Mykōri Dessert Café @ Mahkota Cheras

Assalamualaikum semua.

Ada yang tengah teringin atau craving sangat nak makan dessert, ABC, benda-benda manis atau yang seumpamanya? Jom hari ni, lepas penat-penat bekerja tu, hilangkan dahaga, buat basah tekak, bergembira makan dessert di Mykōri Dessert Café! Bestnya! Macam-macam jenis dessert ada di sini. Yang paling best, pada sesiapa yang tengah diet tu tapi masih nak makan makanan manis yang sihat, datanglah ke sini kerana ada pilihan 'healthy' dessert di sini. Okay bunyi macam best kan? Tunggu apa lagi? Mari serbu Mykōri Dessert Café! Jangan risau, kafe dia ada banyak cawangan jadi bolehlah pilih yang berdekatan dengan tempat anda, tapi semuanya di area Klang Valley saja ya. Hehe.

"Mykori Dessert Cafe serves awesome Fusion Japanese snacks & desserts! All our cafes are 100% Muslim Friendly. No alcohol and pork free. All Our ingredients used in our menu are from halal certified supplier."
Terdapat 12 cawangan Mykōri Dessert Café setakat ini:
  1. Puchong
  2. Old Klang Road
  3. SS15 Subang Jaya
  4. SS2 Petaling Jaya
  5. Kota Kemuning
  6. Mahkota Cheras
  7. Setapak
  8. Kepong
  9. Setia Alam
  10. Sri Petaling
  11. Kota Damansara
  12. Klang



Malam semalam, aku pergi Mykōri Dessert Café cawangan Mahkota Cheras sebab yang ini paling dekat dari rumah, tapi 40 minit jugalah! Dah craving sangat nak makan dessert di sini sebab selalu nampak iklan dia lalu di Instagram dan kawan-kawan pun ada yang dah pergi, semua feedback cakap sedap, best dan menarik. Apa lagi, nak jugalah cuba mana yang orang cakap menarik ni. Hihi. Mengeliur jugalah tengok gambar-gambar dessert yang dikongsi tu. Jadi semalam kita cuba sendiri sedap ke tak. Hehe.

Mykōri Dessert Café cawangan Mahkota Cheras ni tak ramai sangatlah orang. Ruangnya pun tak banyak sangat, tapi selesalah sebab tak crowded dan suasana dia pun ok. Lampu-lampu yang cantik dengan lagu yang berputar di radio yang agak sentimental, acah acah sweet dan romantic gitu! Sangat kena dengan mood nak menikmati dessert masa tu. Sesuailah nak candle light dinner makan dessert di sini. Haha.


Kalau dekat sini, untuk order kena order di kaunter. Sebelum datang ke sini, aku dah siap-siap tengok menu dia dekat website supaya dah sampai nanti tak ada lah susah sangat nak order. Sebab ada yang step by step kena pilih untuk order. Jadi kita tengok dulu awal-awal menu dia supaya tak lambat sangat bila nak order. Hihi. Dia ada beberapa jenis dessert dan makanan seperti Kakigōri Shaved Ice, Japanese Toast, Japanese Croisssant Taiyaki, Ice Cream dan lain-lain lagi.

Boleh tengok menu dia di bawah:





    Jadi semalam tengok menu dia, semestinyalah kena rasa signature dia yang nampak menarik tu. Hihi Aku order 1 Mykōri Signature Kakigōri dan 1 Kakigōri Bōru. Kalau tidak, nak order Japanese Crōissant Taiyaki dia sekali, tapi sayang dekat cawangan Mahkota Cheras ni semalam 'not available'. Huhu. Next time lah ya! Tak ada rezeki nak buat macam mana kan. Hehe. Nanti bila-bila pergi Mykōri Dessert Cafe yang di cawangan lain pula lah.

    Semalam masa tengah-tengah makan tu, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Dah lah sejuk. Lepas tu makan pula air batu macam ni, bertambahlah sejuk dia. Bila dah masuk mulut, agak ngilu rasanya gigi ni. Hihi. Tapi rasa dia yang cukup sedap, secukup rasa, memang tiada tandingan. Sejuk sejuk pun tak kira, janji dapat dessert yang terbaik ni. Hihi. Jangan lupa cuba ya! Aneka pilihan dessert terbaik di Mykōri Dessert Café!


    RM22
    Mykōri Signature Kakigōri 
    Strawberry Yogurt Kakigōri
    (Yogurt ice, fresh strawberry, strawberry puree)


    RM12 + Add on RM3 = RM15
    Kakigōri Bōru
    Custom Made Shaved Ice Bowl
    Ice flavour:
    Yogurt (Add on RM1)
    3 Toppings + 1 Add on topping:
    Mango, Milo Crunch, Corn Flakes, Coco Pops (Add on RM1)
    Ice Cream Flavour:
    Thai Tea
    Add on Sauce:
    Caramel Sauce (Add on RM1)


    'Kakigōri' = Japanese ABC dalam bahasa Jepun. 


    Yummy! 
    Only at Mykōri Dessert Café.
    Craving satisfied.
    Sedap sangat!

    Rasa dia taklah manis sangat. Boleh bawak bincang lagilah manis dia. Oh ya, untuk yang tengah diet tapi tengah craving nak makan ni jangan risau, tengok menu dia dekat atas, boleh order dia punya Kenkō Kakigōri (Healthy Shaved Ice Bowl) tu, seronoknya! Tengah diet pun boleh makan dessert ni. Hihi. Ok, tunggu apa lagi! Boleh cuba nanti ya. Hehe.

    More info about Mykōri Dessert Café:
    1. Facebook mykoridessertcafe
    2. Instagram mykoridessertcafe

    Ok, that's all.
    Thank you for reading!

    Share:

    4 comments:

    1. Nampak sedap je dessert tu. Portion pun macam banyak.

      ReplyDelete
    2. happynya tengok menu dia! Nanti nak try singgah kalau jumpa kedai dia

      ReplyDelete
    3. Hadoi.. Meriahnya dessert dia.. Puas hati nie makan..

      ReplyDelete
    4. makkkk aiii... tergoda betul tengok gambar2 ni..

      ReplyDelete