Thursday, June 13, 2019

Resepi Telur Bungkus


Resepi Telur Bungkus, telur bungkus

Resepi Telur Bungkus

Bahan-bahan:
2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
1/2 biji bawang Holland dicincang halus
1 biji tomato dibuang biji dan dipotong dadu kecil
1/2 batang daun saderi dipotong dadu kecil
1/2 paket sayur campur (lobak merah, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
Secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga sedikit layu
  2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
  3. Masukkan hirisan tomato, batang daun saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi
  5. Taburkan secubit garam jika perlu
  6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar
  7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
  8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
  9. Letakkan inti yang telah siap tadi ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
  10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah diterbalikkan ke dalam pinggan

Saturday, June 8, 2019

Resepi Nasi Hujan Panas

Resepi Nasi Hujan Panas, Nasi Hujan Panas, Menu Raya, Menu Open House

Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Kahwin

3 cawan beras Basmathi-rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa

Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan disimpul

Bahan ini digoreng tanpa minyak, boleh juga jika ingin dibakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia

Cara memasak
  1. Panaskan minyak sapi dan butter
  2. Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
  4. Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
  5. Kacau rata
  6. Masukkan nasi
  7. Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
  8. Gaul rata
  9. Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
  10. Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
  11. Masukkan sedikit pewarna di dalam setiap lubang
  12. Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
  13. Kemudian gemburkan nasi rata
  14. Sedia dihidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai

Resepi Nasi Hujan Panas, Nasi Hujan Panas, Menu Raya, Menu Open House


Thursday, May 30, 2019

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum semua.

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah

Salah satunya mungkin biskut raya kegemaran korang dan wajib ada time raya. Jom tengok resepinya dan bolehlah try buat sekali!

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Biskut Nestum, Resepi Biskut Nestum

Biskut Nestum

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Red Pearl Cookies, Resepi Red Pearl Cookies

Red Pearl Cookies

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Jejari Oat, Resepi Jejari Oat, Resepi Biskut Oat, Biskut Oat

Jejari Oat

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Almond London, Resepi Almond London, Kuih Almond London

Almond London 

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Biskut Semperit, Kuih Semperit, Semperit, Semperit Susu, Resepi Semperit Susu, Resepi Kuih Semperit, Resepi Biskut Semperit

Semperit Susu 

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Biskut Cheese, Resepi Biskut Cheese

Biskut Cheese 

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Kuih Bangkit, Bangkit Susu, Resepi Kuih Bangkit, Resepi Kuih Bangkit Susu

Bangkit Susu 

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Biskut Coklat Urai, Biskut Coklat, Resepi Biskut Coklat, Resepi Biskut Coklat Urai

Biskut Coklat Urai 

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Kuih Sarang Semut, Resepi Kuih Sarang Semut

Sarang Semut

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Florentine Cookies, Biskut Florentine, Kuih Florentine, Resepi Biskut Florentine, Resepi Kuih Florentine

Florentine Cookies

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Florentine Cookies, Biskut Florentine, Popia Nestum, Kuih Popia Nestum, Resepi Popia Nestum

Popia Nestum 

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Kuih Nutella, Nutella Pod, Biskut Nutella, Resepi Biskut Nutella, Resepi Nutella Pod

Nutella Pod

13 Resepi Biskut Raya Yang Sedap Dan Mudah, Biskut Suji, Resepi Biskut Suji

Biskut Suji 

Wednesday, May 29, 2019

Berharap dan Bersangka Baik

Assalamualaikum semua.

Perkara yang sangat penting bagi seseorang mukmin ialah bersangka baik kepada Allah. Bila sudah hampir dengan kematian, dia hendaklah mengharap keampunan dariNya atas segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan. Semoga Allah menerima taubat kita dan menyempurnakan nikmatNya.

Tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berharap dan bersangka baik pada Allah. Itu merupakan satu rahmat Allah pada hambaNya. Bagi membuat sebuah harapan itu mendatangkan hasil, kita juga perlu menunaikan syarat serta rukunnya. Orang yang berharap perlu bertaubat dengan bersungguh-sungguh.

Rendahkan diri kita di hadapan Allah dan menghadapNya dengan hati serta melaksanakan kewajipan sebagai Muslim. Begitu besar harapan kita semoga Allah menutup kehidupan kita ini dengan kebaikan (husnul khotimah).

