Nanda Chicken @ Seremban 2

Assalamualaikum semua.

Hari ni dinner di sebuah Restoran Korea di Seremban 2, Nanda Chicken. Restoran ni ala ala Restoran Kfry. Ada ayam cheese yang diminati ramai tu. Hehe. Tak minat cheese sangat aku ni, tapi saja nak cuba makan sini. Walaupun tengah diet! Haha. Tapi nanti jogging tiap-tiap harilah nampaknya.


Antara makanan yang ada di sini boleh tengok menu dekat  bawah ni.



Tadi order yang nombor 1 dan nombor 34 tu. Snow Cheese Chicken dan Ramen + Rice. Ramen dia sedap tapi portion sangat banyak! Boleh makan dalam 3 orang rasanya. Kalau yang jenis makan banyak, mungkin boleh makan 2 orang. Atau yang jenis memang makan melampau, mungkin boleh 1 orang habiskan. Haha. Snow cheese chicken dia tu oklah, biasa-biasa saja. Yang ni pun portion banyak boleh kongsi ramai-ramai. Kalau yang Snow Fire Cheese Chicken tu mungkin lagi sedap agaknya sebab rasa pedas sikit tapi tadi ada orang tak boleh makan pedas jadi kita order yang biasa saja. Jadi rasa dia pun biasa sajalah. Haha.




Snow Cheese Chicken - RM59
Ramen + Rice - RM18
Apple Bulb Juice - RM12
 Lemon Tea - RM8

Paling best, air dia yang unik. Hihi. Antara menu minuman dia adalah bulb juice. Air minuman dia dalam bekas mentol lampu sebab tu nama bulb juice. Haha. Unik sangat! Lepas tu dahlah dalam bulb, letak lagi dalam pelampung flamingo. Why so cute! Haha. Berenang-renanglah tadi flamingo tu atas meja aku. Haha. Suasana restoran ni sangat selesa. Ruang sangat besar. Staff sangat bagus dan rajin. Service pun ok, cepat. Harga pun memang sesuai dengan portion dia. Sangat sesuai untuk makan-makan dengan family yang besar dan ramai. Overall, semua oklah. Puas hati.


Inilah dia Bulb Juice yang cute dalam Flamingo tu!

Lepas ni bolehlah cuba ayam dia yang lain. Ada banyak menu ayam di restoran ni. Paling sesuai untuk mereka yang sangat sukakan cheese! Tapi kalau yang tak minat cheese pun masih ada pilihan menu yang lain.  Ok kita belanja sikit video cheese meleleh dekat bawah ni. Snow cheese chicken in action!




Alamat Nanda Chicken, Seremban 2:
26, Jalan S2 B16, Pusat Dagangan Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

More info about Nanda Chicken, Seremban 2:
Facebook Nanda Chicken

Lain-lain Outlet Nanda Chicken: 
1. Solaris Mont Kiara
2. Sunway Gizamall
3. Johor Bahru City Square 

Ok that’s all.
Thank you for reading!

Share:

5 comments:

  1. wooo i like cheese !!! kenapa takda kat kedah!!!!!

    ReplyDelete
  2. haah la lebih kurang cam k fry tapi ni macam lagi banyak cheese dia hihi

    ReplyDelete
  3. syok pula tengok snow cheese chicken tu..

    ReplyDelete
  4. wow... menarik nie... Nak terjah la branch kat Sunway Piramid tu...

    ReplyDelete