N9 Stick Factory @ Seremban 2

Assalamualaikum semua.

Kalau ke Seremban 2, mungkin ada yang pernah lalu atau ternampak Restoran N9 Stick Factory. Ianya berdekatan dengan Aeon Mall Seremban 2. N9 Stick Factory pernah keluar dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) satu ketika dahulu. Pada mulanya terkenal kerana dekorasi restorannya yang unik dan cantik berkonsepkan kontena dan masa dahulu merupakan restoran awal yang menggunakan konsep kontena di Seremban. Sekarang dah banyak juga restoran yang kita boleh nampak guna konsep kontena ni kan.


Awal pembukaan N9 Stick Factory menyajikan menu ala-ala steamboat atau cucuk-cucuk dan menu Western. Sekarang hanya ada menu Western, tak pasti menu steamboat diberhentikan seketika atau terus tinggal Western saja. Pernah makan di N9 Stick Factory ni 2,3 kali sebab terpesona dengan restorannya yang cantik. Selain makan dalam kontena, ada juga konsep dalam taman serta konsep rooftop. Kedua-dua ini open air, kalau nak privacy, boleh makan dalam kontena.

N9 Stick Factory, Seremban 2


Antara pilihan menunya ialah appetizer/snacks, salad, quesadilla, pasta, chop & grill, rice, desserts dan minuman. Dah cuba beberapa menunya di sini dan ada yang ok, ada yang biasa-biasa saja. Ok jomlah kita tengok review menu di N9 Stick Factory yang dah dicuba dan mana yang sangat berkenan di hati ini. Hehehe.


Golden Egg Soft Shell Crab
Spaghetti tossed in creamy butter sauce, chilli padi, crispy curry leaves, soft shell crab,chilli flakes
Harga: RM18.90
Portion memang memuaskan, banyak sangat.
Dari segi rasa dia kalau peminat ala-ala cheese dan ketam mesti akan teruja.
Bagi aku, too creamy dan cepat muak. Bolehlah.
Rating: 6.5/10


Mozzarella Cheese Chicken Chop
Grilled chicken chop comes with fries and coleslaw served with black pepper
Harga: RM15.90
Rasa macam chicken chop biasa tambah cheese.
Kuah black pepper dia boleh tahan sedaplah.
Portion ok ok saja.
Rating: 7.5/10



Hawaiian Chicken Quesadilla
Lots of delicious shredded cheese, chicken meat and pineapple with BBQ sauce
Harga: RM14.90
Menu paling wajib cuba kalau datang sini.
Sedap gila dan sangat recommended!
Ayam dia, BBQ sauce dia semua memang ngam lah.
Kalau pergi lagi memang nak repeat quesadilla ni.
Rating: 9/10


Creamy Mushroom Soup
Harga: RM7.90
Yang ni rasa dia macam pelik sikit. Erk!
Tak tahu nak describe macam mana sampai tak habis makan yang ni hahaha.
Rating: 5.5/10


Ok sebenarnya haritu pergi makan dekat sana sebab nak celebrate birthday kawan. Jadi semua ni termasuk dalam 1 pakej. Pakej dalam kontena tapi haritu entah macam mana tak jadi dalam kontena. Makan dekat area 'dalam taman' tu saja. Ada banyak pakej-pakej korang boleh tengok dekat Instagram dia ok. Harga range dari RM100 ke atas ikut pakej apa yang berkenan di hati. Kena booking awal dan make sure confirmkanlah sehari atau dua hari sebelum event. Jadi itulah menunya dan last sekali untuk kek birthday kita order brownies dan request tulis 'Happy Birthday'. Hihi.


Superlicious Choc Brownies
Super rich chocolate that you would wanna die for and served with vanilla ice-cream
Harga: RM8.90
Description kemain hiperbola oi!
Takdalah 'wanna die' sangat pun eh hahaha.
Tapi sedaplah gak, benda manis macam ni siapa je tak suka!
Rating: 8/10

P/S: Sorry gambar besar ni aiskrim dah cair je yang ada,
nak tengok cantik sikit tengok gambar sebelum ni! LOL

Oklah itu saja. Overall, makanannya ok ok saja kecuali quesadilla tu yang super duper delicious tu! Sure akan repeat yang itu kalau pergi N9 Stick Factory ni lagi nanti. Hehe. Suasana restorannya pun sangat santai untuk chill dan relax. Servisnya pun oklah tak ada masalah. Boleh tengok gambar menu apa lagi yang ada di sini dan suasana restorannya di instagram N9 Stick Factory. Ok korang kalau berada area Seremban jangan lupa singgah sini ok! Atau sesiapa yang dah pernah try makan di sini jangan lupa kongsikan pandangan atau pendapat korang di ruangan komen macam biasa ok. Bye! Jumpa lagi di lain entri.

Untuk Maklumat Lanjut:

N9 Stick Factory (5.00pm - 12.00am)

Alamat:
No. 99, Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Facebook:

Instagram:

Share:

7 comments:

  1. nama yang cukup menarik..N9.

    rupa makanan juga sedap2

    ReplyDelete
  2. Woww sedapnya Boleh masuk list ni

    ReplyDelete
  3. kak zai kalau pergi kedai macam ni mesti nak order grill chicken chop. huhuh

    ReplyDelete
  4. mantap rasanya ingin mencobanya pasti enak kan

    ReplyDelete
  5. Menu dia buat kita rasa nk pergi tapi jauh..

    ReplyDelete
  6. omaigaddddddddd...lapar terokkkk nengok quesadilla tu!!!

    ReplyDelete