Buffet Ramadhan @ Laman Puteh, Seremban 2

Assalamualaikum semua.

Semalam 19 Mei, genap ibu 57 tahun. Sempena birthday ibu semalam, kami satu keluarga ambil kesempatan untuk meraikannya. Alang-alang tengah dalam bulan Ramadhan, jadi joinlah buffet Ramadhan dekat2 sini. Kami join buffet Ramadhan di Laman Puteh, Seremban 2. Memandangkan tak  jauh sangat dari rumah tu bolehlah sesekali buka buffet.

Sebelum2 ni nampak iklan di Facebook dan Instagram pasal Laman Puteh, Seremban 2 ni. Tempat ni sebenarnya adalah dewan untuk upacara perkahwinan siap sekali dengan catering. Jadi waktu bulan Ramadhan ni diorang buka slot untuk buffet Ramadhan pula. Survey2 haritu harga dan makanan di sini macam ok je. Jadi sebab tu rasa macam nak try buffet Ramadhan sini.





Beraneka jenis makanan yang disediakan dan ada live stall ala bazar yang disajikan untuk para tetamu. Menu2 utama seperti nasi dan lauk pauk disediakan di dalam dewan. Manakala stall2 live ala bazar ni semua berada di luar dewan. Paling menarik sebenarnya adalah live stall ni lah. Suasana live stall ni macam pergi bazar.

Kalau korang jenis yang malas nak bangun banyak kali, boleh ambil menu utama di dalam lepas tu jalan2 pula dekat live stall luar ni dan terus duduk makan. Kalau jenis suka ambil sikit-sikit, ambillah menu utama dulu di dalam dewan tu lepas tu solat dulu ke, baru sambung jalan-jalan dekat live stall ni ambil makanan mana yang berkenan di hati.



Antara menu Buffet Ramadhan di Laman Puteh, Seremban 2:

MENU UTAMA:
Seleksi Kampung
Nasi Putih
Daging Masak Lemak Cili Api Noghori
Ikan Sembilang Sambal Berlado
Bayam Tumis Air / Sayur Campur
Gulai Cendawan + Udang
Sambal Belacan
Ikan Masin & Telur Asin
Pelbagai Ulam-ulam

Seleksi Istimewa
Nasi Briyani / Nasi Minyak
Ayam Masak Merah
Kari Daging + Kentang
Udang Masala
Dalca Sayur
Seleksi Keropok & Papadom

Live Stall
Kambing grill black paper / Ayam bakar
Roti John & Mini murtabak
Rojak pasembor
Mee goreng lambak
Noodle station (Mee kari / Mee soto)
Air Balang Pasar Malam ( 3 Jenis )
ABC Mountain
Ais Krim Corner
Koktail Buah-buahan
2 Jenis Bubur Setiap Hari:
Bubur Jagung + Sagu
Bubur Kacang
Bubur Chacha
Bubur Pulut Hitam
Bubur Gandum
Bubur Keledek + Nangka

Stall Kuih Muih Traditional & Minuman Panas
Pelbagai Jenis Kuih Kuih Melayu
Potongan Kek







Jadi itu antara makanan yang kitorang sempat ambil untuk 1st round makan. Oklah ambil nasi, lauk pauk, air minuman, buah, kuih-muih, murtabak dan roti John. Oh masa 1st round ambil kambing bakar black pepper dan ayam bakar juga sebab stall ni nampak paling laris. Paling panjang beratur. Kalau tak ambil masa 1st round takut nanti dah habis ke kan, tak merasalah plak.

Ada nasi putih dan nasi minyak, kitorang semua ambil nasi minyak. Daging masak lemak cili api tu dia masak dengan pucuk ubi. Sayur campur ada sayur siew pak choy. Lepas tu ada tambahan lauk rendang kacang campur hati lembu. Ada macam-macam juga lauk lain yang tak ada dalam menu. Lauk semua memang sedap-sedap.



2nd round kitorang merayau-rayau lagi dekat live stall tu. Macam-macam ada antaranya cream puff, kek pisang, swiss roll, bubur kacang. Minuman ada teh tarik panas, air koktail buah-buahan, air laici asam boi, air sirap. Ada ais krim, spagetti bolognese, mee rojak, mee goreng, nasi goreng cina. Sebab nak rasa semua sekali jadi kitorang ambil sikit sama sikit dan kongsi-kongsi. Mana yang rasa sedap tu tambah lagi. 

Tak sempat nak tangkap gambar makanan yang lain-lain dan gambar zoom in live stall tu sebab sibuk menikmati makanan-makanan yang ada. Dewan dia cantik sangat, ada aircond, suasana pun ok, bersih. Ada surau dan tandas disediakan jadi memang senang  untuk solat Maghrib. Semalam kitorang orang yang kedua datang situ. Masa tu kosong lagi dewan jadi menyempatlah selfie-selfie buat kenangan gitu. 





Almost complete. Abang ipar je yang tak ada sekali semalam sebab kerja. Hari Ahad pun kena kerja. Kesian. Tak apalah next time berbuka lagi sama-sama dan make sure complete semua ahli keluarga ada. Oklah. Sebelum terlupa. Harga untuk buffet Ramadhan di Laman Puteh, Seremban 2 ni memang berpatutan. Memang berbaloi juga dengan makanan yang disediakan. Overall, kitorang memang puas hati berbuka puasa di sini. Mungkin boleh repeat berbuka dengan kawan-kawan plak. In shaa Allah.

Harga Buffet Ramadhan di Laman Puteh, Seremban 2:
Normal Price
Dewasa: RM38
Warga Emas: RM20
Kanak-kanak: RM20

Early Bird Price:
Dewasa: RM35
Warga Emas: RM18
Kanak Kanak: RM18 (6-12 tahun)
*Tapi sekarang dah tak dapat harga early bird lah hehe

Tempahan boleh dibuat melalui:
Lin: 018-7888057
Khairi: 010-5623654

Call sebelum jam 3pm dan Walk-in sahaja terus ke lokasi.

Waze: Laman Puteh S2

Untuk maklumat lanjut:
Facebook: LAMAN PUTEH,Seremban2
Instagram: @lamanputehs2


Share:

10 comments:

  1. Murahnya! Dah la cantik tempat dia

    ReplyDelete
  2. Laman putih ni dekat sangat dengan sis tapi tak tahu ada buffet Ramadhan.. Nampak sedap semua juadah berbuka & harga pun berpatutan..

    ReplyDelete
  3. yaAllah murahnyaaa! RM35 je for adult? dengan hidangan menu makanan yang banyak tu memang sangat worth it. hmm macam nak try lah. nak ajak umi abi hehehe.

    ReplyDelete
  4. Murahnya sis.. Baru nak cakap, banyaknya makanan sampai rugi kalo bayar mahal tapi tak dapat makan. But, this is so cheap yet kinda sayang giler kalo jenis 'tong kecik'.. soalan: buleh tapau ke? hehe

    ReplyDelete
  5. Allahu..bestnya...hari ni birthday mak kita...tapi mak kita jauhhh kat Sarawak..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Banyak & sedap menu-menu kat sini

    ReplyDelete
  7. i love the interior designnnnn

    ReplyDelete
  8. Wow murahnya harga buffet Kat sini

    ReplyDelete
  9. Belakang office Mrs. A je tempat ni memang menarik dan luas.
    Buffet Ramadan dia tak pernah try lagi tengok Yea up-date ni memang menarik harga pun berpatutan. In Sya Allah nanti nak try jugaklah.

    ReplyDelete
  10. Semuanya sedap-sedap belaka😋

    ReplyDelete