Myeongdong Topokki @ Nilai

Assalamualaikum semua.

Yuhuuu! Lama betul tak bersiaran. Maaflah kebelakangan ni macam sibuk sikit uruskan kehidupan. Blog pun memang tak sempat nak tengok. Yalah, part-time blogger. Nasib baik bukan full-time blogger. Sejenis blogger sendu je. Haha. Oklah. Tadi dinner dekat Myeongdong Topokki. Al-kisah sebenarnya nak pergi Sushi Bonanza tapi malasnya bila tengok beratur panjang tu.

Apa lagi, terus tukar plan pergi Myeongdong Topokki. Nasib baiklah area Nilai je. Huhu. Semenjak dua menjak ni asyik nak makan makanan Korea/Jepun je. Alahai. Kadang-kadang melayanlah juga tekak ni. Kadang-kadang tu malas nak melayan. Biarkan je. Huhu. Sementara tak buat apa ni bolehlah. Esok dah kerja memang makan pun entah sempat entah tidak.

Yalah, kita kerja 36 hours. Huhuhu. Myeongdong Topokki ni kedai makanan Korea, pertama bertapak di Malaysia ni pada tahun 2014. Suka makan dekat sini sebab harga dia pun bolehlah tahan tak mahal tak murah sangat. Orang selalu order Topokki tapi setakat makan dekat sini tak pernah order topokki dia. Haha.


Korean Milk Tea/Milkeu ti
Harga: RM8.90
#mydrinkstoday
Paling suka air dia yang ni!
Drinking Water tu pulak RM3.00 oi.
Ada org diet so dia minum tu je hahaha.


Kimchi Jjigae (Beef)
Harga: RM18.90
Pedas juga tapi suka sebab sedap hahaha.
Portion nasi boleh tahan banyak.


Kimbap
Harga: RM11.90
Dulu pertama kali makan sedap.
Kali ni makan macam kurang sikit.
Tapi bolehlah sedap juga huhu.

Ada lagi 1 menu makan tadi, Cheesy Bulgogi Fries tapi lupa nak ambil gambar oi. Haha. Oklah just a quick and short update hari ni. Saja simpan gambar dan entri makanan je dekat blog ni jadi lepas ni kalau jadi gemuk bolehlah tengok makan apa selama ni yang buat jadi gemuk nanti. Haha. Salahkan makanan pulak adoi! Pada hal diri sendiri yang tak boleh kawal nafsu makan. Huhu.

Oklah korang mesti familiar juga dengan Myeongdong Topokki ni kan. Kalau ada yang tak pernah dengar sebelum ni bolehlah cari tahu lagi pasal Myeongdong Topokki ni ya. Untuk info lanjut kunjungi website Myeongdong Topokki. Boleh tengok menu apa lagi yang ada, dan lokasi Myeongdong Topokki ni, kebanyakannya area KL lah. Ok jumpa lagi di entri lain seterusnya. Bye! 

Share:

9 comments:

  1. Nampak sedap sangat Yeaaaaa T.T dah la tgh malam ni, mana nak cari haha.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/07/thankyou-fatina.html

    ReplyDelete
  2. Dah lama x jejak korean restaurant..

    ReplyDelete
  3. Okay je sharing tentang makanan Yea.
    Mrs. A tak pernah makan kat situ so nak order apa pun tak tahu mana yang sedap muahhhaaaaa...
    Hokeh! bila Yea share ni nanti kalau tersinggah tanpa sengaja bolehlah Mrs. A cuba Kimchi Jjigae (beef) tu sebab memang sejenis tegar pemakan nasi expecially lunch hour.

    ReplyDelete
  4. eh da habis raya ni, teringat pulak teokbokki dubuyo...tiberrr..hahahaha

    ReplyDelete
  5. Selalu lalu je tepi kedai Myeondong Topokki belum merasa lagi. Tengok dari gambar ni nampak menyelerakan. Boleh cuba nanti :D

    Fatina Mudz || Amazing Distance

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba lagi makan di restoran Korea yang ni. Saya pun macam Yea juga. Tak sempat nak update blog selalu😂.

    ReplyDelete
  7. Baru semalam buat Kimchi Jjgae.. So far tak pernah masuk restaurant ni lagi.. Makanan nampak menyelerakan, milk tea pun nampak best..

    ReplyDelete