Bros Cafe @ Uptown Avenue, Seremban 2

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat!

Kebelakangan ini, agak sibuk dengan beberapa hal. Lama tak berkesempatan untuk buat entri di blog. Sempat intai jenguk macam tu saja. Tambahan pula, baru baik dari demam. Kesihatan tak mengizinkan. Huhu. Baru-baru ni, sambil selesaikan kerja dekat luar, sempat juga luang masa sekejap singgah mengopi dekat satu kedai ni. Macam-macam benda kebelakangan ni, luanglah masa sekejap mengopi hilangkan stress. Hehe.

Siapa pernah tengok dan layan cerita drama My Coffee Prince, lakonan Fattah Amin and the gang, serta Janna Nick, mungkin familiar dengan kafe ini kerana penggambarannya dibuat di kafe ni, Bros Cafe yang terletak di Uptown Avenue, Seremban 2, Negeri Sembilan. Area Uptown Avenue, Seremban 2 ni memang terdapat banyak kedai makan, kafe yang best untuk lepak, reunion dan luangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan sambil mengopi. Salah satunya adalah di Bros Cafe ni.

Kafe ini dibuka oleh orang Korea sendiri, dan terkenal dengan konsep ‘Korean Dessert Cafe’. Bila dah nama Korean Dessert, bolehlah cari Bingsoo dekat sini. Hehe. Interior design kedai ni simple tapi cantik, memberi ketenangan dan keselesaan kepada orang yang mengunjungi. Sesuai kalau sesiapa nak siapkan kerja dekat sini sambil mengopi sebab ada WiFi free, sambil boleh mengopi, tenangkan perasaan yang berkecamuk tu dengan kerja yang berlambak. Hihi. Sesiapa yang suka membaca, boleh baca novel sambil mengopi. Tenang ya amat! Memang sesuai sangatlah untuk 'coffee lover'.




Masa ke sana hari tu, order white coffee, Kim's noodle dan juga Bingsoo dia yang diberi nama 'Man In Bros' dalam menu dia. Tertarik nak order Bingsoo tu sebab ada Tiramisu tapi sayang masa pergi tu dah petang, Tiramisu cake dia dah habis, mungkin laris sangat, jadi dia gantikan dengan 1 lagi scoop aiskrim vanilla. Hahaha. Agak kecewa sedikit di situ ya. Lain kali nak rasa juga Tiramisu tu!


Flat White Coffee
RM12
Agak pahit, not recommended for those yang baru2 nak try minum kopi.
Too small maybe? Hahaha.


Kim's Noodle
RM18
Ala-ala maggi yang ditambah dengan kimchi, telur dan taugeh.
Yummy!


Man In Bros Bingsoo
RM28
Kombinasi Dark chocolate, Espresso, Tiramisu(sepatutnya hahaha) with Vanilla Ice cream.
Sayang masa tu tak ada Tiramisu cake jadi dapat 2 scoop ais krim. Haha.


Last but not least, hello everyone! Hahaha.
Muka tak berapa nak gembira sebab tak dapat Tiramisu lol.

Ok, boleh cuba try rasa makan di kafe ini. Hihi. Ada beberapa menu yang baru dia tambah. Nanti boleh cuba lagi. Hehe. Sesiapa yang berminat nak mengopi di area Seremban ni bolehlah cuba ya.

Alamat:
No. 297, Jalan S2 B13, Uptown Avenue Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Maklumat lanjut:
Instagram Bros Cafe

Credit photos:
Instagram Bros Cafe
Google

Ok that's all.
Thank you for reading!
Share:

7 comments:

  1. interior design nampak best! mood nak lepak pun ada klu mcm ni.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  2. Menarik tu... tapi jauh ke Seremban la pulak... kalau teman ke sana, boleh la singgaj makan kat situ...

    ReplyDelete
  3. Aduhai kenapa LZ tak pernah pi sini padahal tinggal di Seremban 2..
    Mungkin satu hari nanti LZ boleh jumpa Yeaslmn, kita boleh buat gathering kat sini since dekat..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya cafe dia.. makanan on not bad laa

    ReplyDelete
  5. Cantiknya cafe dia.. Teringin nak cuba Bingsoo tu..

    ReplyDelete
  6. wah.. menariknya cafe ala korea nie.. menu pun nampak sedap.. byk pilihan yer..

    ReplyDelete
  7. Menariknya cafe ni... Rasa kena terjah nanti...

    ReplyDelete