Berharap dan bersangka baik kepada Allah, husnul khotimah, muslim, mukmin, Islam

Ibarat seperti kita yang sedang takut kapal yang dinaiki itu tenggelam, maka kita akan melakukan pembaikan terhadap apa jua yang dapat membinasakan kapal itu dan memohon bantuan pada orang yang dapat menolong, mengharapkan supaya selamat daripada ancaman laut atau kebinasaannya. Maka dalam keadaan seperti itulah kita bersikap ikhlas dan menyerahkan diri kita kepada Allah.

Yahya bin Mu’az berkata,
“Hal yang dapat memperdayakan diriku adalah tarik menarik dalam perbuatan dosa lalu bermohon ampun tanpa penyesalan dan cuba mendekatkan diri kepada Allah dengan cara tidak taat padaNya. Umpama menunggu tumbuhnya pohon di syurga dengan biji benih neraka.”

Firman Allah yang bermaksud,“Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Az-Zumar:53)

Ibnu Jabir bin Abdullah melaporkan dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda ketika 3 hari sebelum wafatnya, baginda bersabda,
“Janganlah kamu mati kecuali dengan bersangka baik pada Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

Sesungguhnya semasa kita dalam keadaan sihat hendaklah bertakwa pada Allah dengan mengharap rahmatNya. Dengan itu, kita akan hidup antara takut dan berharap agar tidak putus asa dari rahmat Allah dan tidak leka dengan tipu daya. Semasa dalam keadaan sakit pula, maka kita akan mendapat kebaikan tetapi wajib untuk kita bersangka baik pada Allah dan mengukuhkan harapan padaNya. Sesungguhnya rahmat Allah itu luas.

Berharap dan bersangka baiklah kepada Allah. Kita hanyalah pendosa tanpa noktah. Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Tuesday, May 14, 2019

Ikhlas Terletak Pada Hati

Assalamualaikum semua.

Adakah sama kualiti ibadat kita ketika bersendirian dan ketika berada di hadapan orang? Mohonlah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT supaya kita termasuk dalam golongan beriman dan beramal dengan penuh keikhlasan. Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu amalan atau kebajikan untuk mendapat reda Allah SWT semata-mata. Sifat itu menjadi syarat Allah SWT menerima ibadat yang kita lakukan.

Untuk mendapatkan keikhlasan memerlukan hati yang bersih. Antaranya, memperbanyakkan zikir, mengingatkan diri tentang keikhlasan, tidak bergantung kepada makhluk, mengagungkan Allah SWT dan istiqamah melakukan ibadat. Amalan yang dilihat besar nilainya di mata manusia belum tentu mempunyai nilai di sisi Allah SWT, tanpa keikhlasan.

Imam al-Ghazali menyatakan dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din:
“Setiap manusia akan binasa kecuali orang yang berilmu, dan orang yang berilmu akan binasa kecuali yang beramal dengan ilmunya, dan orang yang beramal juga binasa kecuali yang ikhlas dalam amalannya.”
Ikhlas itu letaknya di hati. Ia menjadi dasar penilaian Allah SWT terhadap amalan hamba-hamba-Nya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu."

Ikhlas, Maksud Ikhlas, Keikhlasan, Ikhlas Terletak Pada Hati

Ikhlas menjadi keutamaan dan kunci ketaatan seorang mukmin kerana:

1. Ikhlas adalah perintah daripada Allah SWT. Firman-Nya dalam Surah az-Zumar, ayat 11 bermaksud: Katakanlah lagi wahai Muhammad: “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya.”

2. Ikhlas menjadi syarat ibadat diterima Allah SWT. Firman-Nya dalam Surah Ghafir, ayat 14 bermaksud: “Oleh itu, maka sembahlah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, sekalipun orang kafir tidak menyukai amalan kamu itu.”

3. Ikhlas adalah tanda keimanan yang memberikan ketenangan. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Fath, ayat 18 bermaksud: “Demi sesungguhnya! Allah SWT reda akan orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”

4. Ikhlas menjauhkan daripada sifat riyak (menunjuk-nunjuk). Hati orang yang ikhlas tidak menunjuk-nunjuk ketika melakukan kebaikan.

5. Ikhlas menjauhkan sifat munafik. Hati yang ikhlas melahirkan akhlak yang sebenar.

Bagaimanapun, kebanyakan kita meremehkan sifat ikhlas. Kemungkinan ia sangat sulit dilakukan kerana untuk bersikap ikhlas, seseorang perlu menyingkirkan sifat angkuh dalam dirinya. Begitu juga dengan sifat riyak. Seorang Muslim yang mampu menjalani ibadat dengan ikhlas dijanjikan pelbagai keutamaan oleh Allah SWT.

