Apa itu Tonsil?
Tonsil ialah gumpalan tisu limfoid yang terdapat di dalam rongga mulut dan tekak. Ia merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan kuman (mempunyai sel limfosit).
Jenis-jenis Tonsil?
Apakah penyebab radang Tonsil atau Tonsilitis?
Bilakah antibiotik perlu diberikan?
Klasifikasi Tonsilitis?
Indikasi Perlu Pembedahan Tonsil?
Indikasi Relatif
Kesimpulannya di sini, tidak semua jangkitan Tonsil memerlukan antibiotik dan tidak semua Tonsil yang bengkak perlu dibedah. Jikalau Tonsilitis disebabkan oleh virus memang tidak memerlukan antibiotik kerana antibiotik hanya untuk bakteria. Jadi perlu diingat, jangan marah-marah dekat doktor kalau mereka tak beri antibiotik nanti.
Apa-apa pun, harus dilihat pada setiap simptom serta indikasinya. Jangan lupa rujuk kepada doktor pakar jika anda ada masalah Tonsilitis yang serius, dalam hal ini, rujuk pada doktor pakar ENT (Ear, Nose & Throat).
Tonsil ialah gumpalan tisu limfoid yang terdapat di dalam rongga mulut dan tekak. Ia merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan kuman (mempunyai sel limfosit).
- Adenoid/Pharyngeal - Tonsil di belakang pangkal hidung
- Lingual Tonsil - Tonsil di pangkal lidah
- Palatine Tonsil - Tonsil di bahagian tengah mulut, yang selalu diperkatakan dan boleh dilihat
Kesemua ini dikenali sebagai Lingkaran Waldeyer (Waldeyer’s Ring)
Secara umumnya, kebanyakan Tonsilitis disebabkan oleh jangkitan virus (Adenovirus, Herpes virus dan sebagainya). Oleh sebab inilah, tidak menjadi rutin pemberian antibiotik jika sakit tekak atau serangan Tonsilitis biasa.
Jika Tonsilitis disebabkan oleh kuman bakteria (Group A Beta-Haemolytic Streptococcus).
Antara gejala atau simptomnya:
- Demam > 38°C lebih daripada 3 hari
- Tonsil bengkak, merah & bernanah
- Kelenjar limfa di leher membengkak
- Sakit apabila makan
- Mulut berbau
- Superficial Tonsilitis - merah pada permukaan Tonsil sahaja
- Follicular Tonsilits - bintik-bintik kuning pada permukaan Tonsil dan Kripta
- Parenchymatous Tonsilitis - seluruh Tonsil bernanah
- Membranous Tonsilitis - lapisan membrane pada Tonsil
Indikasi Mutlak
- Tonsilitis berulang > 7 kali dalam setahun atau > 5 kali dalam 2 tahun
- Peritonsilar bernanah > 1 kali
- Sekatan pada saluran pernafasan & proses menelan
- Tonsil bengkak sebelah sahaja
- Sawan panas disebabkan Tonsilitis
- Pembawa kuman "Difteria" - tidak sembuh dengan antibiotik
- Demam Rheumatic dan Sindrom Nefrotik Akut
- Nafas berbau disebabkan nanah Tonsil (Halitosis)
- Sebahagian daripada pembedahan lain, palatofaringoplasty
- "Eagle syndrome" - pemanjangan tulang styloid
Apa-apa pun, harus dilihat pada setiap simptom serta indikasinya. Jangan lupa rujuk kepada doktor pakar jika anda ada masalah Tonsilitis yang serius, dalam hal ini, rujuk pada doktor pakar ENT (Ear, Nose & Throat).
Ada pengalaman melakukan pembedahan Tonsil atau kerap kali kena Tonsilitis? Kongsilah di ruangan comment ya!
Ada dik... akak dah buang tonsil yg menananh dulu..
ReplyDeleteBoleh baca kat sini..
https://anakomak6.blogspot.com/2018/12/pembedahan-tonsil-hari-pertama-3.html
https://anakomak6.blogspot.com/2018/12/pembedahan-tonsil-hari-kedua-4-disember.html
https://anakomak6.blogspot.com/2018/12/pembedahan-tonsil-hari-ketiga-5.html
Terima kasih perkongsian nya 😊
ReplyDeleteKawan haritu ada jugak kena buang tonsil ni. Kesian tengok dia.
ReplyDelete