DubuYo @ Seremban Prima

Assalamualaikum semua.

Salam Jumaat. Salam 19 Ramadhan. Bulan mulia ini berbaki lebih kurang 10 hari lagi. Tak lama lagi akan melabuhkan tirainya. Syawal pula bakal menjelma. Di samping persiapan untuk datangnya Syawal, jangan dilupakan hari yang cukup istimewa di malam-malam terakhir bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dariNya dan diizinkan memperoleh malam LailatulQadar. In shaa Allah.

Persiapan raya biasa-biasa sahaja. Seperti tahun-tahun dulu, ala kadar.  Semalam sempat teman kawan cari baju raya di Seremban Prima jadi terus berbuka puasa di Seremban Prima juga. Kami berbuka di DubuYo. Korean Food. Tiba-tiba teringin nak makan di DubuYo. Sambil menunggu waktu berbuka, sempatlah dia capai 1,2 baju lepastu terus pergi DubuYo untuk berbuka. Kami dah booking awal sebab takut ramai orang pula nanti.

Order 2 set Honey Garlic Bulgogi. 1 set beef dan 1 lagi set chicken. 1 air peach tea dan 1 lagi air roasted barley tea. Overall, lebih kurang RM50 ++. First time cuba set yang ini. Sedap juga. Selalu kalau pergi DubuYo makan set Soondubu Jjigae je. Jadi harini teringin nak cuba yang ini sebab nampak macam sedap. Oklah sedap juga. Di DubuYo ada promosi All-Day sets di mana ada meal untuk 2 pax dan 3/4 pax. Dalam set untuk 2 pax tu tengok ada juga Honey Garlic Bulgogi ni, lagi 1 set Soondubu Jjigae. Dapat 2 air roasted barley tea dalam set tu. Harga lebih kurang je dalam RM50++.

DubuYo, Urban Korean Food, Korean Food, Honey Garlic Bulgogi

Set Honey Garlic Bulgogi (1 beef;1 chicken)
Harga: RM20++ each
Rating: 8/10

Disebabkan aku tak suka air barley dan masing-masing nak makan set Honey Garlic Bulgogi, tak jadilah nak ambil All-Day set tu. Bila kira-kira, ehh lebih kurang je harganya. Jadi ok jugalah. Nasib baiklah habis tadi makan set ni siap refill Banchan sekali. Hehe. Ada juga menu baru di DubuYo yang diberi nama Chikin Pabkon Toppokki, di mana ianya adalah popcorn ayam bersama cheese, toppokki dan DubuYo spicy sauce. Oklah next boleh try yang ini pulak.

Jarang-jarang pergi Seremban Prima ni. Dekat sini takdalah meriah dan ramai orang. Kalau Seremban, meriahnya di Aeon Mall Seremban 2 dan mungkin sekarang di Palm Mall. Dulu Seremban Prima ni namanya Seremban Parade. Zaman sekolah dulu pergi sini untuk main bowling je sebab macam kosong. Tapi sekarang nampak macam oklah. Parkson dengan kedai makanlah yang hidupnya sini.

Dekat Seremban Prima ni pun dah mula Sale untuk raya dan hias untuk kedatangan Syawal. Jadi semalam sempatlah juga jalan-jalan dan ambil beberapa keping gambar di sekitar Seremban Prima ni perhiasan yang mereka lakukan untuk menyambut Syawal. Selalu kalau di Shopping Mall kan mesti ada macam ni kalau nak dekat perayaan. Jadi dekat sini pun ada. Hehe.



Oklah. Nampaknya bulan Ramadhan ni blog penuh dengan entri makanan je. Otak ni tak ada idea nak menulis dan mengarang entri berkenaan niche2 yang lain. Kalau tak pasal makanan, entri wordless wednesday jelah. Haha. Maaf ya. Idea kurengg pulak nak mengarang panjang2. Jumpa lagi di next entri. Bye!

Share:

9 comments:

  1. Lagu raya pun dah berkumandang..mood raya sedang bertarung dengan istiqhomah 10 malam terakhir ramadhan.

    ReplyDelete
  2. So far sis tak pernah makan di DuBuyo ni tapi nampak macam menarik..
    Betul kata Cik Ku, Seremban Prima ni macam suam-suam kuku. Sis biasa merayau di AEON S2 mencari Sushi King atau hunting for Nandos atau Seoul Garden di Palm Mall..

    ReplyDelete
  3. amboiii...suka makanan Korea rupanya...akak tekak melayu..x masuk de makanan korea ni..akak pun dh lama x pi Seremban Prima..x tau apa menarik kat situ

    ReplyDelete
  4. alamakkk...teringat tteokbokki diaaaa! nanti la lepas raya baru pi..hahahha...bulan puasa macam da tak sempat dah

    ReplyDelete
  5. Wahh macam sodappp set honey garlic bulgogi tu. tak pernah try lagi. pernah sekali je rasanya jejak ke dubuyo. time degree dulu hahaha. sekarang ni susah nak jejak ke situ lagi sebab biasa keluar dengan family, dorang takleh terima makanan Korea ni muehehehe.

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni mana-mana shopping mall pun sama meriah dengan sambutan Aidil Fitri.
    Mrs. A punselalunya pergi Seremban Prima ni nak main bowling.
    Kalau macam nak raya ni suka pi Tewah tu cari baju raya
    Tak pernah makan kat Dubuyo ni huhuuhu...

    ReplyDelete
  7. Bila lah nak menyinggah makan kat Dubuyo ini.. hai.. ternampak pula entry ini.. Lapar dibuatnya..

    ReplyDelete
  8. Tak pernah cuba Dubuyo lagi.

    ReplyDelete