalah kreativiti semata-mata, modifikasi espresso menjadi pelbagai bancuhan lain.

Bagi penggemar kopi yang beridentiti moden mungkin terma dan syarat di atas merupakan kaedah mereka untuk menikmati kopi namun jika sememangnya seseorang itu adalah 'caffeine addict', nescafe 3 in 1 atau kopi kapal api sudah memadai.

Ok that's all.
Thank you for reading!

Share:

7 comments:

  1. Caffein addicted.. paling kurang sehari mesti nak minum secawan nescafe atau mocha..

    ReplyDelete
  2. salam singgah sini,, ooo baru tahu perbezaannyaa kalo x tahu minum jerr hii

    ReplyDelete
  3. Aien bantai order je mana2.. paling suka order Latte ngan Macchiato. Kadang² konon nak cuba Mocha. End up, tong sampah minum. haha Paling win kalo minum kopi kampung. ^^

    ReplyDelete
  4. Sebagai seorang yg tak gemar sgt coffee, saya baru tau perbezaan ini semua, hahaha.. Kalo gi kedai kopi/cafe pun, saya cuma pilih mocha je (sebab tau yg mocha nie ada mix choc - saya suka choc, hhohoho).

    Penah sekali je try minum espresso masa zaman study dulu. Lecturer Italian yg bancuhkan sendiri, cawan comel kecik gila. Katanya kena minum panas2 dan one shot je. Pahit!!!

    ReplyDelete