Beberapa tanda keikhlasan dapat dilihat jika seseorang merasa takut melanggar perintah Allah SWT atau dia melakukan sesuatu kebajikan secara diam tanpa menghebahkan kepada orang lain.

Perkongsian daripada Dr. Nurkhamimi Zainuddin
(Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia)

Monday, May 6, 2019

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa
  • 1 gelas  selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas sahur
  • 1 gelas selepas azan maghrib
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas solat tarawikh
  • 1 gelas sebelum tidur
Kalau lebih dari 8 gelas air pun lagi bagus tetapi sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Jangan lupa banyakkan minum air kosong ya! In shaa Allah azam tahun ni nak kurangkan minum air manis. Semoga boleh kuat menahan nafsu makan dan minum ketika berbuka puasa. 

Sunday, May 5, 2019

7 Tips Kesihatan Ramadhan

7 Tips Kesihatan Ramadhan

7 Tips Kesihatan Ramadhan
  • Tidak berlebihan ketika berbuka puasa
  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas
  • Elakkan tidur yang berlebihan
  • Kurangkan mengambil makanan yang bergoreng & berminyak
  • Elakkan minuman berkafein
  • Banyakkan minum air terutama air kosong
  • Lebihkan pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran
Salam Ramadhan 1440H.
Selamat berpuasa dan selamat beramal!

Thursday, May 2, 2019

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :

Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.


Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Friday, March 8, 2019

Earphone Mampu Merosakkan Deria Pendengaran

Assalamualaikum semua.

Earphone atau headphone mampu merosakkan deria pendengaran kita. Ini terjadi apabila kita menggunakan earphone atau headphone terlalu lama dan terlalu kuat. Had maksimum penggunaan earphone atau headphone yang disyorkan pada satu masa ialah tidak lebih daripada 90 minit.

Kehilangan deria pendengaran yang disebabkan bunyi adalah tidak menyakitkan dan memberi kesan negatif kepada kita secara perlahan-lahan tetapi ianya kekal dan tidak boleh diubati sama sekali.

Cara mencegah kerosakan deria pendengaran disebabkan oleh earphone atau headphone:

  • Minimumkan penggunaan earphone atau headphone
  • Elakkan daripada menggunakan earbud
  • Tetapkan tahap bunyi atau volume MP3 player itu tidak lebih dari setengah
  • Tetapkan penggunaan earphone atau headphone tidak lebih dari 90 minit
  • Berikan masa rehat untuk telinga memperbaiki kerosakan (16 jam untuk perbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam)
Semoga bermanfaat! Info kesihatan ini dibawakan khas oleh KKM.

Earphone Mampu Merosakkan Deria Pendengaran, info sihat, info kesihatan, kkm, kementerian kesihatan malaysia



Tuesday, February 26, 2019

9 Ciri-ciri Diri Sudah Mencapai Kematangan

Assalamualaikum semua.

Kematangan dalam diri bukanlah hanya dinilai semata-mata dari segi peringkat umur seseorang. Umur yang meningkat atau ‘lebih makan garam’ bukanlah tanda diri seseorang itu benar-benar matang dan bertindak tanpa mengikut emosi. Sebenarnya ada 9 ciri-ciri yang boleh dilihat apabila seseorang itu telah mencapai peringkat kematangan dalam kehidupannya. Adakah kita benar-benar sudah matang?

9 Ciri-ciri Diri Sudah Mencapai Kematangan
Berikut antara 9 ciri-ciri seseorang itu sudah matang dalam kehidupan sebagai panduan:
  1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk mengubah diri sendiri.
  2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.
  3. Kita berani “melepaskan” kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.
  4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
  5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.
  6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.
  7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.
  8. Kita boleh bezakan “kehendak” dan “keperluan”, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .
  9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagiaan pada kebendaan. Kita lebih menikmati “rasa kopi” dari menikmati “cantiknya cawan”.


Jadi cuba semak kembali, adakah kita telah memenuhi dan mencapai 9 ciri-ciri ini? Semoga perkongsian ini bermanfaat, sekaligus mengubah diri menjadi individu yang lebih baik. Peringatan untuk diri sendiri juga supaya dapat menjadi seseorang yang jauh lebih matang di kemudian hari.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad