Menu Raya Aidilfitri #1

Assalamualaikum semua.

Hari raya pertama selalunya meriah bila semua pulang ke kampung halaman. Mood masak-memasak juadah, malam raya lagi dah mula untuk dihidang esok paginya tu. Selalunya hari pertama raya tulah yang meriah dengan beraneka juadah seperti nasi impit, ketupat, rendang, kuah kacang, masak lodeh dan bermacam lagi.

Memang meriah betul suasana bila pakcik makcik, sepupu sepapat semua pulang ke kampung. Kadang-kadang semua yang datang pun masing-masing bawa juadah yang mereka masak di rumah. Jadi macam potluck meriah betul dengan makanan. Di samping ziarah-menziarahi sesama keluarga, sanak saudara, kita hidangkanlah mereka dengan juadah hari raya.






Ini antara juadah hari raya pertama kami di rumah ni tahun ni. Selalu rendang daging, nasi impit dan masak lodeh atau kuah kacang menjadi menu utama. Tahun ni tambah masak rendang ayam pulak. Lepastu rezeki dari saudara yang balik ke kampung bawa sup gearbox makan dengan bihun. Jadilah bihun sup gearbox. Ketupat palas juga rezeki saudara bawa dengan kuah kacang. Hehe. Salute dekat sesiapa yang pandai anyam ketupat palas ni. Terbaik! Hehe.

Oklah, raya pun dah tinggal saki baki je ni. Counting days je nak habis dah ni kan. Hehe. Tetiba teringat tak update apa-apa entri lagi pasal raya jadi inilah cerita juadah hari raya pertama! Now, it’s all about food! Hahaha. Sampai jumpa lagi di lain entri. Bye.


Share:

8 comments:

  1. Ngencess mamantgk. Ni yg buat nak repeat lauk Raya ni

    ReplyDelete
  2. Samalah lebih kurang main menu kita di hari raya pertama heheee...
    selalu akan ada nasi impit/ ketupat kuah kacang, rendang daging, lemang, sup tulang/ daging lembu.

    ReplyDelete
  3. meriah raya dia, rindu plak nak makan itu semua .. hii

    ReplyDelete
  4. makasih kak informasinya...
    mampir ke blog ana juga yaa

    ReplyDelete
  5. Bestnya menu raya dia.. nak kena repeat menu raya pula camni. Rendang mana rendang hahaha

    ReplyDelete